|
KARMA [SLOT RATU] MULAI 28NOV. ISNIN & SELASA 8.30 MALAM
[Copy link]
|
|
tan sri nih mati kan nanti..abislah si puan sri tuh buat macam2 kat mila tuh..
skymania Post at 7-12-2011 09:06 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
mati ker tan sri nih??? mana karmanya? |
|
|
|
|
|
|
|
mse kat mekah tgk mila selalu dipinggirkan...
sue87 Post at 7-12-2011 17:15 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
sbb tuh jangan 'menumpang' kasih laki orang...![](static/image/smiley/onion/2gd9.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Karma
Pertemuan singkat antara Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64 tahun seorang ahli politik telah membuahkan cinta yang tidak lagi boleh dipisahkan lantaran Tan Sri Fahrul mahu menghalalkan hubungan mereka dengan menikahi Karmila meskipun dia tahu keputusan ini akan menghancurkan hati Waheeda isteri pertamanya. Perempuan mana yang sanggup hidup bermadu. Tidak pernah ada manisnya bermadu ini. Hampir 1 tahun Tan Sri Fahrul memburu cinta Karmila dan dia sentiasa sabar menghadapi Karmila dan hari ini dia telah berjaya membuktikan kesungguhannya didalam mencintai Karmila. Karmila akhirnya akur dengan kesabaran dan kesungguhan Tan Sri lantaran dia begitu yakin bahawa Tan Sri Fahrul Sani benar-benar mencintainya. Meskipun dia terpaksa berdepan dengan cemuhan dan kutukan, dia nekad cinta mereka harus berakhir dengan perkahwinan.
Karmila membuat pengumuman yang menggemparkan seluruh Malaysia bahawa keputusan dia ini adalah atas dasar cinta bukan kerana harta. Karmila mahu mengakhiri careernya sebagai pelakun. Eizlan yang selama ini mencintai Karmila menuduh Karmila mata duitan dan perempuan murahan kerana kononnya mempunyai hubungan dengan Tan Sri sebelum ini tanpa pengetahuannya. Sedangkan hubungan antara Tan Sri dan Karmila Cuma 3 bulan sahaja. Karmila dengan sengaja mengakui semua itu supaya Eizlan membencinya. Dia tidak mahu Eizlan kecewa dengan keputusannya. Keluarga Karmila begitu gembira dengan keputusan Karmila itu kerana mereka juga sukakan Tan Sri. Seluruh kampung menghina keluarga Karmila kononnya menjual anak tapi mereka menghadapi dengan tabah demi kebahagiaan Karmila. Karmila tidak mampu berterus terang siapakah bakal suaminya kerana dikhuatiri akan menjejaskan status Tan Sri lalu seluruh keluarga merahsiakan tentang bakal suami Karmila itu.
Sekumpulan Datin termasuklah Waheeda mengutuk artikel pengakuan Karmila itu kononnya Karmila artis materialistik. Mereka berteka teki siapakah bakal suami Karmila itu. Eizlan cuba untuk menghalang perkahwinan itu lantaran dia bersemuka dengan Waheeda sendiri untuk memberitahu perancangan Karmila dan Tan Sri. Waheeda terpukul dengan berita itu dan berdepan dengan Tan Sri. Lebih memedihkan bila Tan Sri mengakui perkara itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Karmila 23 tahun seorang pelakun popular dan Tan Sri Fahrul Sani 64
beza umur dah macam cucu... bukan lagi anak... |
|
|
|
|
|
|
|
Info Karma
Kealpaan manusia dalam perbuatan, sering mendorong kita melakukan pelbagai perkara negatif yang tidak diduga. Semuanya demi kepuasan hati gara-gara keegoan diri yang enggan menerima kenyataan sehingga nilai kemanusiaan ditolak ke tepi.
Justeru, karma atau ‘pembalasan’ juga bukanlah perkara asing dalam kehidupan manusia. Ibarat percaturan roda yang berputar, tidak selamanya seseorang itu akan berada di atas kerana sampai masa pembalasan, ia takkan mampu dielak.
Ketika itu, semuanya mungkin sudah terlewat kerana setiap masa yang berlalu takkan boleh diundur. Jadi, apa saja yang ditetapkan Tuhan, ada pembalasannya. Oleh itu, sebagai manusia berakal, cubalah menerima dengan hati yang terbuka.
Perbuatan baik, dibalas baik. Jika sebaliknya pun, pembalasan tetap ada. Sebagai peringatan dan teladan bersama, kisah ‘Karma’ inilah yang dikongsikan pengarah berkaliber, Erma Fatima dalam karya terbarunya, Karma.
PROFIL DRAMA KARMA
DRAMA: Karma
TERBITAN: Rumah Karya Citra Sdn Bhd
PENERBIT: Erma Fatima
PENERBIT EKSEKUTIF: Fadhilah Mohd Shariff
PENGARAH: Erma Fatima
PENOLONG PENGARAH: Noor Syahida Mohd Radzali
SKRIP: Erma Fatima
Trailer Karma |
|
|
|
|
|
|
|
aaron suka kt mak tiri diaaa tu pulok kerr...??...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aaron suka kt mak tiri diaaa tu pulok kerr...??...
cikmouse Post at 12-12-2011 21:00 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
nmpak mcm dya suka ..tgk gaya cm dye suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
^2 ar ngan seme org puan sri 2 marah...mmg kesian ngan pekerja die 2...mlm nie x tau ar tan sri 2 mati ke x lg...
aku tgk qayyum 2 cam suke kat mak tiri die 2 jerk...siap bg bunga bagai...![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
speku : bila tan sri mati, qayyum yang akan jadi pelindung emak tiri dia. huhuhu. |
|
|
|
|
|
|
|
acting ziela jalil ni mmg superb!! ![](static/image/smiley/default/icon8.gif)
aku dlm meluat, nak jgk tgk dia ckp apa, buat apa... lancar jea mulut dia tu kutuk si mila wakakakakaka... :@ ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
pandai ziela berlakon jadi batu api kan... baru perasan hospital tu, hospital dalam 'Soffiya'. suka tengok part Qayyum sembang dengan mak tiri dia kat hospital tu. ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak minat dgn si heron ajis ni berlakun. camne lah org duk angau kat mamat ni.
muka takde expression. bercakap plak sebijik sebijik. penat aku nak tunggu dia abis berckp.
time dia bukak mulut aku dah mcm alaaa potong stim tol mamat ni. ilang feel aku tgk drama!!! ![](static/image/smiley/default/3shakehead.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tak minat dia sebenarnya. kadang rasa nada suara dia sama je... bagi aku, aaron ni 'penyeri' drama je kadang tu. ![](static/image/smiley/default/3drool.gif)
harap minggu depan ada la konflik. bosan jugak kalau setiap episod tengok ziela jalil camtu je. potpetpotpet.. cuma pandailah pengarah ni, ambik sharifah aleya dan aaron, dua pelakon tu ada laaa rupa adik beradik. dagu-dagu runcing. |
|
|
|
|
|
|
|
jrg tgk ziela bwk watak jahat mcm ni...mcm xsesuai..muka dia soft...dlm citer ni ziela x mekap ke??pucat je... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam forumers... saya ikut cite ni dari episod 1 sampai sekarang. tapi tengok kat Tonton je, sbb bz waktu dia tayang tu, haha. Sebab saya tertarik? Kerana saya pun hidup berpoligami. Saya isteri ke2. Episod permulaan saya tgk, saya seperti melihat diri saya sendiri dalam tv. Madu (Isteri 1) datang rumah jumpa ibu ayah semua bla bla bla. Blakang semuanya, panggil saya betina gatal, bitch dsb.
Bezanya kehidupan sy dengan Karma? Saya, madu, dan suami bukan artis, bukan ahli perniagaan berjaya, bukan orang kenamaan. Orang biasa je. Namun madu saya tak selancang Ziela Jalil yg mulut ibarat laser pom pam pom pam. Kerana suami kami, karakternya lagi kuat dari karenah kami berdua isteri-isterinya. Maksudnya, bila suami marah lagi kaku isterinya. Dlm cite Karma ni sy tengok Ziela isteri yg sgt dominan, sbb tu suami susah nak kawal dia.
Saya tak tipu ada juga kes poligami seperti drama Karma ni, mmg ada isteri kedua yg baik hati, dan lurus seperti ini. Dan mmg realiti juga bila jauh sgt beza umur,,, mmg agak manja sket isteri muda. Saya suka watak Fauziah yg manja2 tu... tapi berani pula dia manja2 dpn Ziela... saya depan madu, layan suami mcm berprotokol je, tak mahu dia terasa... hehehe
Walauapapun, perkahwinan saya dan suami dah nak masuk 3 tahun, dan ada saya bakal melahirkan cahaya mata ke2.
Saya tahu madu tak dapat nak berkeras sgt pabila suami pinta kahwin lagi, kerana madu dan suami tidak dikurniakan anak setelah 13 tahun perkahwinan. Jadi di situ saya lihat kelonggaran yg ada pada saya, dan kekuatan saya dlm hubungan poligami kekeluargaan ini. kerana sy tahu suami tidak mensia-siakan saya dan anak-anak kami... |

best gak citer ni...
1st time tgk Ziela Jalil bwk watak camni...menjadi gak sarcastic & sombong dia tu...cam ambik pengalaman dlm idup sendiri je...huhu...![](static/image/smiley/default/3sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|