|
TANDA PUTERA [TAYANGAN 29 OGOS 2013][TRAILER UPDATE #35]
[Copy link]
|
|
Mintak jasa baik mod @isabel atau @eddlisa_uyuk atau tt tolong update tajuk benang.
Dicadangkan : TANDA PUTERA akhirnya di pawagam 29 OGOS 2013 (latest Official Trailer #35)
|
|
|
|
|
|
|
|
LaksamanaSunan posted on 26-7-2013 12:41 AM
Mintak jasa baik mod @isabel atau @eddlisa_uyuk atau tt tolong update tajuk benang.
Dicadangkan ...
DONE!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Filem kenegaraan 'Tanda Putera' memang satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat dari perspektif seninya, tentang soal bagaimana orang melihat perspektif itu adalah berdasarkan tafsiran masing-masing..betol x?? |
|
|
|
|
|
|
|
Filem genre sejarah ni sepatutnya boleh ditayangkan lepas kontroversi yang melanda tu berakhir dan selesai pilihan raya umum, serta ia tidak akan memberi kesan kepada orang ramai juga dan yang paling penting, kita nak lebih banyak filem tempatan ditayangkan di negara kita dan kalau boleh filem ni boleh di pasarkan di luar negara juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda Putera vs The New Village
BELUM lagi keadaan reda kontroversi dalam industri filem, kini kembali lagi mencipta situasi yang boleh menghangatkan suasana. Bukan hangat disebabkan kehebatan filem tetapi kontroversi yang masih tiada penghujungnya.
Apa tidaknya sebelum ini filem yang sengaja dikontroversikan oleh pihak tertentu, Tanda Putera arahan Suhaimi Baba ditunda tiga kali gara-gara tentangan pihak yang belum menonton filem tersebut.
Filem Tanda Putera sengaja dianggap rasis walaupun ceritanya bergerak di atas fakta sejarah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Ironinya pihak yang menganggap rasis ini sebenarnya belum menonton filem tersebut.
Tanda Putera yang dijangka ditayangkan pada September tahun lalu ditangguhkan tayangannya kepada bulan November tahun sama atas alasan tidak mahu menimbulkan kontroversi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Sebenarnya itu satu alasan yang tidak masuk akal dan pihak berwajib seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) langsung tidak mempertahankan Shuhaimi. Malah seolah mengiyakan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Akhirnya Tanda Putera yang lama diperam ditayangkan pada 29 Ogos ini. Tetapi kalau ada kontroversi lagi, boleh jadi ditunda lagi.
Kurang enakTanda Putera mendapat tentangan serta serangan daripada pihak yang kurang senang terhadap filem dikatakan lebih bersifat perkauman.
Tetapi tanpa kita sedar sebuah filem yang memaparkan tentang kaum Cina pada zaman darurat akan ditayangkan 22 Ogos ini, seminggu lebih awal daripada Tanda Putera.
The New Village terbitan Astro Shaw merupakan filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949 ketika Tanah Melayu diisytihar darurat. Difahamkan filem ini cuba memaparkan Parti Komunis Malays dan dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.
Filem arahan Wong Kew Lit ini jika dilihat daripada barisan pelakonnya langsung tiada membabitkan pelakon Melayu ataupun India. Tetapi pihak yang banyak menghentam Tanda Putera tidak pula menganggap The New Village filem rasis kerana hanya menonjolkan Cina sebagai pejuang kemerdekaan.
Ini membuktikan kontroversi ke atas Tanda Putera suatu yang sengaja diada-adakan untuk menutup fakta sejarah tentang penglibatan kaum tertentu dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Kenapa pula Finas yang menjaga jadual tayangan filem tidak menunda filem ini? Ironinya filem ini tidak menghadapi masalah seperti Tanda Putera. Adakah Finas bersikap duoble standard antara Tanda Putera dan The New Village?
Lagi "hebat" apabila The New Village mendahului tayangan Tanda Putera sedangkan rasanya filem itu baru sahaja disiapkan. Kita menunggu jawapan dari Finas kenapa perkara ini boleh berlaku. Adakah Finas hanya menjadi kambing hitam dalam kontroversi Tanda Putera?
The New Village memaparkan tindakan British ke atas orang Cina pada zaman darurat. Watak utama filem ini adalah anggota MPAJA yang mempunyai pertalian dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan dia adalah wira.
Persoalannya di sini benarkah MPAJA sebuah pertubuhan yang membawa doktrin komunis yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu?
Apakah benar MPAJA berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu atau ada agenda lain di sebaliknya?
Menurut sejarah MPAJA ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 hingga 1945. MPAJA ditubuh bagi melancarkan serangan gerila terhadap Jepun di Tanah Melayu.
Pada dasarnya MPAJA adalah sebuah gerakan bersenjata yang ditubuhkan bukan bertujuan untuk mempertahankan Tanah Melayu sebagai tanah air tetapi kerana sentimen anti Jepun yang tercetus sejak konflik China-Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
PKM pula menggunakan kesempatan ini untuk menyatukan orang Cina dengan menubuhkan MPAJA bagi menentang Jepun. Peluang PKM terbuka apabila Kuomintang yang menjadi saingan mereka mulai lemah.
Jadi mengapa isu MPAJA diangkat dalam filem The New Village ini? Adakah mungkin terdapat agenda-agenda tersembunyi?
Paling malang, tiada pula pihak yang tampil membuat bising dan membantah filem ini atau tiada pula pihak berwajib menangguh dan mengadakan tayangan khas terhadap filem ini seperti yang berlaku kepada filem Tanda Putera.
Kredit to UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Tanda Putera sebuah filem rasis seperti yang dikatakan, mungkinkah artis-artis bukan Melayu mahu terlibat? kalau kita lihat nama-nama mereka yang terlibat dalam pembikinan filem ini.
shuhaimi, rivai, madhu, ashmita, neil, kavita, siveena, rusdi, zizan, faezah e, linda , norman, riezman, steven, razif, sakhee, zoey, ika,rex hee, sharon , noraini, halina, brabam, will, francisco, martyn, kamarulnizam, andy, zyla, aida, moon, aiman, nina,usaid, nick, lisa, azhar, azmel, alan , kin wah, douglas , chee sing, vasantha, jessie lim, muraleesvaran ,nadarajan, brian, sip nen, chelsia, nas t, hasnul, ahya, dee, Ixora , bung, IdaNed .. etc
Adakah kesemuanya berbangsa Melayu? Adakah mereka sangka artis-artis ini melibatkan diri semata-mata kerana wang? Mereka bukan sahaja berbilang kaum malah berbilang bangsa. Mereka yang tidak pernah mengambil tahu akan filem tempatan, tidak akan menyedari hakikat ini. Dan sekiranya mereka menghadiri festival filem baru-baru ini, mereka dapat melihat semangat keakraban yang wujud dalam produksi filem yang tidak mengenal kaum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
LaksamanaSunan posted on 24-7-2013 04:20 PM
awie jgk nyanyi utk filem leftenan adnan di medan ini
|
|
|
|
|
|
|
|
Soseh Soseh: Ramai hiba tonton Tanda Putera
Suasana hiba menyelubungi dewan tayangan di GSC Signature Gardens, Kuala Lumpur, malam kelmarin apabila ramai penonton menangis ketika menyaksikan filem hebat Tanda Putera lakonan Rusdi Ramli dan Zizan Nin melalui Gala Nite.
SS yang turut hadir senyap-senyap dalam dewan itu juga tidak dapat menahan sebak terutama pada babak-babak akhir filem itu yang sangat menyentuh perasaan.
Menoleh ke belakang dan ke tepi tempat duduk, SS boleh nampak ramai penonton wanita mengeluarkan tisu untuk mengesat mata serta hidung masing-masing. Tidak kurang penonton lelaki yang turut tewas dengan lakonan mahupun plot Tanda Putera yang SS kira hasil arahan terbaik Datin Paduka Shuhaimi Baba (Shumi) setakat ini dalam menyemarakkan semangat patriotik kita di bulan kemerdekaan ini.
Malah SS nampak dengan jelas seorang tetamu wanita berbangsa Cina yang duduk di barisan tengah juga kelihatan mengesat matanya dengan tisu sambil berbisik sesuatu dengan rakannya yang turut sedih.
Itulah penangan awal filem sejarah ‘semi-biographical’ terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di pawagam kita mulai 29 Ogos ini.
Apa yang jelas, selepas semua menonton Tanda Putera, semua tertanya-tanya, apa sebenarnya yang hendak dihebohkan sangat sampai jadi kontroversi?
Ini kerana semuanya cukup OK kerana itulah fakta sebenar sejarah yang berjaya digarap serta diadun dengan cantik oleh Shumi bersama barisan pengkaji sejarahnya.
Walaupun sebelum ini ramai bising-bising (terutama yang belum menonton tetapi sudah pandai jatuh hukum) mengenai babak tragedi berdarah 13 Mei dalam Tanda Putera itu, selepas menonton, barulah masing-masing faham apa yang dipaparkan adalah ‘kesilapan’ yang tidak sepatutnya berlaku sekiranya kita semua menghormati Perlembagaan dan tidak termakan hasutan jahat anasir subversif terutama Komunis yang mahu menghancurkan Malaysia.
Ketika inilah bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr Ismail, bertindak pantas menyelamatkan Malaysia daripada kemelut paling getir selepas negara mencapai kemerdekaan.
SS sendiri cukup tersentuh melihat Tun Razak (lakonan cemerlang Rusdi) dan Tun Dr Ismail (Zizan) yang sanggup merahsiakan penyakit kronik mereka daripada pengetahuan umum semata-mata mahu memberikan fokus kepada pembangunan Malaysia yang baru sembuh daripada luka. Inilah yang generasi sekarang kena fahami kerana kita tentu tidak mahu kesilapan lalu berulang kembali. Ramai terkejut rupanya kedua-dua mereka meninggal dalam tragik.
Selepas habis tayangan, rakan SS terus bertanyakan Rosyam Nor yang turut diundang ke Gala Nite itu. Kata Rosyam, Tanda Putera sangat hebat dan sudah lama dia tidak menonton filem Malaysia yang sangat berkualiti.
Malah kata Rosyam, dia tidak terkejut andai kata Tanda Putera merangkul banyak anugerah besar dalam Festival Filem Malaysia (FFM) akan datang. Bagi SS, itu sudah cukup jelas menunjukkan Tanda Putera karya yang harus ditonton semua peminat filem.
Pelakon wanita handalan Normah Damanhuri pula terharu melihat lakonan pertama anak lelakinya, Ahya U dalam filem itu. Ahya juga hebat dalam melakonkan wataknya sebagai budak pejabat atau orang kepercayaan Tun Razak. Apa yang mengagumkan, lakonan Ahya turut membuatkan Normah dan penonton lain menitiskan air mata.
Jadi, SS ingin sarankan di sini agar rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, pergi menonton Tanda Putera beramai-ramai dengan fikiran terbuka. Tonton dulu dan barulah beri komen. Ketepikan segala khabar angin usahlah bersikap skeptikal. Kita semua mesti menjadi warga negara yang bijak dan lebih mengenali sejarah negara sendiri.
SS: Mahu bawa ibu dan keluarga menonton Tanda Putera di Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
dah kuar wayang kan? ada sapa2 dah tgk ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
RED 666 posted on 28-8-2013 09:45 AM
dah kuar wayang kan? ada sapa2 dah tgk ke?
Esok baru keluar. Aku dah tgok... Mmg recomended korg semua g tgok..
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak tak sabar nak tengok ni...
Tengah layan Abg Long nyanyi lagu OST dia sekarang ni... Dengar lirik saja dah nak menangis.. (Ya akak memang chengeng )
"Tanda cinta setia
Kau pejuang hati sejati
Melindungi tercinta
Tanda luarbiasa
Wira hati sunyi
Rasa luka
disanjung dirindui" |
|
|
|
|
|
|
|
panggung di Penang x ambik filem ni...gara2 nasihat drpd Ketua Menteri... |
|
|
|
|
|
|
|
chaoyunjie posted on 29-8-2013 02:45 PM
panggung di Penang x ambik filem ni...gara2 nasihat drpd Ketua Menteri...
Ambik sebenarnya.. Tp kena halang, tiket yg dh beli GSC kena refund balik. Hm... Tp kat negeri sebelah menyebelah boleh tayang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 yg dah tengok boleh bg review sikit? |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah tengok, comment aku adalah - one of the quality film, lepas tengok ada something feeling dlm hati
sapa sapa yang setakat baca wikipedia dan just dengar org dulu dulu citer pasal peristiwa 13 mei, dalam citer ni penonton boleh merasai feeling 13 mei tu mcm mana, aku masih terbayang-bayang mcm mana la kalo aku yang duduk dalam pawagam tu, tetiba dok layan movie, tup tup movie off jab, keluar tulisan cina, pakat keluar org org cina dari pawagam tu, yang mana tak paham bahasa cina, dok terlopong dalam pawagam tu kena libas sampai mampus
my personal view on this citer, bukan nya nak memanaskan isu 13 mei tu balik, tapi kesan dari citer ni mcm mana nak elakkan supaya peristiwa 13 mei tak berulang semula, kepentingan toleransi sesama kaum,
gambar pawagam yang sebenar pada 13 mei 1969 |
|
|
|
|
|
|
|
wajib tonton.................. |
|
|
|
|
|
|
| |
|