CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rami_ayyash

Golongan Homoseksual/ Gay Muslim (merged: Muntz, spinning_gasing)

[Copy link]
winzip This user has been deleted
Post time 3-12-2003 05:42 PM | Show all posts
Originally posted by vixen at 5-10-2003 03:57 AM:
Homosexuality is not a disease.Gays are not diseased-people.

homosexuality is a disease.. full stop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


winzip This user has been deleted
Post time 3-12-2003 05:44 PM | Show all posts
eh.. lupe plak nak ngundi..
aku pilih no. 3
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 3-12-2003 06:35 PM | Show all posts
cakap banyak pun macam tak guna sebab boleh tambahkan dosa je....!mengata org pun tak elok....
Reply

Use magic Report

winzip This user has been deleted
Post time 4-12-2003 12:34 AM | Show all posts
Originally posted by nur_amin at 3-12-2003 06:35 PM:
cakap banyak pun macam tak guna sebab boleh tambahkan dosa je....!mengata org pun tak elok....

aper maksud nih.. kalau berbincang bertukar pendapat kat sini.. kira berdosa tak..?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2003 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by winzip at 3-12-2003 05:42 PM:
homosexuality is a disease.. full stop.


And you sir are a BigFoot... err I mean BiGot, Period ???     

Bigotry pun penyakit jugak. Tahu kenapa ??

Sebab bila ada sifat Bigotri nie pada seseorang, akan adalah sifat sifat keji yang lain tu (aper namanyer?.. sifat sifat Mazmumah ke ape ke ??) macam Sombong, Bongkak, Riak, Penting kan diri sendiri saja, Kejam, Ego tak bertempat, Materialistik dll.

Usually, that is almost always the case.

Hmmm...come to think of it..... mungkin itu lah sebabnya mengapa orang orang Barat sangat mengambil berat hal bigotri nie.

Mereka tak akan mengangkat orang orang yang macam ini jadi pemimpin sebab sudah tahu akan bahaya yang bakal menanti !  :cool:

p.s Kita tak perlu menyanjung kehidupan si buta (takut nanti kita jadi seperti "perempuan tua" yang tertinggal bersama umat Lut tu !)
AKAN TETAPI kita perlu memahami bahawa Si buta memang memerlukan tongkat untuk berjalan. Full Stop
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2003 12:37 AM | Show all posts
ada org kate lelaki gay/ pondan ni adalah jelmaan dajjal yang merosakkan n menyesatkan..oelh itu kite jgn sokong cara hidup nabi lut ni...berdosa tau..jgn jadi mcm satu agama ni..yg membenarkan hbgn homoseks sbb paderi die pun ader yg homoseks..konon itu hak asasi manusia tuk tetntukan cara sex life dorg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2003 12:45 AM | Show all posts
oooopppsss...silap..

jgn sokong cara hidup 'umat' nabi lut yang terdahulu..bukan nabi lut tu ok...mahap ye...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 01:09 AM | Show all posts

Adakah korang percaya dengan homoseksualiti?

Aku harap kita open sikit lah ek... bukan open macam pemikiran org putih, tapi open dari segi macam mana penerimaan korang terhadap homoseksualiti. aku tau persoalan pasal homo nie taboo di kalangan masyarakat kita, tapi aku rasa tak salah utk kita bincangkan kan? so, adakah korang percaya wujudnya manusia yg bernafsu terhadap sesama jantina? adakah korang rasa Allah menciptakan golongan yg bernafsu pada jantina sendiri ataupun korang rasa Allah hanya menciptakan lelaki dan wanita kepada apa yg kita percaya.. iaitu lelaki bernafsu pada wanita dan wanita bernafsu pada lelaki??

Adakah korang percaya mereka yg bernafsu pada jantina sendiri ini mmg secara semulajadi begitu ataupun akibat persekitaran? Adakah korang rasa mereka ini haram berkahwin (dgn jantina berbeza)?

Bagi aku, sebagai seorg yg str8.. aku percaya kepada wujudnya manusia yg mempunyai nafsu terhadap jantina sendiri. ini bukan cerita zaman moden sahaja, sbb aku rasa mungkin dari dulu lagi ada org macam nie. cuma, aku tidak menyokong sama sekali perbuatan mereka sekiranya mereka melakukan kegiatan homoseks. aku cuma percaya kewujudan mereka dan aku percaya yg Allah ciptakan mereka sebegitu rupa. korang pulak bagaimana?

AKu rasa tak perlulah kita lanjutkan discussion ini ke arah menghalalkan perhubungan mereka spt perkahwinan dsb. Sbb mmg jelas ianya menyimpang daripada ajaran agama kita. Cuma, aku percaya kewujudan perasaan mereka tu, itu saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2005 07:27 AM | Show all posts
Muntz,

aku pun penah baca dan sembang ngan orang yg camnie.. dan diorang ckp mmg diorang takde perasaan langsung kat kaum yg berlainan jantina.. aku jadi bingung gak dengan keadaan nie...

tapi aku rasa... tindakan barat untuk menghalalkan benda nie adalah tak betul.. kita orang islam kena fokus dan cari jalan untuk atasi masalah nie..

1. macam mana kita nak kenal pasti masalah nie semasa budak2 tu masih kecik dan bagaimana pula nak atasi masalah nie.
2. dan macamana pula nak atasi masalah nie kalau diorang nie dah dewasa..

mesti ada sebab dan punca benda nie terjadi... mungkin atas sebab hormon, persekitaran, makanan....  atau lain2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 07:35 AM | Show all posts
persekitaran & sosial semasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 07:39 AM | Show all posts
memang perasaan seks sesama jantina adalah secara semulajadi
bukan dibuat2..
namun, melakukannya (yakni mengikut kehendak nafsu itu) adalah dilarang
tidak boleh mereka berdalih, "dah Tuhan jadikan aku begini, nak wat camna?"
jika sudah ada kesedaran, mereka kene melawannya
dan, ianya memang susah, memang sukar, memang payah, memang derita...

dan PAHALA mereka mujahadah melawan kehendak nafsu sebegitu
memang TINGGI di sisi Allah..

aku ada seorg kawan yg begini, dan dia LAWAN kehendak dia tu
(antaranya, dia tak lagi berkawan/bergaul dgn grup gay ni, walaupun ada peluang)
dan dia skrang dah pun berkahwin, ada anak 3... bahagia.. alhamndulilllah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2005 11:07 AM | Show all posts
Aku rasa dorang the chosen one , bkn dorang yg pilih
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2005 10:21 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 26-8-2005 07:39 AM
memang perasaan seks sesama jantina adalah secara semulajadi
bukan dibuat2..
namun, melakukannya (yakni mengikut kehendak nafsu itu) adalah dilarang
tidak boleh mereka berdalih, "dah Tuhan ...


aku sokong sesangat dgn ko... sbb aku pun ader kawan yg cam nie jugak.. mereka langsung tak ghairah bila tengok gambar2 pompuan seksi... tapi bila tengok gambar lelaki seksi, excited giler! aku anggap homoseksualiti nie ialah satu kecacatan.. iaitu kecacatan dari segi genetik.. sbb tak silap aku org gay nie dia punya kromosom ader terlebih/terkurang... lebih kurang camtu lar. sama jugak macam org mentally retarded.. kita takleh nak paksa diorang jadi waras... sbb diorang mmg dah diciptakan sebegitu rupa. begitu jugaklah org gay nie. cuma, kita jangan biarkan diorang terjebak melakukan hubungan seks sejenis. biar mereka lawan nafsu tu.. sbb perang paling besar di dunia ialah perang melawan nafsu.. dan ganjarannya di sisi Allah... mmg besar... hanya Allah jer tau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by amorist at 30-9-2003 08:16 PM

Kita ambil direct dari Quran sajalah:

1. Punca:

"Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang am ...


dlm al-Quran tak tunjuk pun bahawa golongan yg mempunyai naluri menyukai kaum sejenis nie golongan yg terkutuk, MELAINKAN mereka melakukan maksiat spt yg disebutkan. sbb tak silap aku, dalam ayat2 al-Quran yg lain pun ader disentuh jugak tentang lelaki2 yg tak bernafsu pada perempuan. so, being a homosexual is not a sin, but committing the homosexual acts is a sin.

cuma aku harap, jgn ler dlm otak kita terus menerus mempercayai kalau jadi gay nie mmg berdosa, mmg terkutuk... yg terkutuk ialah perbuatannya, bukan perasaannya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2005 02:25 AM | Show all posts
Betul ke ajaran Islam kalau kita tau seorang Islam tu gay, kita tak patut mendedahkannya dan mengaibkannya?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2005 10:02 PM | Show all posts
Ada sesiapa yg mempunyai tips utk mengatasi masalah sukakan kaum sejenis ini?

Di tempat I study ni ramai juga yg bermasalah sebegini.  Masa study degree dulu memang I kerap bekerjasama dgn mereka krn  biasanya diorg berminat dgn performing art.  Kalo diorg bercerita apa2 ke I buat tak faham shj sebab I memerlukan khidmat sukarela mereka.

Sekarang ni mungkin I boleh lakukan sesuatu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


nur_amin This user has been deleted
Post time 8-11-2005 06:27 PM | Show all posts
Sesungguhnya...banyak persoalan yang tak terjawab tentang masalah homoseksual ini...
perlu berpandukan kepada Al-Quran dan akal fikiran yang waras bagi mengatasi segala
permasalahan yang timbul dalam masyarakat mahupun individu yang terlibat...jika
diikutkan api kemarahan semata-mata masalah yang berlaku tak akan dapat diselesaikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2005 11:28 PM | Show all posts
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_01.htm

Oleh: ABDUL MUIN SAPIDIN dan RUBIAH NORDIN

PETALING JAYA 22 Nov. - Masalah kecelaruan seks - fenomena mahu menjadi perempuan - didapati semakin serius berlaku di kalangan pelajar lelaki khususnya yang tinggal di asrama sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Kajian Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di beberapa sekolah berasrama dan IPT sekitar Lembah Klang mendapati, bilangan kumpulan tersebut semakin bertambah seiring perkembangan manusia.

Analisis data hasil kajian itu mendapati, terdapat lima hingga 10 peratus golongan homoseksual wujud di sekolah dan IPT - rata-ratanya beragama Islam.

Ketua pasukan kajian itu, Mohd. Ariff Ahmad Tarmizi menegaskan, walaupun perangkaan itu agak sedikit bilangannya, tetapi jumlahnya semakin bertambah saban hari dan ia berlaku hampir di semua sekolah berasrama dan IPT.

``Kebanjiran laman web khas dan kelab-kelab gay di Internet telah mendorong `pembiakan' ahli-ahli golongan tersebut dan membolehkan mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti songsang mereka.

``Golongan ini juga semakin berani mewujudkan kumpulan-kumpulan sendiri dan menonjolkan diri dalam program-program di universiti,'' katanya ketika diminta mengulas hasil kajian tersebut yang dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Dunia Dalam Wacana: Representasi Realiti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Menurut beliau, kajian tersebut menekankan persoalan tabiat yang dicerakinkan kepada penyilangan tiga dimensi iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan.

``Misalnya, kebiasaan menonton video lucah yang menampilkan pelbagai adegan termasuk seks songsang, seseorang itu akan memperoleh ilmu atau pemahaman baru kemudian diterjemah dengan kemahiran yang akhirnya menimbulkan keinginan.

``Prinsipnya mudah, apabila seseorang membentuk tabiat diri sama ada baik atau buruk, mereka pasti akan melalui proses ketiga-tiga dimensi tersebut,'' jelasnya.

Hasil kajian bertajuk Fenomena Kecelaruan Seks Pelajar Lelaki dan Masyarakat Masa kini: Kajian Kes Bekas Pelajar Asrama dan IPT itu menggariskan, gaya hidup songsang itu juga didorong oleh faktor:

* Kebebasan melayari laman web atau video lucah sejak kecil termasuk dalam makmal komputer sekolah.

* Memenuhi keinginan mencari kumpulan atau `pasangan' sejiwa bagi memenuhi rasa sunyi atau mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah.

* `Pembiakan' kecelaruan seksual oleh mangsa kepada rakan-rakan sebaya sama ada di sekolah atau di universiti.

* Prasarana hiburan tidak terbatas yang memberi ruang kepada percambahan tingkah laku songsang.

* Masalah ikatan kekeluargaan yang lemah, terbiar dan didikan agama yang longgar.

``Dalam isu kekeluargaan misalnya, keluarga sekarang terlalu menekankan penjagaan anak perempuan sehingga mengabaikan anak lelaki, kononnya mereka boleh jaga diri, prinsip ini mesti diubah,'' jelasnya.

Mohd. Ariff yang juga perunding psikologi berkata, pengukuran yang dibuat dalam kajian tersebut dibuat melalui analisis secara pemerhatian, penggunaan data dan juga perangkaan yang dibuat secara umum persampelannya.

Selain itu katanya, hasil kajian diperoleh melalui pemerhatian dan rekod perbualan kes-kes tertentu bagi pelajar atau bekas pelajar yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

``Pendekatan dalam isu ini mudah, golongan ini dikatakan tidak normal, jadi kecelaruan seks ini lebih menjurus seksual yang tidak normal dan mempengaruhi nilai-nilai manusia itu sendiri.

Mohd. Arif turut menampilkan empat kajian kes untuk mengukuhkan kajian tersebut iaitu:

Kajian Kes 1

Seramai 15 daripada 18 pelajar asrama yang dipilih secara rambang mengakui pernah atau menjadi kebiasaan melayari laman web lucah termasuk di makmal komputer sekolah.

Lima daripada mereka mengaku menonton cakera padat lucah sejak berumur 10 tahun.

Kajian Kes 2

Pendedahan bekas pelajar asrama yang kini menuntut di IPT `meluaskan' pengaruh dengan mencari rakan-rakan yang mempunyai jiwa yang sama melalui program-program universiti seperti aktiviti mentor atau abang angkat.

Kajian Kes 3

Bekas pelajar asrama mengembangkan lagi pengalaman sebaik sahaja menuntut di IPT melalui prasarana di sekitar Lembah Klang yang menjanjikan aktiviti sosial secara berleluasa tanpa sekatan.

Kajian Kes 4

Pelajar yang mengalami masalah keluarga, terbiar, didikan agama yang cetek sehingga memilih permulaan tabiat berhibur yang negatif bagi mengisi kekosongan jiwa yang bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2005 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by freekey at 2-10-2003 09:21 AM

kalau ada doktor yang dapat cipta satu ubat untuk merawat golongan ni kan bagus..


Teringat teman akan pesanan Dr. Fadzilah Kamsah.
Oghang cam gini memerlukan MORAL SUPPORT dari pelbagai pihak.

Bukan SUPPORT agar dier terus jadi lesbian or gay!!!

SUPPORT agar dier kembali kpd kejadian asal nya.
:cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 3-12-2005 03:54 PM | Show all posts
Kecenderungan menyukai lelaki namun tidak sampai melakukan perbuatan terkutuk
tidaklah tergolong berdosa, namun terjemahkanlah atau arahkan tujuan persahabatan
itu kerana Allah dan kerana ingin mempererat hubungan silaturrahim
. Insya Allah,
persahabatan anda akan mendatangkan manfaat baik diri anda sendiri mahupun sahabat anda tersebut. Walaupun begitu jagalah rasa kesukaan itu sebatas kesukaan antara
seorang sahabat dengan sahabat lainnya.
Sifat lemah lembut merupakan perkara yang terpuji dan merupakan sunnah Rasulullah
SAW. Bahkan Rasulullah SAW sendiri mempunyai sifat lemah lembut dan sopan santun
serta lebih pemalu daripada seorang anak dara. Jika ada teman  mempunyai naluri
seorang perempuan yang lebih mendekati kepada sifat pondan, maka sifat seperti ini
tidak terpuji dan dinilai sebagai menyerupai wanita.
Jika sifat ini wujud secara
semulajadi semenjak dilahirkan, ia tidak tercela.
Tetapi jika ia sengaja bertujuan
menyerupai kaum perempuan, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tercela.
Bagi orang yang memang dari semulajadi lagi sudah mempunyai sifat tersebut
hendaklah meninggalkan secara beransur-ansur sifat ini. Jika ia enggan berbuat demikian malah masih berterusan dengan sifatnya, perlulah dikeji sikapnya itu.
Namun begitu menurut pendapat Imam An Nawawi, bagi mereka yang tidak mampu
meninggalkan sifat ini walaupun telah berusaha secara beransur-ansur ia tidak wajarlah dicela.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai
kaum perempuan dan perempuan yang menyerupai kaum lelaki.
Sabda baginda: Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah mereka. Nabi pernah
mengeluarkan seorang Mak Nyah dari rumahnya sebagaimana Umar juga pernah
berbuat demikian". (Riwayat Bukhari dan Ahmad)


ADAB MEMANDANG DI ANTARA LELAKI DENGAN LELAKI

Ianya sama juga dengan adab seseorang wanita dengan seorang wanita selainnya .
Haram bagi seorang lelaki memandang aurat kaum sejenisnya .
Dan haram juga mereka itu duduk di dalam kain selimut yang sama .

Dan selain itu , bagi kaum lelaki , mereka juga haram memandang kepada sesama
lelaki ,khasnya kepada budak-budak yang baru akil baligh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074394 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list