ARTIKAL BERKAITAN
Berita Harian kantoi ‘potong kepala’ gambar Pesuruhjaya PAS untuk berita puji BNOleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 27 MEI: Akhar Berita Harian tidak mengamalkan amalan kewartawanan beretika dan profesional apabila menggunakan gambar Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang dipotong di bahagian kepala dalam laporan bertajuk ‘Kerajaan Bantu Lima Beradik’ yang disiarkan, semalam. Razman yang turut menyedari gambar beliau digunakan akhbar itu, mengesahkan gambar beliau itu diambil sehari selepas hari ibu dan bapa lima kanak-kanak yang terlibat dalam satu kemalangan maut dikebumikan baru-baru ini. “Sebenarnya gambar itu diambil sehari selepas hari pengkebumian arwah ibu dan bapa mereka. Ketika itu kami menziarahi anak-anak arwah untuk menghulurkan sumbangan. “Memang dah rutin kami menziarahi mana-mana pihak yang ditimpa malang seperti kejadian ribut yang merosakkan 12 rumah di Ipoh Timur baru-baru ini dan mana-mana kejadian malang seumpama yang menimpa anak-anak ini.
http://bm.selangorku.com/ |