CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: tongkatwaran75

[Tempatan] {4}Tanah runtuh di Cameron Highland: Kereta & motor turut terjerumus!

[Copy link]
 Author| Post time 12-11-2013 08:25 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 12-11-2013 04:13 PM
gambor mcm ni pun boleh kabor -

sah2 dah togel sebelah bukit tu..



kabor...?
sbb ujan kot...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2013 08:40 PM | Show all posts
Tahniahlah mereka yg brkenaan sbb dah hancur leburkan ch
Next... cari nature yg lain pulok utk jd mngsa
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 12:03 AM | Show all posts
Baru turun dari CH semalam, aman je.
Dok lepak dinner sejam kemudian betul² opposite tebing tu...
- mcm ok je, mcm biasa je, mcm ok je, xde pape je.

p/s: Byk landslide wknd baru ni sbb hujan, x nafi kesan penerokaan
Tp, pasukan penyelamat mmg cekap...well done.
Cuma jurutera majlis kna pantau dan kuatkuasa, jgn culas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
bhynya. harap2 x berterusan n xde yg terkorban
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 10:07 AM | Show all posts
PostBanhammer posted on 12-11-2013 04:11 PM
Selama ini aku ingat kau perempuan nok...

Pulak............................

Camana hang bley terpikiaq/terlintas yg aku nie pompuan??

Aku punya laaa sembang brutal KEDAH...............
Btw, selalunya Om pompuan UTARA bahasa diri dia............"CEK"

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriau la..nak pergi cameron..:Q
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2013 12:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 12:32 PM | Show all posts
niceghost2005 posted on 13-11-2013 10:07 AM
Pulak............................

Camana hang bley terpikiaq/terlintas yg aku nie pompuan??

Ooooo.... Thanks for the sexplanation.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-11-2013 01:41 PM | Show all posts


KEADAAN tanah runtuh menyebabkan beberapa kenderaan dan kediaman penduduk di Pekan Brinchang musnah.

Pokok jatuh bergulung
Cameron Highlands, 12 November : “Saya sempat melihat semua pokok di atas bukit tumbang dan ‘bergulung’ jatuh bersama air berlumpur sebelum menghentam beberapa bengkel termasuk bengkel kenderaan milik saya, “ kata seorang pemilik bengkel Mohd Nor Sofwa Abdul Wahab, 42, yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan Brinchang, di sini petang semalam.


  Dalam kejadian jam 6.35 petang kelmarin, dua mangsa cedera akibat tersepit   antara kenderaan dan ketika cuba menyelamatkan diri.



  Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang turut memusnahkan lebih 10 kenderaan, sebuah bengkel dan dua buah rumah di kawasan itu.

  Difahamkan, mereka yang cedera dikenali sebagai Adius Munir, 47, akibat tersepit dan Abdul Yazid Abdul Aziz, 28, patah buku lali.

Mohd Nor Sofwa yang juga cedera di kaki ketika menyelamatkan diri berkata, kejadian tanah runtuh petang kelmarin dianggap terburuk sepanjang dia memulakan perniagaan di kawasan itu sejak 1998.

“Saya bimbang kejadian tanah runtuh yang berlaku petang kelmarin akan berulang. Saya sendiri cedera di kaki kerana cuba melarikan diri daripada runtuhan tanah itu ketika berada di bengkel.

  “Nyawa dan harta benda kami mungkin hilang sekelip mata jika cerun bukit itu runtuh semula.

  “Saya tidak berani lagi tinggal di bengkel yang turut dijadikan kediaman saya. Saya dan keluarga kini terpaksa menumpang rumah rakan buat sementara waktu sehingga keadaan kembali selamat,” katanya.

   Akibat kejadian itu, dia   kerugian lebih RM30,000 selepas semua peralatan bengkel, mesin dan kenderaan yang dibaiki rosak akibat limpahan air lumpur dan runtuhan  lereng bukit itu.

  Seorang lagi penduduk, Mayati Chiang, 40, mendakwa dia berasa takut untuk tinggal di dalam rumah kerana rumahnya bakal ditimbus   bila-bila masa kerana didirikan di bawah lereng bukit.

  “Sepanjang lima tahun tinggal di kawasan ini, kejadian kali ini paling menakutkan saya dan lereng bukit di depan  rumah  juga mulai berlaku runtuhan kecil.

  “Semalam (kelmarin) sisa batu mulai jatuh ke kaki bukit dan pokok tumbang sudah kedengaran menyebabkan saya dan anak lelaki berusia lapan tahun menumpang tinggal di rumah rakan berdekatan,” katanya yang terpaksa memberhentikan operasi bengkel buat sementara waktu sehingga keadaan pulih.

  Sementara itu, Pegawai Daerah Cameron Highlands Datuk Ahmad Daud ketika dihubungi di sini, semalam berkata, runtuhan berkenaan berlaku disebabkan hujan lebat dan menolak dakwaan akibat kerja pembersihan tanah di kawasan itu.

  “Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut dan mengambil langkah perlu bagi mengelak kejadian berulang,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2013 11:40 PM | Show all posts
Tengok soal jawab 2013 kat tv3 skang topik pasal CH..gila kentang hos tu tanya soalan panassss....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:02 AM | Show all posts
Menurut  prof yg jadi panel jemputan dlm rcgn soal jawab ni tadi- anggaran seramai 100 000 lebih org akan mati tertimbus jika empangan tu totally burst....now, whos gonna b responsible for that? N are they ready yet for that?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 12:22 AM | Show all posts
last p mid year aritu...
g x syok tgk...
byk beno bangunan dibuatnyer..
dahlama tahun 2008 dulu p nmpk ok lg
otw balik pon asek tersekat2 sbb jln byk tutup sblh
smp kitaorg ckp..lmbt lg la klu nak repeat pon mcm x minat dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2013 09:46 AM | Show all posts
Actually kitorang gi CH 9-10Nov. And mmg hujan je siang malam... Nak berjalan pon susah huhuhu. Masa balik dlm bas baru dengar berita tanah runtuh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-8-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.138020 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list