CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: white_snake

Konspirasi Dunia- MU dan AC Milan Kegilaan Bola Sepak Berunsurkan Kesyaitanan

[Copy link]
Post time 14-7-2010 09:04 AM | Show all posts
macam macam..

semua nak di konspirasikan..jaga jaga takut tersesat lak dek teori konspirasi nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 10:16 AM | Show all posts
pelik betul, bila sebut red devil bangga giler... tapi bila sebut skuad syaitan merah marah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:52 AM | Show all posts
Korang perasan tak atap rumah Melayu kampung semua segitiga, saling tak tumpah macam piramid? Tak macam rumah condo/apartment yang ada kat bandar2 ciptaan kafir2 yang atap dia flat je.

Adakah orang Melayu dari zaman dahulu lagi merupakan ahli Freemason dan menyebarkan Freemason?

JENG JENG JENG
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:56 AM | Show all posts
Lagi satu, kalau kita letak songkok secara selari dan kita lihat dari atas, ianya saling tak tumpah berbentuk The All Seeing Eye!!! Usahkan All Seeing Eye, macam2 lagi boleh difirkan kalau tengok songkok dari bahagian atas...

Satu lagi kupasan penyebaran dakyah Freemason di kalangan orang Melayu!!!

JENG JENG JENG
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:06 AM | Show all posts
Satu lagi, logo Bank Islam yang baru. Perkataan kedua "Islam" tu separuh nya dilingkungi oleh bulatan leper yang tidak lain tidak bukan adalah The All Seeing Eye!!!

WOW! Satu lagi kupasan sensasi yang menunjukkan Bank Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk kepentingan perbankan orang Islam di Malaysia mengamalkan dan menyebarkan fahaman Freemason?
JENG JENG JENG
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 11:20 AM | Show all posts
Oh ya, kalau kau  Man Utd maka ianya normal utk penyokong setia mereka sentap..

Kalau ko kutu ...
Neraka Bulan Post at 13-7-2010 08:58



nampak sgt anti kelantan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2010 12:06 PM | Show all posts
Macam macam.... Yg pastinya konspirasi setan nak melalaikan manusia. Sanggup masing2 bersengkang mata nak ngadap org berebut bola nan satu!
Kalau hari2 bangun tahajud jugak, akak tabik spring gegar gegarrrr kat korang!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:59 PM | Show all posts
bagaimana nak tentukan org A ada teori berasas atau tidak?

sebab macam ni org A ada teori A ada h ...
mbhcsf Post at 13-7-2010 20:39



Come on kak mbhcsf, takkan perlu  dikupas "teori" itu secara terperinci dan akademik.....

Oklah, secara jujurnya perenggan terakhir itu ada kebenaranya yakni menasihatkan peyokong bolasepak supaya tidak lalai menyokong pasukan yang disokong sehingga melupakan pegangan agama. Tetapi mengenai freemason, all seing eye, no. 13, baphomet etc, adakah perlu diambil serius?

Melihat kepada thread yang dibuat oleh tuan tanah terdahulu, gerak hati saya mengatakan bahawa thread konspirasi ini  tidak lebih sebagai satu sindiran kepada orang-orang yang taksub berkonspirasi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 01:06 PM | Show all posts
nampak sgt anti kelantan.....
zam2010 Post at 14-7-2010 11:20


Alu tak anti Kelantan....maaflah jika perumpaan yang aku buat itu melampau. Aku pergi ubahsuai ayat itu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:19 PM | Show all posts
Come on kak mbhcsf, takkan perlu  dikupas "teori" itu secara terperinci dan akademik.....

O ...
Neraka Bulan Post at 14-7-2010 12:59


still u cannot stop people from talking about it...

and i think we should respect some peoples view on it.

this is a forum , a platform for  topic expansion...

so academic is not is beside the point but  in order to develop a very good soft skill for debating facts, healthy way of seeing  and appraising things one should not be judgemental about anything.

ni lah  yg uni level they want to argue things in  SCHOLARLY  manner...

we do not "hit" people but we discuss , appraise the facts

it is okay to disagree but just do not throw or passing on judgement like  apa apa  or anything like that

just give your points why and why  the other person's point seemed to be invalied because u have other explanation
by simply saying alaaa ni alaaa that well org tepi jalan boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 01:38 PM | Show all posts
konspirasinya..kita asyik berbalah dgn satu konspirasi yg x wujud
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 02:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by Neraka Bulan at 14-7-2010 14:31
still u cannot stop people from talking about it...

and i think we should respect some people ...
mbhcsf Post at 14-7-2010 13:19


Ok, baiklah saya minta maaf kerana memberi komen yang mungkin agak keterlaluan. Tapi perlu diingat saya bukan orang yang pertama dan semestinya bukan yang terakhir memberi komen-komen sedemikian terhadap teori-teori konspirasi sebegini. Di sini dan juga di CI, lebih ramai forumist memberikan komen sindiran yang jauh lebih teruk lagi kepada konspirasi sebegini serta orang-orang yang menyampaikannya. Kalau mereka nampak thread ini maka tunggulah sahaja semburan mereka. Selagi lagi saya minta maaf.

Ok, meh sini kita rungkaikan "misteri" konspirasi ini.
Namun di sebalik nama dan pencapaian hebat mereka di persada dunia dan memiliki sokongan tak berbelah-bahagi dari penyokong mereka di seluruh dunia, tersimpan pelbagai unsur-unsur kesyaitanan, masonik dan kawalan minda (mind control). Dana kelab-kelab berkenaan yang terlalu banyak menjadi misteri kerana dikaitkan dengan Freemason yang membiayai kelab-kelab tersebut. Pemilik Manchester United, Malcom Glazer merupakan seorang warga Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi yang sangat memusuhi Islam. Dia dikatakan membiayai sebuah pertubuhan Yahudi di Israel yang bertujuan membela pendatang-pendatang haram Yahudi di Palestin. Manakala AC Milan pernah diterajui oleh Perdana Menteri Italy, Silvio Berlusconi yang merupakan seorang Mason (ahli Freemason)
.


Pertama sekali, dana yang besar dimiliki oleh mereka adalah datangnya daripada kejayaan kelab2 berkenaan menguasai sebanyak mungkin kejohanan yang ditawarkan. Ditambah lagi dengan strategi pemasaran yang hebat, maka tidak hairanlah jika kelab2 berkenaan mempunyai dana yang banyak. Malah bukan sahaja Man Utd dan Milan, tetapi kelab lain seperti Barcelona, Madrid, City, Chelsea, Liverpool etc  jua mempunyai sumber kewangan sehebat dua kelab yang dinyatakan. Ini bukanlah satu misteri sehingga perlu dikonspirasikan.

  Ohya, tahukan anda sekarang ini Man Utd dan Ac Milan dilanda beban kewangan yang tinggi. Sebelum kedatangan Glazer Man Utd adalah kelab yang mempunyai hasil kewangan yang banyak tanpa beban hutang. Sekarang ini beban hutang yang ada hampir mencecah 1 billion pound, tanpa terima kasih kepada kedatangan Glazer. Protes daripada penyokong kelab sedang giat dijalankan, antaranya kempen "Green and Gold till the club is Sold!" dimana para penyokong berusaha untuk membeli kelab ini daripada Glazer lantas menendang Glazer jauh daripada kelab Man Utd.  Dan Milan sendiri pun bukan berada dalam keadaan kewangan yang kukuh, kalau tidak tidaklah mereka bergantung kepada kuda tua serta terpaksa menjual Kaka dengan harga yang tinggi. Sama jualah keadaanya dengan kelab Liverpool.


   Sekarang mengenai Berlusconi dan Glazer sendiri. Saya fikir pemilik konspirasi inilah yang perlu memberikan bukti bahawa Glazer adalah musuh kepada Islam, dan Silvio adalah ahli freemason. Jika tidak maka bolehlah dikatakan pemilik konspirasi ini sudah berbuat fitnah kepada mereka, dan bukankah fitnah itu dikeji agama?

]Kedua-dua kelab mempunyai persamaan dari segi logo dan warna tema mereka yang menyimpan pelbagai unsur Masonik, Kesyaitanan dan kawalan minda. Kedua-dua kelab memilih warna merah sebagai warna tema mereka di mana di dalam kepercayaan puak kafir penyembah syaitan, warna merah melambangkan ‘warna rasmi’ bagi syaitan itu sendiri. Di dalam teori tenaga, pada waktu hampir dengan senja, frekuensi cahaya merah sangat tinggi dan kita dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak kita berkeliaran di luar rumah pada waktu senja kerana banyaknya syaitan yang berkeliaran pada waktu senja. Dan kita juga tidak digalakkan tidur pada waktu selepas Asar kerana akan menyebabkan kelembapan otak dan kegilaan kerana dikatakan frekuensi tenaga cahaya merah sangat tinggi menjelang senja.


Ini memang lawak, saya fikir warna merah bukanlah sesuatu yang eklusif untuk Man Utd dan Ac Milan. Ianya sudah banyak digunakan bukan sahaja untuk kelab bolasepak yang lain, malah untuk pelbagai logo dan lambang baik syarikat atau persatuan dalam dan luar negara.

Adakah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kopi jantan cuba mengawal minda masyarakat serta menguasai dunia? Mereka pun menggunakan warna merah.

Kedua-dua kelab ini juga mempunyai logo yang menyerupai sebiji mata, di mana mata dikaitkan dengan unsur All Seeing Eye, Eye of Horus atau Mata Dajjal. Lambang mata satu ini juga terdapat pada not USD 1, matawang Amerika Syarikat. Cuba perhatikan betul-betul pada kedua-dua logo ini di bawah:




Perhatikan dua logo yang saya berikan. Kedua-dua membentuk lambang mata. Syarikat eyesight creative itu adalah syarikat Malaysia milik bumiputera lagi tu, di mana mereka memberikan servis printing. Klik sini untul pergi ke laman web syarikat itu.

Jadi, bolehkah dua syarikat Malaysia ini dikonspirasikan sebagai syarikat Illuminati kerana mempunyai All Seing Eye?

Cukuplah setakat ini saya fikir. Mengenai "misteri"  Red Devil, Dewa Matahari sudahpun "dirungkaikan" sebelum ini. Dan tolonglah sangat-sangat jangan paksa saya cuba "merungkaikan" "misteri" nombor 13, Man U, 666, 1899,lambang salib etc. Omputeh kata, "You can't be serius, right?"
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 10:11 PM | Show all posts
budak2 skrg selamba abis pakai jersi2 team yg ade salib
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 12:29 AM | Show all posts
gelak guling2 aku baca thread ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 12:36 AM | Show all posts


Adakah Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kopi jantan cuba mengawal minda masyarakat serta menguasai dunia? Mereka pun menggunakan warna merah.
Neraka Bulan Post at 14-7-2010 14:27


saya sebagai bekas ahli persatuan bulan sabit merah malaysia unit SL (Y) ### - menentang keras akan perkaitan PBSM dengan teori konspirasi sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 11:11 AM | Show all posts
sokong ker tak sokong terletak pada hati. Tak kiralah apapun unsur2 dlm setiap pasukan yg diterapkan. Yang penting hati dan keimanan perlulah teguh. Kalau melihat sebungkus nasi lemak dan coli pun dah terpesong, memang teruklah pemahaman tu. Aishh korang ni, nk wat perbandingan ker haper pun, biarlah perpada-pada. Sedangkan, tak perlu unsur-unsur sedemikian pun ramai umat islam yag terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat lain...hu3..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 12:54 PM | Show all posts
Norie, seperti yang aku katakan di atas, ini tiada kena mengena dengan pasukan apa yang disokong ...
Neraka Bulan Post at 13-7-2010 13:27



Aku pun tak kata semua conspiracy theory tu betul. Cuma point aku ialah kita kena lebih alert dengan perkara-perkara yg ada kaitan dengan agama. Contohnya,pasal red devil tu yg kita tahu apa maknanya. Dah tahu ada lambang tu pada jersi diorang buat apa nak pakai. Atau jersi2 yg ada lambang cross tak kiralah team kelab ataupun negara. Ni tak,asal sokong je kena pakai jersi tu atau pun pakai tanduk ke hapa ke. kalau yg pakai tu non muslim takde hal la. Masalahnya yg terang-terang muslim pun selamba badak je pakai jersi ada cross ataupun setan merah. Nak sokong,sokonglah. Hak peribadi masing-masing kan. Tapi ada something yg kita tak leh buat atas dasar privacy. Pasal konspirasi,nak pecaye atau tidak terpulanglah. Cuma aku rasa tak sesuailah sampai letak pic seluar dalam ataupun coli kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 01:58 PM | Show all posts
dah namanya melayu bangang , bubuh lambang apa pong mesti dia keluar jugak teori mori konspirasi kepala bapak dia jugak...wa rasa kalau buat kelab bola logo gambar pisang pong nnt melayu2 ni buat teori subliminal message pisang = kottey...besalah melayu , kdng2 logo tu hanya kebetulan saja dipilih tp depa plak lebih drp Dan Brown hurai logo tu maksud apa disebaliknya... paranoid!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 02:02 PM | Show all posts
yg sedihnya masih ada yg mudah percaya pada teori2 tanpa asas ini
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2010 05:22 PM | Show all posts
lepas ni..jangan plak ada teori CHELSEA plak dikaitkan ngan FreeMason...kalo ada jugak teori sampah camtuh....aku bakar semua baju jersey bola aku....mcm2 betul teori deoraNG NIH
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.181269 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list