CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sham159

Soalan-soalan tentang solat Jamak

[Copy link]
Post time 15-3-2010 07:00 PM | Show all posts
ooo...so, yg no 2...sy blhla jamaq bile sampai di rumah sewa....dan esoknya solat seperti biasa...

tak perlula sy solat kat stesen bas tgh2 mlm tu ...

terima kasih...
hazryka Post at 15-3-2010 18:45




Hazry,

Ya, boleh! Sebabnya,kamu sudah niat nak bermukim untuk bekerja di Penang lebih daripada 4 hari. Katakanlah,kamu balik Penang kemudian kamu nak balik ke KL;tak sampai 4 hari atau 4 hari,kamu jangan berniat bermukim bahawa amu nak tinggal/bermukim lebih daripada 4 hari,maka kamu dibolehkan solat jama' dan qashar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2010 09:18 PM | Show all posts
hehehe... balik kampung sendiri dari tempat mastautin mana boleh kira musafir, dalam perjalanan tu bolehlah qasar, bila sampai kampung sendiri status musafir dah gugur kenalah solat tamam...

nak k ...
kupia Post at 9-3-2010 00:11



Macam-macam ada! Watan asli le,watan hakiki leeee.........pada hal,status musafir itu bersabit bagi orang yang menjadi penduduk tetap sesuatu daerah,itu saje...

Tak kiralah balik kampung makbapa ke,kampung mertua ke! Walhal pada prinsipnya, dikira manakah(daerah) sesaorang itu menjadi penduduk tetap.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 09:58 PM | Show all posts
tumpang tanya, misal kata lah, kita dah niat nak bermusafir utk 3 hari, tapi bila hari kita nak balik tu, tiba2 ada bencana(banjir, tanah runtuh dsb) atau flight cancel dan terpaksa duduk untuk 1 atau ...
ilacantik Post at 12-3-2010 11:58



Bukan niat nak bermusafir tetapi niat nak bermukim. Mengikut pendapat sahabat,niat bermukim tidak dapat melupuskan status bermusafir. Selagi kita berada pada status musafir selagi itu kita eligible untk menjama' dan mengqashar solat.

Hanya senya,mengikut pada Imam Malik dan Syafie,jika kita berniat nak bermukim lebih daripada 4 hari maka kita kena buat solat kena buat solat penuh. Imam Hanafi kata 15 hari,Imam Ali kata 10 hari dan Nabi pernah bermukim selama 20 hari.

Apa maknanya? Maknanya,tanpa niat bermukim seseorang itu boleh saje menjama' dan mengqashar solatnya selagi dia berstatus musafir/bepemergian sahinggalah dia kembali ke daerahnya atau diluar dari jarak 1 batu/3batu/9batu. Pilihlah yang mana sesuai kerana semua ada sandaran yang kuat.

Tanpa niat mengikut pendapat mereka ini,terhad kepada 4 hari,10 hari,15 hari dan 20 hari dan ada jugak perlakuan sahabat sahingga 6 bulan dan ada yang sahingga 2 tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2010 11:03 PM | Show all posts
bukankah syarat solat qasar jamak ialah kekal status musafir sehingga luput waktu solat yang kedua...jika dia jamak solat zuhur dgn asar(takdim) dan dia sampai kat kelantan ketika waktu asar masih ada ...
tore9 Post at 13-3-2010 10:14


bila dah sampai kampung (rumah mak ayah), rukhsah qasar terhapus. Tidak boleh mengqasarkan solat di rumah mak ayah kerana di kira rumah mak ayah itu sebagai tempat kita bermukim sekalipun kita tidak tinggal di situ. Begitu juga dengan kampung halaman isteri.

boleh rujuk penjelasan ustaz Zaharuddin di web beliau :

http://www.zaharuddin.net/content/view/319/90/


Diriwayatkan Saidina Usman tidak mengqasarkan solat ketika beliau bermusafir dari Madinah ke Mekkah. Alasan beliau adalah kerana beliau berkahwin dengan orang Mekkah dan mempunyai perniagaan di Mekkah.




http://shoutussunnah.wordpress.com
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:26 AM | Show all posts
44# zai_arhus



bila dah sampai kampung (rumah mak ayah), rukhsah qasar terhapus. Tidak boleh mengqasarkan solat di rumah mak ayah kerana di kira rumah mak ayah itu sebagai tempat kita bermukim sekalipun kita tidak tinggal di situ. Begitu juga dengan kampung halaman isteri.

Penjelasan: Kamu keliru. Bermastautin maknanya menjadi penduduk tetap dan bermukim maknanya orang yang menetap sementara disesuatu daerah dan bukan menjadi status penduduk tetap.

Oleh itu,bermukim terbahagi kepada 2 iaitu 1. menetap sementara iaitu bermukim. 2 menetap secara tetap iaitu bermastautin.

Jika kamu gunakan hadis yang kamu katakan riwayat Usman dan kaitkan dengan hujah kamu sepeti di atas,perkara ini tidak mempunyai asas yang kuat. Jika ada hadis itu,sila bagi rujukannya,di dalam kitab hadis mana yang disebut.

boleh rujuk penjelasan ustaz Zaharuddin di web beliau :

http://www.zaharuddin.net/content/view/319/90/

Penjelasan: Link ini tiada percanggahan kecuali pada jarak jauh iaitu 3 marhalah lebih kurang 85 km.


Diriwayatkan Saidina Usman tidak mengqasarkan solat ketika beliau bermusafir dari Madinah ke Mekkah. Alasan beliau adalah kerana beliau berkahwin dengan orang Mekkah dan mempunyai perniagaan di Mekkah.

Penjelasan: Tolong berikan rujukannya.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:46 AM | Show all posts
44# zai_arhus  



bila dah sampai kampung (rumah mak ayah), rukhsah qasar terhapus. Tidak boleh mengqasarkan solat di rumah mak ayah kerana di kira rumah mak ayah itu sebagai tempat kita berm ...
Amir Post at 16-3-2010 00:26



Maaf, yang jelasnya adalah bermastautin.. dalam kenyataan saya di atas tersilap menggunakan istilah... (kesilapan istilah)

mengenai penjelasan dalam web ustaz zaharuddin :

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.
b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.
c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

Adapun kenyataan saudari "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2010 01:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by Amir at 16-3-2010 01:48

46# zai_arhus



Saya komen sikit:


mengenai penjelasan dalam web ustaz zaharuddin :

a- Seseorang yang kerja di KL, manakala kampung kelahirannya di Batu Pahat, Johor atau mana-mana jarak yang melebihi 85 KM. Apabila ia sampai ke kampong asalnya ( ibu bapanya juga di sana) ia tidak boleh lagi menqasarkan solat kerana ia tidak dikira bermusafir lagi apabila telah sampai ke kampung walaupun berniat duduk kurang dari 3 hari.

Penjelasan: Kandungan dalam 'a' agak kurang jelas status bermastautinnya. Pada prinsip jama' dan qashar ianya bersabit tentang status mastautin seseorang. Bukan dikira ke atas kampung asalnya atau kampung ibubapanya. Jika dia telah menjadi penduduk tetap di KL (bermastautin di KL) maka kepulangannya ke kampung halamannya di kira berstatus musafir. Ini berdasarkan hadis yang memberita tentang Nabi mengqasharkan solatnya semasa pembebasan kota Mekah. Dan semua orang tahu bahawa kampung halaman Nabi ialah Mekah.

2. 85km atau 3 marhalah mengikut Imam Syafie,tidak mempunyai asas yang kukuh;ada beberapa hadis memberitakan tentang jarak jauh.

b- Seseorang yang kampung kelahirannya di Perak, dan ia kerja di KL dan kampung isterinya di Johor. Apabila ia balik ke kampung isterinya, juga tidak boleh qasar apabila telah sampai. Bagaimanapun terdapat pandangan menegatakan si suami berhak menjamak dan qasar kerana ia bukan tempat tinggalnya. Bagi saya, kelaur dari yang khilaf adalah lebih baik dalam hal ini.

Penjelasan: Keterangan saya seperti di atas terpakai jugak kepada isteri. Ianya bersama suaminya menjadi penduduk tetap sesuatu daerah. Si isteri jugak berstatus musafir jika ia kembali ke kampung halaman menemui ibabapanya.

c- Sekiranya ia dalam perjalanan balik dari kampung Johor atau Peraknya ke KL, ia juga tidak boleh meng"qasar"kan solat apabila telah sampai ke rumahnya di KL

Penjelasan: Ini benar bahawa suami dan isteri tidak boleh mengqashar kerana mereka telah berada dalam daerah permastautinnya. Ini diberitakan bahawa Nabi melakukan solat empat rakaat apabila kembali berada di Madinah.


Adapun kenyataan saudari "tidak berada lebih tiga hari di sesuatu tempat perhentian" adalah syarat untuk qasar sahaja. Adapun solat jamak, maka ia masih di bolehkan jika terdapat sebab-sebab yang di sebutkan di atas

Penjelasan: Ini bergantung sama ada ianya berniat, nak bermukim lebih daripada 4 hari mengikut Imam Malik dan Syafie dan bukan 3 hari. Ada pun solat jama' sememangnya boleh dilakukan atas sebab-sebab tertentu walaupun tidak berstatus musafir.


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 12:18 PM | Show all posts


Ada lagi ilmu yang saya nak sampaikan:

Masih lagi perbincangan tentang jama' dan qashar.

Jika kita singgah dalam perjalanan dimana-mana masjid ata pun kita bermukim(sementara) disesuatu daerah:

Kita(musafir) boleh berimamkan Imam bermastautin pada 2 solat fardu iaitu solat maghrib dan solat subuh. Hanya sanye pada solat maghrib,niat kita berlainan saje dan niat subuh sama saje. Ini kerana,solat yang kedua-dua itu dlakukan bersamaan dengan bilangan rakaatnya.

Jika kita(musafir) sedang melakukan solat jama'dan qashar didalam masjid,tiba-tiba kariah disitu(kariah bermastautin) mengikut/menjadi makmum kepada kita yang bermusafir,ini jugak dibenarkan. Ini kerana,apabila kita selesai memberi salam maka makmum akan naik dan sempurnakan bilangan raka'at yang tertinggal.

Ini berdasarkan hadis Nabi bahawa Imam itu dijadikan sabagai ikutan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2010 12:41 PM | Show all posts
Sebenarnya perkara ini tidak perlu perbalahan atau mengenengah berbagai pendapat dari mazhab2...seolah2 solat musafir adalah lebih utama dikerjakan berbanding solat fardu yang biasa sedangkan ia hanya harus...jika seseorang berada dalam status musafir tetapi berkeadaan boleh melakukan solat fardu biasa,kenapa perlu lakukan solat musafir sedangkan solat fardu lebih utama...tuhan bagi ruhsoh bagi keadaan yang tertentu sahaja yg mengharuskan...seperti puasa ramadhan...tuhan bagi ruhsoh bagi musafir dan sakit tetapi tuhan menyatakan puasa adalah lebih baik kalau kamu mengetahui...sepatutnya dalam ibadat kita kena lakukan yang lebih utama jika tiada sebarang keuzuran...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2010 11:44 PM | Show all posts

Banyak yang tak betul!

Mari saya tunjuk ajar kepada mu semua.

Pertama, solat Jama' dan Qashar boleh dilakukan oleh orang yang bermusafir. Apabila kita bermusafir maka kita boleh ambil sedek ...
Amir Post at 13-3-2010 23:49


Apa bendanya yang tak betul Amir?  Kau ni ke sana ke sini tak habis habis asyik fatwa fatwa fatwa....
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 10:23 AM | Show all posts
Sebenarnya perkara ini tidak perlu perbalahan atau mengenengah berbagai pendapat dari mazhab2...seolah2 solat musafir adalah lebih utama dikerjakan berbanding solat fardu yang biasa sedangkan ia hanya ...
tore9 Post at 16-3-2010 12:41


semak dulu pendapat jumhur ulamak, ada ulamak yang mewajibkan solat qasar ketika dalam musafir (tanpa mengharamkan solat fardu).
Jika dalam musafir sangat-sangat dituntut mengerjakan solat qasar.  Kemudahan yang diberi Allah juga adalah satu perintah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 11:49 AM | Show all posts
kalau sblm keluar rumah lupa nak niat musafir adakah solat jamak kita diterima ekk?? selalu terlupa nak niat musafir nih lahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2010 12:41 PM | Show all posts
51# kupia ape maksud kemudahan itu satu perintah?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 11:30 AM | Show all posts

Kita semua akui bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruhNya. Risalah yang dibawa bukan saje untuk umat ketika itu bahkan untuk umat akhir zaman. Maknanya sempurnanya syariat islam itu terpakai hingga akhir zaman. Ianya jugak penyelesaian terhadap apa jua masalah umat dimasa mana mereka berada.

Oleh itu,bagi 3 marhalah =85 km bagi dibolehkan untuk bersolat jama' dan qashar yang disebut oleh Imam Syafie dan Maliki tiada asasnya. Ianya tak terpakai dek kerana ada pemberitaan tentang perkara itu dalam beberapa hadis yang telah saya utarakan.

Kedua-dua imam ini jugak telah berkata bahawa jika terdapat hadis sahih yang menyalahi kata-kata mereka,ambillah hadis itu dan buanglah kata-kata itu jauh-jauh kerana hadis yang sahih itulah mazhab kami.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 12:47 PM | Show all posts
banyaknye kebarangkalian. kalau boleh dibuat carta agar senang paham... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2010 10:13 PM | Show all posts
banyaknye kebarangkalian. kalau boleh dibuat carta agar senang paham... huhuhuhu
mejik Post at 18-3-2010 12:47


tu la pasal di surau hiway PLUS tu...  macam-macam pesen ada....  hahaha...

ada yang takut nak ikut jemaah yang dah ada....  dia orang pi buat satu jemaah lain...  haru punya surau...  last-last kena la makmum yang ada sikit ilmu tunggu dua imam tu habis solat.  kesian jugak kat jemaah kedua tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2010 01:10 AM | Show all posts
Assalamualaikum.
Saya dah baca komen2 yang dah ada tapi mungkin ilmu agama tak berapa pandai, saya kurang faham dan tak tahu nak aplikasikan komen2 tersebut dalam keadaan yang saya alami.
Info: Saya dilahirkan di Kelantan. Sudah berkeluarga dan keluarga saya (saya,isteri dan anak) tinggal di Kuala Lumpur. Syarikat saya bekerja mempunyai pejabat di Kuala Lumpur dan saya ditugaskan untuk menjaga tapak projek di Negeri Sembilan sehinggalah projek siap. Setiap minggu saya akan balik ke KL. Hari isnin biasanya masuk office di KL, Hari Selasa ke Bahau dan Hari Jumaat balik ke KL dan kadang kala balik KL sebelum hari jumaat atau pergi Negeri Sembilan selepas hari Selasa jika ada kerja di pejabat KL. Di Bahau, saya ada menyewa rumah sebagai tempat tinggal(hanya ada katil, tilam dan penyangkut baju jer).
Soalan: -
1. Bolehkah saya sembahyang jamak bila balik ke Kelantan? Jika boleh, berapa hari saya dapat sembahyang jamak jika saya berada di Kelantan selama seminggu?
2. Bolehkah saya sembahyang jamak sepanjang berada di Negeri Sembilan jika saya ada di sana dari hari Isnin hingga Jumaat(termasuk hari perjalanan pergi dan balik). Jika boleh, berapa hari saya boleh melakukan sembahyang jamak?
3. Bolehkan saya melakukan sembahyang Jamak apabila sudah sampai di Kuala Lumpur tetapi belum sampai ke rumah? Contohnya sembahyang disurau kira-kira 1 km daripada rumah.
Diharap ada yang sudi mengajar saya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2010 08:02 PM | Show all posts
belum ada orang yang sudi mengajar? mmmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2010 01:19 PM | Show all posts
57# DCrystal



Soalan: -
1. Bolehkah saya sembahyang jamak bila balik ke Kelantan? Jika boleh, berapa hari saya dapat sembahyang jamak jika saya berada di Kelantan selama seminggu?

Penjelasan:

Punca kepada membolehkan sesaorang melakukan solat jama' dan qashar ialah keluar dari daerah permastautin iaitu daerah dimana kamu menjadi penduduk tetap. Seperti mana yang saya tahu daripada postings kamu bahawa kamu adalah penduduk tetap KL.

1. Mengikut pendapat Imam Syafie dan Malik had bermukim sementara ialah 4 hari. Maka hari yang ke 5,kena cukupkan solat.
2. Pendapat Imam Hanafi had 15 hari-lebih kena cukupkan.
3. Pendapat Imam Ali bin Abi Thalib hadnya 10 hari.
4. Nabi pernah bermukim sementara selama 19 hari.
5. Mengikut pendapat yang terkuat yang dipilih oleh Ibnul Qaiyim iaitu bermukimnya sesaorang itu belum lagi menghilangkan hukum bepergian,baik lama atau sebentar,selama ia tidak berniat hendak menjadi penduduk tetap di sesuatu tempat.

2. Bolehkah saya sembahyang jamak sepanjang berada di Negeri Sembilan jika saya ada di sana dari hari Isnin hingga Jumaat(termasuk hari perjalanan pergi dan balik). Jika boleh, berapa hari saya boleh melakukan sembahyang jamak?

Penjelasan: Kamu berada di Bahau tidak sampai 4 hari tidak termasuk hari perjalanan maka boleh melakukan solat jama' dan qashar selama kamu berada disana.

3. Bolehkan saya melakukan sembahyang Jamak apabila sudah sampai di Kuala Lumpur tetapi belum sampai ke rumah? Contohnya sembahyang disurau kira-kira 1 km daripada rumah.
Diharap ada yang sudi mengajar saya.

Penjelasan: 1. Tidak boleh kerana kamu telah berada di dalam daerah KL.
                 2. Boleh,jika terdapat keperluan mendesak. Ini kerana solat jama boleh dilakukan walaupun sesaorang itu tidak bermusafir/berpemergian.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2010 12:06 AM | Show all posts
Tempat seseorang dilahirkan dan dibesarkan dipanggil watan asli.
Tempat seseorang yang menetap dan mencari rezeki dipanggil watan al Iqaamah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.072425 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list