CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

Cerpen: HIKMAH DARIPADA TUHAN ~TamaT AkhirnyA 4/4/15

[Copy link]
 Author| Post time 14-1-2015 10:23 PM | Show all posts
SAYUP-sayup Rashdan meliar mencari-cari kelibat tubuh Roddy jika ada tersangkut di mana-mana. Dengan pertolongan Abang Jojo, Rashdan gigih mencari tanpa putus asa. Hujan masih turun. Seketika apabila tiba waktu solat, terpaksa mereka berdiam dalam bot menunaikan solat secara duduk mengadap kiblat. Mujur Rashdan membawa kompas dalam beg bimbitnya. Memandangkan ruang bot agak kecil dan dikhuatiri akan terbalik serta agak jauh juga dari tempat perlindungan sementara, mereka mengambil pendekatan menunaikan solat sebegitu.

Tidak mahu terlajak waktu dan jika berpatah balik dalam keadaan cuaca yang kurang baik, akan  membuatkan mereka terlepas waktu solat pula.

Seperti anjuran, sekiranya solat secara berdiri di atas bot atau kenderaan berbahaya atau menyukarkan maka bolehlah bersolat secara duduk.

Diambil dari perbuatan Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas kenderaan tunggangan mereka. Kesukaran yang dihadapi itu tidaklah sampai ke tahap darurat tetapi adalah memadai dengan sesuatu yang memberatkan.

Hadith berikut menerangkan Nabi S.A.W dan sahabatnya pernah solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat - Ya'la bin Murrah radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah berserta Rasulullah S.A.W dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang beliau berada di atas kenderaannya dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.

Kemudian datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya. Dua hadith di atas jelas membolehkan solat-solat fardhu dilaksanakan di atas kenderaan dan jikalau seseorang itu menghadapi suasana kesukaran maka boleh dilaksanakan secara duduk.

Demikianlah teladan yang diriwayatkan dari para sahabat seperti Anas bin Malik, Jabir, Tawus, Zaid dan lain-lain, radiallahu-anhum. Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi. Akan tetapi jikalau tidak menghadapi kesukaran dan dia bersolat secara duduk di atas kenderaan maka solatnya itu adalah tidak sah kerana dianggap sengaja mengabai serta meremehkan rukun kewajipan solat. Demikian menurut ijma' para fuqaha Mazhab Shafie, Maliki, Hanbali dan lain-lain.

Imam an-Nawawi mensyarahkan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang bersolat fardhu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal. Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak.

Usai solat, mereka berdua menyambung pencarian mereka sehingga membawa ke remang senja. Begitulah hari-hari seterusnya tanpa jemu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2015 10:31 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 14-1-2015 10:35 PM


Doa Perpisahan





Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 10:13 AM | Show all posts
sedihlah pulak citer nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 10:23 AM | Show all posts
Nice one

Lagu raihan n awie tu sedap… roddy mesti x mati tp kalau mati pun ok. Baru ada thrill  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:51 AM | Show all posts
@shahrinas  ~ Dua beradik nih tak terlepas dr dugaan....

@ladyFinger12 ~ syahdu kan lagu tuh...walaupun rock...

Kalu mati menangis berjemaah semua termasuk daku ini....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:31 PM | Show all posts
sellie003 replied at 15-1-2015 10:51 AM
@shahrinas  ~ Dua beradik nih tak terlepas dr dugaan....

@ladyFinger12 ~ syahdu kan lagu tuh...wa ...

Teringat lak cerita Mandatori - RAM...

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-1-2015 09:06 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 15-1-2015 12:31 PM
Teringat lak cerita Mandatori - RAM...

tang dibawa arus tu ke?... tp endingnya syahdu kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:10 PM | Show all posts
SEPULUH: SABAR ADALAH IMAN

"Lamo doh kami tunggu bantue.  Nok kami mati kebulo baghu nok sapa. Tok guno doh. Kelik la kalu gitu gak.."

Berdegar-degar seorang penduduk setempat mangsa banjir memarahi para sukarelawan. Rashdan tidak menghiraukan ulah lelaki yang agak berumur dalam lingkungan 50-an. Fikirannya lebih tertumpu misi mencari adiknya.

"Wei! Mu denga dok ni? Pekok mu nih...!"

Rashdan terpaku apabila bahunya ditolak kasar. Merah padam muka Rashdan tiba-tiba. Beras kampit ditangan dihempas kuat atas lantai. Dia berpaling bengang.

“Apa lagi tak puas hati...?! Kami bertarung nyawa nak sampai ke sini... hinggakan adik aku hanyut dibawa arus. Lagi nak kata kami lambat...!”

Abang Jojo bergegas menenangkan Rashdan. Turun naik dada Rashdan menahan marah menatap garang wajah lelaki tua itu. Terdiam dan terkulat-kulat lelaki tua itu melihatkan pemuda di hadapannya berwajah berang. Ada genangan air mata di balik tatapan pemuda itu.

“Sabar Encik Rashdan, sabar. Bawa mengucap.” Rashdan terpana.

Astaghfirullah Al Azim, kenapa dengan aku ni? Mereka juga seperti aku... Sepatutnya, aku lebih bersabar ke atas apa yang menimpa mereka. Dugaan mereka... lebih hebat dari apa yang aku alami sekarang ini.

Rashdan meraup-raup wajahnya meredakan jiwanya yang kacau. Berkelip-kelip mata cuba menahan dari air mata mengalir lagi.

“Maafkan saya pakcik, maafkan saya.” Tertunduk-tunduk Rashdan memohon maaf atas kekasarannya. Lantas, dia ambil semula kampit beras atas lantai lalu diberikan kepada pakcik tadi. Buat sekian kali Rashdan memohon kemaafan.

“Encik Rashdan. Seeloknya kamu rehat sahaja. Biar abang dan kawan-kawan yang agih-agihkan barang ni semua yea.”
“Saya okey bang. Saya okey.”
“Jangan begini Encik Rashdan. Abang tengok pun... muka kamu makin pucat. Rehatlah dulu.”
“Baiklah. Tapi...”
“Tapi apa Encik Rashdan?”
“Tak perlu berencik-encik dengan saya bang. Panggil Rashdan atau Rash... cukuplah. Letih saya dengar.”

Abang Jojo mengukir senyum. “Baiklah. Rash.”
“Saya rehat dulu bang.”

Rashdan menepuk perlahan pundak Abang Jojo dan turut dibalas mesra dibahu Rashdan, seraya berlalu melabuhkan punggung di sebuah bangku yang terdapat di sudut dewan orang ramai. Rashdan menyandar tenang dan melelapkan mata buat seketika.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2015 09:13 PM | Show all posts
RASHDAN ralit melihat kanak-kanak sedang mencangkung, termangu sambil bermain air lopak sendirian. Terbit rasa kasihan yang mendalam di hati Rashdan. Wajah kanak-kanak itu kelihatan bosan dan tidak bermaya.

“Adik, adik... mari sini.”

Kanak-kanak lelaki itu menoleh dengan pandangan sayu. Rashdan menggamit mesra, memaniskan wajah. Teragak-agak kanak-kanak itu ingin mendekat. Tanpa putus asa, Rashdan menggamit sekali lagi. Kali ini, dia menyeluk poket jaket lalu dikeluarkan sepeket biskut krim coklat.

Terlihat sahaja peket biskut tersebut, barulah hilang sedikit segan budak itu dan datang menghampiri. Dalam malu-malu dia ambil. Dikesempatan itu, Rashdan menangkap pergelangan tangan kanak-kanak itu dan perlahan-lahan ditarik dalam pelukan.

“Abang buka untuk adik?” Rashdan memujuk. Dia membuka balutan biskut dan disuapkan ke mulut kanak-kanak kecil itu. Pada mulanya kanak-kanak itu mahu bersuap. Akhirnya dia rentap sedikit seolah-olah mahu menyuap sendiri ke mulutnya.

Rashdan sedikit tersenyum sambil mengusap sayang kepala kanak-kanak kecil itu.

“Mak, ayah adik mana?” Kanak-kanak itu menggeleng.
“Sorang-sorang saja?” Soalannya tidak dijawab. Kanak-kanak itu lebih berselera menjamah biskut.
“Ma’ah deh.”

Rashdan mendongak melihat gerangan yang menegur, sedang dia bertinggung memangku anak kecil atas pahanya. Eh, pakcik tadi?

Rashdan bangkit sambil mendukung kanak-kanak itu.

“Cucu ambo.”
“Oh...?” Rashdan menyerahkan kanak-kanak kecil itu dari dukungan. Pakcik tadi menyambut cucunya sambil mengamati Rashdan.
“Mahapkan pokcik nak. Pokcik dok neak ngata mu gitu. Mahapkan pokcik sobab ngato kasor kat mu tadi. Pokcik nyosa.”
“Tak apa pakcik. Saya pun salah sebab berkasar dengan pakcik. Saya pun nak minta maaf. Saya cuma... terlalu sedih akan kehilangan adik saya dibawa arus malam sudah.”

Masing-masing menghulur salam berjabat tangan.

“Timo kasih sebab ma'ah ko pokcik. Pokcik doa, mung jupo adik mung. InsyaAllah.”
“Terima kasih juga atas doa pakcik. Insya Allah, mudah-mudahan. Err... cucu pakcik ni, mana mak, ayahnya?”

Sedikit mengeluh lelaki tua itu.

“Cucu pokcik yatim piatu. Pokcik hok jago dio lo ni.”
“Maafkan saya.” Makin simpati Rashdan mendengar. Dia sempat membelai kepala anak kecil itu.
“Takpo la. Doh nasib cucu pokcik gining. Pokcik tetap saye. Dio la ghacun, dio la nawar pokcik.”
“Insya Allah. Cucu pakcik akan menjaga pakcik satu hari nanti. Yang penting, didikan agama wajib diterapkan. Dengan pengisian agama, dia tau mana baik dan buruk.”
“Mung meme anok mudo baik. Pokcik tok patut..”
“Pakcik, tak perlu ungkit lagi. Kitakan dah saling bermaafan.”

Pakcik itu mengangguk perlahan. Setelah berbual seketika, dia meminta diri. Sempat Rashdan memberi lagi sepeket biskut buat cucu lelaki itu. Kanak-kanak itu melambaikan tangan tanda terima kasih. Rashdan membalas lambaian itu. Sejenak, dia kembali muram mengenangkan nasib adiknya yang tidak diketahui khabarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:16 PM | Show all posts
DI sebuah kampong,

“Kak Ijah, Kak Ijah...” Adib tergopoh-gapah berlari mendapatkan kakaknya yang duduk bersimpuh atas pangkin, sedang ditangannya terdapat suratkhabar Metro.

Ijah yang tekun menelaah bahan rujukan dan nota, terhenti bacaannya melihat rupa cemas si adik. Tercungap-cungap Adib lalu meletakkan akhbar di hadapannya.

“Apa hal ni?”
“Kak. Bacalah...” Nada sebak Adib membuatkan Ijah berkerut hairan.

Ijah menyelak beberapa helaian muka surat sambil dibantu Adib mencari berita yang ingin Adib tunjukkan.

“Yang ni kak...” Adib sudah mengalirkan air mata saat helaian muka terhenti bersama tajuk yang cukup menyentap jiwa Ijah. Di sapu linangan air mata pada lengan baju T-nya.

Kelantan: Seorang pemuda yang dikenali sebagai Rushdie Bin Rusman dikhuatiri hanyut apabila menyelamatkan salah seorang rakan sukarelawan yang terjatuh dari bot penyelamat, selepas pulang dari misi menghantar bantuan ke tempat mangsa banjir di dewan orang ramai sejak seminggu yang lalu.
Mangsa merupakan anak kepada usahawan terkenal Tan Sri Rusman dan juga adik kepada tokoh korporat iaitu Rashdan Bin Rusman turut bersama-sama berusaha mencari adik beliau.
Rentetan dari itu, beberapa lagi mangsa dikatakan masih lagi hilang dan usaha mencari sedang dijalankan dan sehingga petang ini, mangsa-mangsa yang dilaporkan hilang belum ditemui.


Ijah membaca bagaikan tidak percaya. Berkali-kali dibaca kenyataan akhbar tersebut. Ijah ternganga sambil menakup mulut. Ya Allah.

“Kak... Abang Roddy kak...” Adib sudah tidak mampu menahan tangis. Terus disembab mukanya diribaan Ijah. Perlahan-lahan air mata bergenang dan mengalir lesu dipipi mulus Ijah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 09:30 PM | Show all posts
PUAN Sri Atikah hanya mampu menangis dan terus menangis. Usai pemberita menyampaikan warta berkaitan banjir serta terpampang senarai nama mangsa yang hilang dalam musibah tersebut termasuklah anak bongsu kesayangannya, masih tidak ditemui.

“Ya Allah... apalah nasib anakku?...”

Tan Sri Rusman puas menghubungi smartphone milik Rashdan namun, gagal. Tiada sebarang signal talian di sana.


Sementara di kampong,

Tok Andak hanya mengucap ,saat menerima berita tragis itu dikaca televisyen yang ditontonnya larut malam tadi. Tertera senarai nama mangsa yang hilang setakat hari ini masih belum dijumpai para anggota penyelamat. Termasuk nama cucunya Rushdie atau Roddy menjadi topik hangat memandangkan anak muda itu dari golongan berpengaruh.


Di rumah Tok Penghulu Adnan,

Ida sedang menatap laptop, melihat pautan akaun FB miliknya. Sayu hati Ida mengitari hati saat melihat video-video yang dishare oleh teman-temannya berkaitan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Malah, video berkaitan sukarelawan mengagihkan barangan kepada para mangsa banjir turut dimuat naik. Dapat dilihat rakaman pendek durasi 2 minit usaha sukarelawan membantu dan menyelamat penduduk setempat.

Antaranya, klik... Ida ‘pause’ video tersebut. Ida menatap sayu wajah seseorang dikalangan sukarelawan itu. Wajah itu nampak lesu dan murung. Namun, masih terserlah wajah tampan pemuda itu.

Walaupun lelaki itu kelihatan tidak bermaya, akan tetapi... semangat untuk membantu penduduk setempat mangsa banjir tetap ada. Terbit rasa kagum dihati Ida akan semangat waja pemuda itu.

Ya Allah. Berilah kekuatan berterusan buat dia. Semoga dia tabah dan tidak berputus asa. Diharap juga, dia bertemu semula adiknya itu. Amin Ya Rabbal Alamin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:43 PM | Show all posts
RASHDAN hanya berdiam apabila disoal wartawan liputan atas perasaan kehilangan adiknya itu. Rashdan langsung tidak menghiraukan soalan demi soalan dari beberapa wartawan. Dia hanya mampu melihat kosong dikejauhan saujana tanpa daratan.

Seolah-olah, adiknya sedang menanti dirinya untuk diselamatkan. Sedangkan dia tidak tahu sejauh mana tubuh adiknya dibawa arus pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2015 10:50 PM | Show all posts


HOLD MY HAND



Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya... Sambung lagi TT... Kesian Roddy...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 09:14 AM | Show all posts
update pls...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:36 PM | Show all posts
kita bukak and bca komen. nanti titew baca cter ya abang.(bahasa indon tang abg tu.hihi)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Cik @sellie003.... Sambunglah lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2015 09:55 AM | Show all posts
jumpa ke x?...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:09 PM | Show all posts
sellie003 replied at 8-1-2015 02:53 PM
MISI KEMANUSIAN

RODDY merupakan bekas pelajar Universiti Tempatan terpanggil untuk menyertai misi ...

Orang laki kena buat byk outdoor aktiviti. Bukn lelaki bgi aku klo reti masak sajork..hmm.
Sado-sado pun buat aku cair. Sore dia perghh.

Ada sore forummer lki ni, suara dia seksi..hahaha.

Berani tt buat watak lelaki kan..coz ayat lelaki ni mcm for me..susoh nak buat..well of course, im a girl#flip hair yang tak berapa pendek.

baru baca.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:11 PM | Show all posts
sellie003 replied at 8-1-2015 03:25 PM
SAAT GETIR

Roddy, Rashdan dan tiga orang sukarelawan termasuk pengemudi bot Abang Jojo, nama gela ...

Lebih-
lebih lagi mengagungkan paras rupa hero dan
heroin tahap petala langit dan bumi.--SOKONG!

Novel inggeris byk porno..ayoo.. Novel melayu..ermm..ada yg best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.925854 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list