CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: khyree

Secretaries Week SITI NURHALIZA

[Copy link]
Post time 2-3-2011 01:22 PM | Show all posts
nak tgk n bca citer lbh detail psl PC tuhh bca kat sini... http://cari.unauthorize.com./201 ... nurhaliza-untuk-rm/n de gud news psl album bru Tok Ti..hehe..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2011 01:24 PM | Show all posts
Blog RedMummy
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2011 12:20 PM | Show all posts


nak ke TV3 untuk promo Setia Usaha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 01:48 PM | Show all posts
ct xpernah miss buat show mggu setiausaha kan? mmg mantap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 03:49 PM | Show all posts
harap CT wat DVD lagiiiii
ColbyRaikkonen Post at 2-3-2011 11:02


Yg sebelum-belum ni ada DVD ke?
xtau pn... huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 10:42 PM | Show all posts
time dia bkerjasama ngan fazley, ada kuar DVD...  suka dgr ct nyanyi lagu 'i surrender'.. best giler wooo...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2011 10:46 PM | Show all posts
harap CT wat DVD lagiiiii
ColbyRaikkonen Post at 2-3-2011 11:02



harusssssssssssss.............
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 01:16 AM | Show all posts
time dia bkerjasama ngan fazley, ada kuar DVD...  suka dgr ct nyanyi lagu 'i surrender'.. best giler ...
miszzs Post at 11-3-2011 22:42


Ooo.. Ang ada VCD je time ngan fazley tu..
vcd ngan dvd x sama kan..
ke sama je.. haha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2011 03:11 PM | Show all posts
hari selasa ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2011 11:14 PM | Show all posts
KONSERT SECRETARIES WEEK!

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 08:36 AM | Show all posts
tgk vid tu rasanya tarian CT macam lebih mantapp waktu kat ABP...
anyway, berisi tul CT skang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 12:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 12:43 PM | Show all posts
kat video ni ct nampak kurus pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 01:17 PM | Show all posts
wah packed nampak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 01:20 PM | Show all posts


Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Dato’Siti Nurhaliza akhirnya berjaya memberikan persembahan yang sungguh istimewa kepada para setiausaha sempena Minggu Setiausaha yang diadakan di Matrade Exhibition & Convention Centre(MECC), Jalan Duta. Majlis yang dinamakan ‘Nostalgia Dato’Siti Nurhaliza’ ini berjaya menghimpunkan para setiausaha bersama majikan mereka di sebuah majlis makan tengah hari yang penuh gilang gemilang. Seperti yang diketahui, Minggu Setiausaha bersama Dato’Siti Nurhaliza dibawakan khas oleh Quality Hotel dan lebih istimewa lagi, ini merupakan kali ketujuh Dato’Siti Nurhaliza bekerjasama dengan mereka.


   
Permulaan majlis diserikan dengan keletah pengacara dan pelawak yang tidak asing lagi iaitu Dee. Ternyata kredibiliti beliau tidak dapat disangkal apatah lagi Dee sering menjadi pilihan Quality Hotel untuk mengemudikan acara tahunan terbesarnya ini. Dee yang sinonim dengan perwatakannya sebagai perempuan, berjaya menghiburkan para setiausaha yang hadir khusus untuk meraikan majlis istimewa bagi mereka. Selain dihiburkan dengan keletah Dee sebagai pengacara majlis, majlis ini turut dihiburkan oleh penyanyi yang dikenali menerusi rancangan Akademi Fantasia musim kedua iaitu Adam. Beliau menyanyikan beberapa buah lagu antaranya ‘My Baby You’ dan lagu-lagu popular yang pernah dibawakan olehnya.


   
Setelah sekian lama menunggu, akhirnya kemunculan Dato’Siti Nurhaliza amat dinanti-nantikan oleh para setiausaha. Beliau muncul mengenakan busana yang menawan di samping persembahan yang sungguh menakjubkan diiringi pemuzik handalan seperti Aubrey Suwito. Tenyata Dato’ Siti Nurhaliza mengotakan janjinya apabila beliau menghimpunkan lagu-lagu terbaik sepanjang penglibatannya dalam industri seni hiburan serta lagu daripada penyanyi terkenal yang lain untuk dipersembahkan kepada peminat setianya di majlis ini. Lebih menarik lagi, sebuah selingan lagu ‘Bukan Cinta Biasa beserta lagu ‘Nobody’ nyanyian Wonder Girls turut dipersembahkan oleh Dato’Siti Nurhaliza dan menerima sorakan hebat dari para penonton sepertimana yang beliau persembahkan semasa Anugerah Bintang Popular yang diadakan baru-baru ini.


   
Persembahan yang dijanjikan selama hampir 45 minit berlangsung hingga ke 1 jam di atas permintaan para setiausaha yang masih tidak berganjak dari dewan majlis. Ternyata sikap professional Dato’Siti Nurhaliza perlu dicontohi oleh para artis lain tidak seperti segelintir artis luar negara yang dipilih untuk menghiburkan majlis sebegini, namun tidak mengambil inisiatif untuk lebih dekat lagi dengan para setiausaha malahan berlaku sedikit persengkataan di antara artis itu dengan pihak pengurusan majlis tersebut.


   
Majlis Minggu Setiausaha Nostalgia Dato’Siti Nurhaliza turut dihadiri oleh sumainya, Datuk K, Chef Wan bersama ibunya dan juga Fadzly Zainal yang turut hadir memberikan sokongan kepada beliau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 01:21 PM | Show all posts
banyak gila sponsor sponsornya!!!


untuk konsert TRADISIONAL tak de lak !!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 51# cinta_ungu

jgn jadi mcm Mariah Carey plak nnt

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2011 01:53 PM | Show all posts
Reply 56# khyree

kan...

dlm radio hotfm ari tu pun ct ckp impian die nak wat konsert tradisional
takkan tak de sponsor yg berminat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply  khyree

kan...

dlm radio hotfm ari tu pun ct ckp impian die nak wat konsert tradisional ...
dauswq Post at 6-4-2011 01:53 PM



   kan kan kan!!!
dorang ignat siti nih dah suam kukusss kot!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2011 01:08 AM | Show all posts





Penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza baru-baru ini telah meraikan para setiausaha dalam sebuah majlis Minggu Setiausaha anjuran Quality Hotel City Centre di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur.


Membawa tema nostalgia, Siti ketika majlis makan tengahari tersebut telah menghiburkan para tetamu yang hadir dengan lagu-lagu popular beliau sejak zaman awal pembabitannya dalam industri seni tanahair.


“Ini merupakan tahun ketujuh Siti bersama Quality Hotel, iaitu separuh daripada usia karier Siti dalam bidang seni. Banyak pengalaman yang Siti lalui sepanjang perjalanan Siti bersama mereka. Ia merupakan antara kenangan indah yang Siti pernah alami sepanjang berada dalam industri.


“Antara mereka yang pernah terlibat dengan Siti dalam Minggu Setiausaha ini ialah Datuk Chef Wan, Allahyarham Din Beramboi, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau dan juga Dee,” ujar Siti ketika ditemui sejurus selepas selesai membuat persembahan.


Pada majlis tersebut, Siti telah menyampaikan beberapa buah lagu hitsnya seperti Kau Kekasihku, Biarlah Rahsia, Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Destinasi Cinta, Bukan Cinta Biasa, Aku Cinta Padamu, Ku Mahu dan Cindai.


Selain lagu sendiri, Siti turut menyanyikan lagu Inggeris iaitu I Will Always Love You, My All dan When You Tell Me That You Love Me dengan penuh penghayatan dan bertenaga. Sebagai persembahan penutup, Siti menyampaikan lagu Hingga Akhir Nanti dan Seribu Bintang nyanyian Alleycats.


“Siti harap penonton semua puas hati dengan persembahan Siti. Siti sentiasa berdebar sebab ini merupakan acara tahunan di mana Siti tahu rata-rata mereka yang hadir pernah beberapa kali datang ke majlis ini.


“Namun, bila dapat tahu ramai penonton yang hadir kali ini penonton baru, Siti rasa seronok dan lega kerana mereka telah memilih untuk melihat persembahan Siti,” katanya yang mengakui membuat latihan dalam masa yang singkat.


“Siti puas dengan persediaan kali ini walaupun ia sangat singkat. Siti baru turun dari ABPBH dan terus buat latihan. Ada masa dua jam saja untuk Siti berlatih dengan muzik yang baru. Malah, masa sampai tadi, Siti baru rancang apa nak buat dan apa yang berlaku di atas pentas tadi semuanya dibuat secara spontan.”


Menyentuh mengenai ABPBH 2010, Siti yang menarik diri dari menyertai anugerah berprestij tersebut, mengakui berpuas hati dengan keputusan yang diumumkan pada malam itu.


“Sebagai pemerhati dan penonton, keputusan pada malam itu memang memuaskan. Siti gembira bila ada muka-muka baru menjadi pemenang. Mereka memang layak untuk menang, cuma tinggal rezeki saja dan kali ini rezeki memang berpihak pada mereka.”


Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Bintang Paling Popular ABPBH 2010, Shaheizy Sam yang berterima kasih kepadanya kerana menarik diri, Siti memberitahu, “Cute la dia. Kenyataan dia juga ‘cute’.


“Siti dah tengok Sam berlakon sejak dia kecil dan lakonannya memang bagus. Siti juga merupakan antara peminat dia. Bagi Siti, Sam seorang yang sangat merendah diri dan tak berlagak.”


Dalam pada masa yang sama, pelantun lagu ‘Purnama Merindu’ ini kini mengakui teruja menantikan kemunculan album Inggerisnya yang pertama yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Mei atau Jun ini. Album yang menggunakan khidmat komposer dari Australia ini bakal memuatkan sebanyak 10 buah lagu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058473 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list