Post Last Edit by dauswq at 1-7-2010 21:22
BAB 3: ? Y A T I
Pohon angsana meluruhkan daunnya sebaik ditiup angin kencang Khatulistiwa. Hoe Lin yang berada di bawah pohon tersebut terpaku melihat dedaun hijau di tapak tangannya.Tatkala itu, burung pipit berkicauan menghidupkan lagi suasana ceria di taman bunga itu. Siulan Mohd yang agak kuat kemudiannya, berjaya menakutkan burung pipit tersebut lalu terbang bertempiaran. Lembayung kemerah-merahan dinding langit menandakan waktu Maghrib sudah tiba. Namun, klu yang hendak dicari oleh kedua-dua orang anggota polis tersebut belum ditemui lagi.
“ Perluke kita hubungi Puan Julia memaklumkan hasil penemuan kita setakat ini ? ,” TanyaMohd.
“Jangan. Keterangan kita ambil daripada saksi-saksi yang ada masih samar.Lagipun kita belum tahu maksud di sebalik dying message. We won’t stop , “ kata Hoe Lin yang berkaca mata sambil rambutnya diikat mayang.
“ Sebaliknya kita hanya menyusahkan puan lagi. Keterangan kita ambil ini hampir menyamai keterangan yang diambil 5 tahun lepas ,” kata Hoe Lin lagi.
“ Saksi terakhir pula , macam mana ? ,” soal Mohd.
“ Kejap lagi. Kita hubungi ,” kata Hoe Lin.
“ Tapi yang gua pelik. Mak Jijah senyap saje. Tak banyak bercakap. Tapi dia memang baik. Bekerjasama dengan kita apabila ditanya soalan. Cuma tiada mimik gembira ,”sambung Mohd.
“ Mak Jijah sorang ibu yang baik. Even anak tunggalnya Hisham yang dah meninggal tu dia tidak banyak melatah. Malah dia lebih gembira jika kes diselesaikan ngan baik ,” bicara Hoe Lin lagi.
“Mak Jijah pastinya bersyukur sebab anaknya bukan membunuh diri seperti dikhabarkan sebelum ini. Alangkah hebatnya doa sorang ibu ,” kata Mohd sambil menadahkan kedua-dua telapak tangannya ke langit.
Hoe Lin mencuit bahu Mohd sambil ketawa kecil. Mohd hanya tersengih melihat gelagat Hoe Lin.
Sementara itu, bilik forensik Hospital Kuala Lumpur dikejutkan dengan kehadiran Inspektor Julia secara tiba-tiba. Beliau masuk sambil menyapa beberapa orang pegawai forensik tersebut. Bau bilik tersebut agak busuk sedikit tetapi bau kasturi menutupi bau yang tidak menyenangkan itu. Inspektor Julia menutup hidungnya kerana tidak tahan akan bau tersebut. Mungkin mayat baru sudah sampai, bisik hatinya. Di dalam bilik tersebut, kelihatan dua pegawai lelaki dan seorang wanita sedang meneliti kesan mayat yang terbakar di atas tilam. Lamunan Inspektor Julia terhenti seketika apabila beliau disapa oleh Dr. Ryan.
“Hi, Julia. How are you ? . Long time I haven’t see you “ sapa Dr. Ryan.
“ Dr. Saya sihat saje. Malah baru naik pangkat tempoh hari..He He.. Anyway, macammana dengan progress penelitian dying message itu ? ,” tanya Inspektor Julia sambil menggarukan kepalanya.
“Hmmm....kami ada memecahkan barisan kod tersebut. Kami juga ada memeriksa kertas yang tertulis kod tersebut. Kertas itu memang benar dihasilkan 10 tahun lepas dan bukan baru lagi. Tetapi yang menariknya, ada tanda soal di hadapan kod-kod tersebut ,” jelas Dr. Ryan sebelum menunjukkan kertas lusuh berwarna keperang-perangan.
“Berdasarkan barisan kod ini, saya conclude ia bermaksud Y A T I ,” sambung Dr. Ryan lagi.
“ Jadi, dying message ialah ‘ ? Y A T I ‘ ,”soal Inspektor Julia untuk kepastian.
“ Buat masa ini. Itu sahaja yang kami jumpa , “ kata Dr. Ryan. Beliau menghulurkan kertas tersebut kepada Inspektor Julia untuk pemerhatian. Inspektor Julia hanya mengangguk.
“ Siapa Yati ? “ bisik Inspektor Julia bersendirian.
“ For that matter, I leave to you , “ senyum Dr. Ryan.
“Terima kasih, Dr. Kalau ada apa-apa pembaharuan, just inform me asap. “ Inspektor Julia menggerakkan tangan kanannya ke arah telinga. Kemudian, dia menyerahkan kembali kertas tersebut pada Dr. Ryan. Inspektor Julia beredar meninggalkan bilik forensik tersebut.
EvaGarden dihiasi dengan pohon-pohon liar kehijauandan bunga ros ungu yang segar membugar. Bunga anggerik ungu cair tumbuh menutupi liang pagar rumah agam tersebut sekali sekala menjadi kawasan teduhan si manja, Nelly. Siapa lagi kalau bukan kucing Parsi putih belaan Sarah. Bunyi cengkerik semakin liat kedengaran tatkala musim bunga baru melabuhkan tirainya lebih kurang tiga minggu lepas. Bunyi cengkerik tersebut seiring dengan igauan manja sang kucing yang berehat di celah ampaian bunga anggerik. Sarah segera membawakan Friskies sebaik sahaja Nelly mengiow.
“Ala,bucuk bucuk. Nah, kakak kasi makan ya ,” pujuk Sarah sambil membelai bulu kucing kesayangannya itu. Nelly makan Friskies tanpa ragu. Aksi manja Sarah diperhatikan tajam oleh lembaga manusia yang berdiri sebalik pagar.
“Janganlah buat camni, Liah. Terkejut Sarah okay . “
“ Ala. Takkan la aku tak leh nak kacau sket pun , “ kata Aliah sambil mencubit pipi Sarah menandakan keakraban dua sahabat sebangsa itu.
“ Ada apa kau dating sini, Liah ?. Ko dapat recommendation dari prof ker ?... Happy sangat ,” kata Sarah lagi.
“ Kau rasa?.”
“ Haha. Aku dah agak mesti ada sesuatu ni ,” kata Sarah lagi.
“Itu satu berita baik. Aku memang dapat recommendation. Siap ditawarkan lagi kerja sebagai reporter tau. Tapi itu bukan sahaja berita gembira ,” terang Aliah.
“Wah,tahniah! Tak sangka kau Liah. Camne lah ko leh pujuk profesor botak licin tu..Kih Kih Kih . Ok, apa dia berita lagi satu tu ? “.
“Peraduan Wallmart yang kita sertai tempoh hari telah menang tempat ketiga. Hadiah percutian tiga minggu ke Miami, Florida.Tiket flight first class. Hotel penginapan pula five star, Beacon Hotel South Beach , “ kata Aliah dengan gembira. Dia menunjukkan poskad hadiah kepada Sarah sebagai bukti. Sarah menjerit keriangan.
“Amboi, kau. Lebih-lebih pula, Sarah .”
“Boring sangat duk rumah. Nanti aku mintak kebenaran hubby aku dulu ya , “ pinta Sarah.
“Pujuk saje hubby kau tu. Aku tau dia sayang sangat kat kau tapi boleh je aku rasa dia kasi kau pegi . “
“Harapnya gituh . “
Chesapeake General Hospital sentiasa sibukdengan ribuan pesakit yang datang melapor diri dan kakitangan hospital yang melayan kerenah pesakit-pesakit tersebut. Di penjuru koridor tingkat lima yang lenggang diterangi sedikit cahaya lampu kalimantang biru menambahkan suasana hening sepanjang koridor. Di hadapan bilik bedah kelihatan seorang ibu African-America yang hamil sambil ditemani oleh dua anak lelakinya. Dia meratapi akan sesuatu. Sebai ksahaja lampu merah di atas pintu bilik bedah itu padam, wanita itu berhenti menangis. Matanya merenung tajam ke arah pintu tersebut. Kemudian, seorang lelaki menyerupai pelakon hebat, Tom Cruise keluar dengan mimik muka yang kecewa.
“ Sorry mam. You beloved hubby were just passed away. We tried to help but we couldn’t ,”jelas Dr. Azmin dengan penuh simpati. Wanita hamil itu jerit kesedihan manakala dua anaknya bingung tidak berkata. Dia rebah sebelum badannya disambut oleh Dr. Azmin.
“Nancy, please comfort her , “ pinta Dr. Azmin kepada jururawat yang berdiri disampingnya.
“Dr. .You have a phone call. Emergency from Malaysia ,” panggil seorang jururawat lain yang baru tiba. Dia kelihatan mengah kerana penat berlari dari tingkat bawah.
Dr.Azmin segera bergerak ke kaunter tersebut. Dia terus mengangkat ganggang telefon tersebut.
“Hello.Sapa ni yang mahu bercakap dengan saya ? “ tanya Dr. Azmin.
“ Saya Hoe Lin. Seorang pegawai polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur , “ sebut orang dalam panggilan itu.
“Okay. Apa yang boleh saya bantu? “ tanya Dr. Azmin.
“Sebenarnya kami dapati awak sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan Hisham 5 tahun lepas. Kami mahu keterangan lanjut dari awak , “ terang Hoe Lin.
Dr.Azmin tersentak. Ganggang telefon jatuh.
“Hello. Dr. Azmin. Hello, “ jerit Hoe Lin bertalu-talu.
“Sorry.Saya agak tension sikit tadi. Saya baru selesai bedah orang tadi ,” jawab Dr.Azmin.
“Takpe. Saya tak kesah . Sorry mengganggu , “ kata Hoe Lin lagi.
“Baiklah.Saya akan jujur menjawab segala pertanyaan polis ,” jawab Dr. Azmin dengan pasti setelah berjaya menenangkan dirinya. Dr. Azmin yang kelihatan resah itu diperhatikan oleh beberapa jururawat yang berada di situ. Mereka berbisik sesama sendiri. |