CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fahmein

Wawa tunangan Rashid?

[Copy link]
Post time 13-10-2013 09:23 AM | Show all posts
Sorok nikah takutkan David Teo


SIDANG media pada jumaat lalu turut dihadiri pengurus Aeril, Shahriman Wahab (kiri), peguam Aeril, Zulhasmi Zakaria (tiga dari kiri) dam bapa Wawa, Zainal Abidin Sulong (kanan).


SEMUA penafian tentang pernikahan membabitkan pelakon Wawa Zainal dan Aeril Zafril akhirnya terjawab pada Jumaat lalu. Mereka mendakwa sandiwara itu gara-gara mahu menjaga kedudukan Wawa yang terikat bawah kontrak sebagai artis MIG milik David Teo.

Bukan sahaja mengakui tentang pernikahan mereka malah Aeril dan Wawa membuat kejutan dengan mendakwa mereka sebenarnya telah bernikah dua kali dalam tempoh setahun.

Pelakon yang mengadakan sidang media di Neo Damansara, Damansara, Selangor itu menjelaskan bahawa tindakan mereka menyorokkan pernikahan tersebut adalah atas alasan mahukan privasi.

Aeril menegaskan bahawa dia tidak berbohong dan menyorokkan perkahwinan tersebut, namun melakukan hal sedemikian atas menjaga karier masa depan isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin dalam dunia lakonan.

"Saya tidak berbohong kepada media dan peminat. Cuma saya menafikan apabila ditanya tentang perkahwinan kerana saya ada sebab.

"Ia terpaksa dirahsiakan demi Wawa kerana dia masih mengikat kontrak dengan syarikat MIG (Metrowealth) serta tentang undang-undang syarikat itu yang melarang pelakonnya bercinta," kata pemilik nama penuh Suhairil Suhari itu.

Bagaimanapun perkahwinan sorok-sorok tersebut mula diketahui umum apabila apabila sebuah akhbar pada Ahad lalu mengesahkan pasangan itu telah bernikah pada Februari lepas dan memperolehi cahaya mata bernama Ahmad Fakharuddin Attar pada Ogos baru-baru ini.

Merungkai 'penipuan' yang dilakukan demi merahsiakan perkahwinan itu, Aeril, 26, menjelaskan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah sejak Februari 2012 lagi.

"Kami bernikah pada 25 Februari 2012, tetapi tidak didaftarkan. Kami bernikah di kediaman pengurus (Shahriman Wahab) yang terletak di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya (Selangor). Kami dinikahkan seorang imam dari Sabah dan turut disaksikan ayah Wawa. Kami juga ada bukti tentang pernikahan itu.

"Pernikahan pertama tidak didaftarkan kerana Wawa meminta izin untuk tidak berbuat demikian kerana tidak mahu pihak pengurusannya tahu tentang hal itu.

"Namun, setelah saya dapat tahun bahawa Wawa sudah hamil dua bulan pada Februari lepas kami membuat keputusan untuk mendaftarkan pernikahan agar tidak menimbulkan tanda tanya mengenai status anak kami. Seterusnya kami bernikah kali kedua mengikut undang-undang pada 4 Februari 2013.


PEGUAM Aeril, Zulhasmi Zakaria (tengah).


"Tujuannya adalah agar anak kami itu akan dibinkan atas nama saya berbanding Abdullah," jawab Aeril mengenai anak lelakinya yang lahir pada tanggal 24 Ogos lalu di sebuah hospital di ibu kota.

Pelakon filem Aku Tak Bodoh itu mengaku telah bernikah kali kedua pula di Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya oleh imam masjid terbabit.

Aeril turut diasak media tentang kesangsian pernikahan dua kali yang dilakukannya sedangkan kedua-dua majlis itu diadakan dalam negara iaitu di Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, pernikahan pertama mereka itu sah di sisi syarak kerana telah menepati rukun nikah.

"Tiada masalah dalam pernikahan pertama itu dari sisi syarak walaupun tidak dapat didaftarkan. Saya tidak kisah jika anda menyatakan bahawa ia tidak mengikut undang-undang negara apabila tidak mendaftar kerana perkahwinan itu halal di sisi Allah.

"Namun, ia terpaksa dirahsiakan dan dianggap dalam keadaan darurat kerana mahu menjaga kedudukan Wawa bersama kontraknya itu," kata Aeril yang membintangi filem 7 Petala Cinta, Budak Pailang dan 99 Kali Rindu ketika di bawah pengurusan MIG.

Menjelaskan bagaimana dia mengenali Wawa, menurut Aeril, hubungan cinta mereka berputik sejak 2010 ketika sama-sama membintangi sebuah drama.

"Saya berkenalan dengan Wawa ketika sama-sama terlibat dalam drama Klik (siaran Astro). Seterusnya kami mula bercinta, namun dihalang pihak pengurusan (ketika itu Aeril dan Wawa di bawah MIG) dan dimarahi.

"Percintaan kami pada 2011 semakin banyak halangan apatah lagi saya telah kehilangan ibu dan mendapat penyakit keturunan. Ketika itu saya mula dekatkan diri dengan Tuhan.

"Selepas mendalami ilmu agama, saya bertemu bapa Wawa pada tahun 2012 untuk bertanyakan tentang hubungan kami dan bapanya menerima saya," ujar pelakon yang berasal dari Kluang, Johor itu.

Aeril dan Wawa pernah sama-sama mengikat kontrak di bawah MIG sebelum Aeril membuat keputusan keluar daripada syarikat terbabit pada Mei lalu atas alasan mahu mendalami bidang agama dan mahu mengatur jadual karier sendiri.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 09:45 AM | Show all posts
achik2009 posted on 13-10-2013 09:20 AM
tu la pasal...bila baca pasal kes ni terus teringat dgn ina mawi....
mmg ada persamaan citer do ...

mana ade sama.... lepas hbis af astro bg je announce....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:46 AM | Show all posts
kesian tgk wz..
semoga semua nya dipermudahkan hendaknya..
aib yg dikorek dibuka xkan mengubah apa2 krn menda sudah jadi..
cuma kite kena ingat syurga dan neraka itu ada..
dan kite akan mati..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:50 AM | Show all posts
membesar posted on 13-10-2013 09:10 AM
Korek la semua benda wartawan oi. Dah terbongkar aib semua orang baru puas hati kau kn.

semoga Allah swt memberi hidayah kpd mereka yg suka membuka aib org..
TERkurang gaji kite ker jika selindung aib org?
maybe kita rasa yang Allah swt tidak melihat semuanya..


Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la wawa oi.. kalau ko rase aib dgn cerita yg wartawan hebahkan tu. Insya allah, ade la hikmahnya tu.
Smoga allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah ke atas ko... tabahlah hadapi dugaan idup. Ingatlah yg Allah yg bagi ko rezeki dgn ape cara sekalipon, bknnya wartawan tu seme.. dorg pon harap rezeki dr Allah juge.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:51 AM | Show all posts
dino posted on 13-10-2013 09:45 AM
mana ade sama.... lepas hbis af astro bg je announce....

ala...lebih kurang je tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2013 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina posted on 13-10-2013 09:50 AM
semoga Allah swt memberi hidayah kpd mereka yg suka membuka aib org..
TERkurang gaji kite ker jik ...

Aku nak tanya juge pada ustaz. Camane duit gaji hasil keje wartawan yg sukakan gosip, suka cerita luar dalam kain org lain, bukak aib org, sebarkan citer aib org tu. Mcm la dorg ni bagus sangat...
Tp yg pasti sape2 yg bukak aib org lain, Allah pasti akan bukakkan aib die pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:55 AM | Show all posts
ice98 posted on 13-10-2013 09:51 AM
Takpe la wawa oi.. kalau ko rase aib dgn cerita yg wartawan hebahkan tu. Insya allah, ade la hikmahn ...

ramai jah yg kena boikot ngan wph neh bersinar2 bintangnya..
cthnya fs..
rezeki semua dari-Nya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 09:59 AM | Show all posts
Dah la wawa ko g je la balik kampung
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
lonely_surina posted on 13-10-2013 09:55 AM
ramai jah yg kena boikot ngan wph neh bersinar2 bintangnya..
cthnya fs..
rezeki semua dari-Nya.. ...

Tu laa.. wartawan macam ni mmg keji la.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:03 AM | Show all posts
Sebenarnya atas diri sendiri juga, kalau Aeril dan WW x bercerita lagi bagus, benda akan senyap je.  Cth Wati yang anak dia meninggal jatuh cokndo, ayu OIAM....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:03 AM | Show all posts
Lagi byk brcerita, lg byk percanggahan or pembohongn.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:08 AM | Show all posts
btl tus, jgn layan sgt provoke2 wph neh..
bio sahajork..
kenkadang org nehh berbangga rasa hebat bagai mcm dunia yg punya bila dapat korek buka aib org..
menda yg salah mmg salah dan sudah TERjadi..
dibuka aib dikorek semua dari akar umbi adakah boleh kembali semula keadaan yg asal?
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:11 AM | Show all posts
Dah2 la tu..aku jd kesian pulak ngan wawa ni.aeril?x sangat la sebab dia lelaki tp mcm xde telor...
Sbg suami dia boleh bertegas kan?Pertahankan anak ngan bini like a man should do...sigh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:14 AM | Show all posts
islam ada gtau...lelaki baik tuk pmpn baik....dan seblknya.....x pe rahsid...dia bkn jodohmu...semoga Allah ttp aib wawa n arel pasni....dh byk aib dorg terbukak..ln kali jgn nk kata org fitnah...kan len yg jdkrn mulut korg gak...jgn salahkn org len atas kesalahan kita sndiri...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:20 AM | Show all posts
aku drp xnyampah ngan kapel ni trus jadik nyampah dek kuar crita mcm2 xbagus pasal deolss nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 10:24 AM | Show all posts
mea posted on 13-10-2013 10:20 AM
aku drp xnyampah ngan kapel ni trus jadik nyampah dek kuar crita mcm2 xbagus pasal deolss nih...

haipp!!...dah bekfes ke?...
kalo blm jom kita bekfes dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:29 AM | Show all posts
achik2009 posted on 13-10-2013 10:24 AM
haipp!!...dah bekfes ke?...
kalo blm jom kita bekfes dulu...

blom dik chik..akak brunch skali kot..nak berporum jap...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:36 AM | Show all posts
tetibe rasa bosan dgn perangai 2 org ni...erm....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm2 btl..bkn ker aril ne ckp dorg dh bercinta dri 2011 lg..hadoi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.071164 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list