|
Gabungan Gereja Berang Dengan Ustazah Siti Nor Bahyah
[Copy link]
|
|
setiap manusia akan melakukan kesilapan |
|
|
|
|
|
|
|
bukan mmg mcm tu ke sejarahnya? |
|
|
|
|
|
|
|
dalam wikipedia punye ringkasan
Also called Saint Valentine's Day
Valentine's
Observed by Many countries
Type Cultural, Christian, commercial
Significance Love and affection celebrated between lovers
Date February 14
June 12 (in Brazil)[1]
Observances Sending greeting cards and gifts, dating |
|
|
|
|
|
|
|
Hehehe, as you wish Saya cuma secara peribadi berasa orang Melayu kena lebih belajar pasal aliran ...
sky_ephemeris Post at 14-2-2011 18:57
hi sky, tompang tanya .. aliran jehoviah witness ni macam mana pulak? ada my fren dari NY dulu melawat KL tanya kat I community Jehoviah Witness kat M'sia and I was like quite blurr lah , setahu saya Kristian ada 2 mazhab which is Catholic and Protestant , she told me byk persamaan Jehoviah Wtness ni dgn Islam dan small community of Jehoviah witness di M'sia . |
|
|
|
|
|
|
|
Nur bahiyah tu ustazah ke? Setahu aku dia tak de kelulusan apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 586# animaniac
off topix jap...
hi sky, tompang tanya .. aliran jehoviah witness ni macam mana pulak? ada my fren dari NY dulu melawat KL tanya kat I community Jehoviah Witness kat M'sia and I was like quite blurr lah , setahu saya Kristian ada 2 mazhab which is Catholic and Protestant , she told me byk persamaan Jehoviah Wtness ni dgn Islam dan small community of Jehoviah witness di M'sia .
Jehovah witnesses adalah cabang Christian yang dipanggil sebagai Unitarianism atau lebih tepat dikenali sebagai Arianism. kepercayaan mereka adalah mempercayai satu tuhan dan bukannya Trinity.
Christian ada 4 cabang terbesar
1. Roman khatolik - tak ada pecahan kat bawah dia
2. protestant - contoh: SIB, SDA, Anglikan, Methodist,
3. Orthodoxy - jarang kat Malaysia tetapi ada kat Timur tengah dan negara Barat - cth Russian orthodoxy church dll
4. Unitarianism/Arianism - juga di panggil sebagai non-trinitarians groups dan ada pecahan lagi seperti Jehovah witnesses, pantescostal dll mereka ikut patriarch Arius.
namun kadang2 Roman khatolik dan orthodoxy di gabungkan satu bagi pengelompokkan didomanasi christian ini... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo, peristiwa ni ada hikmahnya, kerana sekarang baru saya tahu, bahawa orang kristian juga menolak hari valentine, sebab selama ni yang selalu "mempromosikan" hari Valentine adalah orang2 kristian... ini adalah hakikat sejak dari dahulu lagi,...
ok, kalau tiada kaitan dengan ajaran kristian... maka adalah elok paderi2 yang marah ni bagi perjelasan kepada penganut2 kristian tentang hari valentine. dan bersama2 dengan orang Islam untuk TIDAK di merayakan lagi pada tahun depan dan seterusnya... apa macam? |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi apa kata, pihak gereja ni, terutama yang marah2 ni, buat macam orang Islam, tubuhkan penguatkuasa untuk tangkap orang2 kristian yang buat maksiat pada hari valentine atau lain2 hari, baru lah ada bukti ketegasan pihak gereja yang melarang orang kristian melakukan maksiat... apa macam, ok tak?
saya pun sokong kalau pihak Kristian, Budha dan Hindu buat penguatkuasaan,, atau badan pencegah maksiat masing2.... kan kamu semua kata , semua agama menolak maksiat... buktikanlah... buat la badan pencegah maksiat masing2... baru seru... ;) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo ikutkan pun sebenarnya, Valentines was never really celebrated pun by the Christians and Valentine really celebrate love such as love to your parents, love to your children, love to your spouse, love to your friends, love to all animals. Cuma sekarang the Valentine's day dah terlalu dikomersialkan. So every year kalo time nak Valentine's day tu....try not to scrutinize Christian.....sebab kalo bukan valentine pun maksiat berleluasa..........yang paling penting dan perlu diingati bahawa Valentine's Day is a celebration of love........love to all human beings........ |
|
|
|
|
|
|
|
3. Orthodoxy - jarang kat Malaysia tetapi ada kat Timur tengah dan negara Barat - cth Russian orthodoxy church dll
Ortodoxy kat Malaysia ade, cuma tak de komuniti yang seragam dan established. Setengahnya terpaksa menganut Roman Catholicism atau dibaptiskan semula di Gereja Roman Catholic sebab susah nak buat sacrament dan takde bishop dan metropolitan nak melatih dan mengesahkan orang2 membuat upacara agama.
Sky dengar di Brickfield ada satu Gereja Ortodoks Malabar. Tapi Sky dah baptis sekali lagi di Cathedral Saint Thomas di Singapore. Masa nyaris nak tersyahadah dulu Sky dah pergi bertaubat semula di Roman Catholic Church dekat Gereja Catholic yang Sky selalu pegi.
Jehovah Witness, mereka mengamalkan sesetengah hal dalam Old Testament seperti tak makan makanan laut yang tak bersisik, mereka tak makan arnab, mereka tak makan unta, mereka tak makan kerang-kerangan, mereka tak makan khinzir, mereka punya sembahyang mingguan pada hari Sabtu, mereka menekankan kepada Tettragrammaton atau Yod He Vaw He (Yahweh) dan sebenarnya dalam Judaisme nama ni tak boleh disebut dengan mulut atau dituliskan di mana-mana sebab sangat suci.
Semua orang Christian adalah Monotheist. Trinity adalah formula Iman macam rukun Iman. Hanya sebab orang Islam tak paham the philosophy, it doesn't affect anything dan kami tak tertakluk kepada mahkamah Syariah dan Majlis Ulama Malaysia atau Ijtimak Ulamak Ahlussunnah. Dat's all :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 589# Boogey
maaf2 cakap. Si Bahiyah ni tak dak hak untuk menyatakan sedemikian kepada penganut agama Kristian. Masalah moral tidak ada kena mengena dengan agama tetapi melingkupi semua batas kaum dan agama.
Di Malaysia, kebanyaakan masalah moral terutama yg melibatkan keruntuhan akhlaq, buang bayi, mat rempit adalah merupakan masalah sejagat yg sekarang ini didahului dengan statistik kaum Islam di tahap pertama. Sebabnya adalah kerana kita selalu melihat kes2 yg sedemikian diberi leiputan meluas apabila ianya melibatkan org2 Islam.
Valentine telah dieksploitasi dan diberi tuduhan kpd kaun Krsitian oleh si bahiyah ni.
Kalau kita lihat akhlaq si bahiyah ni di depan tv, nyata sekali ianya berjauhan dgn apa yg diperintahkan oleh Islam. mana mungkin seorang perempuan melebihi, menunjuk2 dikhalayak ramai, bermaja2 depan suami yg nampak bodoh didepannya adalah ajaran islam??? Apa itu aklaq org2 Islam? Ternyata akhlaq sedemikian la membawa kepada keruntuhan moral dan etika, sebab malu adalah sebahagian drp ajaran agama dan si bahiyah ni adalah perempuan yg tak tau malu. |
|
|
|
|
|
|
|
Islam melarang umatnya merayakan hari valentine, berdisko serta berdua-dua semasa bercouple. Ini jelas melalui usaha-usaha penyedaran, pencegahan dan penguatkuasaan yang dilakukan oleh umat islam itu sendiri terhadap umatnya. Justeru saya ingin bertanya, apakah ajaran kristian juga melarang umatnya merayakan hari valentine, disko, berdua-duaan dalam bercouple? Jika demikian apakah bentuk usaha larangan yang dijalankan oleh umat kristian terhadap umatnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cheongkl33 at 1-3-2011 19:58
Reply 596# erusi
Jangan cuba nak jadi God policeman!!!! nobody appoint you to jaga tepi kain orang ... konon nak mencegah tapi .. sebenarnya nak tengok free show. tiu na sing betul. God and me is personal is between both of us. so you get it!!!!!! TOLONG JANGAN KACAU {:2_74:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply erusi
Jangan cuba nak jadi God policeman!!!! nobody appoint you to jaga tepi kain orang ...
cheongkl33 Post at 1-3-2011 19:56
Mereka tak ada ajaran pasal moral dan akhlak kot, segala benda mesti diisytiharkan kepada dunia (menjadikan manusia munafik dan hipokrit kerana takbur dan riak). Yang mereka tahu cuma tuduh orang lain di sana sini sedangkan anak-anak gadis mereka keluar dengan lelaki-lelaki mat rempit hidung belang berasmara di rumah kongsi jantan-jantan (beragama Islam ya) sampai termengadung dan membuang bayi ke dalam tong sampah, bukan sesiapa mempengaruhi mereka pun pergi tanya lah kepada arwah Saint Valentine adakah beliau kenal gadis-gadis chikaro ini semua dan juga jantan-jantan bohjan mat rempit tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 597# cheongkl33
Dalam Islam, sememangnya setiap umat Islam yang punya kesedaran harus bertindak sebagai god policemen terhadap umat kami sendiri, itu perintah Allah kerana kami adalah umat yang "amal maaruf nahi mungkar".
Yang nak tengok free show tu may be kamu kot cheong, yang suka tengok bangsa kamu buat perlakuan sumbang tuh. Not me and other muslim yang punya kesedaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 598# sky_ephemeris
Saya tidak nafikan memang banyak remaja Islam yang runtuh akhlaknya disebabkan kurangnya didikan agama dalam diri mereka menyebabkan mereka tidak punya kesedaran atas halam haram dalam hukum Islam. Terkadang mereka juga tahu akan halal haramnya namun mereka tetap langgar ketetapan tersebut kerana mereka lebih menuruti hawa nafsu masing-masing, menyebabkan larangan Allah pun mereka buat . Atas dasar itulah umat Islam lain yang punya kesedaran berusaha untuk mencegah, membanteras perlakuan-perlakuan tidak bermoral ini demi untuk memberi kesedaran dan kebaikkan pada mereka sendiri, kerana jika terus menuruti hawa nafsu, maka mereka sendiri yang akan terus hanyut dalam dosa dan kejahatan. seperti yang saya katakan, kami adalah umat yang "amal maaruf nahi mungkar".
Justeru bagaimana pula dengan kristian? Jangan nafikan bahawa penzinaan tidak dilakukan oleh remaja kristian. Ini kerana sudah diketahui umum, remaja kristian jauh lebih teruk keruntuhan akhlaknya jika berbanding dengan remaja Islam, sehinggakan penzinaan dilakukan secara terang-terangan dan berleluasa tanpa sebarang rasa takut terhadap denda atau hukuman dari pihak berkuasa kristian itu sendiri.
Justeru itulah yang saya tanyakan apakah tiada sebarang larangan oleh pihak berkuasa kristian terhadap iumat kristian daripada meraikan hari valentine, disko dan berdua-duaan dalam bercouple. Ini kerana kelompok kristian mendakwa itu bukan budaya dan ajaran kristian. Justeru apakah tiada larangan oleh pihak kristian terhadap umat kristian itu sendiri daripada melakukan sesuatu yang bukan menjadi budaya dan ajaran dalam agama mereka? Jika adanya larangan itu, maka usaha yang dilakukan dalam pencegahan dan pembanterasan terhadap melakukan perbuatan-perbuatan tersebut? |
|
|
|
|
|
|
|
Justeru bagaimana pula dengan kristian? Jangan nafikan bahawa penzinaan tidak dilakukan oleh remaja kristian. Ini kerana sudah diketahui umum, remaja kristian jauh lebih teruk keruntuhan akhlaknya jika berbanding dengan remaja Islam, sehinggakan penzinaan dilakukan secara terang-terangan dan berleluasa tanpa sebarang rasa takut terhadap denda atau hukuman dari pihak berkuasa kristian itu sendiri.
Awak dengar saya sebutkan hal perzinaan tu macam nada saya menyokong kah? Awak boleh hentikan anggapan bahawa Eropah sebagai penganut Kristian tak? Budaya Eropah tak melambangkan ajaran nabi Isa al-Masih. Awak2 semua tak sudah2 menghina nabi Isa (as).
Orang yang bermuhasabah diri dia tidak akan menyelar orang merata2. Jika membanteras nya tak perlu dihebahkan ke dunia. Akidah yang tinggi juga menyebabkan orang itu takut akan balasan Allah. Oleh itu mereka tak akan melakukan perbuatan keji dan kemaksiatan. Orang yang melakukan kemaksiatan dan kekejian di belakang atau terangan adalah orang yang tiada Allah di dalam hatinya. Brand agama apa pun tak akan berkesan terhadap orang yang batil.... kamu terlalu dangkal dalam memberi kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 601# sky_ephemeris
Awak dengar saya sebutkan hal perzinaan tu macam nada saya menyokong kah? Awak boleh hentikan anggapan bahawa Eropah sebagai penganut Kristian tak? Budaya Eropah tak melambangkan ajaran nabi Isa al-Masih. Awak2 semua tak sudah2 menghina nabi Isa (as).
hmm, kelihaannya ada suatu yang salah faham di sini. Pertama sekali saya nak bagitahu bahawa saya tidak pernah menghina ajaran Nabi Isa, menurut acuan saya. Ini kerana saya tidak pernah mempersoalkan ajaran nabi Isa kerana bagi saya, ajaran nab Isa itulah juga ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dan itulah ajaran Islam. So jika pada pandangan kamu saya menghina ajaran Nabi Isa, then its up tu you, kerana saya mempunyai kepercayaan saya sendiri, dan dalam kepercayaan saya, Nabi Isa itu adalah salah seorang nabi utusan Allah, sama seperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan lain-lainnya. Justeru dalam kepercayaan saya, tidak wujud saya menghina Nabi Isa. Kerana Islam melarang umatnya menghina para utusan Allah.
Namun yang saya persoalkan adalah kepercayaan kristian, bukannya ajaran Nabi Isa. Bagi saya kepercayaan kristian itu tidak pernah menjadi kepercayaan yang ingin diterapkan oleh Nabi Isa kepada kaum yang di mana beliau diutuskan Allah kepadanya. But if you still ingin anggap saya menghina ajaran Nabi Isa, then it up to you. Saya tidak dapat menghalang kamu untuk beranggapan sedemikian.
Berkenaan dengan orang eropah. Apa yang kamu ingin sampaikan apabila kamu ingin saya berhenti melihat bahawa eropah itu sebagai penganut kristian? Apakah kamu beranggapan penganut di eropah yang mengakui bahawa Jesus itu sebagai Tuhan adalah bukannya penganut kristian? Apakah bagi kamu apabila seseorang itu sudah mempercayai Jesus sebagai Tuhan, namun masih belum tentu dia itu adalah penganut kristian atau sebaliknya? Apakah kamu beranggapan apabila seseorg itu sudah mempercayai Jesus adalah Tuhan, namun dia masih belum pasti akan memperolehi keselamatan sebagai seorg kristian atau sebaliknya?
Seperti yang kamu katakan, budaya eropah tidak melambangkan ajaran Nabi Isa. Kenapa? Apakah kerana keruntuhan akhlak di sana yang terlalu teruk itu? Jika demikian kamu mengakui bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak itu bukanlah ajaran kristian. Jika demikian kenapa pula kamu tidak mahu melihat bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam itu juga bukannya ajaran Islam? Justeru jika kamu ingin melihat perlakuan remaja yang keruntuhan akhlak yang mengakui Jesus sebagai Tuhan di eropah itu sebagai bukannya ajaran kristian, maka seharusnya kamu juga harus melihat perlakuan remaja Islam yang keruntuhan akhlak itu juga bukannya ajaran Islam. Justeru jika kamu ingin mempertikaikan sesuatu agama dan kepercayaan, maka seharusnya kepercayaan agama tersebut yang harus kamu persoalkan, bukannya mempersoalkan perlakuan penganutnya yang belum tentu sama ada mentaati atau tidak, ajaran dalam sesuatu agama dan kepercayaan tersebut.
Orang yang bermuhasabah diri dia tidak akan menyelar orang merata2. Jika membanteras nya tak perlu dihebahkan ke dunia. Akidah yang tinggi juga menyebabkan orang itu takut akan balasan Allah. Oleh itu mereka tak akan melakukan perbuatan keji dan kemaksiatan. Orang yang melakukan kemaksiatan dan kekejian di belakang atau terangan adalah orang yang tiada Allah di dalam hatinya. Brand agama apa pun tak akan berkesan terhadap orang yang batil.... kamu terlalu dangkal dalam memberi kenyataan.
Ini bergantung kepada kepercayaan agama masing-masing. Jika kristian mempercayai bahawa orang yang bermuhasabah diri, dia tidak akan menyelar orang merata-rata, maka it up to kristian. But bagi islam tidak seperti itu. Seperti yang saya katakan, kami umat yang bersifat "amal maaruf nahi mungkar", iaitu umat yang melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran. Itu sifat umat Islam. You jangan memaksa umat Islam untuk juga harus seperti apa yang u anggap. That not fair.
Seperti yang you kata, membanterasnya tidak perlu dihebahkan ke dunia. Saya melihat itulah kelemahan usaha-usaha pihak berkuasa kristian kerana apabila kamu merahsiakan usaha pembanterasan itu, bermakna kamu belum cukup menyampaikan maklumat kepada umat-umat kristian akan larangan-larangan dalam ajaran kristian. Maka tidak hairanlah larangan dan perintah kristian kepada umatnya dalam aktiviti meraikan hari valentine, disko, berdua-duaan dalam bercouple itu kelihatan kabur pada pandangan umat kristian sendiri. Maka tidak heranlah jika aktiviti tersebut sering diamalkan oleh pengikut-pengikut kristian tanpa sebarang batasan. Maka tidak hairanlah, walaupun dalam ajaran kristian itu semua bukan budaya kristian, tetapi apabila mungkin terdapatnya umat kristian yang menganggap sebaliknya iaitu itu semua adalah bukan satu larangan, malah menjadi budaya kristian. Ini disebabkan tiadanya larangan secara tegas oleh pihak berkuasa kristian, malah usaha pembanteras itu dirahsiakan pula.
Justeru di sini, jika ada individu yang mengatakan itu semua adalah budaya kristian, maka apa yang diperkatakan itu tidak dapat diperkatakan sebagai salah, jika terdapatnya kelompok kristian yang beranggapan sedemikian akibat daripada tiadanya usaha kesedaran yang dimainkan oleh pihak berkuasa kristian ataupun merahsiakan usaha kesedaran itu.
Justeru, ada baiknya kamu melihat kepincangan dalam penguatkuasaan oleh pihak berkuasa itu sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain yang membuat dakwaan itu dan ini akibat daripada kepincangan usaha pihak berkuasa kristian itu sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
“hmm, kelihaannya ada suatu yang salah faham di sini.Pertama sekali saya nak bagitahu bahawa saya tidak pernah menghina ajaran NabiIsa, menurut acuan saya. Ini kerana saya tidak pernah mempersoalkan ajaran nabiIsa kerana bagi saya, ajaran nab Isa itulah juga ajaran yang disampaikan olehNabi Muhammad dan itulah ajaran Islam.”
Pertama sekali, awak ni menghadapi masalah kecelaruan dalamkeagamaan ke? Awak nak mereka ajaran nabi Isa menurut pandangan awak sendiri sedangkan awak bukan penganut ajaran nabi Isa dan tak dibaptiskan seperti nabi Isa kami menurut Sunnah nabi Isa. Orang Nasrani adalah penganut ajaran nabi Isa (as) dan ajaran nabiIsa adalah ajaran Allah yang disampaikan kepada anak-Nya Isa al-Masih. AjaranIslam jika selari dengan ajaran nabi Isa maka tak ada umat Islam yang akanbermusuhan dengan pengikut nabi Isa.
“So jika pada pandangan kamu saya menghina ajaran Nabi Isa,then its up tu you, kerana saya mempunyai kepercayaan saya sendiri, dan dalamkepercayaan saya, Nabi Isa itu adalah salah seorang nabi utusan Allah, samaseperti Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Muhammad dan lain-lainnya. Justeru dalamkepercayaan saya, tidak wujud saya menghina Nabi Isa. Kerana Islam melarangumatnya menghina para utusan Allah.”
Kami ada kepercayaan tersendiri, kami ada Gereja kamisendiri iaitu badan keagamaan kami sendiri yang mengeluarkan fatwa sama sepertiMajlis Ulama Ahlussunnah wal Jamaah. Kami ada ulama kami sendiri yang menjadipewaris nabi Isa sama macam orang Islam mempunyai ulamak yang dikatakan pewarisnabi awak. Ada perkataan yang kita katakana kita tak nampaknya sebagai menghinatetapi akan membawa kita masuk ke neraka sejauh Timur dan Barat. Hadis SahihBukhari kan?
“Namun yang saya persoalkan adalah kepercayaan kristian, bukannya ajaran NabiIsa. Bagi saya kepercayaan kristian itu tidak pernah menjadi kepercayaan yangingin diterapkan oleh Nabi Isa kepada kaum yang di mana beliau diutuskan Allahkepadanya. But if you still ingin anggap saya menghina ajaran Nabi Isa, then itup to you. Saya tidak dapat menghalang kamu untuk beranggapan sedemikian.”
Apa yang awak tahu pasal kepercayaan dalam agama orang yang mengikuti ajaran nabi Isa atau Kemasihianmelainkan awak hanya dengar spekulasi dan dakwaan sahaja. Awak tak pernah menganuti ajaran nabi Isa baik dari aliran Ortodoks atau Sejagat atau yang Protestant yang baru wujud sekitar abad ke-16 M. Berapa banyak kahmazhab dan aliran yang terbentuk selepas pemergian dan kenaikan Isa al-Masihkepada Allah? Awak cuma nampak Gereja Barat sahaja? Gereja Suryani (orang Timur) awak pernahlihat dan pergi bersembang dengan orang Suryani dan Kaldani?
“Berkenaan dengan orang eropah. Apa yang kamu ingin sampaikan apabila kamuingin saya berhenti melihat bahawa eropah itu sebagai penganut kristian? Apakahkamu beranggapan penganut di eropah yang mengakui bahawa Jesus itu sebagaiTuhan adalah bukannya penganut kristian? Apakah bagi kamu apabila seseorang itusudah mempercayai Jesus sebagai Tuhan, namun masih belum tentu dia itu adalahpenganut kristian atau sebaliknya? Apakah kamu beranggapan apabila seseorg itusudah mempercayai Jesus adalah Tuhan, namun dia masih belum pasti akanmemperolehi keselamatan sebagai seorg kristian atau sebaliknya?”
Saya tak pernah pandang orang Eropah sebagai wakil kepadaajaran Masihi. Awak rasa saya sembah kepada nabi Isa kah? Nabi Isa bukan Tuhan saya, Tuhan saya Allah. Baginda adalah anak-Nya secara kerohanian sahaja. Saya berkepercayaanbahawa nabi Isa adalah orang yang mendapat hak memberikan syafaat kepada sayadengan keizinan Allah dan baginda merupakan seorang yang suci dan diselubungidengan keilahian serta roh kuddus kerana itu baginda membacakan Injil serta diberikan hikmah dan Taurat. Apabilaawak semua mempersoalkan kami, maksudnya awak semua tak percaya dan beriman punkepada kitab Injil tak kisah lah Injil yang terseleweng ke Injil yang nabi Isatulis sendiri dengan tangan baginda. Sebab wahyu datang dari Allah dan nabi Isamenjadi medium. Orang yang mendapat wahyu dalam ajaran agama kami dipanggil dengan istilah diselubungi oleh Ruhul Kuddus.
“Seperti yang kamu katakan, budaya eropah tidak melambangkan ajaran Nabi Isa.Kenapa? Apakah kerana keruntuhan akhlak di sana yang terlalu teruk itu? Jikademikian kamu mengakui bahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak itubukanlah ajaran kristian. Jika demikian kenapa pula kamu tidak mahu melihatbahawa perlakuan yang membawa keruntuhan akhlak di kalangan remaja Islam itujuga bukannya ajaran Islam? Justeru jika kamu ingin melihat perlakuan remajayang keruntuhan akhlak yang mengakui Jesus sebagai Tuhan di eropah itu sebagaibukannya ajaran kristian, maka seharusnya kamu juga harus melihat perlakuanremaja Islam yang keruntuhan akhlak itu juga bukannya ajaran Islam. Justerujika kamu ingin mempertikaikan sesuatu agama dan kepercayaan, maka seharusnyakepercayaan agama tersebut yang harus kamu persoalkan, bukannya mempersoalkanperlakuan penganutnya yang belum tentu sama ada mentaati atau tidak, ajarandalam sesuatu agama dan kepercayaan tersebut.”
Saya bagi analogi sahaja. Saya tak pernah buruk sangka katorang Islam mahu pun orang dari agama lain kerana saya tak pernah dakwahkan agama saya kepada orang. Saya sepatutnya dah menganuti ajaran nabi Muhammad sebab kamiorang Nasrani percaya bahawa kenabian tidak terputus macam orang Islam, nabi adalah orang-orang alim yang menerima wahyu dari Allah dan juga yang keluar wahyu dari mulutnya walaupun dia hanya mendapat wahyu tersebut dari sumber yang pertama.
Kamiberiman bahawa nubuwwat boleh turun kepada orang alim-alim yang dicintai oleh Allah sama sepertikepercayaan orang Yahudi.
Sikap "holier than thou" orang Islam sama seperti sikap orang Pharisee yang mencerca nabi Isa walaupun nabi Isa memberikan ucapan yang sebenarnya difahami salah oleh mereka dan dianggap menentang setengah adat (undang2 dan hukum fekah yang direkakan oleh para ulamak Yahudi). Maaf saya cakap. Tetapi atas sikap sebegini saya lihat pada orang Islam tak melambangkan apa2 retorik yang kamu sebutkan.Ssebegitu saya kembali semula kepadaajaran nabi Isa dan saya rasa cukup saya dengan perutusan dari Isa al-Masihanak-Nya yang terzahir rohnya dari Nur Ilahi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 603# sky_ephemeris
Pertama sekali, awak ni menghadapi masalah kecelaruan dalamkeagamaan ke? Awak nak mereka ajaran nabi Isa menurut pandangan awak sendiri sedangkan awak bukan penganut ajaran nabi Isa dan tak dibaptiskan seperti nabi Isa kami menurut Sunnah nabi Isa. Orang Nasrani adalah penganut ajaran nabi Isa (as) dan ajaran nabiIsa adalah ajaran Allah yang disampaikan kepada anak-Nya Isa al-Masih. AjaranIslam jika selari dengan ajaran nabi Isa maka tak ada umat Islam yang akanbermusuhan dengan pengikut nabi Isa.
Apa yang saya nampak adalah kamu tidak faham apa yang saya sampaikan. Apa yang saya maklumkan adalah berdasarkan kepercayaan saya sebagai penganut Islam. Bukannya berdasarkan kepercayaan kamu. Kamu mendakwa kamu adalah pengikut ajaran Nabi Isa. Then it up to you, itu adalah kepercayaan kamu. Manakala saya juga mendakwa bahawa saya juga mengikuti ajaran nabi Isa, dan telah pun saya berikan sebabnya kenapa saya mendakwa sedemikian. Ini adalah kepercayaan saya. Kepercayaan kita sememangnya adalah amat jauh berbeza. Justeru sememangnya lah kamu melihat saya bukan mengikuti ajaran Nabi Isa dan begitu juga saya iaitu melihat kamu bukannya mengikut ajaran sejati Nabi Isa.
Kecualilah jika kamu dapat membuktikan melalui kepercayaan saya itu bahawa dakwaan saya iaitu saya mengikuti ajaran Nabi Isa sebagai tidak berasas. Jika hanya sekadar berbeza pendapat, itu sudah lumrah kerana kita sememangnya berbeza kepercayaan. Justeru sila faham apa sebenarnya yang saya cuba sampaikan supaya kamu tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak berasas seperti mendakwa umat Islam bermusuhan dengan pengikut Nabi Isa. Jika diikutkan berdasarkan kepercayaan saya, tidak wujud situasi yang kamu sebutkan itu sebab, bagi saya pengikut ajaran sebenar Nab Isa itu juga adalah umat Islam itu sendiri, dan bukannya golongan kristian yang mempercayai Jesus sebagai Tuhan.
Kami ada kepercayaan tersendiri, kami ada Gereja kamisendiri iaitu badan keagamaan kami sendiri yang mengeluarkan fatwa sama sepertiMajlis Ulama Ahlussunnah wal Jamaah. Kami ada ulama kami sendiri yang menjadipewaris nabi Isa sama macam orang Islam mempunyai ulamak yang dikatakan pewarisnabi awak. Ada perkataan yang kita katakana kita tak nampaknya sebagai menghinatetapi akan membawa kita masuk ke neraka sejauh Timur dan Barat. Hadis SahihBukhari kan?
Then teruskan lah dengan kepercayaan kamu itu. Sebab itu saya katakan, it up to you jika ingin beranggapan saya menghina Nabi Isa. Namun pada diri saya dengan berdasarkan kepercayaan saya, saya bukannya menghina Nabi Isa kerana agama saya sendiri melarang saya berbuat sedemikian. Yang penting di sini adalah niat masing-masing dan saya amat yakin Tuhan itu Maha Mengetahui bahawa setiap apa yang saya persoalkan berkenaan dengan kristian itu adalah demi untuk menyedarkan sesiapa yang benar-benar inginkan kebenaran, bukannya untuk menghina sesiapa.
Apa yang awak tahu pasal kepercayaan dalam agama orang yang mengikuti ajaran nabi Isa atau Kemasihianmelainkan awak hanya dengar spekulasi dan dakwaan sahaja.
Sebab itulah saya tidak terus kepada mempertikaikan mana-mana dakwaan orang kristian bahawa mereka adalah pengikut Nabi Isa, namun apabila saya telah membuktikan wujudnya kesalahan satatan dalam bible itu, maka barulah saya mempertikaikan dakwaan mereka itu dengan mempertikaikan keaslian dan kesahihan ayat bible itu sendiri. Ini kerana kelompok kristian mendakwa mereka pengikut Jesus dengan berpandukan kepada bible mereka. Justeru apabila kesahihan bible mereka itu dipertikaikan, makanya dakwaan mereka sebagai pengikut Nabi isa juga dipertikaikan kerana bersumberkan sesuatu yang tidak sahih. Justeru hakikatnya saya bukannya mendengar spekulasi atau dakwaan seperti mana yang kamu anggapkan, sebaliknya saya mengemukakan pembuktian. Pembuktian itu dikemukakan melalui bible kamu, dengan cara membuktikan kesalahan dalam bible kamu itu yang akhirnya membawa kepada mempertikaikan kesahihan ayat-ayatnya yang lain yang kamu gunakan dalam dakwaan kau.
Namun bagaimana pula dengan kamu? Apakah kamu dapat mempertikaikan secara pembuktian dengan ditinjau dari sudut kepercayaan Islam itu sendiri bahawa umat Islam itu adalah bukannya mengikuti ajaran Nabi Isa, Contohnya seperti mengemukakan bukti drp Al-Quran. Tidak! sebaliknya kamu hanya bersumberkan bible kamu untuk mengatakan sedemikian. Justeru itu ianya tidak memberi kesan kepada kami, umat Islam, kerana kami tidak mempercayai bible kamu. Justeru jika kamu mengemukakan bukti dengan mengutipnya daripada bible, maka dengan mudah kami mengatakan bahawa bible kamu itu yang tidak betul, bukannya dakwaan kami yang tidak betul.
Kamu nampakkah apa yang saya cuba sampaikan di sini?
Awak tak pernah menganuti ajaran nabi Isa baik dari aliran Ortodoks atau Sejagat atau yang Protestant yang baru wujud sekitar abad ke-16 M. Berapa banyak kahmazhab dan aliran yang terbentuk selepas pemergian dan kenaikan Isa al-Masihkepada Allah? Awak cuma nampak Gereja Barat sahaja? Gereja Suryani (orang Timur) awak pernahlihat dan pergi bersembang dengan orang Suryani dan Kaldani?
Itu hanya pendapat kamu. Tetapi pendapat saya sebaliknya. Bagi saya untuk menjadi pengikut ajaran Nabi Isa adalah dengan menjadi seorang Islam. Kerana Nabi Isa adalah utusan Allah, dan Nabi Muhammad juga adalah utusan Allah. Jadi apa yang diajar oleh Nabi Muhammad, maka itu juga yang diajar oleh Nabi Isa kerana mereka sama-sama utusan Allah. Justeru apabila saya mengikuti ajaran Nabi Muhammad, bermakna saya juga mengikuti ajaran Nabi Isa dan nabi-nabi lainnya.
Saya tak pernah pandang orang Eropah sebagai wakil kepadaajaran Masihi. Awak rasa saya sembah kepada nabi Isa kah? Nabi Isa bukan Tuhan saya, Tuhan saya Allah. Baginda adalah anak-Nya secara kerohanian sahaja. Saya berkepercayaanbahawa nabi Isa adalah orang yang mendapat hak memberikan syafaat kepada sayadengan keizinan Allah dan baginda merupakan seorang yang suci dan diselubungidengan keilahian serta roh kuddus kerana itu baginda membacakan Injil serta diberikan hikmah dan Taurat.
Awak tidak menganggap orang eropah sebagai wakil ajaran Masihi. Dan awak tidak menganggap Jesus sebagai tuhan. Jika demikian bermakna, bagi kamu apabila seseorg menganggap Jesus adalah Tuhan maka dia telah sesat kerana menganggap sesuatu yang bukan Tuhan iaitu Jesus (yang kamu anggap bukan Tuhan) itu adalah Tuhan? Itukah yang kamu ingin sampaikan?
Justeru awak pergi gereja mana? Di gereja itu, si paderinya pun tidak menganggap Jesus itu sebagai Tuhankah? Apa-apa pun saya menganggap ini adalah masalah dalaman kelompok kristian itu, kerana di satu pihak ada yang mendakwa Jesus Tuhan dan di satu pihak lagi ada yang menganggap Jesus bukan Tuhan.
Maka kamu menganggap Allah dan Jesus itu adalah individu yang berlainan dan terpisah? Justeru pada pandangan awak Jeus itu bukan salah satu keperibadian Bapa (Allah)? Justeru bagaimana pula dengan konsep trinity dalam hal ini jika pada pandangan awak Tuhan awak adalah Allah, dan bukannya Jesus. Sila jelaskan.
Apa-apa pun itu hak kamu untuk menentukan pilihan kamu. Saya tidak mahu komen kerana saya mempunyai pandangan tersendiri yang sesuai dengan pandangan Islam terhadap kelompok yang mempunyai kepercayaan seperti kamu iaitu tidak menganggap Jesus sebagai Tuhan dan dalam masa yang sama tidak menganggap Nabi Muhammad sebagai seorang utusan Allah.
Apabilaawak semua mempersoalkan kami, maksudnya awak semua tak percaya dan beriman punkepada kitab Injil tak kisah lah Injil yang terseleweng ke Injil yang nabi Isatulis sendiri dengan tangan baginda. Sebab wahyu datang dari Allah dan nabi Isamenjadi medium. Orang yang mendapat wahyu dalam ajaran agama kami dipanggil dengan istilah diselubungi oleh Ruhul Kuddus.
Ini satu tindakan yang salah, kerana awak tidak boleh memaksa umat Islam untuk menerima pendapat kamu itu. Kami mempunyai pendapat yang lain iaitu bagi kami, Injil itu bukannya bible yang ada pada kamu itu. Ini kerana bagi kami, Injil itu adalah kitab yang diturunkan Allah kepada Nabi Isa, bukannya buku-buku yang terhasil daripada penulisan seseorang individu selepas pemergian Nabi Isa iaitu bible kamu itu. Justeru bagi kami, apabila kami mempertikaikan bible kamu, bukannya bermakna kami mempertikaikan Injil. Sila faham dengan baik. Justeru jika kamu ingin menganggap bible kamu itu sebagai Injil, maka saya tidak mempunyai sebarang halangan. Tetapi jangan pula kamu mengatakan kepada kami bahawa kami mempertikaikan Injil yang kami percayai sebagai wahyu Allah apabila kami mempertikaikan bible kamu. Itu adalah amat tidak benar kerana kami tidak berpandangan sedemikian.
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
| |
|