CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 6-7-2010 07:47 AM | Show all posts
Reply 30# ungu_violet191


    uv....menurut kata ustaz kursus saya...kalau melawat masjid terapung di jeddah kena tawaf wada'.


wallahu'alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 07:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by Mas916 at 6-7-2010 07:57

Reply 27# UMMI_MAI


    KLIA------->Jeddah------->Madinah--------> niat ihram di Bir Ali----------->Mekah------->Tawaf------>Sae-------Bergunting--->Tahallul.


Kalau bergunting utk jemaah wanita...seelok2nya gunting rambut di tgh2 kepala.....kalau kat belakang..takut tergunting rambut di bahagian tengkuk. Ada pendapat kata , tak sah kalau gunting rambut di bahagian tengkuk.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 07:55 AM | Show all posts
Reply 39# HUSSAINTAHIR


    HT.....saya teringat kesah kawan ustaz kursus saya....
masa tu dia masih belajar lagi...di tumur tengah,..datang ke mekah nk buat haji/umrah....., masa sa'e dia terpandang sekumpulan pakistan bersama anak perempuan mereka yg sgt cantik....
dia pun kata pada ustaz saya....alangkah beruntungnya kalau dpt kawin dgn anak pakistan tu.

satu hari tu...ketika dlm masjid, tetiba pakistan tu mai jumpa dia, offfer menikah dgn anak dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:13 AM | Show all posts
salam semua..
ya allah,da lame rasenyerr xjenguk n singgah kat thread ne...
da ade rumah baru lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:16 AM | Show all posts
Reply  UMMI_MAI


   Kalau bergunting utk jemaah wanita...seelok2nya gunting rambut di tgh2kepala.....kalau kat belakang..takut tergunting rambut di bahagiantengkuk. Ada pendapat kata , tak sah kalau gunting rambut di bahagiantengkuk.
Mas916 Post at 6-7-2010 07:50 AM


x faham dgn gunting rambut di bahagian tengkuk??? maksudnya 'bulu roma' di tengkuk kah???
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:29 AM | Show all posts
Reply 45# scidbu


    ada setgh org, punya rambut yg byk pada bahagian tengkuk. jgn gunting di bahagian tu....elok gunting rambut di tgh2 kepala.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2010 08:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 6-7-2010 08:36

Dari isuhangat.net..

Gambar Makam Rasullullah Palsu
Berhati-hati dengan email yang bertajuk “Makam Rasullullah” yang mempunyai kandungan email yang begini:

PLEASE RECITE DAROOD-E-PAK

This is view of Rauza e Rasool (P.B.U.H), which is not open for visitors/Zayeriens perhaps not even 0.1% Muslims had the opportunity to see this view. May ALLAH bless all of us.( Ameen )
Ini kerana gambar makam yang dikatakan Makam Rasulullah dalam email tersebut ialah Makam Maulana Jalal Uddin Rumi di Turki.





Gambar inilah yang dikatakan Makam Rasulullah di dalam email berantai tersebut yang sebenarnya Makam Maulana Jalal Uddin Rumi di Turki.
Boleh check di link di bawah
http://www.mevlana.net/mausoleum.htm
Jadi jika anda mendapat email ini , JANGAN forwardkan lagi email ini dan beritahu semula penghantar email tersebut pasal kisah inbox ke satu inbox umat Islam kerana ayat yang ada dalam email tersebut:
I request you please forward this email to only our Muslim ummah
VERY EXPENSIVE PICTURE, KEEP IN YOUR RECORD
Sudah pasti ini adalah kerja mereka yang ingin mengelirukan umat Islam dan memblast email berantai ni.
Berkenaan dengan entri isuhangat sebelum ini http://www.isuhangat.net/2010/07 ... asi-40-ribu-tulang/ ada pembaca yang memberi respon mengatakan tulang tersebut adalah tulang orang Kristian sendiri dan memberilkan link blog sebagai bukti , terima kasih diucapkan tetapi meminta blog isuhangat tidak mengeluarkan entri-entri berkaitan agama.
Isuhangat tetap akan menyajikan isu2,artikel dan gambar2 hangat terutama yang Islamik kerana ingin mengimbangi blog-blog hiburan dan blog politik yang sedia ada kerana jika kita tidak berkongsi info kita takkan tau dan jika semua orang takut berkongsi berkaitan agama, apa akan jadi pada generasi kita?
dan jika ada kesilapan fakta atau gambar sila beritahu admin segera di ruangan komen. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 08:51 AM | Show all posts
wah rumah baru....jom meriahkan rumah baru....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 09:05 AM | Show all posts
tetiba sy rasa rindu tgk gambo2 yg anda post tuh...sy menunaikan umrah tahun lepas penghujung Mei. Mmg masa tu Mekah & Madinah panas ...suhu mencecah 46 darjah....tp alhamdulillah sy dpat menjalani ibadat dgn sempurna...muttawif sy pun bagus...senang faham bila die xplain persoalan kita tuh....yg ttg period tu sy g 2 minggu n period pun dah lps so tidak menjadi masalah bg saya masa tu....bln Mei yg lps sy terasa rindu yg teramat sgt teringatkan memori sy ke sana yg thn lepas....doa2 kan lah rezki utk tunaikan haji pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:52 AM | Show all posts
Reply  UMMI_MAI
Salam semua,

.....Ada pendapat kata , tak sah kalau gunting rambut di bahagian tengkuk......

Mas916 Post at 6-7-2010 07:50


BERCUKUR/BERGUNTING (TAHALLUL) (RUKUN)

Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangya tiga helai, yang afdalnya bercukur kesemua sekali bagi lelaki dan bagi wanita hanya bergunting sahaja.

Mereka yang tidak mempunyai rambut, sunat baginya melalukan mata pisau di kepalanya.

Tahallul : Ertinya melepaskan diri daripada pantang larang dalam masa ihram.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:04 AM | Show all posts
sy pun hadapi situasi yg sama br2 ni..jemaah kami di bawa ziarah ke jeddah,ada sestgh jemaah yg  ...
ungu_violet191 Post at 5-7-2010 20:31


Salam ungu-violet mmg betul ada sempadan di Jeddah yang jemaah kena tawaf wada....Mutawif akak pun ada beritahu tapi tak ingat pulak berapa kilometer. Sebab masa mutawif tu cakap akak tak berapa nak amek peduli coz dalam hati kata....masa nak balik nnt pun boleh singgah jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by aily at 6-7-2010 10:11

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi
file:///C:/DOCUME%7E1/FARIDA%7E1.ABI/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot.png
file:///C:/DOCUME%7E1/FARIDA%7E1.ABI/LOCALS%7E1/Temp/moz-screenshot-1.png
http://www.hmetro.com.my/articles/TysonmenangisdiRaudah/pix_middle
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 11:45 AM | Show all posts
semoga mike tyson ni menjadi hamba allah yg bertakwa spt Yusoff Islam yg menyebarkan ajaran dgn baik & berkesan...sebab dorang celebrity pengaruh kuat....amin....
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 03:31 PM | Show all posts
masjid kucing
HUSSAINTAHIR Post at 6-7-2010 07:36



    x perasan masjid ni dekat ngan masjidil haram..kenapa nama masjid ni masjid kucing ye?ada sejarah tertentu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 06:05 PM | Show all posts
masjid kucing
HUSSAINTAHIR Post at 6-7-2010 07:36

Selalu bergurau dgn rakan2, tentang nama Masjid Kucing ni, samasa pi umrah. Sapa2 yg cakap Masjid Kucing, selalu saya cakap, macam dekat Jln Kucing je. Dekat sangat dengan KL dan Selayang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 07:38 PM | Show all posts
Reply 54# ungu_violet191

Apa yg diberitahu oleh mutawwif saye, Masjid Kucing = Masjid Abu Hurairah. Abu Hurairah ra adalah sahabat Rasul yg sangat sukakn kucing. Wallahualam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 08:01 PM | Show all posts
Reply 33# bunga_kaseh

Berdoalah pd ALLAH!
Sebelum tunaikn umrah Mac lepas, saye susah hati sbb tetiba haid February saye terawal, jd dh lari expected date utk period Mac. Sbb dh pilih pakej umrah yg sepatutnya xperiod- kita hanya mampu merancang. Saye dan suami sentiasa berdoa semoga dipermudahkn urusan kami utk tunaikn umrah oleh Allah SWT. Solat di Masjid Nabawi, di Raudhah- sentiasa saye pohon Allah mudahkn. Suami ambilkn air zamzam dan kami berdoa pd Allah SWT semoga saye dpt tunaikn umrah dgn lancar. Di Bir Ali utk lafaz niat ihram umrah pun saye perlu ke tandas pastikn period atau tidak. Tp Allah Maha Pengasih...saye dpt tunaikn umrah sebyk 2 kali (niat di Bir Ali & Hudaibiyah) tanpa sebarang halangan. Sujud syukur saye pd Allah SWT kerana makbulkn doa saye. Saye benar-benar (sepenuh hati) percaya dgn kuasa doa pd Allah! Subhanallah.
   
Tahalul bg wanita, selesai saie...digalakkn suami bertahalul dulu (minta jemaah yg dh tahalul tolong), kemudian kita tarik sedikit rambut dr bwh tudung/tepi tudung (pastikn tidak dilihat oleh bukan muhrim) dan minta suami kita potongkn. Berdoa bersama. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:10 AM | Show all posts
TERINGIN



teringin nak lepak sambil tak buat apa2..menyaksikan sunset yang indah di sisi baitulah sambil sekali-sekala berzikir...dan kalau ada rezeki malam jumaat...makan kurma plus minum qahwah(kopi arab)



teringin nak tawaf sambil berdoa...mencurahkan rasa hati..mencurahkan semua yang terpendam..mendoakan diri, keluarga dan rakan...sambil dengan bacaan Sheeikh Maahir...



teringin nak letak kepala yang agak berat kt atas lantai ..lena 5-10 minit..takpun pekena lamb mendy heera rest...ngan mango juice....lepak dgn kawan2...sambil menghayati masjidil haram...atau meleraikan keletihan selepas berumrah...

semoga dimakbulkan Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:18 AM | Show all posts
Reply  ungu_violet191

Apa yg diberitahu oleh mutawwif saye, Masjid Kucing = Masjid Abu Hurairah. ...
mbebbel Post at 6-7-2010 19:38


sayasuka untuk ingatkan diri sendiri dan rakan..
kalau kita kt makkah janganlah sibukkan diri dengan shopping dan sampai kita berjemaah kt masjid kuching nie...pahala tak sama dgn masjidil haram...

there are a few ppl like to solat in the hotel kt makkah...awat macam tu..kita dh ada kt tmptnya..why should be put barrier to go masjidil haram..kecuali tak mampu dan sebagainya...

tmpt itu sangat aman dan bahagia..nikmatilah peluang....

shopping..i can tell you almost everything from China...kadang 2 ada kt malaysia...so dont put all effort for shopping...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 01:19 AM | Show all posts
Reply  bunga_kaseh

Berdoalah pd ALLAH!
Sebelum tunaikn umrah Mac lepas, saye susah hati sbb te ...
mbebbel Post at 6-7-2010 20:01


betul...

bila kita jadi tetamu ALLAH...berdoalah....percaya sepenuh hati nescaya dmakbulkan...kalau terjadi juga...itu adalah ketentuan ALLAH...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.158840 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list