|
UMRAH & HAJI VIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum Tuan Rumah...
Nak tumpang lalu...
Assalamualaikum Husain..
Esok jangan lupa pi kat sini..
KULIA SUBUH , istiqamah dalm Beramal Ustaz Zahazan.
Where: MASJID TABUNG HAJI , KELANA JAYA
When: Saturday, March 6 from 6:30 am to 7:30 am
Insyaallah kuliah Subuh ini akan menyentuh topik Istiqamah dlm amalan, definisi,
langkah2 utk istiqamah dan sejarah salafussoleh.
Best Husain...
Kalau Mak cik duduk kat situ nak juga Mak cik pi... |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya..........
rzman_07 Post at 5-3-2010 10:05
Assalamualaikum..
Kiranya tengah menghitung harilah ni...
Masyallah...
Seronoknya...
Nanti kat sana macam macam Nasi Mandi boleh dicuba.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuhh
kalo dh kt sana nasi mandiwajib... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam kenal semua
Salam takziah buat ibutia & keluarga..
Baru jumpa thread ni...so nak kongsi tgk gambar dan pengalaman.
Sesungguhnya.. tiada tempat yg menarik dan indah didunia melainkan madinah & mekah...
Walaupun berpeluang melawat beberapa buah negara.... bagi saya sekali ziarah sudah cukup
Melainkan ke Madinah & Mekah setiap tahun klu diberi peluang saya nak menziarahi..
Bersyukor pada ALLAH SWAT kerana berpeluang menjadi tetamuNYA wukuf di Padang Arafah 2007.
Rajin juga masuk blog2 yg bercerita tentang pengalaman mereke mengerjakan haji dan umrah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 5-3-2010 16:18
Salam kenal semua
Salam takziah buat ibutia & keluarga..
Baru jumpa thread ni...so nak kongsi tgk gambar dan pengalaman.
Sesungguhnya.. tiada tempat yg menarik dan indah didunia melainkan madinah ...
qimi08 Post at 5-3-2010 15:08
:pompom:Selamat datang ke thread ni dan salam perkenalan.
Kami kat thread ini mengalu alukan pengalaman/cerita qimi, ilmu boleh kita kongsi sama sama. Lagi bagus kalau boleh letakkan sekali gambar2 untuk tatapan kami walaupun gambar lama (boleh imbau kembali tu he he) |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah baru.. seronok tengok gambar.. terutama gambar yg lama2 tu. Harap2 saya dapat pi mengerjakan ibadat haji. Sedang dok jenguk-jenguk kursus haji. Di mana tempat yang paling bagus utk pi kursus haji di sekitar Lembah Kelang?
Takziah buat Ibu Tia.. moga tabah menghadapi dugaan. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua..
da ade rumah baru nampaknyerr..da lame xmasuk kat sini...
da xsabar rase nyerr hati ne nak menjejaki lagi bumi madinah n makkah....
lagi 22 hari lagi....sabar3....
sekarang tarvel agency tgh nak wat visa..hopefully sume yg nak pergi bulan ne dapat visa n berjalan dgn lancar...
insyaallah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Usaha tambah kuota haji bagi warga emas
KOTA BHARU 5 Mac - Malaysia sedang berusaha mendapatkan kuota tambahan khas bagi jemaah haji untuk membolehkan lebih ramai warga emas menunaikan ibadat itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kuota 26,000 jemaah sekarang tidak mencukupi berikutan jumlah permohonan yang meningkat setiap tahun.
Menurut beliau, dengan kuota yang ada dikhuatiri golongan warga emas mungkin ada yang tidak sempat menunaikan fardu haji kerana terpaksa menunggu giliran yang lama.
"Ini kerana warga emas terutama yang berumur 75 tahun ke atas lebih terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. Oleh itu, kita berharap mendapat kuota tambahan khas untuk tempoh dua atau tiga tahun kepada Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini.
Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengerjakan umrah baru-baru ini telah menyuarakan perkara itu kepada pihak berkuasa Arab Saudi.
Dalam hal itu beliau menggalakkan rakyat supaya berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) bermula zaman persekolahan untuk memastikan mereka dapat menunaikan ibadat haji sebelum mencapai umur 50 tahun.
Jamil Khir berkata, berpandukan kepada senarai menunggu semasa, jika seseorang itu mendaftar sekarang, mereka hanya dapat menunaikan ibadat haji pada 2022 atau 2023.
Jelasnya, tahun lalu 75 peratus daripada 26,000 jemaah haji negara berusia lebih 50 tahun dan jumlah itu dijangka meningkat sekiranya trend mendaftar lewat dengan TH masih diteruskan.
Menurutnya, TH akan mempergiatkan usaha memastikan senarai menunggu jemaah haji dapat dipendekkan.
"Untuk menarik jumlah pencarum pada usia muda, kita telah menempatkan seorang pegawai di setiap negeri yang akan bergerak ke setiap sekolah untuk menggalakkan pelajar membuka akaun dengan caruman serendah RM10 sahaja," jelasnya.
Mengulas mengenai kes penderaan kanak-kanak yang semakin berleluasa, beliau yang memegang portfolio agama dalam Kabinet negara menasihatkan orang ramai agar membuat laporan polis jika kes tersebut berlaku di kawasan mereka.
"Polis bertindak ikut laporan. Kalau tidak dilaporkan mereka tidak boleh buat apa-apa. Sebab itu kalau tahu kes seperti itu berlaku, selain melaporkan kita perlu mengambil langkah untuk mencegahnya,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua
Baru lepas habis kursus. Ikut perancangan awal menaiki penerbangan Saudi Air asalnya 16hb Mac pergi dan balik pula 27hb Mac (12hari) tapi SV arahkan penerbangan balik di ajak ke 29hb Mac (14hari) walaupun kena tambah sedikit (RM150) tapi alhamdulillah dapat lebih 2 hari di Makkah |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Tukar Kain Kaabah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 6-3-2010 13:54
Subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 6-3-2010 13:55
Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masyaallahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahaulawalaquwattaillabilaailanliiyilanzimm... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 6-3-2010 14:14
Assalamualaikum...
Mana orang ni...bercuti ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua
Baru lepas habis kursus. Ikut perancangan awal menaiki penerbangan Saudi Air asalnya 16hb Mac pergi dan balik pula 27hb Mac (12hari) tapi SV arahkan penerbangan balik di ajak ke 29hb Ma ...
aily Post at 6-3-2010 13:39
Walaikumsalam..
Baguslah Kak Ailly ni...
Pi dah banyak kali pun..masih lagi pi Kursus..
Ilmu tak akan habis..
Alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
razs pun baru balik dr kursus anjuran tiram travel pagi tadi...dgr kata now mekah dalm penghujung musim sejuk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|