|
wah... dah umah baru....
best..best...best... ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) ![](static/image/smiley/default/pompom.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Nur Amina.
![](http://i954.photobucket.com/albums/ae25/hijau88/Grab_image_17.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 40# hijau88
huhu remy nihh...murah sungguh air mata diaa...camner dia buat ehh...
![](http://i954.photobucket.com/albums/ae25/hijau88/2-24.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
mereka nk flight dh kew? ![](static/image/smiley/default/cry.gif) ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikummmmmmmmmmmm....
wah! rupenya ptg semalam lagi korang dah pindah umah baru yer. good2..
takde lah aku asek kena panggei je lepas ni. TQ hijau...![](static/image/smiley/default/lol.gif)
ulangan dah nak berakhir..nantikan perkhabaran dari 'filem' nye pulak.
kan kan kannnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 40# hijau88
sedih scene nih![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jawablah!: Tak tergamak khianati kawan
Tiz Zaqyah
Gosip rebut lelaki, Tiz mahu bersemuka dengan Fasha Sandha
HAMPIR semua akhbar hujung minggu memaparkan kisah Tiz Zaqyah menjadi penggoda. Dia juga dikatakan berebut lelaki dengan Fasha Sandha.
Pelakon muda ini tidak cepat melenting apabila ditanya perkara itu. Malah sepanjang perbualan dengan Hip, suara Tiz yang namanya mula dikenali menerusi drama Nurkasih, ini cukup tenang.
Baginya, sejak ada angin lintang yang membawakan perkhabaran kononnya dia seorang yang miang apabila cuba mengganggu kekasih pelakon terbabit dengan menghubungi jejaka itu menerusi telefon pada jam 4 pagi untuk tujuan melepak, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan apa saja kemungkinan.
Memegang prinsip berani kerana benar, Tiz Zaqyah berkata tidak ada apa perlu yang disembunyikan kerana dia tidak pernah melakukan perkara seperti yang dihebohkan ramai pihak itu. Malah, dia yakin hubungannya dengan Fasha masih berjalan seperti biasa kerana dia tidak pernah mempunyai masalah dengan pelakon itu.
Tegas Tiz, kehadirannya di dalam industri ini bukanlah untuk mengganggu keharmonian mana-mana pihak. Sebaliknya, dia hanya mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonannya yang baru hendak bermula.
Hip: Apakah benar Tiz ada menghubungi kekasih Fasha pada jam 4 pagi seperti yang dihebohkan ketika ini?
Tiz: Tidak. Saya tidak pernah melakukan perkara itu. Saya mendapat tahu mengenai gosip ini pun apabila ada seorang teman memberitahunya. Memang terkejut kerana perkara itu tidak benar sama sekali. Saya sendiri hairan bagaimana gosip seperti ini boleh timbul.
Hip: Bagaimana dengan cerita kononnya lelaki yang dikaitkan dengan Tiz itu sanggup membuat pinjaman dengan sebuah bank semata-mata untuk menghadiahkan Tiz kereta?
Tiz: Iya ke? Setahu Tiz, kalau ibu dan bapa Tiz yang nak menjadi penjamin untuk Tiz beli kereta adalah (ketawa). Sebenarnya, untuk pengetahuan, ketika ini saya memang tidak ada kereta. Kalau mahu bergerak ke sana, ke mari pun saya menggunakan teksi saja. Saya tak fahamlah kenapa orang suka buat cerita yang tak betul fasal saya. Saya sendiri pun masih tak ada lesen memandu. Jadi macam mana saya nak bawa kereta yang kononnya dihadiahkan seseorang itu.
Hip: Tiz kenal dengan lelaki yang digosipkan dengan Tiz itu?
Tiz: Ya, saya kenal dan kami pernah keluar beramai-ramai dengan kawan-kawan lain termasuk Fasha sendiri. Disebabkan kami adalah kawan, mana mungkin saya tergamak untuk mengkhianati kawan sendiri.
Hip: Jika betul Tiz tidak melakukan perkara itu, Tiz berani untuk bersemuka dengan Fasha untuk menjelaskan perkara yang sebenar.
Tiz: Saya tak ada masalah dengan Fasha. Sejak mengenalinya beberapa bulan lalu, saya anggap Fasha macam kawan-kawan saya yang lain. Mungkin saya bertemu dengan Fasha untuk bertanyakan perkara ini tetapi bukanlah untuk masa terdekat ini. Tidak perlu tergesa-gesa kerana ia memang tidak pernah berlaku.
Hip: Kalau begitu, mungkin Tiz ada pesanan buat Fasha yang boleh melegakan hati pelakon itu?
Tiz: Saya rasa tak perlu untuk saya sampaikan apa-apa pesanan di sini. Tak sesuai. Biarlah apa yang ingin katakan nanti, saya katakan secara berdepan dengannya jika saya berpeluang bersemuka dengannya satu hari nanti.
Hip: Mungkin ada pihak yang tidak senang dengan Tiz dan cuba merosakkan imej Tiz dengan menyebarkan cerita ini?
Tiz: Itu saya tidak pasti. Tapi sebagai artis, saya anggap apa yang berlaku ini adalah satu dugaan buat saya. Mujurlah keluarga dan peminat banyak memberi sokongan meskipun pada awalnya mereka sendiri terkejut dan tidak senang hati dengan gosip seperti ini. Bagaimanapun selepas diberi penjelasan, barulah mereka memahami kedudukan yang sebenar.
Hip: Masih berdepan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak dapat membezakan antara Tiz Zaqyah dan Nur Amina dan mengharapkan Tiz menjadi Nur Amina sampai bila-bila?
Tiz: Memang ada. Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Tiz sedar watak Nur Amina memang memberi impak yang besar tapi mereka harus ingat, itulah hanyalah sebuah lakonan. Jadi, Tiz mahu semua pihak terima diri Tiz sebagai Tiz Zaqyah.
credit to : bharian online |
|
|
|
|
|
|
|
suke statement tiz.. sgt profesional.. tiz the best !! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 43# supbunjut
Ku rasa kalenjar airmata dia besar..bolh nanes cuRah2 mcm dlm tkbirRatulikhrm..time tgh doa tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Yen_Aireena at 16-6-2010 08:38
Tiba masanya kahwin juga
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
2010/06/16![](http://www.bharian.com.my/articles/Tibamasanyakahwinjuga/pix_gal0)
Ayu Raudhah
CERITA mengenai hubungannya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha bukanlah perkara baru. Ia sudah tidak menjadi bualan hangat walaupun tiada pengakuan terbuka daripada si empunya diri, Ayu Raudhah.
Namun, daripada tutur katanya, pelakon drama TV ini seakan-akan tidak menafikan hubungan itu. Malahan dia sendiri sudah membayangkan kesediaannya untuk menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihannya itu.
“Kalau ikutkan kesediaan dan naluri wanita, memang Ayu sudah sedia untuk berkahwin. Kalau diizinkan Tuhan, Ayu bersyukur dapat memiliki lelaki sebaiknya seperti dia (Zaquan).
“Tapi kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Kami berharap ada jodoh untuk disatukan,” kata Ayu secara berlapik apabila memperkatakan status hubungan dengan lelaki pilihannya.
Adik kepada Rozita Che Wan membuat penjelasan itu apabila ditanya Hip kononnya dia bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Namun, pengakuan itu masih tidak jelas.
“InsyaAllah, yang pasti kalau apa yang dirancang menjadi dan sah, Ayu tidak teragak-agak untuk memberitahu rakan media. Tak kiralah untuk majlis pertunangan atau pernikahan sekalipun. Bukan berniat untuk bermain teka-teki kerana hakikatnya Ayu sendiri tak mempunyai jawapan pasti.
“Ya atau tidak, Ayu biarkan ia menjadi tanda tanya dulu. Kita sebagai manusia hanya merancang kerana pada akhirnya semua berbalik kepada restu Yang Maha Esa. Apa yang boleh Ayu katakan, kami tengah berbincang dan belum pasti bila tarikh akhirnya.
“Urusan yang baik, Ayu takkan selindung. Dengan kesibukan Ayu dan dia dalam bidang masing-masing, ada kalanya kita terpaksa bertolak ansur dalam banyak hal. Apa yang kita impikan juga barangkali tak dapat dicapai tahun ini.
Tengoklah macam mana. Hanya masa yang akan menentukan,” kata Ayu yang sedikit terkejut apabila kisah ini dapat dihidu oleh media, termasuk Hip.
Mengenai perkembangan kerjaya seninya, Ayu berkata, dia bersyukur kerana sehingga kini masih terus menerima tawaran berlakon.
Terbaru dia membintangi drama 13 episod, Janji Kekasih arahan Feroz Kadir. Drama itu turut menampilkan Jue Aziz dan Fezrul Khan.
“Selain itu, Ayu juga bakal membintangi filem keduanya iaitu Nur Kasih. Setakat ini pihak produksi meminta Ayu melapangkan masa pada bermula minggu kedua bulan ini. Ayu belum tahu lagi berapa banyak watak membabitkan diri sendiri.
“Ayu difahamkan latar masa untuk versi filem ini ialah lapan tahun kemudian selepas berakhirnya versi drama. Kita tunggu sajalah perkembangannya nanti.
“Ayu teruja juga untuk meneruskan kesinambungan Nur Kasih. Tak sabar juga untuk kembali berlakon di bawah arahan Kabir Bhatia dan pelakon yang lain,” kata Ayu yang sering kali mendapat tawaran watak bertudung untuk drama yang dilakonkannya.
kredit: bharian
peminat2 NK pun x sbr2 nk tgk filem nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
mode : face to face ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dlm drama ni.. sejak bila agak2nya adam mula suka/jatuh cinta dgn nur? scene yg mana ek? saje nak ingat2 balik.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
dlm drama ni.. sejak bila agak2nya adam mula suka/jatuh cinta dgn nur? scene yg mana ek? saje nak in ...
hazlyn Post at 16-6-2010 08:51 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
masa ep 10... yg Nur pakai telekung tu kan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|