|
[Tempatan]
MPV Rempuh Trailer: Wanita Maut 5 Kanak-Kanak Cedera
[Copy link]
|
|
scorpionkiki posted on 8-10-2014 01:21 PM
Bukan ke lane kanan tu kenderaan berat tak boleh guna?
kalau lebuhraya 2 lorong boleh kot. Kat bukit je dilarang memotong
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku balik Alor Star jumaat mlm sabtu. 10 jam baru sampai. Jem bagai nak giler. RnR, kaw rehat packed lebih dari sardin lagi...giler betul... |
|
|
|
|
|
|
|
matamata posted on 8-10-2014 01:19 PM
Dan mpv tu rasanya mcm laju sgt
treler tu nak memotong
tak semestinya laju sangat...
pernah hampir terjadi accident pada aku.
bawak mpv. aku jenis bawak ikut speed limit. paling laju pun 120kph itu pun kalau hiway clear tak banyak kenderaan.
on the way balik johor kat Plus hiway. lorong kanan clear tak ada kenderaan kat depan.
aku cruise about 110kph. adalah beberapa kenderaan kat lorong kiri termasuk beberapa lori.
alih2 ada sebiji lori ni tiba2 tukar masuk lorong kanan sebab depan dia ada lori besar yg perlahan walaupun masa tu
mpv aku dah hampir.
terkejut beruk sampai buat emergency break sampai berasap tayar...
dah lah laluan tu menaiki bukit, so lori tu mmg tak boleh nak pickup speed utk memotong..
menyumpah seranah aku kat driver lori tu, saja buat muka selamba mcm org tak bersalah... Last edited by Equalizer on 9-10-2014 08:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
ni masalah kenderaan jenis van. sebab dia punya space utk absorb tekanan/impact perlanggar sgt kecil. kenderaan lain spt kereta mempunyai space yg lebih besar dan peluang utk keceraan dan mati adalah lebih kecil. (berbelit ke? lantak lah)
takziah kpd keluarga mangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
asyriqa posted on 8-10-2014 01:30 PM
lori kat hiway memang laju sama macam bas eksress... dorang ni slalu aja motong line kanan... dia ma ...
biasa sgt saksikan pemandu lori yg haprak....
gigih nak memotong walaupun tak larat dan kenderaan di lorong kanan dah hampir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakitangan LHDN maut nahas
TANJUNG MALIM 8 Okt. - Seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Bangi, Selangor, maut manakala suami dan dua anak pasangan itu cedera setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 366.8, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan dekat Slim River, awal pagi ini.
Dalam nahas kira-kira pukul 2 pagi itu, tujuh sekeluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung mereka di Kangar, Perlis dengan menaiki MPV Toyota Vellfire.
Setibanya di lokasi, kenderaan tersebut yang berada di lorong memotong telah melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori muatan simen mengakibatkan Wan Markiah Wan Hamid, 35, yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu, maut.
Suami mangsa, Mohd. Zahir Abd. Rahman @ Dahaman, 41, dan dua anak mereka, Muhamad Syabil Aimar, 10, dan Muhammad Syahirizzuan Aimar, 13, cedera di beberapa bahagian badan.
Tiga lagi anak pasangan terbabit yang turut berada di dalam MPV tersebut iaitu pasangan kembar berusia tiga tahun, Muhammad Aimar Zakwan dan Muhammad Aimar serta Muhammad Syazrel Aimar, 6, tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Mat Isa berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan memasuki laluan MPV tersebut sehingga berlaku perlanggaran.
"Pemandu lori itu telah melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya yang tidak lagi boleh bergerak," katanya di sini hari ini.
Menurut Ahmad, Mohd. Zahir yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di Kuala Lumpur dan lima anaknya dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut manakala jenazah Wan Markiah telah dituntut oleh ahli keluarganya pada pukul 7 pagi ini.
"Kita sedang mengesan pemandu lori terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... nahas#ixzz3FbWgwyTk
© Utusan Melayu (M) Bhd
Selalu juga tgh memotong, tiba2 dah dekat, bas atau treler masuk lorong, menyelit nak memotong juga. biasa kalau memotong kelajuan kita dalam 110-120kmj..kalau siang, bolehlah bg tindakbalas awal..tapi kalau malam, mungkin tindakbalas kita lambat sikitlah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada kuarg mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pnh bw lori......
kira2nya mpv ni dipandu dgn kelajuan tinggi......sama mcm kes karpal sink mati |
|
|
|
|
|
|
|
harimau76 posted on 8-10-2014 01:15 PM
mpv apa tu... Alphard ka?
kat buletin smlm ade bagitau mpv vellfire
takziah kpd keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihiroji'un... takziah to the family.. byk btul berita accident sekarang nie |
|
|
|
|
|
|
|
batusembilan posted on 9-10-2014 08:54 AM
aku pnh bw lori......
kira2nya mpv ni dipandu dgn kelajuan tinggi......sama mcm kes karpal sink m ...
aku harap kau tak tergolong dlm kategori pemandu haprak...
kalau lori bergerak dgn kelajuan 70-80kph dan kereta/mpv bergerak dgn kelajuan 110kph,
memanglah 110kph in relative to 70-80kph tu jauh beza jarak kelajuan..
jadi pemandu lori kena lah bijak mengagak kelajuan yg datang dari belakang di lorong kanan
sebelum bertindak nak tukar lorong utk memotong...
kalau tak cukup bijak utk mengagak, elok jangan memandu sebab berpotensi utk jadi pembunuh tanpa niat...
tapi berdasarkan pengalaman aku, kebanyakan pemandu lori haprak ni tak peduli...
tapi tak la aku kata semua pemandu lori, ramai jugak aku jumpa pemandu lori yg berhemah... |
|
|
|
|
|
|
|
Vellfire posted on 9-10-2014 08:56 AM
kat buletin smlm ade bagitau mpv vellfire
takziah kpd keluarga mangsa
sama kategorila tu.. velfire = alphard = toyota
|
|
|
|
|
|
|
|
al-fatihah utk arwah..da tertulis ajalnya...
takziah.. utk family mangsa
seronok drive memlm sbb x panas & anak2 pn da sedap tido.. tp kena standby energy la utk thn ngantuk... co-pilot mmg x leh tido; lyn pilot berbual.. klu x pilot cpt ngantuk.. sesambil tu kena sama2 perhatikan keadaan trafik... kdg pilot pn x perasan.. so kena sama2 alert...
|
|
|
|
|
|
|
|
kt M'sia mane ade law
lori ke bus ke selamba je duk lane kanan
tu blum kire kete yg drive slow mcm siput BABI
in this case speed kills
sejibik mcm late kapal sink |
|
|
|
|
|
|
|
Equalizer posted on 9-10-2014 09:10 AM
aku harap kau tak tergolong dlm kategori pemandu haprak...
kalau lori bergerak dgn kelajuan 70- ...
untuk makluman, pemandu haprak memandu melampau kelajuan yg dibenarkan adalah lebih tinggi lagi.
blh pegi check kt polis trafik brp byk saman laju yg ada dan tgk brp speed laju yg diorg clock
|
|
|
|
|
|
|
|
cucumberkl posted on 9-10-2014 09:45 AM
kt M'sia mane ade law
lori ke bus ke selamba je duk lane kanan
tu blum kire kete yg drive slow mcm ...
bukan speed kills laaa......
tp pemandu lori haprak hahahaha x nk jgk mengaku bawa laju dgn salahkan org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
nitezen posted on 9-10-2014 12:18 AM
kitty... mangsa ni pun kwn Net.. customer merangkap kawan...
takziah buat Edd Sekeluarga ... muju ...
Ye nit...kwn2 kt perlis gi ziarah..katanya Edd lebam2 juga. N ada anak yg patah rahang ... X tau betul ke tak.....kesian anak2 kecik lg esp kembar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
la ni amat kurang penguatkuasaan terhadap kenderaan di jalanraya.
kalau dulu lori besar & bas tidak dibenarkan menggunakan lane kanan kecuali memotong dgn had kelajuan yg dibenarkan.
Pihak penguatkuasa pun sentiasa ada pantau, so pemandu mmg ramai yg takut nak masuk lane kanan.
Tapi sejak kebelakangan ni amat jarang lihat penguatkuasaan sebegitu, so kenderaan berat ni jd semakin berani & laju selamba je dok lane kanan tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|