|
tadi ader yang paste aqasha punyer blog ..
http://thesaliq.blogspot.com/
oh yer ..
betul cakap ntah ..
ayat2 die memang best
Ikut adat sopan santun, nak buka muqaddimah kena bagi salamlah!
Walaupun agak cliche, tapi aku akurkan sahaja. Tak mahu bertindak luar tabi'i.
Aku lebih dewasa hari ini. Aku lebih berani. Lebih percaya. Lebih yakin.
Akulah Aqasha yang baharu. Memang aku muhaddas pun. Itulah aku.
Untuk makluman semua. Aku akan meninggal dunia tak lama lagi.
Ya! Meninggalkan dunia.....bujang.
Tarikhnya, dan dengan siapa, aku mahu rahsiakan.
Cukuplah sekadar kalian tahu akan status aku yang akan datang.
Bagi yang sudah sedia tahu, tahulah.
Isu kali ini, tidak begitu sensitif. Cukuplah dengan isu-isu yang membawa pertelingkahan.
Kali ini, aku ingin bercakap tentang jatidiri aku sebagai artis.
Aku bangga. Bangga dengan pencapaian profesion aku. Mungkin pada setengah tak ke mana.
Tapi pada aku, aku jujur terhadap kerja. Jujur dengan persembahan aku sendiri.
Mungkin tindakan aku di luar, atau di ruang blog ini sendiri mampu melukai hati sesiapa.
Tapi ketahuilah wahai umat Muhammad!
Sayangi aku kerana aku, dan bencilah aku kerana aku.
Aku memelihara kemanusiaan, memelihara ihsan. Ada waktu, tatacara aku tidak bersamaan dengan apa yang sering aku katakan di sini. Hakikatnya, ketahuilah kalian semua, jangan risaukan tentang dosa dan pahala aku. Biarkanlah aku menghibur kalian, dan mengisi waktu bosan kalian.
Aku seorang anak seni. Jika aku hadkan keterbukaanku dalam mempersembahkan sesuatu, maka celalah seni itu. Jika aku membataskan pemikiranku, maka sempitlah penafsiranku.
Jadi setiap watak yang kusandang, jangan kalian persoalkan menurut kemahuan kalian.
Watak itu yang jahat - aku cuma nakal.
Watak itu yang bodoh - aku masih belajar.
Watak itu yang kaya - aku masih kerja membanting tulang.
Watak itu yang baik - aku masih cuba memperbaiki.
Watak itu yang handsome - aku cuma cute. Hehe.
Wa'ima watak apapun, hargailah keberkesanannya kalau ia benar berkesan.
Jangan pinggirkan aku andai aku tak mampu menyaingi kelebihan watak itu.
Jangan banggakan aku andai aku mampu menghidupkan watak itu.
Dalam setiap persembahan, aku tak suka menyamakan penampilan.
Jadi, jangan ditanya kenapa aku tidak kelihatan handsome di dalam cerita yang lain.
Kerana handsome bukan milik aku. Tapi milik watak yang dimainkan.
Jangan merungut kenapa aku gemuk. Kerana gemuk adalah kemahuan watak yang dimainkan.
Ketahuilah kalian, apalah gunanya kalau Syafik, Kamal, Rosyam, Tuah ataupun Garing kelihatan sama sahaja. Kalau kerana handsome aku diminati, jadi aku mahu berhenti berlakon. Maka minatilah aku kerana handsome itu. Wajah tampan tak membantu perbaiki lakonan.
Kalau kerana penulisan aku ini aku diminati. Maka minati aku di sini sahaja.
Jangan ditonton segala persembahanku, kerana percanggahan perbuatanku dan fikiranku pasti jadi persoalan.
Kalau cerita peribadiku yang menjadi kesukaan kalian, jadi belilah tabloid 'Harian Aqasha' sekiranya diterbitkan nanti.
Aku lebih akur sekarang. Diminati atau tidak. Aku akan terus berjuang untuk kepercayaanku di dalam seni. Kerana baru hari ini aku sedari. Aku tidak berlakon atau bernyanyi untuk diminati.
Aku berada di sini kerana minat, keghairahan dan kepuasanku sendiri. Dan aku rasa lebih jujur begitu.
Aku berharap, kalian juga jujur meminati.
Jika aku menyinggung, itu bukan niatku. Aku cuma ingin telus. Aku cuma ingin lebih 'terbuka'.
Aku cuma mahu jadi aku. Maka benarkanlah |
|