CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayangidaku

ELLA - Ratu Rock!

 Close [Copy link]
Post time 3-2-2009 10:07 PM | Show all posts


teaser yg amat menyeksa jiwa..
buat org lagik tak sabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 11:48 PM | Show all posts
sabar menanti kedatangan bulan mac
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 09:31 AM | Show all posts
bila kak ell nk balik dr sydney ni
bila album nak siap
bila nk launching album
bila nk jumpa kak ell

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 12:46 PM | Show all posts
OFF TOPIC:

[quote]Che Mi kini tinggal kenangan
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]


MOHD ARZMY (kanan) mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan 'Thirst For Passion The Music Executive' Vernon David (kiri) pada 2005.



Mohd Arzmy banyak menaikkan nama besar dalam dunia muzik tanah air sepanjang bersama EMI Malaysia

TENGAH malam tanggal 5 Mac lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita pemergian orang kuat syarikat rakaman EMI, Mohd Arzmy Mohamad. Allahyarham meninggal dunia kerana serangan jantung di Hotel Flamingo sewaktu sedang bermesyuarat mengenai beberapa projek album dan persembahan sebelum diusung ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Allahyarham berasal dari Pulau Pinang meninggalkan tiga orang anak dan baru saja menyambut ulang tahun ke-55 pada 25 Februari lalu.

Difahamkan serangan itu adalah kali kedua dialaminya selepas 14 Februari lalu dan dimasukkan ke HUKM. Bagaimanapun ketika itu, Allahyarham meminta kebenaran untuk keluar awal dari hospital kerana perlu melunaskan persiapan Majlis Pelancaran Bulan Dakwah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 19 Februari lalu.

Nama Mohd Arzmy mungkin tidak dikenali sangat dalam dunia hiburan kerana beliau banyak melakukan kerja di belakang tabir. Bagaimanapun, dikalangan rakan artis, wartawan hiburan dan kakitangan kakitangan perhubungan rakaman, namanya bukan asing lagi. Mesra dengan panggilan Che Mi, Allahyarham mula bertugas sebagai Artis & Reportoire di EMI sekitar tahun 1970-an dan beberapa kali meninggalkan syarikat rakaman ini dan kembali semula bertugas di tempat yang sama. Allahyarham cukup mesra dengan panggilan Che Mie.

Sepanjang bersama EMI, Allahyarham pernah terbabit dalam menguruskan promosi, pengedaran dan penerbitan album selain memperkenalkan penyanyi nama besar tanah air yang dikenali sehingga sekarang.


Allahyarham Mohd Arzmy



Antaranya ialah Datuk Sharifah Aini, Anita Sarawak, Allahyarham Sudirman, Ella, Fauziah Latiff, Rabbani, kumpulan KRU, Cromok,. Beliau pernah meninggalkan EMI pada tahun 2001 untuk menyertai KRU Records. Bagaimanapun, pada tahun 2004, Army kembali kepada EMI. Sejak itu, Allahyarham terus gigih mengembangkan dan memasarkan album penyanyi tempatan terutama yang bercorak keagamaan dan kerohanian.

Selepas mendapat sokongan daripada majikannya, Allahyarham mengedarkan cakera padat (CD) koleksi qari dan qariah tempatan yang pernah menjadi juara Musabaqah Al-Quran Antarabangsa. Di atas usahanya jugalah, EMI mengedarkan album keagamaan yang dinyanyikan oleh Yusof Islam

Menurut anak sulung Allahyarham, Al Azan Mohd Arzmy, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan ayahanda.

Katanya, selepas ini segala tanggung jawab akan diambil alihnya.

揂pa yang saya dapat katakan, bapa (Allahyarham) sangat gembira dengan pencapaian kerja dan kebahagiaan keluarganya. Bapa juga yang paling banyak menyokong saya daripada belakang,
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 03:17 PM | Show all posts
jgn lupa bukak radio era pukul 4ptg satgi...

Ella will be in the studio utk bercakap psl album baru and ade preview lagu terbaru "uisi Hamba"
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 04:44 PM | Show all posts
sebak nye dgr Puisi Hamba

seb bek dpt rec...leh dgr hari2 sementara tak kuar lg kt kedai

p/s: nnt akan kuar greatest hits with 3 new songs.....alaaa bukan full album with more new songs. huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2009 01:34 AM | Show all posts
Credit to AdiFashla.blogspot.com

ELLA - PUISI HAMBA!!!

KHAMIS 2 APRIL 2009


Pic: Ella yang sentiasa keleteh dan ceria!!!


Ella is back!!!! Yup..Ella akan muncul dengan album barunya Mei 2009 ni...tetapi dia dah keluarkan "single"nya yang bertajuk "uisi Hamba"


Pic: Me and Ella


Hari ni Ella datang dengan Jojie! Kakak merangkap manager Ella..Tahutak, Ella ni rupanya.."hantu" bola jugak..dia tahu nama-nama pemain bola sepak..tapi yang peliknya dia sokong dua pasukan EPL...iaitu MU dan Chelsea...hahaha..macam mana tu?..Katanya..kalau satu team kalah...mesti satu team lagi menang!!! So dia ada benda nak sokong dalam EPL...hikhik hik...macam tu pulak..Adi dan Burn gelak jer la...


Pic: Petang ERA bersama ELLA.


Adi ada koleksi lagu lagu Ella ..memang Adi ni salah seorang peminat Ella....keset Ella 30110 sampai hancur dan Adi terpaksa beli yang lain di sebabkan rosak dek selalu sangat di mainkan dalam walkman Adi masa sekolah menengah dulu!!!Lagu berhantu Ella yang Adi dengar sampai saat ini dan takkan bosan ialah lagu "Menanti" dari album ELLA USA!!! Dengar la lagu tu kalau tengah rindu seseorang!!!!! Yeahhh jiwangggg!!!!Ella Rocks!!!



Pic: Bukan kitarang jer sibuk nak bergambar dengan Ella..Ella pun gila ambik gambar jugak!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 01:43 AM | Show all posts

Reply #587 juara's post

kurusnye kak ell

bila la nk dpt dgr kak ell nyani live puisi hamba ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 6-3-2009 12:46
OFF TOPIC:




aku penah jumpa Che Mie beberapa kali ms show kak ell. org nya baik dan sporting.
since kak ell & kak jie still kt sydney..tak dpt la nk gi melawat jenazah
al-fatihah ut ...


First time & kali terakhir jumpa arwah time pra dengar album Putih Shah kat Planet Hollywood
Time tu arwah bagi peluang fan jumpa Ella kejap..
5 minit pun jadi lah..Mmg happening..
terlupa plak time tu majlis pra dgr album Shah.. bukan Ella
tapi tu dh tinggal kenangan..

Al Fatihah tuk arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2009 12:36 PM | Show all posts
Puisi Hamba Ella


Ella

--------------------------------------------------------------------------------



LAMA juga tidak mendengar sebarang cerita baru tentang Ratu Rock negara, Ella. Yelah, selepas melahirkan album Rama-Rama pada tahun 2007, nama Ella seakan-akan sepi dari dunia seni tanah air.

Tetapi itu tidak bermakna Ella hanya duduk diam dan tidak memikirkan strategi terbaru demi peminat-peminat setianya yang telah menyokongnya sehingga dia mampu bertahan lebih dua dekad sebagai penyanyi rock.

Rasanya, sehingga kini, masih belum ada penyanyi rock wanita yang setanding dengan Ella.

Sewaktu Papa bercuti minggu lalu, Papa berkesempatan mendengar radio di rumah tatkala membantu ibu membuat kerja-kerja rumah.

Tiba-tiba telinga Papa ini tertarik dengan sebuah lagu yang disampaikan dengan penuh manja oleh sang penyanyinya. Sebaik tamat lagu itu, juruhebah pun memberitahu lagu berkenaan adalah lagu terbaru Ella yang berjudul Puisi Hamba.

Melodinya, Papa tidak nafikan memang menarik tetapi yang buat Papa tidak berapa berkenan gaya penyampaian Ella yang bagaikan merengek-rengek di beberapa rangkap pada permulaan lagu itu.

Sehingga Papa boleh membayangkan persembahan Ella di atas pentas apabila membawakan lagu berkenaan.

Mungkin Ella mahukan kelainan agar peminatnya tidak bosan dengan cara dia menyanyi. Tidak mengapalah. Masing-masing ada cara sendiri kan. Papa juga difahamkan lagu Puisi Hamba akan dimuatkan dalam album kompilasi terbarunya, The Greatest Hits yang akan berada di pasaran esok (14 Mei).


ilek la papa...merengek2 tu la best
yeayyy Greatest Hits akan berada di pasaran mulai esok :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:58 PM | Show all posts
taken from gua.com.my

Ella Keluarkan 慣he Greatest Hits抂/size]
by - | 20 May 2009
   



Bukan sekadar ratu, kini Ella, ikon rock negara, buat pertama kalinya tampil dengan sebuah kompilasi paling komprehensif, menggabungkan lagu-lagu terbaik beliau bersama Warner Music dan EMI Records.

Kini kembali bersama Warner Music umpama sirih pulang ke gagang, ikon rock Ella meluncurkan The Greatest Hits, perjalanan kisah cintanya di persada muzik serantau. Menampilkan 32 buah lagu yang dipilih oleh Ella sendiri, ianya juga turut menampilkan tiga buah lagu baru
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 08:14 PM | Show all posts
Perjalanan cinta Ella
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]


KEMELUT ekonomi global yang melanda di seluruh dunia tidak sedikit pun menjejaskan semangat ratu rock tanah air, Ella untuk terus berjuang memartabatkan irama rock di persada seni tanah air.

Ketika dihubungi Rap, kata Ella, 43, atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin yang hampir 25 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, dia semakin bekerja keras untuk menghasilkan bingkisan album terbaik buat peminat setianya sejak dulu.

"Saya tidak menafikan artis tempatan turut terjejas dengan kemelut ekonomi global dan pada masa sama kegawatan pasaran album sekarang. Namun, bidang nyanyian sudah menjadi darah daging saya sejak dulu.

"Apa yang berlaku sekarang tidak sepatutnya membuat kita patah semangat kerana ia cabaran yang perlu ditangani dengan bijak. Saya juga akan terus menyanyi selagi diperlukan peminat seni tanah air," katanya.

Pada masa sama, kata Ella, dia bersyukur kerana undangan persembahan tidak pernah putus diterimanya sampai sekarang.

"Mungkin tidak banyak publisiti mengenai saya dipaparkan di akhbar mahupun majalah sejak kebelakangan ini.

Hakikatnya, saya sibuk menjayakan persembahan makan malam anjuran syarikat korporat mahupun persendirian.

"Pada masa sama, saya banyak terbabit dengan persembahan untuk acara sukan seperti perlawanan hoki peringkat Asia, baru-baru ini. Saya memang minat acara sukan dan tidak ingin melepaskan peluang terbabit dalam acara sedemikian. Sebagimana yang kita tahu, persembahan untuk majlis korporat selalunya tidak ada publisiti daripada media," katanya.

Bagaimanapun, kata Ella, dia menyepi seketika kerana ingin memberi laluan kepada bakat baru yang muncul daripada program realiti TV seperti Akademi Fantasia (AF) dan band indie yang tidak kurang hebatnya.

"Saya melihat kemunculan ramai bakat baru yang juga pelapis dalam bidang seni dari sudut positif. Bagi saya, kehadiran mereka dengan aliran muzik baru turut mewarnai persada seni tanah air," katanya.

Selepas sekian lama menyepi tanpa album baru, Ella kembali dengan bingkisan album kompilasi sekali gus menyemarakkan kembali persada seni tanah air.

Menurut Ella, sekalipun sekadar album kompilasi, ia cukup bermakna buatnya sekali gus mengubat kerinduan peminat setianya dari dulu sampai sekarang.

"Album kompilasi ini menggabungkan rangkaian lagu terbaik saya bersama Warner Music dan EMI Records sekali gus.

The Greatest Hits itu menceritakan perjalanan kisah cinta saya di persada muzik serantau.

"Ia menampilkan 32 lagu yang saya pilih sendiri, Lebih bermakna, saya juga tampilkan tiga lagu baru berjudul Puisi Hamba, Jiwa Setia dan Mencari yang dihasilkan penerbit album pilihan saya, Amir.

"Lagu lain yang terkandung dalam album ini ialah Layar Impian, Rama rama, Permata biru, Sembilu, Gemilang, Pengemis cinta, Kesal, Sepi sekuntum mawar merah, Dua Insan Bercinta, Demi, Tiada tangis lagi, P.P.P, Pergilah Sayang dan Mendung Tak Bererti hujan.

"Selain itu, Cinta Selembut sutera, Standing In The Eyes Of The World, Kembara Kita, Pedih, Kasih, Rindu, Terminal Cinta, Cerah Kembali, Jalan Ke Sisimu, Percintaan Itu, Menanti, Esok Lusa Selamanya, Dunia Batinku, Cinta Pertama dan Baldu Biru. Album terbitan Warner Muzik Malaysia ini menjengah pasaran pada 14 Mei lalu," katanya.

Mengimbas latarnya, Ella memulakan kerjaya nyanyiannya selepas menamatkan alam persekolahan dengan menyertai kumpulan The Boys dan merakamkan suara buat kali pertama pada 1986 ketika zaman kegemilangan muzik rock di Malaysia.

Selepas menghasilkan dua album bersama The Boys, Ella mengambil langkah berani untuk muncul sebagai penyanyi solo pada 1989 selepas menyertai keluarga WEA (kini Warner Music).

Dia tampil dengan album hit pertama, Pengemis Cinta bawah terbitan Ramli Sarip yang menampilkan lagu hit seperti Pengemis Cinta dan Permata Biru.

Selepas menghasilkan dua lagi album hit, Puteri Kota dan Identiti, Ella melangkah setapak lagi dalam kerjaya nyanyiannya apabila menyertai EMI Records dengan tawaran kontrak paling lumayan buat artis Malaysia pada masa itu.

Album 30110 yang dilancarkan pada 1992 berjaya memecah rekod jualan album di Malaysia sekali gus mengukuhkan nama Ella sebagai satu-satunya ratu rock di Malaysia. Kejayaan ini diikuti dengan Ella USA (yang dirakamkan di Amerika Syarikat dan Jepun) pada 1994.

Bersama EMI, Ella menghasilkan lima lagi album penuh (yang terakhir ialah Rama-rama), sebuah EP dan beberapa album kompilasi. Sepanjang kariernya, Ella pernah bergandingan bersama beberapa nama besar seperti Ramli Sarip, Deddy Dores, Awie, Tam Spider, Slash dan ramai lagi.

Antara album solo yang dihasilkan Ella sebelum ini ialah Pengemis Cinta (1989), Puteri Kota (1990), Identiti (1990), 30110 (1992), Dua Insan Bercinta (EP) (1993), Ella USA (1994), Demi (1997), El (1999) , Ilham Bicara (2001), Simboisis (2003) dan Rama-rama (2006).
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 09:59 AM | Show all posts
Metro Ahad-7 Jun 2009

Anjakan Ella
Oleh MURSHID EUNOS
[email protected]

Rap

http://www.hmetro.com.my/Sunday/Rap/20090607054344/mainpix

MENERIMA tawaran kontrak paling lumayan dan berjaya memecah rekod jualan album terlaris di Malaysia antara bukti penyanyi yang diberi jolokan ratu rock negara, Ella sebagai ikon di Malaysia.
Sepanjang hampir tiga dekad karier seninya, Ella melahirkan lebih 20 album, antaranya Pengemis Cinta sentuhan Ramli Sarip selaku penerbit sebelum album Puteri Kota dan Identiti.

Diva rock ini mengukir sejarahnya sendiri apabila muncul dengan Ella USA yang dirakam di Amerika Syarikat dan Jepun pada 1994 hinggalah album Rama-rama tahun lalu.

Lenggok manjanya ketika menyanyi mahupun bercakap bagaikan identiti anak dara Klang ini. Bagaimanapun, timbul persoalan menyatakan penyanyi yang pernah membintangi filem Pemburu Bayang ini seakan-akan hilang sengat rock disebabkan gaya nyanyiannya.

揔ualiti vokal saya masih seperti dulu, namun perubahan daripada segi gaya penyampaian dan lenggok persembahan saja yang mungkin diperbaharui bagi terus mengikut rentak perubahan zaman. Ella kini semakin matang dalam mencari identiti nyanyian, namun vokal saya tidak pernah bertukar menjadi lain.

揝aya adalah saya sebenar, tidak perlu menjadi orang lain. Namun perubahan perlu ada pada setiap penggiat seni kerana itulah anjakan paradigma pada diri sendiri dan masyarakat.

揅uma ia perlu selari dengan prinsip dan identiti kita supaya ia boleh dilihat sebagai perubahan positif dan sihat,
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:29 PM | Show all posts
From Bintang Popular 7 Jun 2009

Kehebatan Ella tidak wajar dilupakan
Oleh Akmal Abdullah
[email protected]

PADA Khamis ini, Ratu Rock Malaysia, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin akan melancarkan album kompilasi lagu popularnya dengan judul 'Ella - Greatest Hits'. Ini bukan kali pertama Ella muncul dengan kompilasi lagu malar segarnya yang dirakam dan diperdengarkan sejak awal 1980-an lagi terutama ketika beliau bersama kumpulan The Boys seperti lagu paling top, Dua Insan Bercinta.

Namun, seperti kebanyakan lagu rock oleh penyanyi berkumpulan lain terutama era 1980-an dan awal 1990-an, lagu Ella terus mendapat perhatian dan album kompilasinya terus diterbitkan. Kali ini, ia diterbitkan menerusi syarikat Warner Music dan sebelum ini sering bersama EMI tetapi syarikat itu kini sudah menutup operasi rakamannya di Malaysia.

Sebut nama Ella sebenarnya penyanyi yang bermata galak dan ada tahi lalat di tengah batang hidungnya ini memang seorang penyanyi istimewa. Beliau boleh dianggap penyanyi nombor satu ketika era awal 1990-an sehinggalah akhirnya muncul Datuk Siti Nurhaliza dalam lapangan seni suara yang mengambil alih gelaran itu.

Ramai orang memperkatakan Ella dalam banyak versi terutama dari segi penampilan imej rocker beliau sejak dulu, gayanya yang manja dan ada kalanya bersikap kebudak-budakan kerana terlalu manja dengan sesiapa saja malah dengan peminat, tutur katanya yang ada kalanya membuatkan orang ketawa dan terhibur serta pada masa sama masih hairan dengan wajah cantik dan manis, Ella masih tidak mendirikan rumah tangga biarpun Ella akan meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-43 pada 31 Julai ini.

Ella sebenarnya penyanyi yang unik sebab ada beberapa ciri pada fizikal dan tonasi suaranya yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana penyanyi lain apatah lagi untuk mencari penyanyi rock tulen seperti beliau. Mereka yang kenal rapat dengan beliau akan tahu betapa hatinya memang baik, suka menderma, suka membuatkan orang lain gembira dan merendah diri serta pemalu orangnya. Memang ramai penyanyi wanita baru dan sebelum ini mahu tampil dengan imej rock namun mereka gagal untuk melepasi merit seperti yang dicapai oleh Ella. Jauh sekali hendak berjaya dengan kejayaan yang pernah diraih Ella.

Dalam usia melewati 40-an, anak kelahiran Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Klang, Selangor ini kelihatan macam awet muda dan jika dilihat pada fizikalnya beliau macam gadis berusia hujung 20-an dan tidak jemu terus berjuang dalam genre rock. Ella memang sentiasa diingati kerana banyak lagunya yang memberi kesan mendalam pada jiwa, bukan sekadar halwa telinga. Lagu Ella juga serasi dengan peminat kerana lenggok vokalnya memang sesuai dengan lagu rock versi serak-serak basah bersama lirik yang membuai emosi.

Kali terakhir beliau membuat rakaman lagu ialah bersama penyanyi baru, Shah menerusi duet Ku Merindu, tahun lalu. Namun, nama Ella bagaikan sepi sejak kebelakangan ini kerana dia seolah-olah dipinggirkan atau mungkin dilupai pihak dalam industri hiburan. Publisiti untuk beliau juga semakin jarang diberikan. Kalau ada show pun, Ella cuma sesekali muncul dalam persembahan pentas sebagai artis jemputan dan tiada lagi siri konsert solo yang pernah dibuatnya pada awal 1990-an dulu, bagaimana dia datang dengan bergaya sambil diiringi sekumpulan pengawal keselamatan. Kalau ada perancangan untuk persembahannya juga, ada pihak yang membantah seperti berlaku di Selangor baru-baru ini. Kenapa sampai begitu sekali, apakah kerana ideologi politik?

Kita masih tidak melupai ketika zaman kegemilangannya dulu, album berjudul Ella USA yang dibuat rakaman di Los Angeles boleh berjaya dengan begitu mengejutkan apabila jualannya melebihi 300,000 unit. Sumbangan ini besar ertinya untuk industri muzik malah tidak ada mana-mana album Siti Nurhaliza dan Mawi yang pernah mencapai jualan sebanyak itu.

Kerjaya seni Ella ketika ini harus diakui sudah tidak lagi sehebat dulu dan mungkin kerana faktor usia atau kelompok generasi baru tidak menyukainya. Namun, harus diingat kekuatan Ella pada vokal dan penampilannya membuatkan dia dulu adalah seorang penyanyi yang cukup dikagumi dan disanjungi. Sebenarnya jika dikaji, kerjaya Ella kini tidak lagi sepanas dulu dalam genre lagu rock dan industri muzik tempatan kerana beliau gagal memperoleh lagu yang benar-benar kuat dan menusuk kalbu pendengar seperti era kegemilangannya dulu. Lagipun dulu Ella diuruskan oleh mereka yang bijak mengurus kerjaya seninya.

Kali terakhir lagu beliau yang boleh dianggap boleh tahan sedapnya dan sekurang-kurangnya mengembalikan kenangan akan kehebatan Ella ialah menerusi melodi Rama-Rama. Ella harus terus diberi ruang. Kejayaan silamnya adalah satu kebanggaan untuk industri muzik dan peminat setianya.

Ella adalah legenda rock yang masih hidup dan tidak wajar dilupai. Peluang harus diberikan pada Ella untuk tampil menerusi konsert solo, mungkin di Istana Budaya?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 02:32 PM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 7-6-2009 02:29 PM
Ella adalah legenda rock yang masih hidup dan tidak wajar dilupai. Peluang harus diberikan pada Ella untuk tampil menerusi konsert solo, mungkin di Istana Budaya?


mmg kak jie tgh deal dgn beberapa sykt korporat yg berminat nk taja konsert solo kak ell.
harap2 nya menjadi la
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 7-6-2009 09:59 AM
Menurut pemilik nama Rozila Aminuddin ini, lagu Puisi Hamba kini mendaki tangga carta stesen radio tempatan. Katanya, single pertama ini berdasarkan keistimewaan serta keunikan melodi selain gaya penyampaian yang begitu bersahaja.


rozila

WTF

norzila laaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2009 03:30 PM | Show all posts
Tu la pasal
combine nama joel
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 04:07 PM | Show all posts
Originally posted by juara at 7-6-2009 03:30 PM
Tu la pasal
combine nama joel


ROZITA + NORZILA = ROZILA

reporter tu konpius
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 09:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_juara at 20-7-2009 21:54

Post Last Edit by cmf_juara at 20-7-2009 21:42

20-Jul-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Aura Ella Dan ERA Masih Hebat!



Teks oleh Ellyna Ali

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2009:  Biarpun dibanjiri ramai artis-artis generasi muda yang popular,  Ratu Rock Ella masih unggul dan tetap punya daya tarikan penonton yang begitu kuat. Ia terbukti dalam konsert Jelajah 11 ERA Bersama Perodua yang diadakan di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Persembahan Ella nyata lebih berjaya mencuri tumpuan dan perhatian lebih 7,000 pengunjung yang hadir pada malam itu.

Sebaik saja nama Ella diumumkan sebagai artis terakhir yang membuat persembahan, penonton yang mulanya lebih senang duduk bersantai menikmati hiburan konsert itu tiba-tiba saja terus bangkit dan bergegas menuju ke hadapan pentas!

Bayangkanlah sejak dari awal Hafiz,  Adam, Tomok, Aizat, Alyah, Saiful Apek & The Gang, Divine Master dan Pop Shuvit beraksi, penonton hanya duduk biasa sambil melayan lagu yang didendangkan. Tapi apabila Ella muncul saja, tanpa disuruh, mereka sendiri yang  bangun untuk rocking bersama.

Saat Ella membawakan lagu pertama, Rama-Rama lagi sudah ada penonton yang kelihatan asyik menghayati persembahan Ella sambil menggerakkan badan dan menggoyang-goyangkan kepala. Begitulah sempoinya mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan industri terkini di stesen radio A Plus, ERA FM.

Dari Rama-Rama, Ella menyambung nyanyiannya dengan lagu hits lama iaitu Sembilu yang akhirnya mengajak ramai penonton menyanyi bersama dan menerusi lagu Puisi Hamba, lagu terbarunya. Ella juga berani dekatkan dirinya dengan penonton sambil memberikan beberapa barangan merchandise ERA.

Ada ramai penonton yang cuba mengambil kesempatan untuk mengambil gambar serta bersalaman dengan Ella pada waktu itu. Ella kemudian melengkapkan malam itu dengan lagu hitnya, Nuri.

Tumpuan penonton terhadap Ella masih tidak berakhir begitu saja kerana ramai yang menunggu untuk berjumpa dengannya secara peribadi untuk bersalaman, mengambil autograf serta bergambar. Akhirnya Ella mendapat ucapan tahniah daripada artis-artis generasi muda pada malam itu yang kesemuanya akui Ella ratu pentas.

Tidak keterlaluan dikatakan, ERA dan Ella punya kesamaan iaitu mereka tidak goyah dengan kemunculan sesuatu yang baru. Memang sesuatu yang berkualiti sukar digugat.

Selain Ella, persembahan Pop Shuvit juga turut mendapat perhatian daripada penonton pada malam itu. Dengan menampilkan lagu seperti Marabahaya serta OH! Sizuka yang menjadi single terbaru taruhan mereka, band muzik yang popular di Jepun ini beraksi dengan cukup baik sekali.

Aizat yang turut membawa band muziknya sendiri pula mempersembahkan lagu Kau Aku, Fikirlah dan Hanya Kau Yang Mampu, manakala Alyah dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang serta Hot N Cold.

Divine Master yang dianggotai Lotter dan adik-beradik lelakinya tampil dengan lagu Merpati Putih, Tomok (Sejarah Mungkin Berulang dan Rindu Terhenti), Adam (Tukang Gempak dan Benar-Benar Cinta). Persembahan Adam turut diiringi band muzik baru yang berada di bawah naungan syarikat produksinya sendiri iaitu AICO Entertainment.

Saiful Apek yang turun bersama geng-geng pelawak lain pula mendendangkan beberapa lagu baru mereka. Antaranya  Hati Batu. Sementara Hafiz pula membawakan lagu Laskar Pelangi dan single pertamnya, Masih Jelas.

Penyampai-penyampai radio ERA seperti Nana, Burn, Adi Fashla, Ray, Dina termasuk kumpulan Sepah turut beraksi membawakan lagu Satu ERA yang diadaptasi daripada lagu Rihanna, Umbrella.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 02:52 PM | Show all posts
HAPPY BIRTHDAY KAK ELL KU SAYANG



p/s: jgn lupa tgk Anak Wayang malam ni...kak ell ade
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079395 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list