CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Mila Jirin Makin Comel Bertudung Penuh, Bakal Bernikah Tahun Depan

[Copy link]
Post time 4-8-2014 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
tp aku suka lah tengok mila berlakon. tengok dia berlakon dlm kami histeria tu menjadi sbb ada kelakarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 09:51 PM | Show all posts
comel jgklaa sheols dah bertudung
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon mila masuk mengadap
benang ini
aritu beliau ade masuk mencemar duli
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 10:42 PM | Show all posts
hamdalah .. jom doakan yang terbaik jelah kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mknan kt restoren tk sdp..tak tahu lh kut taste org laen sdp..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgusnya.. Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2014 12:24 AM | Show all posts
white01whale posted on 4-8-2014 04:55 PM
bisnes restoran kencang giler masa bulan puasa hari tu...  pandai dia strategize sampai x menang t ...

sedap tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Beautiful nara elok je dia bgtau yg dia nak kawen dgn manager dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2014 01:35 AM | Show all posts
Mila Jirin rancang kahwin tahun depan




PELANTUN lagu Aku Lebih Tahu ini tidak menafi atau mengiakan khabarnya pengurusnya sendiri, Isz merupakan lelaki bertuah yang bakal dikahwininya kelak.


BUKAN mudah untuk memujuk penyanyi kecil molek, Mila Jirin membuka mulut bercerita mengenai gerangan kekasih hati. Biarpun diasak, Mila tetap mengunci mulut mengenai perihal kekasih yang sudah dikenalinya sejak dia berusia 18 tahun itu.
Bagaimanapun, Kosmo! mendapat tahu bahawa kekasih Mila itu merupakan pengurusnya sendiri yang dikenali dengan nama Isz. Pasangan itu khabarnya telah merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu selanjutnya.
Kosmo!: Benarkah khabar angin mengatakan Mila bakal mendirikan rumah tangga pada tahun depan?
MILA: Insya-Allah. Memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun depan. Tetapi saya tidak mahu dedahkan siapakah orangnya.
Kenapakah anda sukar untuk mendedahkan mengenai perihal kekasih?
Saya takut bila beritahu nanti, susah untuk kami bergerak melakukan pelbagai urusan.
Benarkah ada dakwaan mengatakan kekasih anda itu sebenarnya pengurus anda sendiri, Isz?
Susah hendak cakap. Sebagai seorang perempuan saya juga tidak mahu cakap lebih-lebih. Saya lebih selesa untuk tidak memberikan jawapan. Dia (kekasih) juga tidak mahu saya dedahkan. Bila sudah dekat tarikh kahwin nanti, kelak kami bercadang untuk dedahkan.
Khabarnya, anda bakal melangsungkan perkahwinan di dewan perkahwinan yang dimiliki Mila sendiri iaitu Kristal Hall di Bukit Jelutong, Shah Alam yang akan dirasmikan 9 Ogos ini. Benarkah?
Saya tidak pasti lagi sama ada untuk mengadakan majlis perkahwinan di dewan tersebut. Ya, memang pada 9 Ogos ini saya akan mengadakan majlis pelancaran dewan tersebut.
Boleh ceritakan bagaimana anda dan kekasih mula berkenalan?
Kami bermula sebagai kawan. Saya sudah kenal dia sebelum jadi artis lagi, ketika umur saya 18 tahun.
Sejak bila kalian mulai serius?
Bila keluarga kedua-dua belah pihak merestui hubungan kami. Mula-mula berkawan. Selepas itu, hubungan kedua-dua keluarga rapat. Daripada situ, hubungan kami lebih serius.
Anda sudah melakukan sebarang persiapan perkahwinan?
Belum lagi. Ada beberapa perkara lagi yang perlu diselesaikan dahulu sebelum saya memikirkan tentang persiapan perkahwinan. Antaranya, lagu terbaharu saya, Boneka, ciptaan Kunci Demak. Saya juga bakal muncul dengan lagu duet bersama Nubhan, Hampir Jauh, ciptaan Omar K.
Selepas selesai pelancaran lagu dan klip videonya, barulah saya akan fikir tentang kahwin. Saya juga merancang untuk muncul dengan lagu berentak kerohanian dan sesuai dengan penampilan saya yang kini sudah bertudung.
Boleh kongsikan mengenai hijrah anda itu?
Sebenarnya sejak tahun lepas lagi saya sudah berniat untuk bertudung. Bagaimanapun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan komitmen saya sebagai anak seni. Sudah menandatangani banyak kontrak.
Alhamdulillah, akhirnya pada bulan Ramadan saya dibukakan hati untuk bertudung. Sukar untuk saya tafsirkan hanya mampu mengucapkan syukur buat Ilahi.
Bertubi-tubi soalan diajukan peminat tentang penampilan baharu saya. Alhamdulillah, saya juga seperti manusia lain yang inginkan perubahan yang baik dalam kehidupan.
Ada yang tanya, adakah bertudung disebabkan ingin berkahwin? Saya hanya mampu tersenyum kerana itu bukanlah alasannya. Saya bertudung bukan kerana mahu kahwin. Saya juga bertudung bukan disebabkan sesiapa.

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:05 AM | Show all posts
mila comel...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:23 AM | Show all posts
bakal hubby dia manager dia eh?
wahh lamanya depa kenal
since sheols uo 18..kira zaman2 af dulu la ek
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:39 AM | Show all posts
Alhamdulillah..moga berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:44 AM | Show all posts
Alhamdulillah.. Manis bila bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:12 AM | Show all posts
xde yg kenal si isz tu kew?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
schababe posted on 5-8-2014 09:12 AM
xde yg kenal si isz tu kew?

Ni kot


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
huntong le Mamat tu lau betui dpt kawen dgn Mila nie cuci kaki jew gamaknye..ade Umah mewah,kete bnyk & biz restoran bagai.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:41 AM | Show all posts
maxim posted on 5-8-2014 09:34 AM
Ni kot

ni ke bakal suami mila? ok la tu.. ada gak dia tolong reply kt IG mila.. aku dah pegi restoran mila..bole tahan sedap..kena dgn tekak aku sekeluarga kot.. nasi arab dia sedap..bebudak keje restoran tu pun bagus ler melayan wlupun agak kelam labut sikit aritu maklum lah full house sbb buka puasa..

bagus mila ni yer.. pandai berbisnes..rezeki dia la..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
myakayina posted on 5-8-2014 09:41 AM
ni ke bakal suami mila? ok la tu.. ada gak dia tolong reply kt IG mila.. aku dah pegi restoran mil ...

Xtau la btl ke x tu bakal suami die.. Tp tu la isz pengurus die

Bgus la mila pandai bisnes..nak harap nyanyi mmg sendu la suara sengau

Aritu pn dgr beli rumah rege sejuta lebih
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 10:41 AM | Show all posts
prettymanja posted on 5-8-2014 09:40 AM
huntong le Mamat tu lau betui dpt kawen dgn Mila nie cuci kaki jew gamaknye..ade Umah mewah,kete bny ...

setahu aku manager dia ni la "the brain" yang tolong mila majukan bisnes dia. so ni bukan kes cuci kaki tapi lebih pada partnership. bagus mila pilih lelaki yang leh jamin masa depan keluarga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.555459 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list