|
Ada ulangan lagi tak episode last week. Aku tgk sedutan tapi lupa lak hari apa cite nih.
Mcm best je sbb lain dari realiti show lain. Konsep lain dan yg penting takde undian sms kan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 1 part - kapsul tak silap yg tunjuk masa audition. Sorang ustaz tu baca ayat pastu suh sambung.. mamat tu nyer sore sedap sgt, sampai ustaz tu nangis. Sedih part ni. Sayangnye mamat tu tak lepas stage 2. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 37# sue87
Harap2 takde la penyingkiran sampai akhir... realiti mesti kena ada penyingkiran ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bila ulangan ye? kesian kawan aku terlepas 1st episod.. suma cm bajet2 hari weekend! ohoh!
anyway...1st episod mmg bagus. Awal2 cerita bab jenazah... Memulakan sesuatu dengan mengingati kematian. |
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran Imam Muda urus jenazah
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
Gambar RASHID MAHFOF dan IHSAN ASTRO
Sekitar aksi peserta Imam Muda menyem-purnakan tugasan pengurusan jenazah yang diberikan minggu lalu.
PERMULAAN yang mendebarkan bagi peserta Imam Muda apabila pada minggu pertama mereka berdepan tugasan yang cukup mencabar iaitu pengurusan jenazah.
Perasaan tersebut mungkin sedikit longgar bagi mereka yang sebelum ini pernah terlibat secara langsung mahupun tidak dengan prosedur pengurusan jenazah.
Namun, bagaimana pula dengan mereka yang sebelum ini tidak pernah berdepan situasi menguruskan jenazah tanpa waris yang telah tiga bulan tidak dituntut serta jenazah penghidap HIV?
Risau, buntu, teruja segalanya bercampur baur dalam satu rasa yang tidak bisa terungkap oleh mereka.
Namun, sebagai bakal imam sebarang kesulitan segera dibuang jauh dan ditempuhi mereka sebaik mungkin.
Kesungguhan 10 peserta Imam Muda jelas dilihat menerusi rancangan tersebut yang bersiaran di Astro Oasis (saluran 106, Astro) pada pukul 9 malam Jumaat lalu.
Mereka terdiri daripada Miril, Asyraf, Aran, Hizbur, Azhar, Adib, Nuri, Abe Syara, Syakir dan Taufek.
Daripada proses memandikan jenazah, kafan, sembahyang dan pengkebumian segalanya dilakukan sendiri secara berkumpulan oleh mereka.
Kedua-dua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Karak, Taman Selaseh, Gombak, Kuala Lumpur.
Menariknya program yang julung kalinya diterbitkan itu ialah selain pesertanya memperoleh pelbagai manfaat dari segi teori dan praktikal, penonton juga tidak ketinggalan memperoleh pengetahuan daripada pelbagai isu yang dipaparkan saban minggu.
Seperti yang telah diketahui ramai, minggu lalu kesemua peserta berjaya meloloskan diri ke peringkat cabaran seterusnya apabila tiada sebarang penyingkiran dilakukan.
Dari segi penilaian, menurut pengetuanya, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz berkata, prestasi yang dipamerkan oleh kesemua peserta pada minggu pertama amat cemerlang.
Biarpun berdepan tugasan yang cukup mencabar, namun kata Hassan, kesungguhan mereka mendalami ilmu sebagai persediaan ke arah pembentukan imam yang beridentiti cukup membanggakan.
"Daripada perancangan yang dibuat, memang kami sengaja memberi tugasan yang berat kepada mereka pada minggu pertama.
"Biarpun ada di antara mereka yang belum pernah menguruskan jenazah sebelum ini namun, apabila tugasan diberikan penerimaan daripada mereka memang cukup positif," kata beliau.
Cemerlang
Selain teori yang diberikan dalam kelas yang dipandu oleh dua mentor, Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang, langkah-langkah keselamatan dari segi pemakaian dan kelengkapan menguruskan jenazah diberi panduan selengkapnya oleh pihak hospital.
Tambah Hassan lagi, setakat minggu lalu, disiplin dan kesungguhan yang diberikan oleh peserta cukup memberangsangkan malah, pemarkahan dari segi ujian teori yang diberikan kepada mereka rata-rata memperoleh markah melebihi 30 peratus daripada 50 peratus markah keseluruhan.
Markah selebihnya (50 peratus) diberikan untuk ujian praktikal yang dilakukan secara berkumpulan.
Tujuannya semata-mata untuk menilai kebolehan kerja berpasukan dan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli.
Bercerita tentang tugasan pada minggu ini, selain menyertai pelbagai kelas teori dan kebolehan menyampaikan khutbah di masjid, mereka juga bakal di bawa ke rumah-rumah perlindungan wanita di pusat-pusat pemulihan sekitar ibu kota.
"Menerusi tugasan ini, mereka bakal dipecahkan kepada lima kumpulan iaitu dua ahli dalam satu kumpulan untuk bertemu dan menemuramah beberapa wanita yang pernah terlanjur.
"Selain itu, mereka juga akan di bawa ke tempat-tempat pembuangan bayi dan ini saya rasa sesuatu yang cukup menarik untuk dikongsikan bersama penonton," kata beliau.
Mungkinkah salah seorang daripada mereka bakal disingkirkan pada minggu ini?.
Kepada peminat rancangan Imam Muda, pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan perjalanan serta kesungguhan 10 peserta Imam Muda menyempurnakan tugasan mereka pada minggu ini.
Imam Muda - Kapsul bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Oasis pada pukul 6.55 petang manakala Imam Muda (penyingkiran) bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat pukul 9 malam.
Rancangan Imam Muda yang dihoskan oleh Ustaz Dzulkarnain Hamzah berbentuk ilmiah, bukan sahaja sesuai ditonton oleh penonton beragama Islam malah, pelbagai kaum. Sarikata dalam bahasa Melayu dan Inggeris disediakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengarnya...: Perang Imam Muda, Akademi Al-Quran
Oleh Normah Becok
2010/06/01
BARU-baru ini tengah duduk makan-makan di Kampung Baru, Cik Normah menerima panggilan telefon seorang rakan lama. Walaupun dalam keadaan yang hingar- bingar, terpaksa jugalah Cik Normah melayan. Maklumlah dia ini teman lama dan baik dengan Cik Normah.
Dia minta Cik Normah tegur sikit dua saluran televisyen. Satu yang berbayar dan satu lagi tidak iaitu TV9 dan Astro Oasis. Maklumlah dia suri rumah sepenuh masa, memang depan televisyen tempat dia melepak hari-hari.
Katanya, dia memang teruja apabila Astro Oasis memperkenalkan program Imam Muda sebab program itu cukup menarik dan memberi banyak ilmu pengetahuan kepadanya. Dia juga adalah peminat setia program Akademi Al-Quran yang kini sudah pun memasuki musim ketiga. Tetapi dia kecewa sangat kerana kedua-dua program kegemarannya itu ditayangkan serentak iaitu setiap Jumaat, jam 9 malam.
Memanglah Imam Muda boleh ditonton semula kerana ada siaran ulangan, tetapi katanya tak seronok menonton siaran ulangan sebab nanti dia ketinggalan tugasan menarik yang diberikan kepada pelajar. Pada masa yang sama, dia juga tak mahu ketinggalan menyaksikan program Akademi Al-Quran.
Katanya, kenapa kedua-dua stesen televisyen itu memilih waktu yang sama.
Padahal seminggu ada tujuh hari, banyak lagi hari lain program itu boleh ditayangkan.
Kalau iya pun nak mengambil berkat hari Jumaat, siarkan pada waktu yang lain.
Panjang dia mengomel kepada Cik Normah, hingga terbantut selera Cik Normah nak menjamah bubur nasi dengan cendawan yang dipesan. Katanya lagi, apa motif kedua-dua stesen televisyen itu? Adakah mereka buat serentak kerana nak mengejar rating?
Katanya, kalau niat nak meningkatkan syiar Islam, niat itu kenalah betul.
Barulah diredai. Kalau setakat nak mengejar rating, niat mereka jelas sekali sudah salah. Sebenarnya betul juga apa yang dikatakan teman Cik Normah itu. Cik Normah harap, mana-mana wakil stesen televisyen yang terbaca tulisan Cik Normah yang panjang lebar ini, harap-harap dapat mengambil sebarang tindakan. |
|
|
|
|
|
|
|
dari FB;
Imam Muda - Imam Muda ASYRAF, ditugaskan membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat minggu ini (4 Jun 2010) di Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur. Kepada kaum Muslimin, marilah kita menyemarakkan dan menyokong calon Imam Muda ini |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Muda - PENGUMUMAN PENTING: Imam Muda Asyraf akan membaca khutbah dan
mengimamkan solat Jumaat minggu ini (4 Jun 2010) di MASJID SAIDINA OMAR AL KHATAB, BUKIT DAMANSARA. sebarang kesulitan yang berpunca daripada perubahan lokasi ini amat dikesali. Terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
bess kann...suker program ni....
bukan dorang je dapat ilmu, kita yang tengok pun leh dapat ilmu....
tak de penyingkiran lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 10 orang Imam Muda ini
diberi peluang hingga ke peringkat
akhir..rasa terharu kalau ada diantara
mereka ini terkeluar pada minggu
akan datang..setakat 3 minggu nie
masih belum ada yg keluar..{:1_125:} |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 10 orang Imam Muda ini
diberi peluang hingga ke peringkat
akhir..rasa terharu kalau ada dia ...
pink_nadia Post at 13-6-2010 08:58
tak best nye kalo xde penyingkiran.. |
|
|
|
|
|
|
|
‘Imam muda tak layak pimpin solat, jurunikah’
2010/06/15
SAYA rasa semua pihak sudah maklum mengenai rancangan yang disiarkan pihak Astro di saluran Oasis iaitu program realiti TV pencarian Imam Muda.
Tidak dinafikan program seperti ini memberi banyak peluang kepada anak muda menunjuk bakat mereka tetapi saya juga beranggapan pihak Astro janganlah mengambil kesempatan ke atas senario ini tanpa memikirkan impaknya.
Agama bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia tidak seharusnya menjadi bahan untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak. Ia sepatutnya dipelajari dengan penuh sifat ketakwaan bukan dengan niat untuk memenangi hadiah.
Satu daripada hadiah yang bakal diterima oleh juara pertandingan ini adalah sebuah kereta bernilai RM150,000, lumayan sekali. Selain itu, pemenang akan menjawat jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Senangnya hendak menjadi imam sekarang ini, sedangkan perkataan iman itu sendiri membawa maksud yang amat dalam dan bukan calang-calang orang boleh digelar imam. Macam manalah agaknya nasib imam muda ini pada masa depan jika ada imam yang lebih layak menyandang jawatan itu.
Peserta Imam Muda ini mestilah berusia antara 18 hingga 27 tahun. Ternyata di sini apa yang saya nampak, golongan remaja yang bakal menjadi imam muda ini tidak sesuai untuk memimpin jemaah ketika solat, menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami isteri malah lebih besar tanggungjawab yang bakal mereka kendalikan di kalangan masyarakat kita ini.
Jika seseorang itu berjaya menjadi imam muda, adakah secara tidak langsung ia akan mula menimbulkan perasaan riak dan takbur di dalam dirinya? Bagaimana imam yang berjiwa seperti ini mampu untuk membimbing makmumnya?
Saya rasa perkara ini tidak harus diambil sambil lewa dan tidak wajar dipermain-mainkan.
AHMAD NIZAM HASHIM,
Ampang, Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Muda cegah maksiat
Oleh ASRULNA’IM ABDULLAH
dan NORHIDAYU MOHD. HASSAN
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN
PESERTA program Imam Muda (berbaju biru) mendengar taklimat yang diberikan pegawai penguat kuasa Jawi berhubung penahanan pasangan remaja dalam Ops Cegah Maksiat di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SABAN minggu para peserta Imam Muda diuji dengan pelbagai tugasan baru yang telah direncanakan buat mereka bagi memenuhi pengisian format program tersebut.
Berbekalkan minat yang mendalam, kesungguhan berserta tekad ampuh untuk bergelar Imam Muda global, para peserta tabah melalui apa jua tugasan diberikan.
Ini termasuklah mendekati golongan remaja yang berpeleseran bersama pasangan masing-masing di sekitar ibu negara pada malam Ahad lalu.
Tugasan itu menyusul selepas mereka dikehendaki mendekati golongan mat rempit di sekitar bandar raya Johor Baru, Johor pada minggu keempat.
Melalui tugasan terbaru itu, peserta bukan sahaja diminta untuk menyampaikan nasihat tetapi juga meningkatkan kesedaran kepada diri mereka sendiri.
Tujuan tema itu dipilih adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berhadapan dengan golongan remaja yang dikatakan sukar menerima nasihat berikutan perubahan dan gaya hidup moden.
Bermula pukul 10 malam, para peserta dan 50 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) telah mula berkumpul di pejabat Jawi.
Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan lokasi yang dituju di beberapa buah taman dan hotel sekitar ibu negara.
Seramai 11 pasangan berusia lingkungan 17 hingga 40 tahun telah ditahan dalam operasi diberi nama Ops Cegah Maksiat itu yang berakhir pukul 7 pagi.
Menariknya, sebaik sahaja bertemu pasangan yang dalam keadaan mencurigakan, peserta diminta mendekati dan mentarbiah mereka.
Tugasan itu walaupun dilihat mudah namun sebenarnya merupakan satu cabaran dan jelas menguji kesabaran dan kemahiran berkomunikasi yang diperlukan oleh seseorang bergelar imam.
Lebih-lebih kemahiran berkomunikasi adalah kunci utama dalam usaha imam mentarbiah segenap lapisan masyarakat.
Bermula dengan ‘ta'aruf’ atau sesi suai kenal, peserta terlebih dahulu memperkenalkan diri masing-masing kepada pasangan berkenaan sebelum memulakan perbualan selanjutnya.
Menurut mursyid program Imam Muda, Shahrizan Daud, tugasan itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada imam-imam muda bagi berhadapan dengan situasi sebenar berdasarkan tema “Remaja Menuju Dewasa”.
“Seperti yang kita tahu, pada peringkat inilah remaja mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat dan berunsurkan maksiat.
“Kita memberi panduan kepada mereka tentang cara-cara untuk berhadapan dengan situasi sebegini.
“Jadi mereka harus mengaplikasikan dengan memberi tarbiah dengan penuh adab, serius, dan pada masa yang sama tidak mengaibkan orang lain,” jelas beliau.
Menurutnya lagi, secara keseluruhan para peserta telah menjalankan tugas dengan baik pada malam itu.
“Mungkin terdapat sedikit masalah tetapi itu adalah perkara normal kerana ia kali pertama mereka berhadapan dengan situasi sebegini. Apa yang penting adalah pendedahan.
“Tugasan malam ini mendedahkan peserta bahawa tugas seorang imam bukan sahaja di masjid. Imam sebagai pemimpin yang bersifat universal hendaklah sentiasa turun padang supaya tidak terlepas pandang perkara-perkara seperti ini,” tambah beliau lagi.
Beliau juga berharap program Imam Muda dapat menjadi medium hiburan berunsurkan Islam kepada masyarakat secara keseluruhannya.
“Ia kerana program seperti ini amat kurang yang membuatkan para penonton tercari-cari.
“Selain itu, program itu dapat mengangkat profesion seorang imam. Bukan kita mahu penonton menjadikan imam muda sebagai idola tetapi mahu menyedarkan masyarakat bahawa imam adalah wasilah kepada Rasulullah S.A.W.
“Dengan itu, kita harap ia dapat mengingatkan penonton kepada usaha yang telah dilakukan oleh rasul junjungan Nabi Muhammad SAW,” tambah beliau lagi.
Bagi seorang peserta, Ahmad Syakir Zamri, 19, tugasan itu amat memberi kesan terhadap dirinya kerana pertama kali terlibat dalam operasi mencegah maksiat.
“Kami semua betul-betul berada dalam situasi realiti. Jika dahulu hanya melihat dalam televisyen dan kini saya melaluinya.
“Pengalaman itu sangat berguna apabila menjadi seorang imam kelak, ia telah mengajar saya dan rakan-rakan bagaimana cara untuk mendekati dan menasihati mereka melalui pendekatan yang sebaiknya,” katanya yang merupakan peserta termuda program itu.
Tambah Ahmad, dia percaya mereka yang ditahan itu mungkin kerana disebabkan terpengaruh dengan gaya hidup bebas dan desakan nafsu.
Sembilan peserta yang masih menyahut cabaran menerusi program terbitan saluran Oasis (saluran 106, Astro) ialah Amiril Md. Banin, 25; Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 dan Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 sebagai peserta.
Tidak ketinggalan ialah Nik Muhammad Adib Md. Amin, 22; Nuri Ali Arbain, 25;Ahmad Syakir Zamri, 19, dan Mohd. Taufek Mohd. Noh, 27. |
|
|
|
|
|
|
|
NURI tuh mcm bajet bagus jah?? Motif nak bangga dia tu hafiz??
AFUNDI KELUAR NURI
beta_carotene Post at 31-5-2010 10:14
hihi beta ke undi kluar kehekhek..
ku tgk dia mcm poyo sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
asyraf tu mcm ala ala mawi sikit iras dia |
|
|
|
|
|
|
|
kelakar tgk semalam part diorang demo nak tangkap pasangan khalwat tuhhh....shakir terkeluar lar plakkk....tapi takpe muda lagii kannn... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa yang muka hazab2 susah nak terkeluar eh? kata penampilan menarik kriteria penting pemilihan imam yang jitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Published: Khamis Julai 15, 2010 MYT 3:00:00 PM
Program 'Imam Muda' Dapat Liputan Meluas Akhbar Di Jerman, Switzerland
Oleh MANIK MEHTA
FRANKFURT: Media di Jerman dan Switzerland melaporkan secara meluas mengenai program realiti televisyen Malaysia, "Imam Muda".
Pada masa di kebanyakan negara di barat, program bakat televisyen dianjurkan bagi memilih bintang, Malaysia memilih "bintang imam" berikutnya menerusi program pencarian bakat, seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar di Jerman dan Switzerland.
Butiran mengenai program "Imam Muda" dilaporkan dengan meluas oleh akhbar harian -- daripada Tagesspiegel, Merkur Online menerusi n-tv.de, Bild.de, Sueddeutsche Zeitung sehinggalah kepada akhbar harian Switzerland, Tagesanzeiger - membuatkan pembaca begitu asyik, seperti yang digambarkan oleh pembaca dalam komen mereka terhadap laporan berita itu.
Menerusi program "Imam Muda", kira-kira lapan anak muda muncul di televisyen di Malaysia pada waktu perdana, lengkap berbaju Melayu dan bersongkok.
Tagesanzeiger, misalnya menyifatkan calon berkenaan sebagai "superstar" di televisyen Malaysia dan melaporkan bahawa mereka nampaknya telah menjadi pujaan hati ramai wanita muda.
Berbeza dengan program realiti yang lain, apabila peserta lazimnya menyanyi atau menari, calon dalam program "Imam Muda" memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran, mengikuti latihan menguruskan jenazah untuk dikebumikan, dan berikrar untuk melindungi golongan muda Malaysia daripada seks serta dadah.
Program pencarian bakat yang disiarkan setiap minggu itu diketuai oleh seorang ulama terkemuka, Hasan Mahmud.
Beliau mewujudkan sekumpulan imam muda yang dapat dijadikan contoh dan menggunakan bantuan mereka untuk memerangi gejala "keruntuhan sosial dan moral."
Calon terbabit, berusia antara 18 dan 27 tahun, dipilih berdasarkan kriteria personaliti dan pengetahuan agama mereka. Seperti juga dalam "American Idol" dan program bakat yang lain, calon disingkirkan setiap minggu apabila mereka gagal melayakkan diri.
Banyak penonton dan pembaca yang terkejut apabila mendapati sepanjang tempoh program itu, calon-calon diasingkan dan ditempatkan dalam ruang tidur sebuah masjid - tanpa telefon bimbit, Internet, televisyen dan peralatan moden lain - supaya mereka dapat "berfikir sendiri dan tidak perlu bergantung harap kepada bantuan atau galakan dari luar."
Pemenang pertandingan itu berpeluang menunaikan fardu haji di Mekah, bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di universiti di Madinah, dan bekerja di masjid," kata pengulas dalam akhbar harian Tagesspiegel yang diterbitkan dari Berlin.
Akhbar Jerman itu menegaskan bahawa semua peserta yang mengambil bahagian pastinya "dikagumi oleh peminat remaja dan bakal ibu mertua."
"Bagi umat Islam, menantu yang ideal adalah bakal imam kerana mereka berpendidikan dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang Islam," akhbar itu memetik Iselan Bazar daripada rangkaian Astro Oasis yang menyiarkan rancangan pencarian bakat agama itu. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|