|
Husin menghantar Fatma ke tempat kerja. Helmet ditanggalkan. Kemudian mereka berdua berbalas senyuman.
“Mama jangan risau tau. Papa milik mama sorang je.”
“Elehh, bajet bagus la tu!”
“Tengok rambut laa..”
Mereka berdua sama-sama ketawa. Kemudian Husin memegang tangan Fatma.
“Papa akan jaga mama. Papa akan buat yang terbaik untuk mama.”
Fatma tersenyum. Senang betul hatinya dapat dimiliki lelaki seperti Husin itu. Abangnya Daud juga merestui hubungan mereka!
**********************
“Ini kalau dia nampak kita berdua aje waktu sekarang, kena lagi saya balik nanti.” menggeletar nada Khaleeda.
“Astaghfirullah. Rasanya benda ni nak kena bincang.”
“Aku dah ada. Bincang la sekarang!” kata Khairi yang tiba-tiba muncul mengejutkan Hud dan Khaleeda.
“Abang.. sayang..” Khaleeda terus berdiri.
“Kau diam!” jerkah Khairi pada Khaleeda.
Khairi memandang Hud.
“Kau cuba nak jadi pakar motivasi dekat bini aku ke?” perli Khairi sambil tersengih.
“Kau silap banyak, Khairi.”
“Kau ambil kesempatan kan?”
“Heh! Boleh je kalau aku nak rampas Eda ni dari kau. Tapi masalahnya aku tak cintakan dia, dan dia pun tak cintakan aku.”
“Berlakon!”
“Nak cemburu agak-agak la, Khairi. Khaleeda dah banyak tolong kau. Dari kau tak ada keje sampai kau dah berjaya. Kau tak nampak ke dia cintakan kau? Lepas tu kau pernah kena pukul dengan ‘Along’. Hutang sampai rm5 ribu. Sape tolong kau? Bini kau ni jugak kan? Kau tak nampak lagi ke?”
Khairi terdiam. Dia memandang Khaleeda yang diam berdiri di sebelah Hud.
“Aku kalau nak kat dia, dah lama aku rampas dia dari kau Khairi. Please la, buka minda kau tu. Bukak hati kau sekali. Kita orang ni kawan je.”
Khairi dan Khaleeda bertentangan mata. Hud berjalan ke arah Khairi.
“Yakin dengan diri sendiri. Jangan biar anasir yang tak baik kuasai diri kau ni.” Kata Hud sambil menepuk bahu Khairi. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Khairi bersama Khaleeda.
Khairi dan Khaleeda bertentangan mata.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat malam..
Khaleeda mengemas pakaiannya untuk pergi ke kursus pada keesokkan harinya sehingga hari Isnin pagi di Cameron Highland. Dia membawa pakaian yang penting sambil dia tersenyum memandang selendang pemberian suaminya itu. Teringat akan detik-detik mereka berdua berbulan madu di situ pada awal tahun.
Dia tersedar dari lamunan. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam. Khairi masih belum pulang ke rumah. Katanya ada mesyuarat yang berkemungkinan habis lewat malam. Tiba-tiba Khaleeda terdengar bunyi pintu dibuka tanpa salam. Sah itu bapa mertuanya! Bapa mertuanya memang tak pernah bagi salam ketika masuk ke dalam rumah. Mulalah jantung nak berdegup laju. Handphone dipegang. Bunyi tapak kaki semakin lama semakin kuat ke arah biliknya.
**********************
Fatma menolong abangnya melipat kain baju masuk ke dalam beg pakaian. Hud mengambil beberapa helai tali lehernya lalu masuk ke dalam beg dan terus duduk di sebelah adiknya.
“Abang tak ada ni jaga diri baik-baik tau. Jaga maruah diri, abang dan keluarga kita.”
Fatma mengangguk. Daud tersenyum lalu mengusap kepala Fatma.
“Jangan buat benda bukan-bukan. Faham kan maksud abang?”
“Tau..”Fatma mengangguk lagi lalu terus memeluk abangnya. Dia merasa serba salah sangat-sangat kerana telah terlanjur bersama Husin.
Hud membalas pelukkan itu.
“Dah nak kahwin lagi la kena jaga diri baik-baik. Darah tengah manis katakannn” Hud mencubit hidung adiknya.
“Sakit.”
“Abang je yang tak de siapa yang nak.” Hud terus ke almari pakaian membelek baju apa yang perlu dibawa ke kursus lagi.
“Alaa..ada la datang nanti tu.”
“Doakan untuk abang.”
“Selalu!”
Hud tersenyum memandang adik kesayangannya itu.
**********************
Hanafi mengetuk pintu bilik anak menantunya itu. Khaleeda takut. Dengan cepat dia menghubungi suaminya.
“Jawablah, abang..”
Hanafi dari luar terngendap-ngendap sambil mencuri dengar di sebalik pintu bilik itu. Khairi yang baru masuk ke dalam rumah itu agak pelik melihat ayahnya sedang tertonggek-tonggek mencuri pandang melalui lubang bawah pintu itu.
“Ayah..”
Hanafi terkejut. Begitu juga Khaleeda yang berada di dalam bilik. Syukur tak terhingga apabila terdengar suara suaminya.
Hanafi dengan pantas bangun lalu memandang anaknya.
“Ayah buat apa ni?”
“Err.. tak. Tadi masa ayah nak ke dapur, ayah cuba mengambil handphone ayah dari poket seluar. Tiba-tiba duit syiling ayah jatuh berterabur. Ayah syak duit ayah masuk ke dalam bilik kamu. Tu yang ayah cuba nak tengok dan ambil.” Tipu Hanafi yang cuba mengawal suara takutnya itu.
Khairi cuba tidak memikirkan yang bukan-bukan mengenai ayahnya itu. Dia mengetuk pintu bilik.
“Sayang, abang ni.”
Beberapa saat kemudian, Khaleeda membuka pintu. Hanafi cuba mencuri pandang Khaleeda. Khairi pelik sangat dengan kelakuan ayahnya itu. Namun masih bersangka baik. Dia masuk ke dalam bilik dan terus mengunci pintu.
Khairi dan Khaleeda bertentangan mata.
“Sayang takut..” Khaleeda perlukan suaminya ketika ini.
“Takut sebab apa?”
“Ayah tu.”
“Please jangan cakap ayah abang yang bukan-bukan.”
Khaleeda geram. Takkan suaminya itu masih tak nampak apa yang Hanafi sedang buat padanya?
“Ayah cuba nak ganggu hidup sayang!”
“Tak de lah.”
“Abang nak berdalih apa lagi? Kalau jadi sesuatu pada sayang, abang jangan..”
“Takkan berlaku. Ayah abang bukan macam tu!”
Khairi mengambil tuala mandinya lalu terus keluar dari biliknya menuju ke bilik air. Bilik air di dalam bilik mereka rosak dan masih di dalam pembaikan pada hari minggu.
Khaleeda dengan cepat menutup balik pintu biliknya tetapi Hanafi sempat menolak pintu itu dan masuk ke dalam bilik anak menantunya.
Dengan pantas juga dia menutup mulut Khaleeda.
“Kau pecah rahsia ni, kau tahu apa nasib kau!” ugut Hanafi lalu terus keluar dari bilik itu sebelum anaknya nampak.
Khaleeda menangis.
|
|
|
|
|
|
|
|
morning semua..
jom smbung |
|
|
|
|
|
|
|
Pukul 3.00 pagi..
Khaleeda tak boleh nak lelapkan mata. Dia asyik terfikir akan nasibnya selepas ini kalau masih berada di rumah ini. Tiba-tiba Khairi memeluk dirinya dari belakang. Terdengar dengus manja dari suaminya. Khaleeda memegang tangan suaminya.
Khairi membuka mata lalu terus memandang wajah isterinya.
“Belum tido, sayang?”
Khaleeda membetulkan kedudukannya. Dia dan Khairi sekarang bertentangan tubuh. Mata juga bertentang antara satu sama lain. Baru sahaja Khairi hendak mengucup bibir Khaleeda, isterinya itu mengelak.
“Nape ni?” Khairi terus hilang mood.
Khaleeda diam. Sudah tentu kalau bercakap mengenai ayahnya itu nanti bukan sahaja terus dijerkah, berkemungkinan sepak terajang tu pun ada. Khairi terus memalingkan tubuhnya bertentangan dengan Khaleeda. Mata dipejam dan terus tidur. Khaleeda menangis sendirian.
**********************
Keesokkan paginya..
(Hari Sabtu)
Hud mengetuk pintu bilik adiknya.
“Fatma..”
Fatma membuka pintu. Kelihatan dia masih memakai telekung.
“Abang dah nak gerak ni.”
“Awalnya, abang. Fatma baru ingat nak buat breakfast pagi ni.”
“Tak pe. Abang rasa abang dah lambat ni. Lagipun abang ada tertinggal fail dekat pejabat. Nak kena bawa fail tu.”
“Owh.”
Hud menghulurkan tangannya. Fatma menyambut lalu terus mengucup tangan abangnya. Kepala Fatma diusap.
“Jaga diri baik-baik. Ingat pesanan abang tu?”
“Ingat.”
“Good girl. Apa-apa call abang.”
“Ok.”
Hud duduk lalu memakai stoking.
“Mudah-mudahan bertemu la jodoh abang dekat Cameron tu.”
“Eh,eh budak ni. Kesitu pulak dia.”
“Hahaha.. Manalah tahu kan?”
“Kalau macam Jesicca Alba apa salahnya ye tak?”
“Hamboi. Gatal!”
“Haha..abang gerak dulu.” Hud sekali lagi masih sempat mengusap kepala adiknya sebelum bergerak menaiki motornya ke pejabat.
Peserta kursus semuanya diminta tunggu di pejabat. Bas disediakan!
|
|
|
|
|
|
|
|
Semasa di dalam perjalanan ke pejabat..
“Kursus sampai Isnin kan?”
Khaleeda mengangguk.
“Kan?” Khairi terus menoleh memandang isterinya.
“Ya.”
“Haa..cakaplah. Ni angguk-angguk. Manalah abang nak pandang awak, abang tengah drive.”
Khaleeda diam. Malas nak layan lebih-lebih, nanti dia pula yang dipersalahkan macam-macam.
Setibanya di perkarangan pejabat, Khairi menarik handbreak. Kemudian dia memandang isterinya.
“Abang percayakan sayang tau. Abang tak nak sayang balik dari kursus nanti macam-macam yang abang dengar.”
Khaleeda menarik tangan suaminya lalu cium. Dia masih tidak puas hati dengan suaminya itu pasal bapa mertuanya. Kenapa Khairi masih tidak nampak apa yang ayahnya sedang lakukan pada dirinya itu?
“Sayang!”
Khaleeda yang baru nak bukak pintu itu terduduk kembali. Dia memandang suaminya.
“Kenapa ni?”
“Tak ada apa-apa.”
“Tipu!”
“Sayang nak abang fikir pasal ayah. Sayang dah rasa tak selesa dengan ayah abang tu.”
Khaleeda buka pintu lantas keluar dan mengambil beg pakaiannya. Khairi turut sama keluar lalu berjalan ke arah isterinya.
“Apa yang sayang cuba nak cakapkan ni?”
“Pasal ayah abang la, pasal apa lagi?”
“Orang tua, biasalah perangai kadang macam itu..kadang macam ini.”
“Yelah tu.”
“Tapi dia tetap ayah abang.”
“Memang lah. Tapi sayang tetap tak selesa sekarang!”
“So, takkan nak halau ayah? Abang takkan biarkan ayah abang duduk bersendirian.”
“Itu abang fikir sendiri.”
“Ke ini satu alasan sayang untuk..”
“Untuk ape?”
Mereka berdua bertentangan mata. Kemudian Khaleeda terus mengangkat beg pakaiannya lalu masuk ke dalam lobi pejabat. Khairi hanya memandang dan terus masuk ke dalam kereta.
**********************
Hud mengambil fail yang perlu dibawa ke kursus itu di rak belakang tempat duduknya. Setelah disemak betul, terus dimasukkan kedalam beg dan berjalan laju menuju ke lif. Sambil menunggu lif turun, dia sempat membetulkan rambutnya.
Sebaik pintu lif dibuka, Hud berjalan ke arah ruang tamu lobi dan kelihatan Khaleeda bersama-sama yang lain sudah mula berkumpul. Bas belum tiba dan masing-masing mula berborak antara satu sama lain kecuali Khaleeda hanya diam menyendiri. Menyampuk mana perlu sahaja.
Hud meletakkan begnya di lantai sambil membuka handphone.
“Hud, kursus kita ni campur dengan orang luar tak? Kau tahu?” tanya Zaidi yang berbadan gempal itu sambil mengelap peluhnya di dahi.
“Rasa macam ada tak salah aku. Jap aku ambil surat panggilan kursus tu.” Hud membuka begnya lalu mengambil surat tersebut.
Mereka berdua sama-sama membelek surat tersebut.
“Haa..kan betul. Ramai jugak erk.”
“Ramai. Dalam ramai-ramai ni jumpa jodoh syok gak.” Sambung Zaidi.
Hud dan Zaidi ketawa besar mengejutkan Khaleeda. Khaleeda dan Hud saling berpandangan.
“Kenapa Khairi tak macam kau, Hud?” bisik hati Khaleeda lalu tersenyum pada Hud.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seramai 20 orang peserta kursus masuk ke dalam bas. Khaleeda duduk bersendirian di tepi tingkap manakala Hud mengambil tempat duduk belakang. Tenangkan hati dengan mendengar earphone yang dipasang lagu-lagu oldies dan zikir.
Sesekali Khaleeda memandang Hud melalui cermin foundationnya. Hud tak perasan dia diperhatikan. Khairi ada juga whatsup padanya, namun dia hanya balas ayat biasa-biasa sahaja. Dia mengeluh!
Beberapa jam kemudian..
Bas berhenti isi minyak. Ada peserta yang turun membeli makanan dan ada yang turun pergi ke tandas termasuk Hud. Sebelum masuk ke tandas, dia ternampak Khaleeda sedang membeli roti dan air mineral. Sendirian!
Khaleeda berehat di kerusi berhampiran dengan bas itu sementara yang lain masih di dalam kedai.
“Hud!” panggil Khaleeda yang ternampak Hud baru hendak naik bas itu.
Hud turun semula lalu berjalan ke arah Khaleeda.
“Nah.” Khaleeda menghulurkan roti gardenia berperisa vanilla pada Hud.
“Trima kasih.” Hud ambil lalu terus buka plastik dan makan di sisi Khaleeda.
Khaleeda tersenyum memandang Hud.
“Jangan la senyum macam tu. Malu plak saya.” Hud mengawal malunya sambil menutup roti di mukanya.
“Hahaha..lawak la awak ni, Hud.” Khaleeda cuba melupakan apa yang berlaku antara dia dengan suami dan bapa mertuanya ketika itu.
“Jom. Bas nak gerak dah tu. Kang kita kena tinggal.”
“Hahaha..ok jom!”
Mereka berdua jalan seiringan naik ke dalam bas. Memang bernasib baik kerana kursus itu Yazid tak ikut sama sebab namanya tiada dalam senarai!
**********************
Selepas menghantar Khaleeda ke pejabat, Khairi terus berjumpa dengan rakan-rakan golfnya. Sebulan mesti sekali dia main golf. Ketagih semenjak dia berkenalan dengan Rafiq, anak Dato yang dimanja-manjakan itu.
“Hello,bro!”
Khairi bersalaman dengan Rafiq yang disisinya berdiri seorang gadis persis arab.
“Perempuan mana pulak ni? Setahu aku bini kau memang melayu asli.” Bisik Khairi ke telinga Rafiq.
“Hahaha..”
Rafiq menarik tubuh Khairi berdiri jauh sedikit dari gadis itu.
“Pandai makan, pandai la simpan.” Jawab Rafiq sambil menepuk dada Khairi.
“Berani kau.”
“Nak hidup. Mana larat asyik lauk yang sama ye tak?”
“Ada duit, boleh la..”
“Haishh..tak semestinya.”
Khairi terus memandang Rafiq.
“Kalau kau nak, aku leh tolong.”
“Hahahaha..tak nak lah!”
“Betul? Tak pe.. kalau nak nanti, bagi tahu aku.”
Khairi tersengih sambil menggelengkan kepala.
“Sebut ja nak yang macam mana, dia banyak kategori.”
“Hahaha..macam-macam kau ni.”
Mereka sama-sama ketawa lalu terus ke lobi kaunter pendaftaran.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setibanya di hotel..
Khaleeda sampai tertidur sendirian sehingga sampai di hotel. Peserta mula turun seorang demi seorang. Sehingga tiba giliran Hud, dia ternampak Khaleeda masih tidur. Tiada pula yang kejutkan dia bangun. Dia terus duduk di sebelah Khaleeda.
“Eda..dah smpai ni.” Kejut Hud sambil goyangkan bahu Khaleeda guna jari telunjuknya.
Khaleeda terjaga lalu terus memeluk Hud. Terkejut Hud termasuk peserta yang masih berbaki turun dari bas tersebut. Muka Hud sudah kemerahan.
“Eda, kita dah sampai ni.” Hud meleraikan pelukkan Khaleeda.
Khaleeda terjaga.
“Astaghfirullah. Sorry, Hud.” Khaleeda turut malu.
Hud tersenyum.
“Kau jangan, Eda. Aku suci lagi ni.”
Yang lain terus ketawa dan masing-masing terus turun dari bas.
Khaleeda malu sendirian.
“Jom turun.” Ajak Hud sambil tersenyum.
“Maaf tau.”
“Tak pe. Maklumlah, selalu bila bangun pagi suami ada di sisi kan?”
Hud terus bangun lalu turun dari bas. Khaleeda hanya diam lalu terus terbayang akan wajah suaminya.
**********************
Di sebuah restoran..
Sebelum pulang ke rumah, Khairi sempat makan bersama Rafiq dan kekasih gelapnya itu. Sesekali Khairi mencuri pandang gadis itu. Gadis itu hanya tersenyum padanya.
“Korang borak-borak la dulu. Aku nak ke toilet jap.” Kata Rafiq lalu ke tandas membiarkan Khairi bersama kekasih gelapnya.
Khairi memandang gadis itu. Mereka sama-sama membalas senyuman sekali lagi. Dari jauh Rafiq tersenyum memandang Khairi.
“Dah lama ke kenal dengan Rafiq tu? Ops, sebelum tu boleh saya tahu nama?” Khairi memulakan perbualan.
“Saya Wafa.”
Mereka berdua berjabat tangan. Lama Wafa menggenggam tangan Khairi.
“Lama tu tak la lama mana.”
“Owh.”
“Encik Khairi..”
“Panggil Khairi pun dah ok.”
Wafa tersenyum.
“Khairi dah bekerluarga ke?”
Khairi hanya tersenyum.
“Hai.. borak apa ni?” tanya Rafiq yang muncul kembali lalu duduk dan memeluk bahu Wafa.
“Borak kosong je.” Jawab Wafa yang berskirt pendek itu sambil tersengih memandang Khairi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara menunggu kunci bilik, Hud lepak di lobi sambil mencari wifi percuma di hotel tersebut. Sambil tu dia mencuci mata dengan melihat ladang teh yang cukup cantik terbentang luas di hadapannya. Ini kali kedua dia datang ke Cameron Highland. Kali pertama semasa rombongan sekolah dahulu.
“Hud..”
Hud terkejut. Dia kenal suara itu! Suara 5 tahun yang lalu. Suara yang selalu teman ke mana sahaja dia pergi. Suara yang bersama dengannya dalam susah dan senang. Namun suara itu terpisah dengan dirinya kerana tiada jodoh!
Hud memusing badannya ke belakang. Dia dan Dayana bertentangan mata selepas 5 tahun terpisah.
“Aku tak mimpi..” bisik hati Hud.
Dayana tersenyum ke arahnya. Terus kisah yang lalu terungkap di minda masing-masing. Khaleeda perasan. Dia memandang dari jauh.
“Siapa perempuan tu?” Khaleeda mula timbul rasa tidak selesa dihatinya.
Hud berjalan ke arah Dayana. Dia berhenti lalu mata masih bertentangan antara satu sama lain.
“Dayana..”
“Ya, saya.” Berkaca mata Dayana.
“Saya rindu sangat dekat awak.”
Terus mengalir airmata Dayana.
“Awak pergi mana?”
Dayana tertunduk. Airmata dikesat. Mata kembali bertentangan.
“Saya ikut cakap awak. Saya kahwin dengan Haikal. Namun jodoh kami tak panjang. Dia meninggal dalam satu kemalangan.”
Hud tak bekerlip matanya memandang Dayana, kekasih hatinya suatu ketika dahulu.
“Selepas kejadian tu, saya dapat rezeki kerja di sini.” Sambung Dayana yang rambutnya kemas diikat.
Hud memandang Dayana atas bawah dan dia baru perasan uniform hotel tersebut.
“Takziah saya ucapkan atas pemergian suami awak.”
Dayana mengangguk sambil cuba mengesat airmatanya sekali lagi.
“Jap.” Hud mengeluarkan tisu di dalam poket seluarnya lalu diberikan pada Dayana.
“Nah.”
Dayana mengambil tisu dari tangan Hud lalu mengesat airmatanya. Hud tersenyum memandang Dayana.
“Sihat?”
Dayana ketawa kecil.
“Alhamdulillah, macam ni la. Ke nampak saya gemuk?”
Hud masih tersenyum memandang Dayana. Nampaknya pertemuan ini akan menghidupkan dirinya semula.
“Hud, ni kunci bilik. Jangan lambat pula. Malam ni ada kelas.” Kata Khaleeda tiba-tiba muncul lalu menghulurkan kunci bilik hotel pada Hud.
Khaleeda sempat menjerling pada Dayana lalu terus pergi tanpa menegur atau berjabat tangan. Dayana perasan dari tadi Hud asyik tersenyum padanya.
“Nanti kita jumpa lagi ya?”
“Ok.” Dayana yang bermata coklat itu tersenyum padanya.
Hud mengambil beg galasnya sambil melihat Dayana.
“Bye.” Manis senyuman Hud ketika itu.
“Bye.”
Hud terus berlalu pergi menuju ke pintu lif. Dayana tersenyum lalu masuk kembali ke kaunter pendaftaran. Dia sebagai front office di hotel tersebut. Hampir 4 tahun dia berkhidmat di situ.
**********************
Khaleeda sebilik dengan Farah. Farah tu memang pendiam. Buat hal dia je! Khaleeda yang baru lepas mandi itu duduk di atas katil sambil mengelap rambutnya yang basah. Fikirannya tengah melayang ketika ini. Bukan fikirkan Khairi, tetapi Hud!
“Kekasih lama dia ke? Hmm..”
Khaleeda mula rasa sedikit cemburu.
“Lepas ni Hud takkan fokus pada aku sepenuhnya.”
Khaleeda terbaring di atas katil sambil mengambil handphonenya di sisi. Khairi tak call ataupun mesej. Bertambah mengeluh lah nampaknya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Lepas solat Maghrib, Hud terus turun ke bawah. Dengan harapan dapat berjumpa dengan Dayana. Ya, rezekinya dia sempat berjumpa dengan Dayana yang ketika itu sudah bersiap untuk bertukar shift dengan orang lain.
Dayana berjalan ke arah Hud.
“Dah makan ke?” tanya Dayana
“Belum.”
“Nak saya temankan?”
“Boleh?”
Dayana senyum. Mereka berjalan seiringan menuju ke dewan makan. Ada beberapa peserta perasaan Hud bersama staf hotel. Ada yang bercakap belakang, ada juga yang tak ambil kisah langsung. Manusia kan?
Hud mengambil pinggan.
“Yana nak makan nasi ke bihun?”
“Tak nak lah. Yana dah makan dah tadi. Yana temankan Hud je.”
“Ok.”
Dayana mengambil tempat duduk manakala Hud masih mengambil lauk yang terhidang secara buffet tersebut.
Hud duduk di sebelah Dayana.
“Memang tak berubah.”
“Apa yang tak berubah nye?” tanya Hud lalu terus minum air sirap.
“Sambal belacan tu.”
“Hahaha.. Yana je yang tahu saya suka sambal belacan ni.”
Dayana tersenyum.
“Hud, nak tanya boleh?”
“Boleh. Silakan.” Hud mengunyah ulam di hadapannya itu.
“Hud dah kahwin?”
Hud terus memandang wajah Dayana.
“Belum. Tunggu awaklah.”
Dayana nak tergelak tetapi dalam pada masa yang sama dia terharu. Sepatutnya lima tahun yang lepas mereka berdua telah pun diijabkabulkan. Tetapi munculnya Haikal merubah segalanya. Haikal banyak menghasut keluarga Dayana memburukkan Hud. Hud membuat keputusan melepaskan Dayana pada Haikal. Dayana terima demi keluarga. Dia berkorban cintanya! Namun, kalau kata jodoh takkan ke mana kan?
“Mak dah banyak berubah selepas kematian Haikal. Mak selalu juga sebut nama Hud.”
Hud tersenyum.
“Maafkan mak ya, Hud.”
“Dah la. Cerita lama kan? Saya dah lama maafkan.”
“Yana ingat Hud dah kahwin dah.”
“Nak gak kawin tapi tak ada perasaan dekat orang lain. Kecuali si cantik manis sebelah ni.”
"Ish.." Dayana sempit cubit manja lengan Hud.
“Mak ngan abah Hud sihat?”
Hud terus berhenti makan.
“Mak dengan abah dah lama meninggal.”
“Innalillah.. Yana tak tahu, Hud.”
“Sekarang saya dengan Fatma sewa rumah dekat KL.”
“Owh. Fatma sihat?”
“Sihat terlebih. Nak kahwin dah tu.”
“Yeke? Nampaknya langkah bendul la erk?”
“Lebih kurang.. Hahaha. Nak wat macam mana, dah si abangnya masih mencari cinta sejati.”
Mereka berdua lawan ketawa. Bertemu kembali memaut kasih yang telah lama terpisah. Khaleeda dari jauh pandang dengan penuh cemburu.
Khaleeda dengan membawa sepinggan bihun goreng lalu berjalan ke arah meja Hud dan Dayana.
“Hai..” tegur Khaleeda sambil memandang Hud sahaja.
“Eh, meh la duduk.”pelawa Hud.
Dayana tersenyum memandang Khaleeda. Dia bangun lalu menghulurkan tangan. Khaleeda demi menjaga nama baik, dia membalas jabat tangan itu. Kemudian terus dia duduk bersama mereka.
“Hud, saya nak kena balik. Baju banyak lagi yang tak basuh kat rumah tu.”
“Owh..ok,ok! Tapi jap.”
Hud mengeluarkan handphonenya dari poket.
“Nak nombor telefon boleh?”
“Meh sini.” Dayana mengambil Handphone dari tangan Hud lalu memasukkan nombornya ke dalam handphone tersebut.
Khaleeda pandang dengan penuh geram. Perlu ke nak cemburu?
“Nah. Saya balik ok?”
“Thanks.”
Dayana senyum pada Khaleeda lalu terus pergi meninggalkan Hud bersama Khaleeda.
“Mesra nampak.”
Hud masih melayan perasaannya sambil mengunyah isi ketam buat kali terakhir.
“Hud, dengar ke tak ni?”
“Hah? Ape?”
Khaleeda terus menjerling tajam dan terus bangun basuh tangan. Hud pelik.
“Apahal pulak tu?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Khairi mengikut Rafiq ke kelab malam. Niat untuk kembangkan bisness baru.
“Perkenalkan, ini Saida. Saida, ni Khairi.” Kata Rafiq lalu duduk bersebelahan dengan Wafa.
Khairi dan Saida berjabat tangan.
“Duduk..duduk.” pelawa Rafiq sambil tangannya laju meraba paha Wafa.
Saida duduk bersebelahan dengan Khairi. Pada malam itu mereka mula berbincang mengenai bisness Rafiq yang makin berkembang maju itu.
Beberapa jam kemudian..
Jam 11.30 malam.
Khairi dan Saida menghantar Rafiq dan Wafa hingga ke depan pintu kereta.
“Apa-apa nanti aku call.” Kata Rafiq lalu masuk ke dalam kereta bersama Wafa.
Rafiq ada pemandu peribadi pada malam itu. Mereka pergi meninggalkan Khairi bersama Saida. Saida memandang Khairi yang mula membetulkan rambutnya itu.
“Rumah dekat mana?” tanya Saida yang langsing tubuhnya.
“Dekat-dekat sini je.”
“Owh..”
“Eh, cik Saida datang dengan apa tadi?”
“Dengan member tapi dia dah balik.”
“Yeke? Nak saya hantarkan balik?”
“Boleh ke?”
“Eh, nape tak boleh plak?”
Saida tersenyum. Khairi niat hantar Saida sebagai rakan sebisness sahaja.
**********************
Sesi kursus pada malam pertama tersebut habis lewat. Masing-masing sudahpun bermata panda. Mengantuk! Khaleeda memandang Hud yang duduk di depannya. Kerap betul Hud dengan handphonenya pada malam itu. Sekejap-sekejap tengok lepas tu balas mesej.
“Mesti perempuan tu!”
Tiba-tiba Khaleeda terdiam sendiri.
“Aku cemburu ke ni?” Dia memandang handphonenya. Khairi tidak mesej atau hubunginya langsung pada malam itu. Ini menambahkan lagi sakit hatinya!
Selesai kursus..
Semua peserta berjalan keluar dari kelas dan masing-masing bergerak ke bilik hotel yang telah disediakan. Khaleeda berjalan laju ke arah Hud.
“Hamboi..busy nya dia.” Teguran Khaleeda mengejutkan Hud.
“Eh, Eda. Busy apa nya. Biasa ja.” Hud senyum sambil menyimpan handphonenya di dalam poket.
“Awek lama ke?”
“Siapa?”
“Siang tadi.”
“Owh, Dayana? A’ah.. kekasih lama.”
Tiba-tiba handphone Hud berdering. Tertera nama Dayana di skrin.
“Saya gerak dulu.”
Hud tersenyum pada Khaleeda lalu terus menjawab panggilan dan berjalan laju menuju ke biliknya. Khaleeda mematikan langkahnya. Dia tenung memandang Hud hingga hilang dari pandangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
smbung skit jom |
|
|
|
|
|
|
|
menarik citer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Khairi menghantar Saida hingga ke depan kondominium mewah tempat yang telah disewa khas oleh Rafiq. Khairi agak musykil dengan kekayaan yang ada pada Saida.
“Mampu awak miliki kondo mewah macam ni.”
Saida tersenyum.
“Menumpang je. Semua ni Rafiq yang uruskan.”
“Owh yeke? Saya ingatkan Saida punya.”
“Saya mana mampu. Eh, tak nak masuk dulu ke?”
“Tak pe. Dah lewat dah ni.”
“Betul?”
Khairi merasa lain dengan pelawaan Saida itu.
“Eh, saya gerak dulu lah. Jangan lupa kunci pintu.”
“Ok.”
Khairi senyum lalu terus pergi. Terus dia lap peluh di dahi sambil tersengih sendirian.
**********************
Pada keesokkan harinya..
Seawal pagi kesemua peserta kursus berkumpul di padang untuk sesi senaman. Khaleeda yang baru berjalan ke padang itu ternampak Hud sudah bersiap sedia untuk memulakan senaman. Kebetulan Hud menoleh ke belakang dan mereka berdua bertentangan mata lalu Hud mengukirkan senyuman. Khaleeda membalas senyuman itu lalu berdiri di sebelah Hud.
“Ada hantu tak semalam?” usik Hud sambil berbisik.
“Saja je erk.” Khaleeda sempat mencubit lengan Hud.
“Baik semua! Semua diminta buat lima barisan! Now!” jerit Ketua Fasilitator kursus tersebut.
Dayana yang masuk shift pagi sempat melihat Hud dari jauh sambil tersenyum sendirian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejam kemudian..
Masing-masing berpeluh selepas bekerja keras berlari, melompat dan aktiviti yang lain. Khaleeda sengaja membiarkan peluh di dahinya meleleh. Menunggu Hud memberinya tisu atau tuala. Namun Hud masih merenggangkan tubuhnya dengan senaman ringan.
“Baiklah, semua. Sesi pagi ni dah tamat. Semua dah boleh bergerak ke dewan makan. Tapi sebelum tu jangan lupa, jumpa petang nanti pukul 6.00 petang pula ya. Terima kasih semua.” Kata Ketua Fasilitator tersebut lalu beredar ke dewan makan.
Hud mengambil beg kecilnya lalu berjalan menuju ke dewan makan. Khaleeda tunggu juga kalau-kalau Hud ada mengajaknya sekali. Tetapi hampa!
“Dulu nak kemana ajak je kita gi sama-sama. Sekarang dah lain!” kata Khaleeda yang tiba-tiba muncul di sisi Hud.
Hud terkejut.
“Eda ni..jangan cakap macam tu.”
“Eda rasa cemburu pulak.”
“Nak cemburu apa nye?”
Khaleeda serius tetapi Hud anggap tiada apa yang berlaku antara perasaan Khaleeda padanya. Hud memandang ke hadapan. Dia ternampak Dayana tengah mengemas meja tempat kerjanya di kaunter pandaftaran.
“Eda masuk dulu dewan erk. Hud nak jumpa Yana jap.” Hud terus berlalu pergi
Hud berjalan laju ke arah Dayana. Dayana sedar dan dia senyum pada Hud.
“Morning, Yana.”
“Morning. Dah breakfast?”
“Belum. Awak?”
“Dah makan kat rumah.”
“Rajinnya. Yana, saya nak kena cepat. Erm.. ingat malam ni nak jumpa kejap boleh?”
“Tak ada kelas ke?”
“Malam ni ada malam bbq tapi ingat gi kejap tunjuk muka je.”
“Pukul berapa?”
“Pukul 9.30 macam tu boleh?”
“Yelah. Apa-apa Yana mesej.”
“Ok. Bye.”
“Bye.”
Hud terus berlalu pergi meninggalkan Dayana. Baru sahaja Dayana hendak mengangkat fail di atas meja, bahunya disentuh. Terus dengan cepat dia berpaling ke belakang. Khaleeda menepuk tangannya yang menyentuh bahu Dayana tadi. Kononnya geli!
“Puan.. Puan ada apa-apa nak saya tolong?” tanya Dayana lembut.
“Tolong? Ada.”
Dayana menanti dengan penuh minat.
“Tolong jangan ganggu Hud lagi.”
Dayana terkejut.
“Ingat!” Khaleeda memberi amaran dan terus beredar dari situ.
“Apa hubungan Hud dengan perempuan ni?” bisik hati Dayana dan terus menyambung kembali menjalankan tugas seperti biasa.
**********************
Khairi bangun lewat pada pagi itu. Selalunya setiap kali subuh, isterinya yang akan kejut bangun. Ni memang sah terlepas subuh!
Dia bangun lalu keluar dari bilik. Kelihatan ayahnya sedang melayan CD Drama siam. Ada adengan yang tidak patut ditonton.
“Ayah..”
Hanafi dengan cepat bangun lalu menutup tv.
“Ayah tengok cerita apa tu?”
“Drama lama.”
“Meh jap nak tengok cd tu.”
“Tak ada apa lah!” Hanafi membawa sekali cd itu keluar dari rumah dan terus naik lori bersendirian.
Khairi mula rasa was-was dengan ayahnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
shahrinas..
|
|
|
|
|
|
|
|
Semasa di dalam kelas, Khaleeda asyik memandang Hud sahaja. Dia cukup cemburu apabila melihat Hud menjawab setiap mesej yang dihantar oleh Dayana. Macam mana dia tahu? Jawab sambil tersengih, sah la kan dari Dayana?
Keluar makan waktu tengah hari pun, walaupun semeja dengan Hud dia tetap tak dapat berbual dengan Hud seperti sebelum ini. Hud seperti tidak fokus padanya.
Bukan dia tidak ingat pada suami, dia dah hubungi Khairi pagi tadi tetapi Khairi tidak menjawab panggilan darinya. Diberi mesej, sampai sekarang belum berjawab. Hati mula tawar! Tambah Hud berperangai macam ni, lagi menambahkan geram di hati.
Pada petang itu, selepas selesai aktiviti riadah..
Hud mengambil tuala kecil di dalam beg kecilnya lalu dilap peluh pada muka dan leher.
“Hud.”
Hud memandang ke arah kanannya.
“Yes.” Hud memandang Khaleeda.
“Apa istimewanya perempuan tu?”
Hud pelik. Kenapa Khaleeda sampai macam tu sekali?
“Apa maksud Eda ni?”
“Hud dah banyak berubah tau. Sebelum jumpa perempuan tu, Hud tak macam ni pun.”
“Macam ni macam apa?”
“Hud dah tak mesra dengan Eda.”
Hud mengeluh.
“Hud melebih-lebih pulak dengan perempuan tu!”
“Habis tu? Salah ke? Bukan bini orang pun. Eda lain la kan?”
Khaleeda terdiam. Dia terus berlalu pergi dengan rasa geram.
“Kenapa pula dengan Eda ni?” Hud menggelengkan kepalanya.
Hud mula perasan Khaleeda cemburu padanya.
**********************
Pada malam BBQ..
Hud bersama peserta yang lain siap berkaraoke bagai nyanyi lagu era 90-an. Selain main badminton, Hud memang suka nyanyi. Hiburkan hati sendiri.
Khaleeda dari tadi asyik memandang Hud. Tiba-tiba handphonenya berdering. Panggilan dari Khairi. Dia bangun lalu ke belakang bangunan.
“Hello.”
“Sayang buat apa?”
“Buat apa-apa je.”
“Abang cakap elok-elok ni kan?”
“Abang call nak cakap ape ni?”
“Bila tak call marah, bila dah call tak nak cakap pulak.”
“Sayang tak ada mood la.”
Khairi berasa hati.
“Terus tak ada mood kan sebab Hud ada di situ?”
Khaleeda diam.
“Sayang dah tak sayang dekat abang ke?”
“Nanti la kita sembang lain. Sayang busy. Bye.”
Khaleeda mematikan talian. Terus dia berlari ke majlis tersebut semula. Dia mencari Hud. Hud tiada.
“Fiza, kau ada nampak Hud?”
“Ntah. Tadi ada gak nampak dia.”
Khaleeda frust!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dayana menjemput Hud di hotel dengan menaiki Suzuki swift Dayana yang kecil molek seperti tuannya.
“Hai..”
“Hai. Masuklah.” Pelawa Dayana kemas berpakaian seluar jeans panjang dengan bj sweater tebal.
Hud masuk ke dalam kereta itu. Kebetulan Khaleeda yang hendak hubungi suaminya di ruang lobi ternampak Hud masuk ke dalam kereta yang dia tak kenal siapa.
“Takkan perempuan tu?” Khaleeda geram.
Sementara di dalam kereta...
Hud memandang Dayana.
“Nak lepak mana ni?”Tanya Hud yang baru lepas cukur jambangnya petang tadi.
“Haha..cameron ni bukan ada apa sangat. Tapi kalau nak ke bazar tu boleh je saya bawa.”
“Owh. Tak kisah pun. Boleh je.”
Dayana tersenyum. Hud lega di beri pelepasan untuk keluar pada malam itu. Dia memandang Dayana lagi.
“Yana, nak tanya boleh?”
“Hahaha..boleh je. Macam tak biasa pulak.”
“Yana ada anak?”
Dayana tersenyum.
“Tak ada.”
Hud diam.
“Kami dah macam-macam usaha dah. Nak buat macam mana kan? Tapi Allah lebih Mengetahui segalanya. Abang Haikal pun dah tak ada.”
“Maafkan saya..”
“Tak apa. Yana ok je.”
Dayana tersenyum sambil memandang Hud.
“Hud pula takkan la sepanjang Yana tak ada langsung tak pikat mana-mana perempuan?” Dayana mula nak serkap jarang.
“Hahaha.. entah lah. Malas fikir.”
“Perempuan yang selalu dengan Hud tu?”
“Khaleeda?”
“Owh, sedap nama. Perempuan tu dengan Hud.. ada apa-apa ke?”
“Hahaha..kawan satu ofis. Dah lama dah kawan dengan dia. Suami dia pun kawan saya gak.”
“Owh yeke.” Dayana terus terfikir akan kata-kata Khaleeda pagi tadi.
“Hud.”
“Ya.”
“Tak ada apa lah.”
“Haihh pelik ja ni.”
“Tak la. Macam ni ceritanya, pagi tadi Khaleeda tu ada jumpa Yana.”
“Jumpa Yana? Kenapa?”
“Hud, Yana rasa Khaleeda tu macam ada hati dekat Hud la.”
“Hah? Hmmm aku pun rasa macam tu gak.”
“Motif perasan?”
Mereka berdua sama-sama gelak.
“Entah la, Yana. Laki bini sama je. Lepas kahwin macam makin pelik pulak perangai. Sorang cemburu, sorang lagi mula nak curang. Haihh”
“Clearkan keadaan, Hud. Bahaya simpan lama-lama.”
“Masalah tu bukannya datang dari Hud pun. Mereka yang timbulkan masalah. Patutnya selesaikan masalah antara mereka suami isteri.”
“Tak salah bantu mereka kembali menjalin cinta kan?”
“Memang la tak salah. Tapi.. entahlah.”
Dayana memberhentikan kereta di bahu jalan. Tapak bazar tak jauh dari situ. Handbreak di angkat lalu terus dia memandang wajah Hud. Hud membalas pandangan itu. Dayana tersenyum.
“Awak lelaki yang baik Hud.”
“Baik la sangat!” Hud ketawa.
“Saya tak sangka dapat bertemu dengan awak lagi.”
Hud memegang tangan Dayana.
“Kali ni saya takkan lepaskan awak.”
Hud serius kali ini.
“Tapi, Hud..”
Hud terus memegang kedua-dua tangan Dayana.
“Saya nak ambil peluang ini untuk satukan cinta kita kembali. Saya akan jumpa keluarga awak. Saya percaya apa yang berlaku selama ini antara kita ada hikmah.”
Dayana terharu. Hud masih cinta dan sayangkan dirinya. Begitu juga dengan dirinya!
“Saya tunggu awak. Dan akhirnya doa saya dimakbulkan.”
Dayana menangis mendengar kata-kata dari Hud itu. Hud mengesat airmata Dayana.
“Kita sama-sama doa moga jodoh kita kali ini berpanjangan. Dan dipermudahkan.”
Dayana mengangguk.
**********************
Khairi keluar makan dengan Saida di sebuah restoran terkemuka di bandar Kuala Lumpur tersebut. Sungguh mesra sekali mereka pada malam itu.
Mereka duduk bertentangan.
“Cantik awak malam ni.” Puji Khairi sambil bertentang mata dengan Saida.
“Terima kasih.”
“Dah la cantik, bijak pulak tu. Pandai urus kewangan.”
“Hahah..jangan la puji sangat. Saya biasa-biasa je.”
Makanan dan minuman dihidangkan.
“Silakan.” Pelawa Khairi.
Dia yang ajak Saida keluar makan pada malam tersebut.
“Awak dah kahwin kan?” terus Saida straight to the point.
“Mana tahu?”
“Kita dah biasa dengan ramai lelaki.”
Khairi tersenyum.
“Hebat!”
Senyuman Saida cukup menggoda!
“Lepas ni boleh lagi ke keluar makan macam ni? Isteri awak tak marah?”
“Kenapa tak boleh pula? Dia kursus. Esok balik lah.”
“Owh.”
Sambil makan sambil pandang Saida dengan penuh nafsu. Lemah lembut dalam berbicara.
Tiba-tiba handphonenya berdering. Tertera nama Khaleeda. Dia memandang Saida yang sedang memandang dia juga ketika itu.
“Jawablah.” Kata Saida lalu menghirup air.
Khairi menjawab panggilan dari isterinya itu.
“Hello.”
“Abang. Buat ape?”
“Err..keje.”
“Keje? Keje ape malam-malam ni?”
“Cari duit la. Untuk sayang jugak.” Khairi memandang Saida.
“Dekat mana tu?”
“Dekat luar laa..”
“Luar tu kat mane?”
Khairi rasa muak pula bercakap dengan isterinya ketika itu.
“Sayang tak ada kelas ke?”
“Soalan sayang tadi abang tak jawab lagi.”
“Hmm..abang dekat kedai makan.”
“Dengan lelaki ke perempuan?”
“Sayang, abang ada hal ni. Nanti abang call balik.”
“Abang!”
Khairi terus mematikan talian. Dia memandang Saida.
“Sian isteri awak. Kenapa tak cakap berterus terang je?” Tanya Saida sambil perlahan-lahan mengunyah makanan.
Khairi hanya tersenyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Khaleeda cuba hubungi suaminya sekali lagi. Gagal!
“Arghhhh!!!”
Khaleeda yang sudah berada didalam biliknya itu terus membaling handphone ke atas katil. Nafasnya turun naik menahan marah.
“Abang dengan perempuan lain kan tadi? Abang ingat abang je boleh buat? Sayang tak boleh buat? Arghhhhh!!!”
Khaleeda menjerit sendirian di dalam bilik itu.
**********************
Pada keesokkan harinya.. (Hari terakhir kursus)
Isnin pagi.
Kesemua peserta mengambil sijil dan bersalaman antara satu sama lain. Hud cuba berjalan ke arah Khaleeda. Khaleeda terus langsung pergi tanpa melihat wajah Hud. Hud mengejar Khaleeda.
“Eda! Tunggu.”
“Nak ape?”
Khaleeda berhenti lalu memandang Hud.
“Ada yang tak kene ke? Lain macam sangat sekarang ni.” Kata Hud serius.
“Memang pun!” Khaleeda berdiri bertentangan dengan Hud.
“Luahkan.”
“Eda tak boleh tengok Hud rapat dengan perempuan tu!”
Ada beberapa orang peserta perasaan Hud dengan Khaleeda seperti bergaduh di tanah lapang depan lobi itu.
“Motif nak cemburu bagai?”
“Eda tak tahu apa yang Eda rasa sekarang ni. Tapi memang langsung tak boleh.”
“Eda ada masalah dengan Khairi ke?”
Airmata mula bertakung. Dia tak dapat nak menjawab soalan Hud itu. Dia balik ni dia nak settlekan semuanya dengan Khairi. Apa nak jadi, jadi lah!
Khaleeda nak pergi, tetapi Hud sempat menahannya.
“Eda kawan Hud. Bukan sebulan dua tau, dah hampir tiga, empat tahun. Sama macam Khairi. Korang berdua kawan aku. Korang bahagia, aku pun bahagia.” Jelas Hud.
“Eda rasa Eda dengan Khairi tak lama.”
“Apa ni, Eda?”
“Eda bosan tau tak?”
“Tak faham. Cuba ceritakan perkara…”
Belum sempat Hud habiskan ayatnya, Khaleeda terus berlalu masuk ke dalam lobi semula. Hud mengeluh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semua peserta telah mula masuk ke dalam bas. Khaleeda yang pertama masuk ke dalam bas itu menanti kedatangan Hud. Seorang demi seorang naik namun Hud tetap juga tidak muncul. Driver bas mengira semuanya. Kemudian dia terus duduk dan mahu bergerak.
“Hud belum naik kan?” jerit Khaleeda memecah kesunyian.
Driver bas itu bangun semula dan pandang ke belakang.
“Encik Hud balik sendiri. Dia ada maklum pada saya tadi.”
Driver bas tersebut terus bergerak menghantar peserta pulang ke Kuala Lumpur. Khaleeda menahan geram. Dia ingat dapatlah luah perasaan pada Hud dalam bas ketika itu tetapi malangnya!
**********************
Hud masukkan beg pakaiannya ke dalam kereta Dayana. Dayana cuti pada hari tersebut.
“Bak kunci.” Hud menghulurkan tangannya.
Dayana memberi kunci keretanya pada Hud. Kemudian mereka berdua masuk ke dalam kereta tersebut.
“Esok keje tak?” tanya Dayana sambil memakai tali pinggang keledar.
“Dah apply cuti.”
Enjin kereta dihidupkan. Kemudian Dayana memandang Hud.
“Hud..”
Hud memandang Dayana.
“Dah bersedia ke jumpa mak dengan ayah?”
Hud senyum.
“Dah.”
Mereka berdua kembali menjalin cinta. Dan kali ini Hud betul-betul serius ingin mengambil Dayana sebagai isterinya. Dah jumpa, cinta masih bertaut, tunggu apa lagi kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Khairi menyiapkan diri untuk mengambil isterinya di pejabat. Tetapi tiba-tiba Rafiq hubunginya dan memberitahu dia perlu menghadiri satu sesi perjumpaan dengan orang ‘kenamaan’. Penting baginya ketika itu. Duit katakan!
Khairi menghubungi Khaleeda yang masih berada di dalam bas itu.
“Sayang.”
“Hmm.”
“Abang ada hal la. Tiba-tiba bos panggil ada perjumpaan pula.”
“Yeke? Ke ada dating?”
“Abang serius ni sayang.”
“Abang ingat sayang tak serius ke?”
Khairi malas nak bergaduh. Lebih baik dia settlekan perjumpaan itu lebih baik!
“Ok lah, sayang. Minta tolong sayang ambil teksi balik rumah ya.”
Khaleeda menahan marah.
“Kita jumpa dekat rumah erk. Bye..”
Khairi mematikan talian. Terus dia mengambil kunci kereta dan berjalan ke luar. Kelihatan Hanafi baru pulang dengan keadaan yang kusut masai.
“Ayah dari mana ni?”
“Tak yah nak sibuk.”
Hanafi terus masuk ke dalam rumah. Rupanya dia kalah judi! Khairi masuk ke dalam kereta dan terus pergi ke tempat yang telah dijanjikan dengan Rafiq.
**********************
Apabila sampai di rumah keluarga Dayana, Hud memberhentikan kereta. Dalam hati zikir tanpa henti mengharapkan semuanya dipermudahkan.
“Jom.” Ajak Dayana lalu membuka pintu kereta.
Hud membuka tali pinggang kaledar lalu terus keluar dan menutup pintu kereta semula. Jantung laju tak payah cakap la kan? Kemudian mak dan ayah Dayana keluar dan berdiri di muka pintu. Mak dan ayah Dayana memang cukup rapat dengan Hud suatu ketika dahulu. Dah anggap macam anak sendiri dah!
“Hud..” panggil ayah Dayana, Riduan.
Hud berjalan laju ke arah ayah Dayana dan terus memeluk Riduan dengan erat sekali.
“Ayah minta maaf, Hud. Ayah minta maaf..” Punyalah rapat sehingga gelaran ayah dan ibu sudah melekat di bibir masing-masing.
Hud mengangguk dan terus memeluk dengan erat. Dayana dan ibunya turut terharu. Hud kemudian memandang ibu Dayana, Latifah.
“Hud, ibu pun nak minta maaf.”
“Saya dah lama maafkan.”
“Dah, dah. Jom masuk dalam.” Riduan memeluk bahu Hud sambil berjalan masuk ke dalam rumah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|