cess posted on 13-3-2013 12:03 AM
blom apa2 dah scene asam pedas ke hape kannn
tak per la...upakan aja video iteww...sure uols dah tengok...uols pernah ke pegi gathering dorang ni? iols ahli bafru hotlovers...tapi rasanya encik asben tak lepas punya pi gathering fanclub bagai...
la lamanya akak fengsan malam tadi lepas tengok nal ajak kay jadi isteri dia....sedar pagi ni dah dpt kunci suh check in rumah baru.... adeiii akak lutut dah lembik cair lepas terpanah tengok abam nal tanya kay pasal lamaran kat porch rumah kay...abam nal pakai shirt putih terus lutut akak lembik tu yg jatuh fengsan...
Assalammualaikum,morning n salam 1sehangatasmara uols, check in umah baru. Umah baru rasa nk tukar avatar pulak. @cess n @moller,x sabar nk tgk episod mlm ni sbb ada tunjuk Nal pujuk Kay dpn pintu bilik. Adakah Kay akan peluk Nal mcm dlm novel? , hrp2 ada leee...., klu x, x merasa leee mkn fish n chip @moller belanja...@cess, doa byk2...
Untuk scene mlm td yg terdpt dlm novel (copy dr FB SA kredit to Norfazida Gda - Bab 52).
''Assalamualaikum!'' katanya.
''Waalaikumussalam. Anything?'' tanyaku bersahaja.
Zainal terdiam. ''Tentang hari tu...'' Dia tidak dapat menghabiskan kata-katanya.
Jantungku semakin hebat berdegup.
''I was...'' Dia diam seketika. Kemudian menarik nafas panjang sebelum menyatakan keadaan yang sebenar. ''I was not asking you to marry me.''
Aku tersentak. Perasaanku sedikit tercalar. Tapi calar ini mampu aku perbaiki sedangkan retak yang dilakukannya dahulu mampu aku bina semula.
''Tak apa. For Misya, I understand,'' jawabku tenang.
''Bukan macam tu maksud I. Don't get me wrong. I tahu Azman pengganti I sekarang. I tahu I pernah buat satu kesilapan besar dengan meninggalkan you, tapi I buat ni untuk Misya. I tak mahu Misya jadi mangsa tindakan I dulu. Kalau I tahu you sedang mengandungkan Misya masa I tinggalkan you, I tak akan sekali-kali tinggalkan you, Kay. I bawa you balik ke Malaysia dengan I.''
Senyap. Sepi. Kaku.
Aku tidak sangka akan mendengar penjelasan seperti itu darinya. Benarlah aku yang silap. Hanya aku yang sering berangan-angan jauh.
''You tak sayangkan Misya ke?'' Soalan itu bukan untukku sebenarnya. Soalan itu lebih memancing simpatiku untuk bersetuju dengan cadangannya.
''Kerana Misya, I mesti mempertaruhkan diri I pada you?'' soalku sinis. Namun jauh di sudut hati, aku amat mengerti maksudnya. Seorang ibu bukan sekadar satu nama sahaja di atas kertas putih. Malah sanggup menggadaikan nyawa jika itu jalan kebahagiaan anaknya. Dia amat mengharapkan pengertianku.
''Misya perlukan sebuah keluarga yang sempurna. You tak tengok macam mana dia pagi tu?''
Masakan aku tidak tahu itu semua. Aku menarik nafas panjang. Mengeluh tidak, gembira pun tidak. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk kebahagiaan Misya, tapi kiranya perkahwinan ini membuka ruang pada Zainal untuk melukakan hatiku, bagaimana kesudahannya nanti? Apakah aku dicemuh lagi oleh emak dan ayah? Apakah aku akan merana sepanjang hidupku?
Sekali terkena, mungkin mampu memusnahkan hidupku. Kalau terkena lagi, apakah aku dapat bertahan kerana alah bisa tegal biasa? Dan Zainal akan ketawa melihatku.
''Selama ni, dia okey. You janganlah bimbang. Selama ni ada Azman pun, dia tak pernah terasing dari orang lain. Tak payah risau Nal. Kalau I fikir tentang tu, dah lama I carikan papa lain untuk dia.''
''You sengaja cakap macam tu nak sakitkan hati I, Kay. Pandai betul you.''
''Habis apa yang perlu I cakap? Okey Nal, setuju. Jom kita kahwin esok. You nak I cakap macam tu ke?''
''Jangan macam tu, Kay. Kita ada Misya sekarang ni. Jangan buat macam tu,'' pujuknya. Dan kemudian mengucap penuh erti. ''I was in love with you, you know.''
''You were in love with me, tapi sanggup tinggalkan I. Kenapa Nal? Apa sebabnya? You pergi tinggalkan I macam tu aje. Kenapa? Ada sesuatu yang lebih berharga dari I?''
Kenapa mesti dia diam bila persoalan ini ditimbulkan kepadanya? Apakah dia sudah menandatangani satu perjanjian untuk tidak membocorkan rahsianya?
Tapi akhirnya dia berkata. ''I tahu meninggalkan you bukan satu keputusan yang bijak. Tapi kalau masa boleh diundur, I akan bawa you. Peduli dengan orang lain, peduli dengan apa yang akan berlaku pada diri I.''
Aku sebak mendengar kata-katanya. Tapi semuanya telah berlalu. Yang nyata, apa yang di hadapan kita semua sekarang ini. ''Tapi masa tak boleh diundur lagi Nal. Tak guna menyesal sekarang.''
''Memang. Tapi you perlu tahu apa yang I akan buat kalau masa boleh diundur. Tapi sampai bila kita harus macam ni?'' Suaranya agak tegas.
''I keluar masuk dalam rumah you. Kita masih berjumpa, Misya anak kita. Boleh you beritahu I apa yang harus I buat?''
''Tetap begini sampai bila-bila.''
Dia mengeluh. ''Kay, tolonglah faham. I nak you jadi isteri I. Kalaupun you tak ada lagi perasaan untuk I, fikirkanlah tentang Misya. Misya perlukan kita berdua.''
''Tak ada jalan lain lagikah untuk pujuk you, Kay?'' bisiknya seakan merayu agar diberi peluang sekali lagi.
''Hati I dah terpujuk bila Misya lahir, Nal. Dia yang bina semangat I selepas you tinggalkan kami. Pasal kita berdua, biarlah dulu. Biarlah ALLAH yang menentukan hidup kita semula. Sama ada kita hidup bersama lagi atau tidak, I tak mahu fikir. I tahu, kerana Misya, you nak I balik semula pada you. Tapi kalau Misya tak ada, belum tentu I jumpa you semula, kan?''
Perlahan-lahan aku meletakkan gagang telefon.