|
kat Singapore stat tayang 3 May ni...
susah nak tgk film2 Melayu dapat update coming soon list kat wayang Singapore.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru tgk
download kt myt
wahahaha
antu cam sial
x seram langsung
antu buai2 tangan cam beruk <-- seram ke ni?
puhlease.....
lawok ade ah cite ni :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Aku br jerk tgk citer nih.. hem.. bg aku ade bberape scene yg mmg x patut ade pung.. dan ade yg tlalu pnjang..
pas2, aku tgk intan ladyana tue ok jerk.. mgkin a bit kaku, tp xder la smpai "kayu sekayu kayunya" kan.. pierre pun nmpak kaku..
overall.. good! |
|
|
|
|
|
|
|
chite ni da bp kutipan?
da kalahkn cicakman
skg da kalahkn yusop selam lom? |
|
|
|
|
|
|
cubeteka This user has been deleted
|
nak kata bagus sangat tu takda la. tapi ciri2 hantu kemelayuan tu ada. Aku dah tengok citer ni kat wayang. Banyak scene2 dia buat org terperanjat. tapi kalau aku tak salah dengar 1 scene je penonton menjerit yang lain semua sound effect punya jeritan. Apapun syabas buat Ahmad Idham.. boley tahanla |
|
|
|
|
|
|
canon1 This user has been deleted
|
best sangat kah cerita ini?
nape aku rasa tak teruja nak pegi tengok?
[ Last edited by laislabonita at 6-5-2007 06:31 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada sapa2 dvd cita ni tak. saya nak beli lah tapi kat miri ni susah nak cari dvd dia. vcd yg cetak rompak tu ada lah tapi
tak puas ati lah tgk. kalau ada emel saya di [email protected]
[ Last edited by almera at 2-5-2007 10:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cubeteka at 2-5-2007 09:26 PM
nak kata bagus sangat tu takda la. tapi ciri2 hantu kemelayuan tu ada. Aku dah tengok citer ni kat wayang. Banyak scene2 dia buat org terperanjat. tapi kalau aku tak salah dengar 1 scene je penon ...
ramai orang ketawa adalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah catat rekod baru kutipan tiket tertinggi di Malaysia RM 6.25 juta kalahkan Sembulu RM 6.2 juta..
*sumber : tgk Hot fm kat 8tv tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #609 cak!'s post
jumlah tu belum masuk tayangan di singapura lagi.....n kutipan jualn dvd or vcd....tak termasuk yang telah dicetak rompak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cak! at 3-5-2007 11:39
Dah catat rekod baru kutipan tiket tertinggi di Malaysia RM 6.25 juta kalahkan Sembulu RM 6.2 juta..
*sumber : tgk Hot fm kat 8tv tadi
Woh, congrats lah klu camtu. Dulu citer Lagi2 Senario pun mencecah rm6 juta kan :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #602 Robab's post
boleh tanya tak? apa myt tu. saya nak gak dl crita ni. nak tgk sendiri seram ke tak crita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mengikut survey amerika, jpb punya box office 5.4 million, dan bukan 6.2 |
|
|
|
|
|
|
|
memang seram giler.. biler nak tgk cite ni baru tahu rupe2nye ramai member aku yg penakot.. dalam 10 yang diajak, 2 dah pegi tengok, lagi 7 takot nak tgk. nasib baik ade sorang nak pegi tengok.'
Pastu first 10 minutes member dah menyumpah seranah sebab ajak dier tgk citer seram giler camtuh, abes ditraknye pashmina aku buat 'filter'. so tgk movie thru pashmina, nampak samar2 jer...
lepas tu aku sendiri pon jadi takut giler rase nak ajak member aku balik jer, tapi memikirkan penat lelah pi amik dier, then pegi cineleisure jauh2 semata2 nak tgk (tak kire credit habeh buat call sume org ajak pg tgk lagi tu), aku tgk gak cite tu sampai habis.
tapi tak skali pon aku tgk hantu tu, mesti aku tgk thru pashmina aku or tutup separuh screen dgn tissue. jadi tak nampak.. tapi walaupon tutup telinga memang dengar jugak bunyi2 menyeramkan sebab kitorang duduk bawah speaker kat tepi skali.. huehuehue... sumpah tanak tgk dah citer antu for the rest of the year. siot jer emily rose pon takde laa takot camnih, aku rase sebab it's too close to home. kiter boleh identify dgn situation dalam citer tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
pierre best dgn cara percakapan meleret2 ala2 manje gitu.. intan ladyana.. hmmmpphh.. tatau apsal dier yg dapat that role. memang kayu habis. macam baca skrip jer.. ntahpape.. takder orang lain ke pegi casting for that role.. urrghhh... |
|
|
|
|
|
|
|
pierre best dgn cara percakapan meleret2 ala2 manje gitu.. intan ladyana.. hmmmpphh.. tatau apsal dier yg dapat that role. memang kayu habis. macam baca skrip jer.. ntahpape.. takder orang lain ke pegi casting for that role.. urrghhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Haha...apalah... korang kena cakap korang tak takut tgk cite ni barulah dianggap berani,macho,hebat dan gagah perkasa!! (walaupun sebenarnya 4 5 hari jugakla teringat kat hantu cun tu)
Oh ya happy reading. Ulasan yg best dari http://tontonfilem.blogspot.com/
Jangan Pandang Belakang (2007)
Aku terpaksa mengaku, akhirnya David Teo mempunyai sebuah kemenangan untuk filem ini. Malah, filem ini ialah, bagiku, sebuah filem yang terbaik yang pernah dikeluarkannya. Memasukkan sari kata adalah satu perkara yang turut dihormati.
Secara pendek, filem ini menghiburkan serta menyeramkan, satu perkara yang sudah lama tidak aku tonton dalam sebuah filem seram di mana sekarang, oleh kerana kedatangan pelbagai filem seram Jepun dan Thailand, orang lupa akan filem-filem gaya Frankenstein yang sudah lama mencampur-baur elemen seram tetapi tidak melupakan ianya satu hiburan, dan kadang-kala komedi (yang tidak terlampau), seperti mana yang dibawa oleh Buppah Rahtree beberapa tahun lepas.
Pertama kali, biarlah tiga perkara yang melemahkan dahulu. Pertama ialah lakonan Intan Ladyana (walaupun cantik tapi tampak bodoh). Dia kayu. Habis cerita. Tetapi beberapa babak, lebih-lebih lagi babak menjerit (dan filem seram penting bagi babes yang menderita kena tekanan seram) dan histerianya, dia agak berjaya. Ini yang penting (oh ya, peminat seram akan meminati babak-babak perempuan kena siksa bukan?). Kedua, hantunya. Bukan, bukan semua babak, tetapi beberapa sahaja (contohnya, babak terawal), Lebih-lebih lagi beberapa babak tepi tingkap kereta. Walaupun begitu, aku respek dan tunjuk tanda hormat aku kepada Ahmad Idham kerana tidak mengambil CGI untuk hantunya. Ketiga ialah suara. Suara filem ini, walaupun efektif dalam beberapa tempat (lebih-lebih lagi pada babak-babak akhir), kadang-kala ia terlalu dibuat-buat dengan muzik yang terlalu.
Tetapi kesemua ini dapat dimaafkan kerana semangat Pierre Andre, selaku penulis skripnya, serta Ahmad Idham, pengarahnya, yang bagi aku, walaupun meletakkan filem ini sebagai filem seram terbaik tahun ini seakan satu perkara mengarut, telah sekurang-kurangnya menandingi filem-filem seram tahun ini yang lain dan telah pun ditayang. Beginilah kalau anda mahu buat sebuah filem seram, yang tetap tidak hilang ruang untuk berhibur serta unsur tempatannya.
Beberapa babak dalam filem ini, secara peribadi telah memberi efek 'hair rasising' secara literal, serius! Contohnya adalah babak awal filem ini, babak 'exorcism' hantu raya/saka dalam badan datuk Pierre. Ianya sangat efektif (sehinggalah tiba-tiba ada hantu di luar tingkap itu). Beberapa babak menghalau hantu (dalam filem ini ada tiga!) juga memberi efek yang sama. Malah, sebuah babak yang paling baik bagi aku dalam sejarah seram filem Melayu ialah, babak Pierre yang mengangkat Mak Mah untuk tidur. Sampai sekarang, aku boleh terasa keseramannya. Malah, babak itu tetap 'subtle' terhadap identiti saka dan tajuk filem ini- Jangan Pandang Belakang (babak ini telah berjaya, memaparkan idea 'saka' yang akan sentiasa menghubungkan dirinya terhadap sesebuah keluarga itu yang telah mengikat janji dengannya berzaman-zaman lamanya- aku merasakan babak ini sangat menakutkan, serta 'poignant'- seakan hantu itu hanya mahukan 'keluarga'nya kembali- efektif!).
Jangan Pandang Belakang mungkin sahaja boleh diertikan sebagai satu tajuk 'mengumpan' penonton. Aku tersenyum apabila tajuk ini dekat dengan Jangan Pandang Sekarang (Don't Look Now) Nic Reog. Tajuk ini juga membawa erti yang agak berbeza tetapi berkait dengan semangat filem ini, iaitu keinginan orang Melayu untuk mencapai kemajuan (dan tidak lagi melihat ke belakang). Ideanya ialah, pada zaman dahulu, ianya satu kemestian atau 'fesyen' bagi kebanyakan orang Melayu untuk menyimpan 'saka', satu amalan kurafat kerana bersongkol dengan makhluk lain untuk keselamatan dan rezeki mereka. Apabila kebanyakan orang Melayu mula tersedar bahawa mereka tidak sepatutnya mempunyai 'pertolongan dengan mahkluk lain', mereka melepaskan saka ini (atau terpaksa melepaskannya). Cerita dalam filem ini ialah bagaimana masyarakat muda dan moden Melayu sekarang melalui satu pengalaman baharu selepas fasa 'pembuangan saka' ini dan bagaimana mereka bertindak terhadap perkara 'kurafat' yang nenek moyang mereka tinggalkan.
Yang menariknya, Pierre dengan tepat telah menggambarkan watak-watak orang muda yang moden, dan kurang didikan agama (atau ada agama tetapi sudah terlalu mengikut arus material). Mereka tahu sesuatu itu salah, tetapi mereka susah mahu memahaminya- ini digambarkan dengan baik oleh lakonan Pierre sendiri (dalam satu babak, Pierre benar-benar memeranjatkan aku dengan lakonannya. Dia boleh saja merangkul anugerah untuk lakonannya bagi babak 'meluah perasaan' itu).
Watak Intan sebagai Ros juga memperlihatkan perkara itu. Selepas pengkebumian kakak kembarnya, Ros tidak pun berkabung tetapi menyambung memakai baju moden yang mendedahkan auratnya. Dia wanita moden, adat dan agama sudah menjadi perkara enteng baginya. Orang sebeginilah, apabila menghadapi sesuatu yang agak tidak masuk akal, cuba, untuk benar-benar memahaminya dalam kekalutan. Idea ini setaraf dengan pembawaan skeptisme 'keyakinan wujudnya syaitan' dalam The Exorcist (1973).
Maka, secara ironisnya, Pierre sebenarnya perlu juga 'memandang ke belakang'- dia perlu mengetahui apa ertinya 'saka' dan kenapa perkara ini boleh membahayakan serta merugikannya (di mana, penonton juga akan memahaminya di akhir cerita). Walaupun idea akhir filem ini didaktik, mesej yang ingin disampaikan itu efektif, dan tidak memberi kesan semacam berdakwah, maka itu yang terbaik,
Beberapa lakonan pelakon lain, Khatijah Tan, Cat Farish, sangat efektif. Lebih-lebih lagi Cat, memberi satu keseronokan dalam babak yang sangat menyeramkan di tengah jalan. Malah dia adalah 'show stealer' filem ini. Babak tengah jalan waktu Pierre ingin balik ke kampungnya ialah sebuah contoh kenapa filem ini aku katakan sebuah filem seram yang boleh menjadi sebuah klasik. Kita sudah sedar, bahawa hantu yang digunakan dalam filem ini tampak 'patung'. Tetapi, apa yang Ahmad Idham lakukan ialah satu kebijaksanaan yang tinggi. Sewaktu Cat membetulkan kereta Pierre, hantu di belakang Pierre telah bermain-main dengan rambutnya. Babak itu, sekaligus kelakar dan menakutkan, mengingatkan aku kembali pada filem-filem seram Hollywood lama yang berjaya mencampuri dua elemen ini kepada penonton.
Mak Mah juga satu lakonan yang klasik. Dia patut mendapat anugerah pelakon pembantu wanita terbaik bagi lakonannya sebagai opah Pierre. Walaupun dialek Peraknya sumbing, lakonannya mengesankan. Dari lakonan mamai awalnya memanggil masuk 'saka' itu ke dalam rumah, sehingga 'breakdown'nya pada akhirnya- Mak Mah sememangnya seorang pelakon yang tidak boleh dibawa main.
Akhirnya juga, dalam beberapa babak, muzik filem ini telah memaparkan satu jalinan suara yang efektif bagi sebuah filem seram tempatan. Malah, walaupun ada mencampurkan muzik seakan 'techno beat' pada beberapa babak, ia berjaya membawa keseraman dan 'hiburan' menguja penonton melihat apa yang berlaku selepasnya.
Paling akhir, Pierre Andrelah orang yang sepatutnya kita berterima kasih dengan untuk filem sebaik ini. Skripnya yang kuat, bagi aku telah berjaya membawa sebuah filem seram yang berjaya, berjaya membawa elemen-elemen memeranjatkan dan ngeri yang sudah banyak kali dibuat dengan salah oleh pengarah tempatan sebelumnya. Malah, yang paling penting ialah membuat segalanya ini tampak 'real' (walaupun kita boleh persoalkan bagaimana botol itu boleh kembali, ia tidak apa) dengan situasi sekarang, serta psikologi wataknya yang terjaga baik. Babak-babak efektif yang masih menghiburkan seperti babak televisyen, bilik mandi, babak kembar Ros mati, babak-babak di kampung menunjukkan, akhirnya, kita telah bertemu dengan seorang penulis skrip yang tahu, apa yang diperlukan dalam sesebuah filem seram. Maka setakat ini, kalau anda mahu menonton sebuah filem seram yang menakutkan tetapi masih menghiburkan, inilah filemnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #607 almera's post
pg td tenogk vcd ...cinemacopy....
tak best mana la.... asyik mlm je memanjang |
|
|
|
|
|
|
|
huhh... tak brani nak tengok citer ni... tak tido mlm kang..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|