CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 15-7-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 15-7-2024 10:03 PM
Tadi mcm terbaca head news 7org kena rakam percakapan
Polis malaysia kira hebat la....


baca mana sis..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii.. Luruh jantung masa baca pesbuk.
Ingat pengakhiran gembira... Sianlah adik ni...
Haram J mana yg buat ni??! Semoga kau kena pijak2 kepala dlm jail!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 15-7-2024 10:46 PM
polis ke

Kalau circle die,cikgu la kot ek
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:53 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:57 PM | Show all posts
felinecat replied at 15-7-2024 10:53 PM
Kalau circle die,cikgu la kot ek

mcm tuan keta merah tu polis..
tp penyewa kereta yg arwah hantar tu.. perempuan..
sebab kata 6/7 org yg ditahan.. termasuk kenalan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts

Innalillah...

Hari ke 5/6 baru dijumpai...
Mungkin day 1 dah dibunuhnya

Dibunuh org yg dikenali ..bf kot??...sbb awal news aritu info pulis beritahu sdg mencari bf dia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah ni cantik. Takut cemburu pun iya. Org cantik ni byk ujiannya. Takut ada ex yg tak puas hati. Allahu...

Nasihatkan anak anak kita supaya hati hati jalani hidup. Skrg tak sama dgn dulu. Skrg mental health sgt unstable. Sikit sikit bunuh. Flirting dah tak fun mcm zaman dulu. Ini apa yg aku rasa lah. Tak taulah klu sebab lain. Innalillah. Salam takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 15-7-2024 10:46 PM
polis ke

baca kt fb pun ramai kata polis..bila sebut penjawat awam,mmg merujuk kpd polis ke..sorry i xtau..tu tanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau bf arwah mayb sbb cemburu..atau crush she..she xlyn..
semakin ramai org mental.skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-7-2024 10:09 PM
Klu xkne bunuh eksiden termasuk dlm longkang semak... Atau mati misteri dlm kereta dalam hotel

aah yg eksiden sensorg jth dlm longkang tu pun byk jgk kes gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cinta kena reject lalu di bunuh kah? Takutnya lah org mcm nk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 11:06 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 15-7-2024 11:12 PM

UTAMA

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



LAPORAN terdahulu Harian Metro


Kuala Lumpur: Polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang hari ini.

"Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

"Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, tadi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Sebelum ini, portal ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-nur-farah-kartini


  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekejap jer polis dah dpt tangkap..berbanding kea arwah zayn sampai 6 bln..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lelaki 26 y/o. penjawat awam. adoi berdebar lah. penjawat awam ni boleh jadi jururawat, unit beruniform atau kerani ker
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh agak mcm polis tu ada kaitan. Ada baca mana tah antara yg ada connection salah sorgnya polis. So penjawat awam tu polis la kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga arwah. Nasib jumpe, at least ada closure.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
aku_best replied at 15-7-2024 11:07 PM
Sekejap jer polis dah dpt tangkap..berbanding kea arwah zayn sampai 6 bln..

Kes bella tu pun ambil masa juga. Suspek sempat terlepas gi umrah.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:17 PM | Show all posts
mrsamz replied at 15-7-2024 01:19 PM
Apa banyak kes bunuh ni.. Allahuakbar.. Disyaki dibunuh org yg dikenali? Bf dia?

i teringat kes bini askar yang kena bunuh dengan jiran sendiri.
jiran dia tu penjawat awam tapi level mat pit.
arwah masuk rumah pemangsa dah duduk belakang pintu....

ingat tak kes honda enjin hidup dalam rumah tapi xde orang tu ?
kes tu la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 11:17 PM | Show all posts
cari.shaz replied at 15-7-2024 03:09 PM
lelaki 26 y/o. penjawat awam. adoi berdebar lah. penjawat awam ni boleh jadi jururawat, unit berunif ...

kalau buruh , warga asing , kita boleh avoid
mata kasar nampak. tapi penjawat.awam....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2024 11:19 PM | Show all posts
UTAMA

Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan mayat

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



NUR Farah Kartini. FOTO Ihsan Pembaca


Kuala Lumpur: "Saya sedang tunggu pengesahan jika benar itu dia (Nur Farah Kartini)," kata penyelia wanita mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 yang dipercayai dibunuh selepas dilaporkan hilang Rabu lalu.

Wanita yang enggan dikenali itu berkata, setakat ini dia tidak menerima sebarang maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan.

"Saya dimaklumkan abang kepada Nur Farah Kartini dalam perjalanan ke lokasi (penemuan mayat)," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, mayat Nur Farah Kartini ditemukan pada 6 petang, hari ini di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.


Lagi Berita

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini
Julai 12, 2024 @ 4:47pm


Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita berkenaan

"Pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

"Susulan penemuan mayat berkenaan polis menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum ini, portal ini melaporkan polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Berita berkaitan

• 'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

• Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Disiarkan pada: Julai 15, 2024 @ 10:47pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... kasi-penemuan-mayat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.089381 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list