CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
Post time 27-5-2007 06:49 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 27-5-2007 11:48 AM
Siapa belalang tu kak? Saya ni dah lama ikut perkembangan dan tertarik pada kak rainbows ini lah. Sebagai seorang yang jadi motivator di Rufaqa kak rainbows memang seorang yang bijak main strateg ...


Siapa2 yg tak setuju dengan dia semuanya belalang. Inilah manusia ego lebih2 lagi perempuan yg tak tahu perjuangan tapi ikut nafsu saja. Kesian suami dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2007 03:00 PM | Show all posts
sejak bila pulak rainbows tukar jantina? jadi kak rainbows pulak...ni betul ke serkap jarang aje ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 03:22 PM | Show all posts
mcm2 ragam org ade kat tread tabligh ni..

semoga Allah ampunkan dosa saya.. dosa rakan2 seusaha saya dan seluruh Umat Islam...Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 03:34 PM | Show all posts
mcm2 ragam org ade kat tread tabligh ni..

semoga Allah ampunkan dosa saya.. dosa rakan2 seusaha saya dan seluruh Umat Islam...Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #577 BikerLady's post

ngko belajor dr saper..........saper guru ngko.....buku ngan internet ker.....

kalo guru ngko .....buku ngan internet......selamatttttttt ler  dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 03:58 PM | Show all posts
saya tabik kumpulan tabligh yang meneruskan sunah dan amalan Rasullullah SAW.
rasanya mereka lebih hebat drpd pejuang zaman Rasulullah sebab mereka masih menghidupkan amalan dan sunnah walaupun Rasullulah dah lama pergi.mereka bersatu walau tanpa Rasulullah di sisi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2007 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 30-5-2007 02:45 AM
Salam...

Kepada rakan2 usaha dakwah, suka saya sampaikan satu berita Jemaah dari Malaysia sedang dalam perjalanan ke Greece untuk niat mengembangkan Sunnah Nabi dan berdakwah di Greece selama  ...


salah seorang sahabat saya ade dalam jemaah ke Greece...karkun tu dari greenwood gombak.
tengah usaha kan juga satu jemaah ke IPB pada ogos ni and pada Novamber. doakan semoga saya dan member lain yang azam pada novamber and ogos ke IPB Allah permudahkan n pilih semua mereka yang azam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 05:04 PM | Show all posts
Assalamualaikum,


Semoga semua karkun di dalam jemaah yang sedang keluar ini dapat bersatu hati, satu fikir, satu matlamat yakni memohon agar hidayah akan Allah swt sebarkan ke seluruh pelusuk alam ini dan hidayah yang kekal hingga ke hari kiamat..



Wassalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2007 05:21 PM | Show all posts
semoga Allah pilih kita keluar lagi dan lagi..bertebaran serata alam.. mohon Allah S.W.T am kan hidayat dgn perantaraan usaha Dakwah.. mirip usaha Nabi Muahammad S.A.W
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 12:58 PM | Show all posts
Antara Ta'lim dan Ishlah Dalam Masa Khuruj





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..




Ketika engkau khuruj di jalan Allah SWT, maka sudah layak dan sepantasnya engkau memperhatikan maksud dan tujuan dari ta'lim yang engkau telah dan akan melaksanakanya dengan seksama. Adapun maksud dan tujuan itu diantaranya adalah:


1. Memasukkan nur firman Allah dan nur sabdaan Rasulullah ke dalam hati kita.

2. Mengetahui nilai2 amal sehingga menambah semangat dalam
mengamalkannya.

3. Menambah iman kita setiap kali ayat2 Allah dibacakan kepada kita. [Qs al Anfal 8:2,
"Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya)dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal."



Sekali lagi, sudah layak dan sepantasnya engkau selalu memperhatikan hal ini. Bukankah manafaat utama dari ilmu (setelah engkau mendapatkannya) adalah agar engkau dapat memahami kehendak2 dan rencana2 Allah SWT atas keselamatan diri engkau dan seluruh manusia, baik infiradi maupun ijtimai?

Namun demikian, majlis ta'lim pada ketika khuruj adalah satu majlis yang sering kali menjadikan orang2 yang duduk di dalamnya termengantuk. Pada tahap tertentu, keadaan ini menjengkelkan. Yang demikian adalah kerana mereka yang tertidur 'se-akan2' tidak akan memperoleh manfaat ta'lim secara langsung buat diri mereka sendiri.

Bagaimanapun para masyaikh secara halus telah melarang kita untuk menjadikan orang2 awam 'stres' asbab ta'lim yang engkau selenggarakan. Yang demikian adalah agar ta'lim tidak menjadikan mereka lari kerana memikirkan tahap kesukarannya.

Jika demikian keadaannya, bilalah nur firman Allah dan nur sabdaan Rasulullah dapat masuk ke dalam hati sanubari mereka?

Sebelum sampai kepada jawabannya, engkau hendaknya mengetahui keadaan orang2 yang duduk bersama engkau dalam majlis tersebut. Engkau tahu bahawa majoriti orang2 yang bersedia duduk dalam majlis engkau adalah mereka yang baru 'berjinak2' dengan agama. Dan lebih daripada itu, setiap anggota jemaah memiliki tingkat pemikiran (IQ) dan sabar (EQ) yang berbeza. Dalam perbezaan yang banyak seperti itulah, kebersamaan dalam memahami agama ini ditumbuhkan.

Oleh kerana itu engkau lebih mengharapkan keberadaan mereka di sisi engkau daripada menjadikan mereka 'ulama kulit' atau orang2 yang mengetahui (secara teori) hukum2 Allah tanpa memahami aplikasinya secara praktis dalam kehidupan nyata. Yang demikian adalah kerana kefahaman akan agama memerlukan tidak saja mujahadah dalam berbagai permasalahan, tapi juga masa yang panjang.

Adalah termasuk suatu perjuangan yang besar bagi seseorang yang berotak 'bebal' dan lemah semangat untuk duduk dalam ta'lim sekira 2 jam setengah berterusan, apalagi jika engkau melakukannya setiap hari dalam masa yang panjang, 40 hari, 4 bulan atau lebih. Tidak demikian halnya jika hal itu dihadapkan kepada mereka yang berotak cemerlang dan penuh semangat untuk mendapatkan ilmu.

Dalam masa khuruj, sebenarnya setiap keadaan atau kejadian dapat merupakan asbab yang berkesan (secara imaniyah) untuk orang2 tertentu. Tidak itu saja, suasana dan keadaan yang terkawal dalam masa ini sangat membantu seseorang untuk memahami agama ini (terutama dalam hal dakwah) sesuai dengan tingkat fikirannya.

Dalam masa khuruj, orang2 yang baik kefahamannya, maka mereka akan mengulang2 apa yang dapat mereka fahami (termasuk yang mereka dapat dari ta'lim) di luar masa ta'lim seperti dalam bayan, jaulah, khususi ataupun dalam masa2 mudzakarah, ijtimai maupun infiradi. Selanjutnya kebersamaan engkau pada gilirannya memberi kesan dengan baik kepada setiap anggotanya. Pada saat2 seperti itulah nur firman Allah dan nur sabda Rasulullah akan masuk ke dalam hati sanubari setiap anggota jamaah.

Memang bukan secara langsung, tapi duduknya mereka sambil termengantuk2 dalam ta'lim memberi erti yang signifikan buat mereka yang berotak cemerlang dan bersemangat waja. Oleh kerana itu, mereka yang pemikiran dan semangatnya sedikit lebih rendah tetap memiliki erti yang penting dalam kebersamaan kita.

Selanjutnya, orang2 yang baik kualitinya, mereka akan mendapati bahawa orang2 yang bersama dalam jemaahnya (yang memiliki sifat2 yang berbeza) adalah rantai emas untuk melahirkan kualiti da'i yang dikehendaki oleh Allah SWT, termasuk sifat2 yang dengannya Allah SWT akan bersama orang2 yang memilikinya. Sifat2 sabar, ikram, pemaaf, penyayang, dlsb dapat ditumbuh berkembang dalam kebersamaan ini.


Lalu bagaimana halnya dengan para karkun yang belum dapat menghargai para ulama yang kerana kesibukannya, mereka (para ulama) belum tampil secara langsung dalam medan dakwah?

Sebenarnya, perkataan, juga sebagaimana perbuatan dan tindakan, adalah cermin dari kualiti seseorang. Keluar 4 bulan atau lebih bukanlah jaminan bagi seseorang untuk memiliki secara langsung kefahaman dan kualiti yang prima. Keluar 4 bulan adalah langkah awal yang dengannya mereka dapat memiliki 'ruh' yang dapat mengaktifkan kegiatan2 selanjutnya yang pada gilirannya akan memberi mereka kefahaman agama sekaligus perbaikan atas kualitiya.

Benar, masa di jalan Allah adalah kesempatan emas bagi seseorang untuk dapat memperbaiki (kualiti) dirinya. Semakin lama seseorang keluar, maka semakin berpeluanglah dia untuk melakukan perbaikan. Dan tentu saja, hal itu sangat dipengaruhi oleh niat, kesungguhan, fikiran dan sifat2 dasarnya. Namun demikian, engkau harus tetap menghormati seseorang senior dalam hal pengorbanan atas maksud agama. Sebagaimana Rasulullah saaw telah melakukannya terhadap sahabat2nya, maka engkaupun lebih menghargai orang2 yang dapat keluar di jalan Allah lebih awal daripada kita.

Ulama engkau telah mengajarkan engkau untuk bersikap arif kepada sesama karkun, juga termasuk mereka yang belum dapat menghargai ulama2 lain sesuai dengan kedudukannya. Bahkan dalam beberapa hal, engkau 'haram' menegur kesalahan orang lain (terutama karkun), tetapi 'wajib' berusaha agar dia bersedia mengishlahkan dirinya sendiri. Yang demikian adalah kerana teguran yang datang dari dalam tidak akan mengakibatkan efek yang buruk sebagaimana halnya jika teguran itu datang dari luar dirinya.

Memang nampak susah, akan tetapi perkara ini bukan suatu hal yang mustahil. Sesungguhnya, selalu ada jalan dan selalu ada pintu yang terbuka bagi setiap kemahuan dan kesungguhan.



Wassalam..


[ Last edited by  saifulms at 10-6-2007 01:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 02:04 PM | Show all posts
Memang saya kagum usaha dakwah tabligh ini sebagaimana juga usaha yang Abuya Ashaari Muhammad lakukan untuk mengisahkan pemikiran orang Melayu sehingga berjaya hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 05:01 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 10-6-2007 02:04 PM
Memang saya kagum usaha dakwah tabligh ini sebagaimana juga usaha yang Abuya Ashaari Muhammad lakukan untuk mengisahkan pemikiran orang Melayu sehingga berjaya hari ini.


kalau dah sama elok jer la jemaah tabligh & jemaah arqam bergabung dibawah pimpinan penganjur majlis yaqazah ashaari muhammad, pemimpin paling ajaib di zaman ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2007 10:44 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 10-6-2007 05:01 PM


kalau dah sama elok jer la jemaah tabligh & jemaah arqam bergabung dibawah pimpinan penganjur majlis yaqazah ashaari muhammad, pemimpin paling ajaib di zaman ini.

Itulah yang diharapkan agar sama-sama dapat menentang wahabi sesat lagi menyesatkan. Huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 10-6-2007 10:44 PM

Itulah yang diharapkan agar sama-sama dapat menentang wahabi sesat lagi menyesatkan. Huhuhuhu....


ya, jemaah tabligh & arqam boleh bergabung & mengangkat abuya ashaari penganjur majlis yaqazah yg 'teramat ajaib' itu utk menentang wahabi, mufti2, majlis fatwa negeri, majlis fatwa kebangsaan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 03:28 PM | Show all posts
pd aku tabligh dan arqam tak bole bergabung sbb mungkin method sama tapi konsep tak sama.....
aku pernah ikut tabligh...masa studen dulu (dolula) dan aku nampak kejujuran berdakwah....
tapi arqam lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:03 PM | Show all posts
sama pada maksud, tapi gerak kerja jauh berbeza....

Jika engkau nak tahu lebih lanjut, ikutilah kami keluar 3 hari. Jemput datang ke Masjid Seri Petaling pada malam sabtu. Namun sebaiknya jangan datang seorang, carilah teman yang pernah keluar 3 hari. Sebenarnya aku teringin nak bertemu engkau dan berjalan seiring engkau ke majlis itu, tapi apakan daya, aku di Ipoh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


zil84 This user has been deleted
Post time 21-6-2007 07:26 PM | Show all posts
Sejahtera ke atas kamu dgn rahmat Allah dan keberkatanNya,

Saya ada baca satu ayat dalam Al-Quran,

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. (surah Al Maidah': Ayat 54)

Saya rasa, golongan yang dimaksudkan ayat diatas ialah para pendakwah. Jd yang paling dekat pada zaman sekarang kemungkinan tabligh kut. Maksud 'berpaling tadah dari agama' ni mungkin orang2 Islam yang tidak menjalankan tanggungjawab meraka sebagai hamba Allah. Cth macam remaja dgn masalah sosial (punk,black metal...). Jadi Allah wujudkan satu golongan yang jalankan kerja agama ni. Wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 03:58 PM | Show all posts
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



Jangan takut susah ketika di jalan Allah. Yang demikian itu adalah kerana Allah SWT akan menggantikan setiap satu kesusahan yang engkau alami itu dengan hidayah. Demikianlah lebih kurang yang dapat kita fahami ketika engkau bermujahadah di jalan Allah.



Kemboja.




Negara ini menyimpan banyak kisah dan cerita tentangnya yang tidak akan kita ketahui kecuali dengan mendatanginya. Berbeza dengan negara tetangganya, Thailand yang makmur dan nampak bergemerlapan, Kemboja adalah negara miskin yang nampak lusuh dan berdebu. Meskipun demikian, negara ini adalah satu poin penting yang mesti dicatat dalam peta dakwah para da'i.


Memasuki ibukota negara kerajaan Kemboja, Phnom Penh lalu kita melihat keadaan dan suasananya, barangkali kita akan teringat pada keadaan bandar2 di Malaysia dalam era 1960-an. Jalan tar yang dibangun lengkap dengan beberapa jembatan di atas sungai2nya baru saja didirikan sekitar beberapa tahun yang lalu (atas bantuan dari Jepun). Selebihnya adalah jalan2 tanah merah yang telah rosak dan jalan2 tanah yang berbatu dan berdebu.


Kompong Champ adalah kota di Kemboja yang paling banyak memiliki masyarakat muslim. Setidaknya ada sekitar 100 perkampungan muslim di sana. Bahasa mereka adalah bahasa Champ yang banyak kosa katanya dapat difahami oleh orang2 berbahasa Melayu. Hal itu tidak menghairankan jika kita melihat pertalian bangsa ini dengan bangsa2 berbahasa Melayu lainnya sebelum ini.


Sebahagian besar pondok2 belajar agama di Kemboja (khususnya di Kompong Champ) menggunakan kitab2 Jawi (bahasa Melayu dengan tulisan Arab Melayu) terbitan Malaysia dan Indonesia. Oleh kerana itu, orang2 yang pernah berpondok di Pesantren itu dapat memahami bahasa Melayu dengan mudah. Meskipun banyak yang pandai mendengar saja, sebahagiannya dapat menggunakannya secara praktis dengan baik. Jika kita (orang2 Melayu) datang, maka mereka akan menyambut kita dengan bahasa kita.


Kompong Champ terletak kira2 100 km di sebelah timur laut Phnom Penh. Kedua Bandar ini ada di tepian sungai Mekong. Untuk sampai ke Kompong Champ kita memerlukan waktu 2-3 jam naik kendaraan dari Phnom Penh.


Perhimpunan para da'i Kemboja kali ini berpusat di Kompong Trie. Untuk sampai ke medan ijtima yang terletak 30 km di sebelah utara Kompong Champ, kita memerlukan waktu sekitar 2.5 jam lagi dengan van atau basmini dengan cara menyusuri tepian sungai Mekong lalu menyeberangi sungai dengan perahu. Di beberapa tempat kenderaan bergerak hanya 10-20 km perjam.


Belum ada jalan tar yang menghubungkan antara kampung di tepian sungai Mekong dari Kompong Champ kearah utaranya.. Rumah2 di kedua tepiannya di bangun diatas tiang2 setinggi 2-3 meter. Meskipun pada waktu musim panas paras air turun sampai 20 meter, maka pada musim hujan, banjir kerap kali menggenangi kedua jalan yang ada di tepiannya hingga selama satu bulan.


Ajaib! Belahan di sepanjang tepi timur sungai Mekong dihuni oleh rumah orang2 muslim. Sebelah baratnya pula dihuni oleh non muslim, meskipun di sana ada masjid dan orang2 muslim lainnya. Orang2 muslim yang tinggal di sini adalah mereka yang selamat atau sisa yang masih tinggal ketika ini. Pemsnahan besar2an keatas 3 juta orang muslim (khususnya para ulama) oleh rejim Komunis pada dekad yang lalu, masih menyisakan sekitar 600 ribu muslim atau sekitar 5% dari 13 juta penduduk Kemboja ketika ini.


Tahun 1990 adalah awal bangkitnya dakwah di Kemboja. Memang masih baru, tapi nampaknya memberi harapan besar akan bangkitnya Islam di negara ini. Dan tanda2 itu nampak dari perhimpunan yang berlangsung dari 22-24 April 2005 yang lalu. Para pekerja dakwah dari seluruh Kemboja berkumpul di Kompong Trie. Bahkan di sana ada beberapa delegasi dari Thailand  (sekitar 500 orang), Malaysia (2 jamaah), Singapura (1jamaah), Perancis (1 jamaah) dan Indonesia 1 orang.


Kemiskinan bukanlah sesuatu yang harus diratapi dan bukan pula suatu hal yang harus disesali. Kemiskinan adalah cara yang ampuh bagi siapa saja yang benar2 ingin membina keyakinan yang benar kepada Allah SWT. Lebih daripada itu, cara ini bahkan akan menjauhkan seseorang dari ketergantungan kepada makhluk atau material dan benda2. Ini adalah satu cara yang telah Allah berikan kepada para kekasihNya sedemikian rupa sehingga mereka memiliki keyakinan yang bersih (dari syirik) dan cemerlang (dari kotoran benda2).


Para pekerja dakwah Kemboja telah berkerja sedemikian rupa dan saling bahu membahu. Orang2 yang dapat membantu saudaranya, maka mereka membantu sesuai dengan kemampuannya. Orang2 yang belum dapat membantu orang lain, maka mereka cukup membantu diri mereka sendiri. Adapun orang2 yang belum juga dapat membantu diri mereka sendiri, maka mereka tidak menyusahkan orang lain.


Dari target 175 jamaah yang hendak dicapai, kita baru berkemampuan mengeluarkan 73 jamaah dari perhimpunan ini; 30 jamaah 4 bulan dan 43 jamaah 40 hari. Segera setelah acara selesai yang ditutup dengan doa menjelang Zohor, rombongan2 yang telah dibentuk bergerak ke seluruh negara. Alhamdulillah, meskipun mengeluarkan jamaah ke luar negeri masih merupakan perkara yang berat di negara ini, satu jamah Kemboja siap untuk berangkat ke IPB.



Moga2 kita2 para karkun2 yang sedang berkeliaran di forum cari ini akan dapat bertemu di Kemboja, insyaALLAH.


Ingatlah, Allah SWT pasti dan pasti akan melipat-gandakan setiap satu wang dan harta yang kita belanjakan di jalanNya hingga mencecah 49,000,000 kali atau sebanyak nilai yang Dia kehendaki (khususnya bagi
mereka yang telah berkeluarga).






Maha Suci Allah.....




[ Last edited by  saifulms at 24-6-2007 03:59 PM ]
Reply

Use magic Report

lihyatun This user has been deleted
Post time 1-9-2007 06:59 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

            Saya kalau ditanya masalah tabligh ni saya tak berapa setuju la.dari segi tujuan saya akui memang benar. Tp dari segi perlaksanaan banyak perkara yang tidak menepati kaedah yang betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2007 07:11 PM | Show all posts

Reply #615 lihyatun's post

Bila dapat gaji, anda kasi sikt kat tabligh la..buat apa nak bagi semua??.Ke anda tak perlu makan minum?Anda tak perlu beli pakaian?.Jangan bagi semua, bagi sebahagian sahaja.Even dalam Quran kata supaya bagi-bagi harta, bukan bagi semua...Malah kalau nagi semua, kita akan jadi tercela.

Allah berfirman:

"Dan berikanlah kepada kerabatmu dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau."
(Surah Al-Isra' 17:26)

"Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan."
(Surah Al-Isra; 17:29)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.078172 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list