tak banyak promote pasal film ni.. tp last2, beyond expectation. itu sgt bagus dan mencabar produksi yg guna duit juta2 tp hasil filem hampeh.. i will try to watch this movie..
gigih aku beratur nak beli tiket untuk tengok first day. gigih jugak disebabkan nak layan Redza Minhat punya pasal.
First of all, aku katakan, KIL is such an awesome movie! Jarang orang kita dapat hasilkan cerita yang baik sebegini, dan bila ada, itu wajib tonton. Ianya tak klise dan tak meleret seperti mana cerita malaysia sedia ada. dan juga tak ada lawak mengarut tetapi jenaka bermakna yang membuatkan kita akan terfikir dalam ketawa.
jalan cerita mungkin agak perlahan, tetapi pada masa yang sama, banyak adegan yang mendebarkan dan membuatkan kita akan terus meneka dan meneka. dan bila sebaliknya yang terjadi akan membuatkan kita akan rasa terkejut atau speechless untuk seketika sebelum kembali berfikir. color tone movie ni nampak agak dark, sesuai dengan cerita dia dan kisah Akil sendiri yang memang nampak lost untuk teruskan hidup. Di awal cerita, kita akan tertanya-tanya dimana letaknya tekanan pada diri Akil sehinggakan dia tergamak untuk menamatkan hidupnya sendiri meskipun kekuatan dirinya sebenarnya masih ada tanpa dia sendiri sedari. Usahanya juga untuk menamatkan hidupnya juga sentiasa tidak berhasil hanya disebabkan oleh kekuatan dirinya menjadi penghalang. Redza minhat sangat improve actingnya, tak macam Pisau Cukur dulu. Kesemua pelakon nampak naturality masing-masing, berlakon dari hati dan diri masing-masing, bukannya berlakon kerana nak tarik minat penonton semata-mata. I love this. Sesuatu yang jarang ada dalam filem/drama Malaysia.
Keseluruhannya movie ini, agak complete. Cuma jika ditonjolkan lebih usaha Akil untuk bunuh diri, itu akan menjadikan cerita ini lebih mantap dan penonton akan lebih rasa teruja. Scene paling suka, scene dalam lif. Dan juga scene bila Akil curi pandang ke arah Zara dalam komuter.
Soundtrack, tak yah citer. Memang mantap!
Seharusnya penggiat filem Malaysia patut menghasilkan lebih banyak cerita sebegini. Yang mengajak penonton untuk berfikir, dan sama-sama menghayati. Bukannya menghasilkan filem yang lebih ke arah mengejar nama dan populariti semata-mata. Last edited by fye_d_flowright on 31-5-2013 10:30 AM
pada aku cite KIL lain drpd yg lain
baru dan segar
bile tgk cite ni, tingat plak aku pada karya2 arwah yasmin
sinematografi mmg cun wehh
cast mmg best! redza n crissie , well done
natural n slumber gile dorang act
ada pengajaran yg tersurat tersirat dlm film ni
highly recommended
lbh2 lg kpd yg cintakan filem2 melayu yg bijak mcm ni
bukan cite bodoh bangang mcm "BRO, NAMPAK MOTOR GUA?"
genre cam ni very nice.. rasanya kita perlukan pengarahan lebih ke arah camni. cam video mat luthfi terbaru. very nice. harap2 dia dpt jadi director. we no need produksi yg buat film atas kehendak masyarakat.. padahal masyarakt dah muak tgk genre yg di ulang2..
aku curious sket ah. Redza Minhat kalo berlakon teater jauh lebih baik dari berlakon filem/drama. Tengok Nadirah and Disko Baldi tu...aku rasa dia jauh lebih menonjol and being himself, lebih baik dari segi penghayatan. Bukan nak kata dia sebagai Akil kurang menyerlah, tapi tak semantap dalam teater atau projek2 indie yang dia lakonkan
fye_d_flowright posted on 2-6-2013 09:52 PM
tengok KIL kali kedua hari ini
aku tak sure lah sbb tak tgk teater dia.
Mungkin KIL ni dah lama shooting dan skil lakonan dia belum tajam. Teater tu baru lagi so skill dia makin baik. tggu je lah filem dia akan dtg mungkin bagus lagik.
takeshi_anwar posted on 3-6-2013 09:07 AM
aku tak sure lah sbb tak tgk teater dia.
Mungkin KIL ni dah lama shooting dan skil lakonan dia ...
aku takde la layan keseluruhan teater dia tapi dalam Nadirah, dia sangat bagus. thumbs up. maybe betul apa yg ko kata, KIL ni dah lama shoot and time tu pun dia masih mengasah lagi skil lakonan dia.
dalam projek2 disko baldi pun, ada some performance dia yang bleh aku nak thumbs up jugak. tak kering gusi kalo tengok projek2 diaorang neh.
Redza sebagai Akil memang bagus. cuma ada kurang dia sket. feel takut tu tak sampai lagik. err...aku suka watak filem dia dalam Lupa. dalam tu rasanya dia lagi best.
bes giler citer ni...walaupn slow tp quite new to malaysian market..mmg la at some point org akn ckp psl bunuh diri yg kompom wat kontroversi tp at the end of the film kt akan nmpak apa sebenarnya terjadi..
memula cam nk nyumpah gak kt harun salim bachik psl wat company utk bunuh diri tp bila dh nk abis bru tau tujuan LAB sebenarnya..so adakah LAB tu bebetul wujud kt malaysia ni????
aku nk lempang kt pengacara sensasi tu..cam syial plak tgk dia tergedik2 dlm ni...
reza minhad performance mmg bes.. chris plak utk aku yg 1st time tgk dia berlakon leh ckp not bad gak psl dia slumber skit watak dia dlm ni...
so kt leh rumuskan naper akil nk bunuh diri sebab tragedi mak dia tu la kan...