korang boleh rujuk youtube, search for Untold Stories of World History by Dr Abdullah Hakim Quick... ada cerita tentang penjelajahan Islam Madinka dari afrika ke amerika dan amalan tauhid yg ada di serata dunia. Dr Quick ni adalah seorang historian dan Islamic Scholar...
Mungkin di sebalik sejarah2 lama lain yang kita tak tahu terselit kisah masyarakat Islam dan tamadun yang telah digunakan waktu itu.Menarik.Mungkin rancangan dokumentari atau majalah dokumentari boleh mengkaji lebih mendalam perkara ni.
Mungkin di sebalik sejarah2 lama lain yang kita tak tahu terselit kisah masyarakat Islam dan tamadun ...
ashraf5587 Post at 1-10-2010 08:50
masalahnya tamadun barat berusaha sedaya upaya memadamkan kehebatan tamadun islam..contoh macam kat malaysia ni...buku teks sejarah dulu menggambarkan orang2 melayu dulu berperang hanya menggunakan tombak dan keris aje..sampai kita pun percaya..
tahun lepas aku tengok citer queen of langkasuka (filem) thailand yang mengisahkan pasal kerajaan kedah / siam...member aku siap ketawa tengok hero2 filem tu pakai baju zirah (baju lapik besi) and pakai pistol (terakol)..dia kata mana ada zaman tu orang melayu pakai pistol..
skang ni cuba tengok sejarah2 melayu, ada banyak site yang citer pasal orang melayu zaman dulu.. contohnya macam www.mistisfiles.blogspot.com ..kalau dulu orang melayu terkenal sebagai pembuat meriam dan kapal yang hebat, kalau setakat baju zirah ngan terakol aku rasa simple je bagi diorang..hehe...
aku rasa sejarah red indian pun dah digelapkan oleh mat saleh...zaman 80an selalu tengok citer koboi lawan red indian..masa tu aku sokong giler2 koboi ni kononnya2 dia orang baik..rupa2nya diorang la penjajah yang bangsat
Aku baca web 'PAkistan patriot' tu....tapi aku minta maaaaaffff le bebanyak, ada benda yang dia tulis tu sebenarnya main taram aje....
1. Dia kata Colombus belayar dari 'Muslim Spain'...masalahnya pada 1492, cyma kota Granada sahaja tinggal milik Islam, lainnya dah kena 'reconquista'...dan penaja Colombus? Ratu Isabella!
2. Nama 'lebanon' Memang nama2 bandar 'lebanon' kat US diambil sempena Lebanon/Lubnan. Tapi ambik contoh bandar Lebanon, CT. - diberi nama Lebanon sebab keadaan kawasan tu mengingatkan penduduk kepada Lubnan...dan Lubnan tak semestinya Islam....
3. Croissant bukan makanan timur tengah...mmg dibuat berdasarkan bentuk bulan sabit Uthmaniah TAPI legend croissant ialah ia dibuat bagi meraikan KEKALAHAN tentera Uthmaniah / Islam samada di Tours 732M, Budapest 1683 atau Vienna 1686...