CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatwaran75

Cinta Tulus Atuk Dipermainkan Remaja: Mungkin Ada Jodoh Semula!_post 168#

  [Copy link]
Post time 20-6-2012 08:51 AM | Show all posts
motives are rarely unselfish cakkkk....
if anything, he's the one who should be blamed fo ...
~anya~ Post at 20-6-2012 08:44


anya percaya tak ... dari simpati timbul sayang....

mungkin atuk ni ikhlas jer pada mulanya... tapi bila budak tu layan lain (mungkin dengan sengaja) atuk tu percaya yg budak tu ada hati kat dia...

tu yg jadi frust sangat tuh.... dari ikhlas timbul dendam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2012 08:51 AM | Show all posts
budak tuh main2 jer..16 taun...tak matang lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 08:54 AM | Show all posts
taste dia mangga muda barangkali...

selalu juga org cakap.... mula2 rasa simpati.. dari simpa ...
Cakkkk....aaaa Post at 20-6-2012 08:48 AM



   taste pun taste jugak....tp kena ukur baju di badan sndirik la
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 08:58 AM | Show all posts
kesian atuk ni...perasaannya dipermainkan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:00 AM | Show all posts
kesiannya atok ni...takkan la dah tua2 tak terpk umo mcmtu budak kecik nak ke...?huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:01 AM | Show all posts
Forummer anak dara CI...sila lah pujuk atuk tersebut..atuk itu hatinya sudah hancur kerana cintanya dipermainkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2012 09:25 AM | Show all posts

Duda 60 tahun diperdaya gadis sunti 16 tahun..So sad uols

20 Jun 2012                    


Mohd Adnan menunjukkan laporan polis yang dibuat.

REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).
       
        Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan.
       
        Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu.
       
        “Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan.
       
        “Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi,” katanya.
       
        Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai ‘atok’ oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya.
       
        Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan.
       
        “Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya.
       
        “Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu,” katanya.
       
        Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong.




p/s : alahai tokwan.. i'm speechless...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:28 AM | Show all posts
alolololo....siannn....kj mane kj?
pemuda umno sila tolong jejaka lurus ini..hahahhaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2012 09:28 AM | Show all posts
kesian atuk. tolong tak ikhlas mengharapkan balasan, ini la akibatnya.. lebih baik atuk gi mesejid ke, aktiviti amal ke, boleh la tambah amalan nak bawa ke akhirat atuk oi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:29 AM | Show all posts
alahai atok, bawa2 lah ke kedai beli cermin iye.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:31 AM | Show all posts
memang sesuai laa kena tipu......cari laa yang sesuai...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:33 AM | Show all posts
atuk ni main sms bunyi gini...

awx dh mkn kew? kite x mkn lagy.


kah kah kah kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:33 AM | Show all posts
bagus atok ni nak saman..
fidah ni ingat dia boleh lepas kot

lepas ni atok jgn tertipu dah la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:35 AM | Show all posts
kesian kt atok nie..... terimalah kenyataan budak tu bawah umur lagi ya tok...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:36 AM | Show all posts
kesiannnnnnnnnnn..kempunan nak mkn mangga muda...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:41 AM | Show all posts
mangga muda tu apa, uols?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2012 09:43 AM | Show all posts
mangga muda tu apa, uols?
miss_bear Post at 20-6-2012 09:41




takkan x kenal?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:48 AM | Show all posts
takkan x kenal?
Cakkkk....aaaa Post at 20-6-2012 09:43 AM



alamak.. kecur air liur. mangga muda cicah garam kasar lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:49 AM | Show all posts
aku nak ucapkan  padan muka kat atuk ni,tak sedar diri.umur dah extra senja,duit lesap kekasih pun lesap kelabu asap.kes mcmni kalau report polis nakm jadikan kes apa ye,kes tipu?atuk sendiri suka rela di tipu
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 09:55 AM | Show all posts
Adeh...atuk...atuk...

Apo kato wahgih2 dio ni...takkan atuk ni takdo anak cucu cicit...maun malu sekampung...org takkan nak simpati...sendiri yg carik masalah yo atuk...kot anak cucu melarang pun atuk tak ambik pot...al-maklum tgh asyik masyuk dgn betik mudo...lastly atuk yang merano...nasib la yo atuk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.069656 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list