CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Thara

VVIP Sarawak dengar Nikah lagi??

[Copy link]
Post time 16-1-2011 03:59 PM | Show all posts
Majlis perkahwinan Abdul Taib meriah


ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi

KUCHING 15 Jan. - Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.

Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.

Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.

Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.

"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.

Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.

Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.


Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 04:00 PM | Show all posts
so, dian p. ramlee bermadu la ye?

dian dikatakan kawin dengan dia dulu kan?
chazey Post at 16-1-2011 13:26



    diaorang tak kawen kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 04:02 PM | Show all posts
Reply 42# dynaz_zhalia

then aku silap lar. ingatkan diorang kawin dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 04:23 PM | Show all posts
aku tak sangka taib kelihatan begitu kecil di samping isteri dia...

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:09 PM | Show all posts
semuga perkahwinan ini bukan berdasarkan hawa nafsu dan harta sahaja....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:19 PM | Show all posts
tahniah,moga bahagia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2011 08:20 AM | Show all posts
tertanya-tanya gak .....dia berkomunikasi dalam bahasa apa yek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 11:00 AM | Show all posts
tahniah...moga berbahagia hendaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2011 01:10 PM | Show all posts
erkkkk...tak mcm pinang dibelah 2....macam pinang retak jer......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 03:17 PM | Show all posts
jangan nanti jadi macam esah sudah......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 05:02 PM | Show all posts
aku tak sangka taib kelihatan begitu kecil di samping isteri dia...
chazey Post at 16-1-2011 16:23



    mak aiii besaunyaaa lengan dia..kalau dia peluk aku, konfem patah tulang leher aku tp gebu la
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:42 PM | Show all posts
Reply 51# cmf_premierleag

bila tengok badan macam stok2 wanita subur gituh.

selamat beerusehe bang taib.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2011 09:50 PM | Show all posts
tertanya-tanya gak .....dia berkomunikasi dalam bahasa apa yek?
monorail Post at 17-1-2011 08:20



    i guess, bahasa inggeris lah kan, tak kan lah bahasa malaysia. hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 12:51 PM | Show all posts
Reply 41# dynaz_zhalia


    50+ tahun lebih berkahwin, Setelah meninggal digantikan dengan wanita muda dalam 6 bulan saja...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 12:55 PM | Show all posts
*** ***
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 11:19 PM | Show all posts
[img][/img]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068252 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list