CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JieShiang

Isu Agama Syiah serta persoalan Akidah dan Feqah ... [split topik]

[Copy link]
Post time 17-11-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by Marja'ie at 15-11-2008 10:14 PM
Ana masih lagi ternanti-nanti, siapakah gerangannya 'nasibi' yang dimaksudkan di dalam hadis Muslim tersebut....


Salam para pembaca sekelian,

Tuan Marjaie...moga2 penantian mu akan berakhir.

Tuan 888. sekalung ucapan tahniah dan syabas drp sy atas usaha dan upaya tuan membela Aisha, Muslim dan Abu Salamah dlm konteks hadith ghusl janabah yang sy bangkitkan.

KEKABURAN YANG BELUM TERLERAI

Sy pastekan teks Arab sebelum ini dgn harapan 888 membandingkan ia dgn terjemahan Inggeris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2008 12:51 PM | Show all posts
bersambung....

MAHRAM DAN TABIR


a) Abu Salamah dan Saudara Lelaki

Sungguh bhw Abu Salamah, saudara lelaki dan Aisha adalah mahram. Hubungan mereka ini menepati seperti pada An Nisa:22-23. Tetapi yang bersarang dalam kepala saya ialah:

1) Apa kewajarannya Abu Salamah dan saudara lelaki pergi menemui Aisha minta diajarkan ghusl janabah?

2) Apakah tidak ada sahabat nabi saw di sekitar mereka yang boleh dirujuki dalam hal ini?


Bukankah kita pada hari ini telah diajari 'fiqh awlawiyyat'? Dalam hal bertembungnya dua suruhan, yang mana patut diawlakan?

Merujuk kepada orang lelaki perihal ghuls atau merujuk orang perempuan dlm hal ini?

Menerima hadith ini sbg SAHIH, maka tahulah kita bhw Abu Salamah dan saudara lelaki Aisha tidak dapat membezakan siapa yang lebih awla untuk dirujuki. (Aku menghina sahabat nabi ker?)

b) Aisha

Mari kita perhatikan Al Ahzab:32

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa..."


Benar Aisha dan Abu Salamah serta saudara lelaki Aisha adalah mahram. Tp barang diingat - mereka adalah mahram yang berlawanan jantina.

Sesuai dengan kedudukan Aisha spt Al Ahzab:32, timbul persoalan :

1) Apa kewajarannya Aisha melakukan demo ghusl pada mahramnya yang berlainan jantina?

Pada ayat yang sama, Allah menyambung :

"Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)."


Dalam hal pertuturan pun Allah menuntut isteri2 nabi menjaga lisan dan suara mereka, maka dimana kewajarannya Aisha berdiri dan melakukan demo ghusl? Para pembaca nilaikan sendiri.

Menerima hadith ini sebagai SAHIH, membuka mata kita bhw Aisha tidak dapat mengawal dirinya sbg isteri nabi. Seharusnya dgn kedudukan yang dimilki - perlakuannya harus dijaga tidak kira sesama mahram atau non mahram.

Tetapi apabila mengenangkan 888 yang bertaqlid kpd pendapat org2 terdahulu...maka tidak hairan jika 888 turut MEMPERTAHANKAN dan MEMBELA Aisha yang keluar mengepalai tentera dlm Perang Jamal. Sedangkan telah terang lagi bersuluh, Aisha menyalahi firman Tuhan dlm Al Ahzab:33,

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya."
(sy menghina Aisha kah?)  


c) Tabir dan Mahram

Bercerita ttg tabir harus sy kaitkan dgn alasan mahram sbg membenarkan tindakan Aisha. 888 menyatakan begini :

1. Abu Salamah dan seorang lagi tu siapa? Bukankah mereka berdua itu merupakan mahram kepada Ummul Mukminin? Aurat sesama mahram ni tak serupa dengan aurat dengan orang asing. Ke dalam Syiah ni takdak istilah mahram? Dengan anak-beranak sendiri pun kena pakai tudung litup ka?


Jika demikian : UNTUK APA TABIR SEDANGKAN MEREKA BERTIGA ADALAH MAHRAM ?

Klu setakat mendedahkan rambut shj, apa perlu Aisha meletakkan tabir diantara mereka pada saat melakukan demo ghusl?

Jika jawapannya tabir perlu sbg menuruti perintah Allah,"janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;"

Untuk apa pula Aisha melakukan demo ghuls ketika ada tabir? Bukannya Abu Salamah dapat melihat pun? Jadi apa alasan Aisha melakukan perbuatan yang sia-sia ini?

Nah! Menerima hadith ini sebagi SAHIH menunjukkan kepada kita bahawa Aisha telah melakukan perkerjaan yang sia-sia. Masakan tidak, hajat beliau melakukan demo ghusl untuk mengajari Abu Salamah tetapi memandangkan ada tabir - apa pengajaran yang diperolehi oleh Abu Salamah? Barangkali Abu Salamah hanya mendengar percikan air sahaja....Kan ker SIA-SIA NAMANYA!


d) Tabir yang Telus

Kerana itu - untuk menyelamatkan Abu Salamah dan Aisha drp melakukan perkerjaan yang sia-sia...maka sifat tabir itu mesti diclarifykan. Sebab itu sy menekankan bhw 'pasti tabir itu telus @ jarang'.

Memandangkan pengakuan Abu Salamah sendiri yang mengatakan bhw Aisha menyiram rambutnya sebanyak 3 kali!

Dah mcm mana Abu salamah tahu? Tentulah dgn melihat. Dah macam mana boleh melihat jika ada tabir? Tabir tu jaranglah, sebab itu Abu Salamah dapat melihat. Logikkan?

Eh bukanlah...Aisha yang mengatakan demikian. Ah'ah...yelah tu. Perhatikan hadith itu betul2. Aisha hanya berkata-berkata pada 2 keadaan :

1) Saat meminta bekas berisi air
2) Saat menuturkan bhw isteri2 nabi bla..bla..bla

Maka selebihnya, dtg drp saksi mata Abu Salamah. Tak ke telus namanya?

Menerima hadith ini sebagai SAHIH, maka Aisha gagal dlm menjaga dirinya drp terdedah kpd penglihatan orang ramai. Apa tidaknya, guna tabir pun yang jarang...alahai...nak elak dedah ke hapa nya?



bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 01:25 PM | Show all posts
sambungan...

Tak hairan macam mana awak daripada Ahli Sunnah boleh bertukar jadi Syiah. Kalau awak baca sekurang-kurangnya syarah Imam Nawawi sebutir pun awak tak akan prejudis macam ni terhadap Imam Muslim.


Bukan tak baca tuan...Pembacaan syarahnya tidak menjawab persoalan sy.  Mana taknya...Syarah An Nawawi bukan cerita apa pun....Sudahnya beliau hanya menghukum mustahab tindakan Aisha megajarkan Abu Salamah secara fi'li berbanding qauli kerana pada beliau kaedah pengajaran sedemikian lebih berkesan.

Kesimpulan An Nawawi tidak salah...tetapi yang nampak janggal apabila menggunakan jawapan sedemikian untuk seorang Ummul Mukminin yang dikatakan :

"Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa"

Huh...tak de bezalah Ummul Mukminin dengan makcik2 kat luar sana yang ada juga mengajari anak saudara lelaki mereka mandi janabah secara demo.

4. Awak mengandaikan Aisyah berbogel di belakang 'tabir nipis?itu. Atas dasar apa awak buat andaian sedemikian rupa? Dari mana awak tahu? Ntah-ntah awak selalu tengok macam tu dalam filem-filem mat salleh kut? Pengaruh filem ka?


Apa yang tuan melalut nih? Kot nak menghina sy sekalipun, jgn lah dihina perkara yg bukan keluar dr mulut atau tulisan-tulisan sy. Lebih baik tuan tujukan penghinaan tersebut kpd Muslim krn memasukkan riwayat di bawah :

‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن رافع ‏ ‏حدثنا ‏ ‏عبد الرزاق ‏ ‏حدثنا ‏
‏معمر ‏ ‏عن ‏ ‏همام بن منبه ‏ ‏قال هذا ما حدثنا ‏ ‏أبو هريرة ‏ ‏عن ‏ ‏محمد رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فذكر أحاديث منها ‏
‏وقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كانت ‏ ‏بنو إسرائيل ‏ ‏يغتسلون عراة ينظر بعضهم إلى سوأة بعض وكان ‏ ‏موسى ‏ ‏عليه السلام ‏ ‏يغتسل وحده فقالوا والله ما يمنع ‏ ‏موسى ‏ ‏أن يغتسل معنا إلا أنه آدر قال فذهب مرة يغتسل فوضع ثوبه على حجر ففر الحجر بثوبه قال ‏ ‏فجمح ‏ ‏موسى ‏ ‏بإثره يقول ثوبي حجر ثوبي حجر حتى نظرت ‏ ‏بنو إسرائيل ‏ ‏إلى سوأة ‏ ‏موسى ‏ ‏قالوا والله ما ‏ ‏بموسى ‏ ‏من بأس فقام الحجر حتى نظر إليه قال فأخذ ثوبه فطفق بالحجر ضربا
قال ‏ ‏أبو هريرة ‏ ‏والله إنه بالحجر ندب ستة أو سبعة ضرب ‏ ‏موسى ‏ ‏بالحجر

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Suatu ketika dahulu, orang-orang Bani Israel mandi telanjang. Mereka saling melihat aurat di antara satu sama lain. Manakala Nabi Musa a.s pula mandi bersendirian. Mereka berkata: Demi Allah, yang menyebabkan Musa tidak mahu mandi bersama dengan kita ialah kerana penyakit buah zakar besar.

Kemudian pada suatu ketika Nabi Musa mandi, Nabi Musa a.s meletakkan pakaiannya di atas sebuah batu. Tiba-tiba batu tadi bergolek dengan membawa pakaiannya. Musa berlari mengejarnya sambil berteriak: Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Sehinggalah orang-orang Bani Israel dapat melihat aurat Nabi Musa. Kemudian mereka berkata: Demi Allah ternyata Musa tiada sedikit pun keaiban iaitu penyakit. Setelah itu batu tersebut berhenti lalu Musa mengambil pakaiannya kemudian memukul batu tadi.

Abu Hurairah berkata: Demi Allah terdapat pada batu tadi kesan pukulan Nabi Musa, tujuh atau enam kali pukulan.

(Muslim, Bab : Keharusan Mandi Telanjang di Tempat Sunyi, Teks Arab - Hadith :513)

An Nawawi syarahkan apa ttg hadith ini? Huh langsung tak protect Nabi Musa as!


[ Last edited by  antiQue at 17-11-2008 08:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 02:07 PM | Show all posts
sambungan...

KEDUDUKAN HADITH ANA MADINATUL ILM WA 'ALI YU BABUHA

Tidak mengapalah jika 888 mahu berpegang dgn pendapat ulama2 ilmu hadith kesayangannya yang mengatakan hadith ini palsu. Namun suka juga sy menyatakan bhw terdapat juga ulama2 sunni yang berbeza pendapat mereka ttg kedudukan hadith ini. Contohnya:

1. Shahih

Tidak ada seorang ahli hadits pun yang menshahihkan hadits ini kecuali satu orang saja yaitu Abu Abdullah Al-Hakim. Dapat kita simak pernyataannya dalam kitabnya, Al-Mustadrak jilid 3 halaman 126.

2. Hasan

Sebagian lainnya mengatakan bahwa hadits ini hasan. Di antaranya adalah Al-Hafidz Al-Ala'i dalam kitab An-Naqdushahih lima'taradha 'alaihi min ahaditsil mashabih halaman 55.

Selain itu ada As-Sakhawi dalam kitab Al-Maqashidil Hasanah nomor 189 dan Asy-Syaukani dalam Al-Fawaid Al-Majmu'ah halaman 489.


Boleh rujuk artikel ttg kenyataan ini pada link berikut:

http://209.85.175.104/search?q=cache:teQXTCBbUCMJ:[url]www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hadits/kedudukan-hadits-ana-madinatul-ilmi-dan-ali-pintunya.htm+aliyu+babuha&hl=en&ct=clnk&cd=25&gl=my[/url]

Begitu juga artikel yang membicarakan misteri Imam Turmidzi yang meriwayatkan hadith ini. Boleh dirujuki pada link berikut :

http://www.al-islam.org/tahrif/cityofknowledge/index.htm

Daripada sisi penulis beraliran syiah yang menerima hadith madinatul ilm pula :

http://72.14.235.132/search?q=ca ... &cd=1&gl=my

Manakala drp kelompok tariqah pula, sy suka memetik lontaran hati seorang penulis yang berbunyi :-

Ana madinatussdq wa ABU Bakr babuha-Aku(Rasulullah) adalah kota kebenaran dan Abu bakar adalah pintunya

Ana madinatuladl wa Umaru babuha-aku adalah kota keadilan dan Umar itulah pintunya

Ana madinatulhilm wa Usman babuha-aku adalah kota penyanyang dan lemah lembut dan Usman adalah pintunya..................

Ana madinatulilmi wa Aliyyun babuha...................aku adalah kota segala ilmu dan Ali itulah pintunya............................

petikan :http://burhamiah.blogdrive.com/archive/15.html


Nak tergelak pun ada jugak....alahai....Ahaks!!!

Kesimpulannya, dgn sedemikian pendapat - kita bebas untuk memilih dan berpegang pada mana2 pandangan sekalipun.
Alasan : dah klu dlm mazhab fiqh yang berbeza satu sama lain pun, kita boleh pilih mana yang kita rasa elok berpegang - Apsal dalam hadith yang juga terdapat khilaf ttg kedudukannya kita tidak boleh memilih?

Selain itu juga, penolakan hadith ini juga tetap tidak menjejaskan kredibiliti Imam Ali as sbg org yang berilmu. Bahkan sekalipun Imam Ali as tidak menjawat sebarang jawatan semasa pemerintahan 3 syeikh yang awal, keberadaan beliau di sekitar mereka nyata membawa kelegaan kpd mereka dek kerana ketinggian ilmu Imam Ali as. Ada bangkangan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 02:53 PM | Show all posts
sambungan....

PERMINTAAN DIBAWAKAN LAFAZ ARAB

Padahal,Imam Ahmad bin Hambal -sebagai pendiri mazhab Ahlul-Hadis yang diakui sebagai anutan Ibnu Taimiyah dari berbagai ajaran dan metode mazhabnya- juga beberapaimam ahli hadis lain 杝eperti Ismail al-Qodhi, an-Nasa'i, Abu Alian-Naisaburi- telah mengatakan: "Tiada datang dengan menggunakan sanadyang terbaik berkaitan dengan peribadi satu sahabat pun, kecuali yang terbanyakberkaitan dengan peribadi Ali. Ali tetap bersama kebenaran, dan kebenaran bersamanya sebagaimana ia berada".[26]

[26] Dinukil dari Fathul Bari Jil:7 Hal:89 karyaIbnu Hajar al-Asqolani, Tarikh Ibnu Asakir Jil:3 Hal:83, Siar A'lam an-Nubala'(al-Khulafa') Hal:239


Artikel asal adalah drp link berikut: http://islamalternatif.net/iph/i ... id=29&Itemid=38

Ishk3x...888 kan terror bahasa Arab...saya tak pandai. Dari dulu sy dah kata sy tak pandai. Tapi permintaan 888 cuba lah sy penuhi, ada juga kebaikan kpd sy. Tapi setakat yang sy mampu lah...

قال أحمد وإسماعيل القاضي والنسائي وأبو علي النيسابوري لم يرد في حق أحد من الصحابة بالأسانيد الجياد أكثر مما جاء في علي

Berkata Ahmad, Ismail al-Qodhi, an-Nasa'i, Abu Alian-Naisaburi- telah mengatakan: "Tiada datang dengan menggunakan sanad yang terbaik berkaitan dengan peribadi satu sahabat pun, kecuali yang terbanyak berkaitan dengan peribadi Ali.

(Fathul Bari, Jil:7, Bab : Manaqib Ali)


Setakat ni jah...manakala ayat berikut 'Ali tetap bersama kebenaran dan bersamanya...'

Kalimat Arab sure berbunyi: Ali ma'al haaq, wa haqq  ma'al Ali

888 bawakkan pula lafaz Arabnya drp kitab Ibn Asakir dan Az Zahabi. Mana nak pi tau penulis artikel nih kelentongkan....888 kan terror lughah Arab....:victory:
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2008 03:33 PM | Show all posts
sambungan....

SEGALA MACAM ULAMA JADI SYIAH

Kalau orang yang tolak hadis-hadis kelebihan Ali tu jadi Nashibi, ramai benar la yang Nashibi ni weh!


Ha'ah la weh...

Kalau ada orang yang menerima hadith-hadith kelebihan Ali dan para Imam Ahlul Bayt as dikatakan Syiah....ramai benar ler Ulama Sunni yang jadi syiah weh!

No wonder lah - Al Qunduzi Al Hanafi dikatakan Syiah. Hanya sebab :


Selain dari itu kitab ini juga mengemukakan riwayat-riwayat yang bermacam-macam, ada yang sahih, lemah, mungkar dan banyak pula yang maudhu? Jika diperhatikan pemikiran dan kefahaman pengarangnya maka kita dapati beliau berkeyakinan terhadap 12 orang washi (Imam 12) yang mesti ditaati sepeninggalan Rasulullah saw.


No wonder lah - Muhammad Yusuf Al Kanji As Shafie di katakan syiah. Hanya kerana membenarkan peristiwa Ghadir Khum.
No wonderlah - Ibn Abi Al Hadid dikatakan syiah. Hanya kerana mengarang Syarah Nahjul Balaghah.


Awat hangpa tak kata Abu Hanifa pun syiah pasal mengaji dgn Imam Jaafar as (Imam yg ke 6 dlm Syiah Imamiyah)?
Awat tak kata Ahmad bin Hanbal sebagai syiah, walhal dia banyak juga meriwayatkan keutamaan Imam Ali dan Ahlul Bayt as?


Disebabkan prejudis yang timbul begini lah, asal puji AB as jer dituduh Rafidhi. Maka apa As Syafie kata:

Bunyi syairnya dalam bahasa Melayunya secara lebih kurang ialah:

'Ketika kulihat orang banyak telah tersesat.
Tenggelam dalam samudera kebatilan dan kesesatan
Dengan nama Allah, aku belayar bersama bahtera keselamatan
Itulah keluarga al-Mustafa, penutup para Rasul.
Kupegang erat-erat tali Allah dengan setia
sebagaimana Allah telah memerintahkannya.'
Kemudian dalam syair lain, Imam Syafie berpesan:
Hai keluarga Rasul
kecintaan kepadamu diwajibkan Allah
dalam al-Quran yang diturunkan
cukuplah ketinggian sebutanmu
tidak sah solat tanpa solawat bagimu.

Oleh kerana syair-syairnya ini, Imam Syafie pun dituduh rafidah (nama lain bagi syiah). Imam Syafie pun tak kuasa nak menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh segelintir kecil puak gila publisiti dan populariti, lalu Imam Syafie pun membalas, berbunyi:


Jika mencintai keluarga Nabi
itu adalah Rafidhi
maka hai dua golongan makhluk
(jin dan manusia)
saksikanlah, sesungguhnya aku
ini Rafidhi.


Bila Imam Syafie wafat, macam biasalah kelompok gila publisiti ini pun memekak dan mengejek almarhum: Telah mati Syafie, sedang ia tak tahu Tuhannya, apakah Allah atau Ali.

Petikan daripada blog Faisal Tehrani bertajuk 'Imam Syafie dan Hanbali Tentang 'Dakwa-Dakwi' Terhadap Mereka'


Sapa punya kerja nih? Tak de orang lain dah...melainkan...dgn memetik penutup yang dinyatakan oleh Muchtar Lutfi pada artikel 'Ali bin Abu Talib di mata Ibn Tamiyyah', berbunyi :

[quote]Dari sini jelaslah, bahwa para ulama Salaf maupun Khalaf -dari Ahlussunah wal Jamaah- telah mengakui keutamaan Ali, dan mengakui kekhalifahannya. Lantas dari manakah manusia semacam Ibnu Taimiyah yang mengaku sebagai penghidup mazhab salaf saleh namun tidak menyinggung-nyinggung kekhalifahan Ali, bahkan berusaha menghapus Ali dari jajaran kekhilafahan Rasul? Masih layakkah manusia seperti Ibnu Taimiyah dinyatakan sebagai pengikut Ahlusunnah wal Jama抋h, sementara pendapatnya banyak bertentangan dengan kesepakatan ulama salaf maupun khalaf dari Ahlussunah wal Jamaah? Ataukah dia hanya mengaku dan membajak nama besar salaf saleh? Tegasnya, pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah tadi justru lebih layak untuk mewakili kelompok salaf yang dinyatakan oleh kaum muslimin sebagai salaf thaleh (lawan dari kata salaf saleh), seperti Yazid bin Muawiyah beserta gerombolannya.

Tetapi anehnya, para pengikut Ibnu Taimiyah yang juga ikut-ikutan mengatasnamakan dirinya 損enghidup ajaran Salaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2008 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by ziwasi at 17-11-2008 01:25 PM
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Suatu ketika dahulu, orang-orang Bani Israel mandi telanjang. Mereka saling melihat aurat di antara satu sama lain. Manakala Nabi Musa a.s pula mandi bersendirian. Mereka berkata: Demi Allah, yang menyebabkan Musa tidak mahu mandi bersama dengan kita ialah kerana penyakit buah zakar besar.

Kemudian pada suatu ketika Nabi Musa mandi, Nabi Musa a.s meletakkan pakaiannya di atas sebuah batu. Tiba-tiba batu tadi bergolek dengan membawa pakaiannya. Musa berlari mengejarnya sambil berteriak: Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Hai batu! Tinggalkan pakaianku! Sehinggalah orang-orang Bani Israel dapat melihat aurat Nabi Musa. Kemudian mereka berkata: Demi Allah ternyata Musa tiada sedikit pun keaiban iaitu penyakit. Setelah itu batu tersebut berhenti lalu Musa mengambil pakaiannya kemudian memukul batu tadi.

Abu Hurairah berkata: Demi Allah terdapat pada batu tadi kesan pukulan Nabi Musa, tujuh atau enam kali pukulan.

(Muslim, Bab : Keharusan Mandi Telanjang di Tempat Sunyi, Teks Arab - Hadith :513)

An Nawawi syarahkan apa ttg hadith ini? Huh langsung tak protect Nabi Musa as! GILA!!!!


Ishh banyak sungguh hujjah yang boleh dikeluarkan dan yang boleh dipatahkan juga, namun tak habis-habis....


Yang lain2 tu saya serah kat orang lain je laaa... saya cuma nak sentuh satu je.... haritu bab nasibi dalam Hadith.... sekarang dah jadi GILA pulak dalam Hadith.... ingatkan Anti-Hadith yang guna akal semata pakai hadith ni untuk menghentam Ahlussunnah...

Kalau nak buruk sangka, macam2 tafsiran yang boleh timbul. Kalau niat baik nak belajar, macam2 ilmu yang boleh dapat!

1. Hadith tu kan menunjukkan Nabi Musa tak mandi telanjang macam Bani Israel, tu dah menunjukkan kemuliaan beliau.
2. Bani Israel syak dan menyebabkan mereka FITNAH Nabi Musa kerana tak mandi telanjang macam mereka.
3. Bagaimana HIKMAH Allah menampakkan kebenaran? Iaitu ketika Nabi Musa tukar pakaian, dan pakaian dilarikan batu. Ketika Nabi Musa kejar ternampaklah akan dia seorang yang sihat, BUKAN seperti yang DIFITNAH
4. Keharusan mandi telanjang tu adalah dikiaskan dari hadith di atas JIKA berseorangan dan orang lain tak boleh nampak, bukannya mandi ramai2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:34 AM | Show all posts

Reply #606 ziwasi's post

org2 ahlussunnah wal jamaa'ah memang mencintai ahlul bayt ...

namun kecintaan ahlussunnahwaljama'ah terhadap ahlulbayt itu TIDAK SAMA DGN AJARAN CINTA IBNU SABA' YG SONGSANG TUH !

jika golongan syiah mencintai ahlulbayt ...

mereka juga haruslah mencintai BAPA MERTUA NABI SAW & MENANTU SAYYIDINA ALI RA YAITU SAYYIDINA UMAR RA ....

BARULAH SOHEH KECINTAAN KAMU TUH ......








WALLAHU A'LAM ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 12:26 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 17-11-2008 06:19 PM

Ishh banyak sungguh hujjah yang boleh dikeluarkan dan yang boleh dipatahkan juga, namun tak habis-habis....

Yang lain2 tu saya serah kat orang lain je laaa... saya cuma nak sentuh satu je.... haritu bab nasibi dalam Hadith.... sekarang dah jadi GILA pulak dalam Hadith.... ingatkan Anti-Hadith yang guna akal semata pakai hadith ni untuk menghentam Ahlussunnah...

Kalau nak buruk sangka, macam2 tafsiran yang boleh timbul. Kalau niat baik nak belajar, macam2 ilmu yang boleh dapat!


Salam MNM...

Apa kata sdra selak sendiri syarah An Nawawi dan Ibn Hajar ttg hadith ini. Tak pandai Arab, tak semestinya kita tidak boleh mengaji Islam. Rujukilah pada mereka yang pandai Arab. Samalah mcm sy pun.

Sy setuju apabila sdra menyimpulkan  - Nabi Musa tak berbogel - tanda bhw sdra sayangkan Nabi Musa as (antara nabi yg mendiami maqam ulul 'azmi), bersihkan Nabi Musa as drp sebarang perilaku yg tidak melambangkan baginda seorang Nabi Allah.

Meneliti syarah drp 2 ulama hadith tersohor ini tidak memungkinkan kita mendapatkan kesimpulan 'Nabi Musa as tak mandi telanjang lah!'.

Yang jelas - mereka membenarkan periwayatan hadith tersebut tanpa menghujahkan kedudukan Nabi Musa as yang kita kenali sebagai maksum (terjaga dr sebarang kesilapan dan kehinaan).


Hadith yang sama juga turut diriwayatkan dlm Sahih Bukhari...Bahkan dlm Bukhari turut menambahkan bhw Nabi Ayub juga mandi telanjang sambil kutip belalang emas.:@

(Rujuk Sahih Bukhari (Arab), Hadith no: 270, Terjemahan Inggeris pada hadith no: 277, kedua2 nya di dalam bab GHULS)

Kita mandi telanjang takpa lah juga - dah kita bukan nabi (dlm sunni hukum harus, dlm syiah hukum makruh). Tp klu nabi disabitkan dgn perlakuan ini - tak molek benarlah bunyinya kan.

Membenarkan periwayatan para Nabi as mandi telanjang samalah spt kita membenarkan Al Kitab yang turut meriwayatkan bhw Nabi Lut as tidur telanjang setelah mabuk minum wine.


Rujuk Bible dlm Kitab Kejadian bab 9, spt dibawah :

9:19 Yang tiga inilah anak-anak Nuh, dan dari mereka inilah tersebar penduduk seluruh bumi.
9:20 Nuh menjadi petani; dialah yang mula-mula membuat kebun anggur.
9:21 Setelah ia minum anggur, mabuklah ia dan ia telanjang dalam kemahnya.
9:22 Maka Ham, bapa Kanaan itu, melihat aurat ayahnya, lalu diceritakannya kepada kedua saudaranya di luar.


Tentu kita kata, "Bodo punya Al Kitab tulis Nabi Nuh as tidur berbogel!" :@

Dah tu, klu riwayat dlm kitab kita tertulis perkara yang sama ttg Nabi2 as kita...Nak kata siapa pulak bodo?

Sedangkan di dalam Quran, jelas Allah membersihkan nama2 mereka drp kenistaan. Perhatikan:

Nabi Nuh as

"Hai Nuh, turunlah dengan selamat sejahtera dan penuh keberkatan dari Kami atasmu dan atas umat-umat (yang mukmin) dari orang-orang yang bersamamu. Dan ada (pula) umat-umat yang Kami beri kesenangan pada mereka (dalam kehidupan dunia), kemudian mereka akan ditimpa azab yang pedih dari Kami." (Qs. Huud 11 : 48)

- takkan orang yang diberkati dan sejahtera oleh Tuhan buleh minum wine, mabuk dan tido telanjang?


Nabi Ayub as

""Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (As Shad: 44)

- takkan orang yang sabar dan taat, sebaik2 hamba pi mandi telanjang dan leka kutip belalang emas?


Nabi Musa as

"Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al Qasas:14)

- takkan lah seorang yang berpengetahuan dan bijaksana mesti mengejar batu yang melarikan pakaiannya sedang dia berbogel?


Tak nampak lagikah siapa yang menyorok dlm jubah ahlu sunnah? :victory:



YA ALI MADAD!!!

[ Last edited by  ziwasi at 19-11-2008 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 18-11-2008 10:34 AM

MENANTU SAYYIDINA ALI RA YAITU SAYYIDINA UMAR RA ....


Kwang...kwang...kwang....

Memandangkan tuan adalah pecinta Umar, meh sini sy tanya tuan :

1) Berapa orangkah zaujah Umar?

2) Berapa orangkah zaujah Umar yang bernama Ummu Kulthum?

3) Apakah nama anak2 Umar drp para zaujahnya yang bernama Ummu Kulthum?

4) Apa kaitan Imam Ali as dengan perempuan yang bernama Ummu Kuthum?

5) Siapakah sebenarnya Ummu Kulthum?

6) Benarkah Umar menantu Imam Ali as?



jika golongan syiah mencintai ahlulbayt ...

mereka juga haruslah mencintai BAPA MERTUA NABI SAW & MENANTU SAYYIDINA ALI RA YAITU SAYYIDINA UMAR RA ....

BARULAH SOHEH KECINTAAN KAMU TUH ......


kwang...kwang...kwang...

1) Ahlul bayt kamu yang seorang nie boleh terima SEDEKAH ke tidak?

2) Ahlu bayt kamu yang seorang nie termasuk dalam SOLAWAT di dalam solat ke tidak?

3) Ahlul bayt kamu yang seorang nie MAKSUM ke tidak?

4) Ahlul bayt kamu yang seorang nih termasuk dalam ayat MAWADDATA FIL KURBA ke tidak?


Jika tidak termasuk...tok sah mimpi lah nak dapatkan kecintaan dan ketaatan sy, ya tuan !

[ Last edited by  ziwasi at 19-11-2008 02:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 02:53 PM | Show all posts
[quote]
Sy pastekan teks Arab sebelum ini dgn harapan 888 membandingkan ia dgn terjemahan Inggeris
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 03:01 PM | Show all posts
Ha'ah la weh...

Kalau ada orang yang menerima hadith-hadith kelebihan Ali dan para ImamAhlul Bayt as dikatakan Syiah....ramai benar ler Ulama Sunni yang jadisyiah weh!

Saya tak pernah pun kata pun begitu.

Ana madinatussdq wa ABU Bakr babuha-Aku(Rasulullah)adalah kota kebenaran dan Abu bakar adalah pintunya

Ana madinatuladl wa Umaru babuha-aku adalah kota keadilan dan Umar itulahpintunya

Ana madinatulhilm wa Usman babuha-aku adalah kota penyanyang dan lemah lembutdan Usman adalah pintunya..................

Ana madinatulilmi wa Aliyyun babuha...................aku adalah kota segalailmu dan Ali itulah pintunya............................

petikan :http://burhamiah.blogdrive.com/archive/15.html

Buat apa awak bawak yang ni? Nak mengejek Ahli Sunnah ke?Awak ingat Ahli Sunnah ni, asal hadis kelebihan Ali, tolak belaka? Asal hadis kelebihan Abu Bakar dan Umar, terima belaka? Tidak begitu. Kami ada kaedah. Mana-mana yang sahih, kami terima, tak kira lah kelebihan siapa pun. Mana-mana yang tidak sahih, kami tolak, tak kira lah kelebihan siapa pun. Bukan macam Syiah, asal kelebihan Ali, terima belaka, asal kelebihan Abu Bakar dan Umar, tolak belaka.


No wonder lah - Muhammad Yusuf Al Kanji As Shafie dikatakan syiah. Hanya kerana membenarkan peristiwa Ghadir Khum.
No wonderlah - Ibn Abi Al Hadid dikatakan syiah. Hanya kerana mengarang SyarahNahjul Balaghah.


Awat hangpa tak kata Abu Hanifa pun syiah pasalmengaji dgn Imam Jaafar as (Imam yg ke 6 dlm Syiah Imamiyah)?
Awat tak kata Ahmad bin Hanbal sebagai syiah, walhal dia banyak jugameriwayatkan keutamaan Imam Ali dan Ahlul Bayt as?

Tapi yang wondernya, kenapa takdak sorang pun Ahli Sunnah kata Muhammad Abduh dan Dr. Shubhi Saleh tu Syiah kerana mengarang Syarah Nahjul Balaghah?

Itulah, kita nak kata orang tu Syiah orang ni Syiah pun kita ada sebab, bukan main taram saja
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by ziwasi at 19-11-2008 12:26 PM

Membenarkan periwayatan para Nabi as mandi telanjang samalah spt kita membenarkan Al Kitab yang turut meriwayatkan bhw Nabi Lut as tidur telanjang setelah mabuk minum wine.


Salam Ziwasi....


Isu Nasibi yang dibawa ni dah meleret-leret dah...

Saya tak setuju awak kenyataan di atas. Kita bincangkan isu yang berkaitan dengan Nasibi, tapi konteks hadith yang dipetik tu awak ulas ikut persepsi awak, sedangkan hadith tersebut bukannya disyarahkan menunjukkan kehinaan para Nabi.

Hadith Nabi Musa tu pun tidak dinyatakan Nabi Musa mandi telanjang, atau berbogel. Ketika Nabi Musa letak baju atas batu, kemudian di saat itu bajunya dilarikan batu, dan dia mengejar dan ternampaklah auratnya...? Masa mengejar tu saja yang ternampak. Itupun ada hikmahnya.

Hukum mandi telanjang ni di sisi Ahlussunnah yang saya tahu adalah makruh, bukannya harus. Terjemahan harus tu sebenarnya 'boleh' dengan syarat2 tertentu iaitu tertutup dan aurat tak terdedah kat orang lain.

Tak wajar awak samakan contoh tu dengan contoh Nabi Lut dari TERJEMAHAN Bible.

Nabi Musa as

"Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
(Al Qasas:14)

- takkan lah seorang yang berpengetahuan dan bijaksana mesti mengejar batu yang melarikan pakaiannya sedang dia berbogel?


Itulah, niat awak nak CARI CELA dalam hadith tu, dapatlah CELA. Hadith tu dari sisi ASWJ adalah MEMBELA Nabi Musa dan kebenarannya dari DIFITNAH Bani Israrel yang suka mandi telanjang.

ITULAH tak sama Sunni dan Syiah dalam mengambil dan menolak hadith. Tapi awak tetap nak tolak hadith tu sebab awak anggap riwayat tu sengaja menghina Nabi Musa.

Tak nampak lagikah siapa yang menyorok dlm jubah ahlu sunnah?  


Yang saya nampak, ada orang reka cerita untuk menghina Nabi Musa dan bolehlah cipta adegan nasibi kat situ.

Nabi Ayub as

""Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (As Shad: 44)

- takkan orang yang sabar dan taat, sebaik2 hamba pi mandi telanjang dan leka kutip belalang emas?


Cuba check balik hadith tu, kan Allah tegur Nabi Ayyub? Ini bukan satu kehinaan pun. Lagi satu bilamasa hadith tu cakap Nabi Ayyub LEKA? Ke awak yang pandai2 tambah untuk sedapkan ayat awak?

Dahla...tu... awak teruskan sajalah cari banyak lagi hadith dalam riwayat Ahlussunnah, samada untuk dicari kecacatan menurut akal fikiran awak, ataupun untuk mencari NATIJAH dan pengajaran dari hadith2 tersebut.

Saya doakan kita IKHLAS mencari kebenaran.

WAllahu a'lam

[ Last edited by  mnm77 at 19-11-2008 06:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:47 PM | Show all posts

Reply #613 mnm77's post

Saya malas sentuh lagi pasal isu Nabi Musa, Nabi Ayyub, Nabi Nuh. Sekarang kita tak habis lagi cakap tentang Nasibi dan ziwasi pun kemukakan semua tu untuk menguatkan dakwaannya bahawa ada Nasibi sedang menyamar jadi ahli sunnah. Tapi masalahnya, siapakah Nasibi undercover yang ziwasi dakwa sebagai bertanggungjawab dengan semua hadis-hadis 'keaiban' yang dia bawak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:30 PM | Show all posts

Balas #611 Triple_8\ catat

Salam kepada forumers dan pembaca...

Tuduhan nasibi bersarang dlm dunia ASWJ sy akui datang drp tulisan2 sy. Pembaca boleh merujuk kembali pada post 567.

Pun demikian, berkaitan hadith Aisha demo ghusl begini post asal sy :

2) Satu isu yang menarik untuk dibentangkan disini adalah berkaitan definisi Ahlul Bayt pada pemahaman sebahagian Sunni yang menganggap isteri2 Nabi adalah termasuk Ahlul Bayt.

Dah Sunni faham lagu tuh tak pa lah kita hormati.

Tetapi, kelompok nashibi yang bertaqiyyah dalam sunni secara diam2 turut menghina isteri2 nabi (baca Ahlul Bayt pada pemahaman sunni). Buktinya, kitab2 dari dunia sunni mewarisi riwayat2 yang menjatuhkan peribadi Ahlul Bayt isteri nabi. Dan yang paling teruk kena belasah adalah Ummul Mukminin Aisha!!!!


Drp statement di atas, kita lihat:

First rule: Nasibi - golongan pembenci AB
Second rule: Isteri2 Nabi saaw termasuk AB dlm versi sunni.


Sunni yang mempunyai makrifat terhadap maqam Aisha sebagai Ahlul Bayt, tidak mungkin akan menerima hadith ini kerana ia membuka ruang kpd penghinaan terhadap Ummul Mukminin. Namun hadith yg mengaibkan ini telah disisipkan di dalam Sahih Muslim, maka amat wajar sunni mempersoalkan keberadaan hadith ini.

Berbalik kpd definisi nasibi - golongan pembenci AB, dan Aisha termasuk dlm AB (versi sunni) - maka secara langsung periwayatan hadith ini tentunya datang drp nasibi.

Tetapi majoriti sunni memandang hadith ini sebagai sahih, dah tentu mereka menolak hadith ini dibawakan oleh nasibi. Sedangkan pada perkiraan sy, sekiranya sunni mencintai Aisha...mempunyai makrifat ttg Aisha...sepatutnya mempertahankan Aisha apabila dihidangkan dgn hadith yg berpotensi mencalar wibawanya sbg Ummul Mukminin. Tetapi ini tidak berlaku.

Pada 888 - Aisha betul, Abu Salamah betul, Muslim betul dan Abdul Hamid Siddiqui juga betul. Cinta AB (baca isteri nabi) apa lagu ni?


Tetapi sy yang syiah - wp byk mengkritik tindakan Aisha yang memerangi Imam Ali as...tidak tergamak nak 'menelan' hadith ini sbg sahih krn hadith tersebut jelas merendahkan wibawa beliau selaku Ummul Mukminin. Oleh sebab sy meragui keberadaan hadith ini - maka sy percaya hadith ini disisipkan oleh mereka yg membenci Aisha. Memandangkan perawi Rafidi ditolak untuk meriwayatkan hadith dlm Sahih Muslim, maka 'yang bukan rafidi' AKA 'pembenci AB versi sunni' yang bertanggungjawab terhadap hadith ini.

Bertepatan dgn itu pada post berikutnya sy mengpastekan teks Arab, Melayu dan English berkaitan hadith ini sbg satu perbandingan bhw hadith tersebut diragui keberadaannya. Jelas bukan, teks Arab dan English tak serupa...yang English ada tambahan lah pula.


Cuba awak sebutkan, apakah yang ditambah dan di manakah ia?


Ishk3x...888 takkan tak boleh beza? Janganlah rendahkan intelek tuan dgn bertanya soalan begini. Malu tau...orang dok tengok. Teks Arab dan English tersasar pada bahagian akhir riwayat tersebut.

Kerana itulah sy bertanya:


1) Adakah Abdul Hamid Siddiqui (AHS) telah menambah lafaz dalam hadith ini secara sengaja yang mengakibatkan timbulnya keraguan terhadap Aisha?

2) Adakah AHS merujuk sahih Muslim versi lain ketika melakukan penterjemahan hadith ini ke dalam bahasa Inggeris?

Maka, Sunni manakah yang mahu meleraikannya? Apakah mahu dibiarkan sahaja kekaburan ini berlegar-legar di kalangan Muslim dan non Muslim?


888 masih juga tidak menjawab. Malah menyerang sy dengan statement berikut:

Terjemah pun tak betul. Terjemah dulu biar betul sebelum menyalahkan orang lain. Lepas tu kata pulak orang tu nasibi, orang ni nasibi.


Amboi. Mentang2 lah kita declare kita tak pandai Arab...dia pandai...sedap je nak malukan kita. Terjemahan itu sy kutip drp laman web sunni juga. Kepunyaan Kerajaan Sunni Umno Malaysia (drp laman webnya : http://www.pmo.gov.my). Maka apabila 888 kata tak betul, salahkanlah ustaz2 sunni yang bekerja di bawah Dr Zahid Hamidi.

Oleh sebab 888 menelan hadith ini sbg sahih, tetapi TIDAK PADA SAYA krn itulah sy berhujah spt yg dibawah:

Menerima hadith itu sbg SAHIH BERMAKNA :

1) Abu Salamah meninggalkan yang awla iaitu merujuki kaum sejenisnya berbanding orang perempuan perihal ghuls.

888 kata tidak krn Aisha lebih alim berbanding orang lain.
Ye ker? Ada pujian Nabi saaw dan Quran ttg ketinggian ilmu Aisha ker?

2) Demo ghusl Aisha menyalahi Al Ahzab:32-33.

888 kata tidak salah kerana hubungan mereka sesama mahram.

Sy setuju tak salah tetapi apsal Allah perintahkan isteri2 Nabi tidak seperti wanita2 lain? Maka walaupun pada hokum fiqh tak salah, tetapi kedudukan Aisha sbg isteri nabi tidak melayakkan dirinya untuk bertindak demikian. Apatah lagi ada perintah dr Quran ttg kedudukannya yang WAJIB dijaga.

Contoh mudah, Nik Aziz dan isterinya memang sah berhubungan dgn apa cara sekalipun. Tetapi dgn kedudukan Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS dan bertitle Tuan Guru. Molek kah jika beliau berpegangan tangan dgn wife dia berjalan di merata2 tempat, merangkul pinggang isterinya di hadapan jemaah PAS yang lain.

Ahli2 PAS boleh terima ka?

Begitu juga dgn hukum mandi telanjang. Orang awam mcm kita no hal nak mandi telanjang (secara bersendirian), tetapi para Nabi as hatta bersendirian sekalipun tetap dianggap cela krn mereka adalah manusia pilihan Allah, manusia Ilahi.

Maka serupalah pada kedudukan Aisha bro. Apa yang payah sangat nak cerna dlm fikiran tuan?


3) Tiada keperluan Aisha buat demo ghuls krn ada tabir. Jadi demo ghuls itu sia-sia krn ada tabir.

888 kata tidak. Disuruh sy rujuki lagi An Nawawi. Sungguh, An Nawawi pun tak ngaku perbuatan itu sia-sia. Beliau mengatakan bhw mustahab perbuatan Aisha mengajar secara fi'li berbanding qauli semata-mata krn fi'li lebih berkesan.

Tapi bagi org yang memandang tinggi isteri2 Nabi saaw berhak mempersoalkan hadith ini. Mustahab apa ke jadahnyer klu dah ada tabir. Apa yg nampak? Bunyi air jelah.

Sedangkan tujuan tabir menghalang pandangan manusia terhadap sebarang perbuatan di sebalik tabir. Hadith dr Bukhari (dlm BAB : Guna Halangan Untuk Melindungi Drp Pandangan Manusia Ketika Mandi) membuktikan peranan tabir. Perhatikan:


Diriwayatkan dr Ummu Hani b. Abu Thalib : Aku menemui Rasul saaw di tahun penaklukan Makkah dan mendapati Nabi Muhammad saaw sedang mandi sementara Fatimah melindunginya dengan tirai. Nabi Muhammad bertanya, 'Siapa itu?" Aku menjawab, Aku. Ummu Hani."

Bukankah membuktikan bahawa tabir dlm hadith Aisha sudah menjadi penghalang antara dua pihak dalam pembelajaran?

4) Sekali lagi Aisha buat kerja sia2. Dah klu mahram dan setakat tunjuk rambut. Apa perlunya tabir?

Tapi 888 jawab begini :


Aurat sesama mahram kan ada? Ke bagi Syiah sesama mahram ni, telanjang bogel pun tak apa?


Jwpn 888  bunyi mcm mengatakan bhw Aisha itu berkemban pulak? Ke lagu mana? Sy pulak yang pening baca!

Patut 888 jawab begini: Aisha pakai baju sempurna masa mandi tuh mustahil berbogel atau berkemban.

Tp sy akan tetap tanya  - dah klu pakai baju, setakat dedah rambut, kemudian depan mahram pula, maka UNTUK APA TABIR?

5) Tabir itu nipis sebenarnya atau mungkin tak der tabir, krn itu Abu Salamah tahu Aisha siram rambut 3 kali.

888 jawab apa pun tak tau. Tak bleh nak analisis krn bercampur baur. Sebab tu sy kata demikian :


Memandangkan pengakuan Abu Salamah sendiri yang mengatakan bhw Aisha menyiram rambutnya sebanyak 3 kali!

Dah mcm mana Abu salamah tahu? Tentulah dgnmelihat. Dah macam mana boleh melihat jika ada tabir? Tabir tu jaranglah, sebab itu Abu Salamah dapat melihat. Logikkan?


Now berbalik kpd isu wujudkah nasibi (krn menghina Aisha isteri nabi saaw) yg meriwaytkan hadith ini?

Ada dua jawapan.

888
Hadith ini sahih. Jadi TIADA NASIBI terlibat


Ziwasi
Hadith ini jelas membuktikan terdapat cubaan mencemar imej Aisha. Argumen sy membuktikan bhw hadith ini memang mengancam kredibiliti Aisha. Memandangkan Aisha adalah AB versi ASWJ, maka orang2 yg menyisipkan hadith ini bolehlah dikatakan nasibi (pembenci golongan AB).


Siapakah orangnya?

Berdasarkan DEFINISI AB VERSI ASWJ iaitu isteri2 nabi saaw termasuk AB maka terbukti perawi, pencatat, pensyarah, penterjemah dan mereka yg menerima pakai hadith ini sbg sahih ?adalah mencapai takrif nasibi.

Rakan2 sunni sekelian,

Penghormatan sy terhadap Aisha tidak melayakkan Aisha diperlakukan sedemikian rupa melalui hadith ini walaupun sy mengutuk tindakan Aisha menentang Imam Ali as.

Mencontohi sikap Imam Ali as yg memerangi kempen Aisha, mengarahkan unta yg ditunganginya dibunuh tetapi Imam Ali as tetap melayani Aisha sbg isteri Nabi as dgn menghantar Aisha kembali ke Makkah dgn penuh penghormatan. Bukan sbg tawanan perang!


Klu nak sy terima bhw TIADA NASIBI pada hadith ini, maka untuk menutup perbahasan nasibi pada hadith ini :-

888 juga kena mengakui Aisha adalah bukan AB.


Simple is that's.


bersambung...

[ Last edited by  ziwasi at 20-11-2008 03:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:34 PM | Show all posts
Ibnu Taimiyyah dikatakan Nasibi kerana salah satu sebabnya ialah tolak hadis tersebut, maknanya orang-orang lain lagi yang tolak hadis itu yang nama meraka sudah saya sebut dulu pun Nasibi macam Ibnu Taimiyyah jugak la?



Tak usah nak perangkap sy dengan harapan sy akan membuka mulut menjatuhkan hukum nasibi pada ulama2 yg menolak hadith 憁adinatul 慽lm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2008 01:37 PM | Show all posts
Hah! Hadis Nabi Musa telanjang pulak. Yang ni saya malas sentuh lagi. Isu Nasibi dan hadis Aisyah buat demo pun tak selesai lagi nih. Apa-apapun, awak nak kata hadis ni jugak dibubuh oleh Nasibi ke?


Afwan 888,

Sy bawakan teks tersebut sbg bangkangan terhadap tuduhan bhw sy berfikiran porno yg telah tuan kenakan krn sy mempersoalkan hadith Aisha. Maka siapakah yg lebih porno? Sy atau Imam Muslim? Soal nasibi tidak berbangkit di sini. Namun hadith ini kelihatan membawa angin fitnah yang menghina Nabi Allah Musa as melalui lidah Rasul saaw.

Malah, hadith ini lebih parah drp hadith ttg Aisha pada pengamatan sy. Even syarahan an Nawawi terhadap hadith ini juga tidak memuaskan. 888 tentu lebih maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 01:39 PM | Show all posts
Sungguh mengelirukan orang, terutamanya orang awam. Tambahan Alli tetap bersama kebenaran bla bla bla?tu takdak pun dalam Fathul Bari.


Sy bersetuju pembacaan teks tersebut di kalangan orang awam boleh mengelirukan, terutamanya bagi orang awam yg tidak terdedah kpd teknik penulisan bahan2 ilmiah. Nota kaki (26) spt di bawah:

[26] Dinukil dari Fathul Bari Jil:7 Hal:89 karyaIbnu Hajar al-Asqolani, Tarikh Ibnu Asakir Jil:3 Hal:83, Siar A'lam an-Nubala'(al-Khulafa') Hal:239


jelas menunjukkan terdapat 3 bhn rujukan yg dirujuki bg membentuk ayat tersebut. Secara langsung orang yang belajar teknik penulisan ilmiah akan memahami bhw terdpt frasa dlm ayat tersebut yang telah digabungkan drp nukilan 3 bahan rujukan yang dinyatakan.

888 betul, hanya Fathul Bahri hanya mencatatkan statement pertama. Maka statement kedua iaitu Ali bersama kebenaran tentulah dikutip drp 2 rujukan terakhir iaitu Ibn Asakir dan Az Zahabi.


Seruan sy kpd orang awam - ambil tahulah kaedah penulisan ilmiah agar tidak terkeliru spt yg dibimbangi 888.

[ Last edited by  ziwasi at 20-11-2008 03:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:00 PM | Show all posts
Buat apa awak bawak yang ni? Nak mengejek Ahli Sunnah ke?Awak ingat Ahli Sunnah ni, asal hadis kelebihan Ali, tolak belaka? Asal hadis kelebihan Abu Bakar dan Umar, terima belaka? Tidak begitu. Kami ada kaedah. Mana-mana yang  sahih, kami terima, tak kira lah kelebihan siapa pun. Mana-mana yang tidak sahih, kami tolak, tak kira lah kelebihan siapa pun. Bukan macam Syiah, asal kelebihan Ali, terima belaka, asal kelebihan Abu Bakar dan Umar, tolak belaka.


Bukan niat nak mengejek Ahli sunnah.

Tapi mahu membuktikan bhw terdpt  golongan yang berpengaruh dlm ahli sunnah iaitu kumpulan tasawwuf atau tariqat yg tidak menghiraukan disiplin ilmu hadith spt yg 888 wawarkan.

Maka ada baiknya tumpukan seruan dakwah yg lebih serius terhadap kumpulan2 ini memandangkan mereka juga mempunyai tapak yang kukuh di dlm dunia sunni.

Ada berani menghentak mereka spt 888 menghentam syiah?


Bukan macam Syiah, asal kelebihan Ali, terima belaka, asal kelebihan Abu Bakar dan Umar, tolak belaka.


Syeikhain ini memang ada kelebihan...antara jasa mereka adalah meletakkan batu asas yang memisahkan umat dgn media lantikan Tuhan yang mengurusi kepemimpinan Ilahiyah di bumi selepas wafatnya Rasul saaw iaitu IMAM.

Tapi yang wondernya, kenapa takdak sorang pun Ahli Sunnah kata Muhammad Abduh dan Dr. Shubhi Saleh tu Syiah kerana mengarang Syarah Nahjul Balaghah?


Tu lah pasallah...apa bezanya syarah beliau berbanding yang dikarang Ibn Abi al Hadid? Khutbah yang sama juga. Apakah krn Muhammad Abduh merupakn Mufti Mesir? Oleh sebab status itu  maka beliau terselamat? Atau kerana beliau reformis yang ada kepentingan dlm dunia sunni, menuduh beliau sbg syiah akan menyebabkan sunni kehilangan permata dan pendekar mereka?

Tentang Dr Subhi Saleh tak payah nak kata rujuk artikel beliau ttg Imamah pun dah tau dah dia duduk bahagian mana cheq. Syarah NB beliau hanya jadi tatapan ilmiah sahaja, bukan sebagai agen perubahan spt karangan Imam Khomeini yg bertajuk Hukumat Al Islami sehingga meruntuhkan pemerintahan dictator Syah Iran.


Dulu aku dah bawak dah Imam Syafie kata Syiah kafir. Takkan dari satu segi dia kata Syiah kafir dan dari satu segi dia berbangga menjadi Syiah? Mengarut semua tu.


Buktikan lah...

Dan kamu pun ambil jalan pintas jugak? dengan memwahabikan sesiapa saja yang menentang Syiah. Dulu sebelum wahabi ada, kamu kata nasibi. biar orang ramai tolak tanpa usul periksa. Mentang-mentang la dia tau orang melayu ni ada fobia dengan wahabi.


Ha'ah...memang mudah pun. Bila2 nanti kita story mory lah bab tawassul, bab ziarah kubur, bab binaan atas kubur, bab zikirullah, bab tuhan boleh dilihat, bab tuhan bersemayam di arasy etc...

YA ABA SOLEH!
YA WAJEEHAN 'INDALLAH, ISYFA'LANA 'INDALLAH....
SOLAWAT!!!


[ Last edited by  ziwasi at 20-11-2008 03:09 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by ziwasi at 20-11-2008 02:00 PM

YA ABA SOLEH!
YA WAJEEHAN 'INDALLAH, ISYFA'LANA 'INDALLAH....
SOLAWAT!!!


ALLAHHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD
ALLAHHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD
ALLAHHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD





[ Last edited by  Gravedigger at 20-11-2008 03:41 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.139603 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list