MissNigga posted on 22-10-2013 12:02 PM
hi kaka elle...lama tak nampak... gegeh menjait ker
tu ar.... kalo iols... tak larat nak men ...
sbnanya takot kena marah dgn tuan mod kalo terbuka benang sama tajuk.. nnt dpt surat saman lak..
tu yg mengigihkan diri cari dulu sblum buka benang..
nama pun forum cari.. so, apa lagi.. carilah.. ekeke.. Last edited by telracs on 22-10-2013 12:33 PM
tgk cter devdas ni mula2 masa kat matrik...
agak terkesan pd part endingnya yg sngt2 sedih...
siap nangis lg tpi cover2 sebab tgk ramai2 kn..
smpai skrg x jemu pon tgk berulang2 kali...antra cter SRK yg berkualiti
telracs posted on 23-10-2013 07:52 AM
yang versi pakistan ni ok ke? sapa dah pnah tengok?
Leh challenge yang Sharu.. Aisy.. dan Madhu.. tak?
Film ini bercerita tentang percintaan yang tragis kerana perbezaan kasta antara Devdas "Deva" Mukherjee (Shahrukh Khan) dengan Parvati "aro" Chakraborty (Aishwarya Rai) dengan latar belakang kehidupan sosial masyarakat India pada dekad 1920-an.
Deva dilahirkan dalam kemewahan. Ayahnya, Zamindar Narayan Mukherjee (Vijay Crishna) adalah penguam berjaya yang kaya raya dan juga berasal dari kasta yang tinggi, manakala Paro berasal dari keluarga kebanyakan dan berkasta lebih rendah daripada keluarga Deva.
Deva dan Paro membesar di sebuah desa indah Taj Sonapur dan menjalani masa kanak-kanak mereka bersama. Tanpa memikirkan latar belakang keluarga mereka yang berbeza, lahir sebuah ikatan istimewa yang kuat antara mereka berdua. Paro sangat sedih ketika Deva dihantar belajar ke England oleh ayahnya, namun Paro tetap setia menunggu kepulangan Deva, dengan terus menyalakan lantera kecil untuk sang pujaan hatinya.
Pada saat Deva kembali, dunia Paro bagaikan bernyanyi dengan nada-nada bahagia. Jalinan cinta Paro dan Deva direstui penuh oleh ibu Paro, Sumitra (Kiron Kher). Namun cinta mereka menghadapi ujian berat, gara-gara campur tangan salah seorang anggota keluarga mereka iaitu kakak ipar Deva, Kumud Mukherjee (Ananya Khare). Kumud mengenang kembali kisah Sumitra yang pernah menjadi penari sehingga menyebabkan lamaran Sumitra untuk menyatukan Paro dan Deva dalam ikatan perkawinan ditolak mentah-mentah oleh ayah Deva dan juga ibu Deva, Kaushalya (Smita Jaykar).
Mereka sama sekali tidak sudi menerima Paro sebagai menantu kerana merasa kelas mereka lebih tinggi dari keluarga Paro. Deva yang gagal mengubah keputusan ibu bapanya, berputus asa dengan menulis surat kepada Paro supaya melupakan dirinya. Sumitra sangat tersinggung menerima penghinaan keluarga Mukherjee itu, seterusnya merencanakan perkahwinan Paro dengan Zamindar Bhuvan Choudhry (Vijayendra Ghate), seorang duda kaya yang tidak kalah statusnya dengan Narayan Mukherjee. Hati Paro terluka ketika membaca surat Deva menyebabkab dia bersetuju mengahwini Bhuvan walau tanpa cinta.
Sementara itu, seorang sahabat Deva, Chunni Baba (Jackie Shroff), menjadikan Deva seorang peminum alkohol dan memperkenalnya dengan dunia pelacuran. Di situ Deva mengenali seorang wanita penghibur yang jelita, bernama Chandramukhi (Madhuri Dixit) yang kemudiannya jatuh cinta kepada Deva.
Chandramukhi berusaha memulihkan gundahan perasaan Deva yang dicintainya dengan menghiburkannya selalu. Namun, kesakitan kehilangan cinta yang dirasakan oleh Deva terlalu parah. Chandramukhi tidak mampu mengalihkan kesedihan Deva.
Deva semakin larut dengan minuman keras. Tubuhnya tak mampu menampung kesan kerasnya pengaruh alkohol, dan dia semakin tenat dalam kesedihan dan kesakitan.
Sedang Paro menjadi wanita terhormat keluarga Choudhry walau sebenarnya dalam hatinya tak henti menangis menahan kerinduan kepada kekasihnya, Deva. Paro mendapat tahu tentang Chandramukhi dan merekapun bersahabat. Semua itu dia lakukan hanya kerana Paro masih sangat mencintai Deva.
Namun, tetap.. cinta antara Deva dan Paro perlu berakhir dengan penuh tragis. Deva mati kerana terlalu banyak meminum alkohol. Sebelum mati, Deva menepati janjinya untuk menemui Paro. Deva menghembuskan nafas terakhir di hadapan gerbang istana yang telah mengurung cinta Paro terhadap Deva.
Lentera kecil yang terpadam, tidak mampu memadamkan cinta mereka.
Post time 24-10-2013 07:00 AMFrom the mobile phone|Show all posts
telracs posted on 23-10-2013 04:25 PM
Leh challenge yang Sharu.. Aisy.. dan Madhu.. tak?
Film ini bercerita tentang percintaan yang t ...
Lantera kecil terpadam tu simbolik nyawa habis aka mati. Banyak filem pun pakai simbolik mcm ni mcm tapi takde la fokus giler-gile mcm Devdas. Contoh filem Joyeux Noel: ada tunjuk lilin terpadam apabila ada dua beradik buat keputusan untuk menyertai perang...walaupun belum ada yg mati masa tu, lilin terpadam dah bagi hint yg akan ada nyawa bakal 'terpadam' yg merujuk kpd adik beradik tersebut later dlm filem tu.
cmf_GAIA posted on 24-10-2013 07:00 AM
Lantera kecil terpadam tu simbolik nyawa habis aka mati. Banyak filem pun pakai simbolik mcm ni mc ...
ha ah..baru teringat kat paro gile2 jage pelita neh sbb tanak kasi padam sbb simbolik centa dia neh dgn dev sampai ada scene dia tahan dgn tangan dia etc.