View: 11402|Reply: 62
|
Bayi 15 Bulan Terjatuh Dalam Paya "Semoga Satu-Satunya Anak Saya Ditemui Tidak Kira Dalam Keadaan Apa Sekali Pun"
[Copy link]
|
|
Rantau Panjang: Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan, dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam paya dalam kejadian di Simpang Empat Salam di sini, 12.15 tengah hari, hari ini.
Ibunya, Nabihah Che Muda, 21, berkata, ketika kejadian, dia membawa anaknya, Firdaus Mohd Faisal ke kedai milik saudara dengan tujuan membantu membasuh kedai terbabit selepas dilanda banjir beberapa hari lalu.
Foto: Harian Metro
Katanya, dia sentiasa mengawasi anak kecilnya itu, namun dengan sekelip mata bayinya hilang daripada pandangan sebelum dia terus bergegas mencari di kawasan sekeliling dan melihat tangan bayinya itu sudah terkapai-kapai di dalam air.
"Saya cuba membantu dengan menghulurkan tangan untuk menarik anak saya namun dia mula tenggelam dan hilang. Saya kemudian memanggil sepupu untuk membantu namun kami tidak berjaya.
"Saudara saya kemudian segera menelefon pihak bomba untuk meminta bantuan. Suami saya tidak ada bersama kerana baru dua hari ke Bangkok, Thailand untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan.
"Semoga satu-satunya anak saya ini segera ditemui tidak kira dalam keadaan apa sekali pun," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian berdekatan Simpang Empat Salam, di sini, hari ini.
Nabihah berkata, dia tidak biasa dengan kawasan kejadian kerana hanya datang melawat saudara beberapa kali sahaja namun tahu bahawa kawasan sebelah kedai adalah kawasan paya dengan paras air tinggi terutama ketika banjir.
Sementara itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat, namun mangsa masih belum ditemukan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
klu dah x biasa dgn surroundings situ, patutnya baby dia tu jgn la letak duduk sendiri. boleh kan kendong di blkg sambil bantu basuh kedai tu. hadeh. semoga baby tu selamat ditemui dgn segera, aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Knp ko x dukung anak tu bila berada di kawasan yg berisiko?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kalau kita kata maknya cuai, kena rejam dengan netizen tak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian orang Kelantan jadi Security di Bangkok |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat le report bagi dia kena tindakan atas akta kanak2 mcm benang sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Carcosa at 21-12-2023 04:37 PM
Aku xpham. Dia letak anak dia kat mana? Stroller ke? Takkan la 15 bulan dah berjalan sendiri. Eh? Tolong, cerita apa ni? Tapi mmg tau lah betina ni mmg bebal. Sorry not sorry!!
Notakaki : Muka ko mcm Yuna
Notakaki ke 2 : aku dah jumpa link update. Sila lihat bawah |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 21-12-2023 04:34 PM
Aku xpham. Dia letak anak dia kat mana? Stroller ke? Takkan la 15 bulan dah berjalan sendiri. Eh? To ...
Tak tau nak ckp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu hampir pengsan lihat anak usia 15 bulan lemas
RANTAU PANJANG: Seorang ibu hampir pengesan selepas melihat anak tunggalnya berusia 15 bulan ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam takungan air banjir di Taman Rantau Baru di sini, hari ini.
Sejurus ditemukan dan selamat dibawa naik ke darat, Nabila Che Muda, 21, dilihat berkali-kali mencium jenazah anak lelakinya itu dalam keadaan penuh sebak.
Nabilah berkata, sebelum kejadian dia sedang membersihkan premis perniagaan milik saudaranya bersama anaknya Firdaus Mohd. Faizal.
Menurutnya, ketika sedang tekun melakukan tugas itu secara tiba-tiba Firdaus hilang dari pandangan.
“Saya terus mencarinya di belakang kedai dan terkejut melihat tangan anak sudah terkapai-kapai dalam air banjir itu.
“Sekelip mata selepas itu, Firdaus hilang daripada pandangan,” katanya ditemui pemberita di sini hari ini.
Nabilah memberitahu, sebelum kejadian anaknya itu sempat menciumnya beberapa kali.
Katanya, sifat Firdaus yang begitu manja mendapati petanda dia akan pergi buat selamanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Pegawai Bomba Kanan I, Syamsul Faizal Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.21 tengah hari.
Katanya, mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi dia dipercayai terjatuh.
“Mayat kanak-kanak berkenaan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. - UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 21-12-2023 04:34 PM
Aku xpham. Dia letak anak dia kat mana? Stroller ke? Takkan la 15 bulan dah berjalan sendiri. Eh? To ...
15 bulan dh bleh jln, tp terkedek2 la
Anak buah iols 14 bulan dh boleh jln
Ada baby tak sampai 12 bln dh bleh jln.
Tp bawak baby g cuci kedai org tak sepatutnya laa
Iols kalau ada anak kecik jgnkan nk cuci kedai org nk kopek bawang pepagi kat dapur pun lum tentu lagi, tp bersedia utk kena jeling ngn ipar duai yg dengki |
|
|
|
|
|
|
|
Patut takyah tolong
Kau Ada Anak kecik yang Baru nak berjalan..budak tu mmg Akan explore je mana mana...dia tak tau Paya tu bahaya...kit ayang dewasa la yang kena awasi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau nk komen apa.
Leka si ibu |
|
|
|
|
|
|
|
Eh ko kata x biasa tmpt tu tp ko boleh x betul2 tengok/ikut/perhati ank ko buat apa ke mana. Patotnya ko dukung or pegang tgn ank tu |
|
|
|
|
|
|
|
Beranak tu mudah sangat.
nak appreciate tu xde dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam kes mak si Zayn la juga ni. Hilang dari pandangan kejap menuju ke jalan kematian. |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 21-12-2023 06:05 PM
Beranak tu mudah sangat.
nak appreciate tu xde dah.
Cuai sgt kan.. time kecik cuai mcm ni..
Time beso pun cuai jgk biar naik beskal lajak merempit..
Selalunyaa yg aku baca mulayuu.. cina indu susah nak dengo kee sbb aku tak baca tamilnesan dgn sin chew jit poh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cina ngan India banyak duduk kat bandar.
kos sara hidup tinggi.
duduk kat kg lagi lagi Kelantan. mmg beranak je la kejenya.
kalau tengok tahap cuai tu. macam dia x rasa sakit bersalin.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|