CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: washere2

FT perform ABP

[Copy link]
Post time 29-3-2010 10:35 AM | Show all posts
Apa Ceritanya: Liyana nafi berlagak diva
Oleh Zubir Mohd Yunus
[email protected]
2010/03/28

FINALIS Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, Liyana Jasmay, menafikan dia berlagak diva atau menolak tuah apabila menarik diri pada saat akhir daripada menjayakan segmen persembahan untuk malam kemuncak majlis anugerah berprestij itu pada 4 April ini.

Dia pada awalnya menyatakan persetujuannya apabila penganjur mengundang beliau membuat persembahan mendendangkan lagu Kini yang pernah dipopularkan kumpulan Feminin pada awal 1990-an, sebaliknya menarik diri dengan alasan tidak ada keyakinan diri.
Mengikut perancangan awal, selain Liyana, turut membuat persembahan bersamanya ialah aktres remaja yang juga Top 5 kategori Pelakon Filem Wanita Popular, Diana Danielle; pelakon baru, Ainul Aishah dan pemenang tempat ketiga pertandingan nyanyian, Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2008, Farlyana Mohamad atau Lya, 17. Kata Liyana yang berusia genap 22 tahun hari ini (28 Mac), dia akui menerima panggilan telefon daripada penganjur menawarkannya menjayakan persembahan tribute kepada trio KRU sebagai pencipta lagu Kini dan dia berasa amat teruja apabila pertama kali mendapat kepercayaan daripada pihak BHSB untuk muncul di pentas prestij mereka.

“Pada awal perbincangan, saya dimaklumkan lagu Kini akan digubah semula mengikut key setiap penyanyi iaitu saya, Diana, Ainul dan Lya. Saya difahamkan, persembahan kami akan diiringi live music dan lagu ini akan digubah semula pengarah muzik terkenal, Ramli MS. Memang saya teruja apabila orang sehebat Ramli MS akan bekerjasama menjayakan segmen tribute itu.

“Akhirnya saya mendapat tahu persembahan kami hanya menggunakan muzik minus one. Saya terkejut kerana setahu saya persembahan ABPBH sebelum ini lazimnya menggunakan live music. Saya perlu menyanyi mengikut key asal Feminin yang ditulis KRU. Saya tak berapa yakin dengan kemampuan diri kerana key Feminin tak sama dengan saya.

“Saya sangat kecewa dan rasanya lebih baik saya tidak meneruskan persembahan itu. Kalau saya tak ada keyakinan diri, lebih baik jangan buat. Saya tahu di mana kemampuan diri, di mana key yang betul dan bunyinya sedap. Lazimnya majlis prestij seperti ABPBH atau Anugerah Industri Muzik (AIM), ia akan menampilkan live music, kita rasa bangga nak buat persembahan.
“Saya difahamkan, muzik yang KRU buat banyak menggunakan programming, tak mampu untuk live music. Saya faham. Apabila artis lain seperti Diana, Ainul dan Lya boleh menyanyi guna minus one, itu kemampuan masing-masing. Tapi minus one tak sesuai dengan saya kerana saya tak ada keyakinan. Kalau saya menyanyi sekalipun, dikhuatiri bunyinya tak bagus, jalan terbaik saya tarik diri.

“Saya juga tak mahu menyusahkan orang lain. Nanti risikonya tak elok untuk imej ABPBH 2009. Saya baru saja terjun ke arena nyanyian, jadi jika saya menyanyi guna minus one, saya takut tak mampu memberikan yang terbaik. Saya tak mahu hipokrit. Saya memaklumkan kepada Akademi, apa yang saya cakap, ikhlas dan mereka memahami masalah yang saya hadapi.

“Bagi saya, live music adalah satu kepuasan untuk semua penyanyi, tapi bukan semestinya orkestra, saya hanya harapkan live music. Bukan hanya penyanyi profesional perlukan live music, tapi bergantung pada seseorang penyanyi, apa yang dia mahu dalam kariernya. Saya sudah dilatih sejak awal menyanyi bersama band. Band melatih saya menyanyi dengan live music. Orang lain hanya tahu bercakap, mereka tak tahu situasi sebenar, jadi biarlah apa saja orang nak label diri saya. Saya tak pernah lupa diri atau menolak tuah,” katanya.

Tempat Liyana diganti bintang AF3, Marsha Milan Londoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2010 10:38 AM | Show all posts
LJ boleh ke nyanyi live?
washere2 Post at 26-2-2010 00:01


LJ dah tarik diri sbb tak konpiden nyanyi ngan minus 1 katanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 02:08 PM | Show all posts
LJ dah tarik diri sbb tak konpiden nyanyi ngan minus 1 katanya
cekman Post at 29-3-2010 10:38



takpe la LJ...takde rezeki...
next event la...


FT opening...yes2
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 02:46 PM | Show all posts
laa..... apsal cite psl LJ ada kt sini??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 03:36 PM | Show all posts
berduet lagu "destinasi"
santubung Post at 26-3-2010 13:40


tp bru tdi dgr kt hotfm si azura tu kata berduet lagu "revolusi". tp kan, klu dorg berduet satu lagu bunkface satu lagu FT kan best?! aku minat bunkface gak.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 10:10 PM | Show all posts
xkan la 1 lgu ja??hoho..
at least 2 lgu.huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046711 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list