CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
Post time 7-3-2009 11:19 AM | Show all posts
congrats SEPAH ....manthorpssss !!!

ku merindui JOZAN pasnie.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2009 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by mee_maggie at 6-3-2009 16:28
alien , lama ta nampak

Minat jihan kew? my mom ske sepah


Maggie!! Mak je minat ke? Maggie x minat??

Alien ade je ar, tp sllu jd silent reader jek..
Alien minat dua2.. Sepah pon best, Jihan pon best.. Nasib baik ar semalam Jihan naib juara, kalo Amir............
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 02:39 PM | Show all posts

Reply #601 fredbok87's post

sama arr ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 03:43 PM | Show all posts
kawan2.......
meh teka2 lagi peraduan oiam3 minggu nih lak......

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=404364&extra=page%3D1&page=2

selamat mencuba, TQ semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2009 05:32 PM | Show all posts
Sepah juara Raja Lawak musim ketiga



KUMPULAN Sepah (tengah) ditabalkan sebagai Juara Program Realiti Raja Lawak Musim ketiga diapit pemenang tempat kedua, Jihan (kanan) dan tempat ketiga, Amir (kiri) pada pertandingan akhir di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 6 Mac - Kumpulan Sepah malam ini dinobatkan Raja Lawak musim ketiga sekali gus menjadi peserta berkumpulan pertama menerima gelaran itu pada pertandingan akhir program realiti tersebut.

Juara untuk dua musim terdahulu dimenangi oleh peserta solo iaitu Yusry Edoo pada musim pertama dan Nabil Ahmad yang menjulang gelaran itu tahun lalu.

Kumpulan Sepah yang dianggotai Shahmira Muhamad, Mohd. Nadzri Zainal Abidin dan Mohd. Noor Murad itu berjaya mendapat undian sebanyak 48 peratus untuk melayakkan mereka bergelar juara.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa dan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi.

Kumpulan Sepah berasal dari Johor itu membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta berjenama Citroen Picasso serta wang tunai RM20,000.

Mereka juga menerima barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh tiga pelawak veteran iaitu Datuk Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param.

"Kami bersyukur dengan kemenangan ini dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong terutama sekali peminat setia kami yang tidak pernah henti mengundi," kata mereka ketika ditemui di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.

Undian sebanyak 30 peratus pula telah melayakkan Jihan menduduki tempat kedua dan membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan sebuah trofi.

Meskipun hanya menduduki tempat ketiga dengan undian sebanyak 21 peratus, Amir yang tampil dengan persembahan menarik membawa pulang wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi.

Kesemua persembahan peserta yang mengambil tema bebas dan lagu jenaka itu diadili tiga juri tetap iaitu Fauziah Nawi, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau serta Adlin Aman Ramlie selaku juri undangan.

Pertandingan akhir Raja Lawak musim ketiga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Prima (saluran 105 Astro).
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 11:20 PM | Show all posts

Reply #601 fredbok87's post

adoyai...aku pun windu jozan pasni...hwa...setahun lagik la baru dpt tgk
arap2 jozan show ader la musim baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2009 12:02 AM | Show all posts
part last skali aku tak faham si jozan ngan nabil tue wat joke kat sape hah, parok sanget dia kenakan org tue sampai terkakang lagie tue... kalo dia serang peribadi tertentu dgn wat joke tue tak patutlaaa kan....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 12:11 AM | Show all posts

Reply #607 logy's post

ok per........mmg patut pun kene .....lawak hancusss entah camner leh masuk pn x tau.......eksen jer lebih ....ingat owg suker ker dia wat kaki cam tuh ......sewktu di nyanyi lagu RJLWK pn dia wt ngn mata2 skali yuck   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2009 12:15 AM | Show all posts

Reply #606 amira_adlina's post

adooyai ......sedih gak
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2009 06:41 PM | Show all posts
Apasallah aksi si shamsul cam berlagak bagus, dan over giler jek..

Baju putih cam nak sanding lak... Giler glamer jek
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 01:42 AM | Show all posts
apa yang penting kerjasama ! apa yang penting kerja sama wahaha!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:30 AM | Show all posts
Tahniah sepah!...lawak mencarut gak yg jadik juara...tak habis2 budak2 bertiga ni dgn burung2 depa...dahsyat tul nama yg dia org pilih utk watak malam tu..."NGOK"....sampai aku pun nak terikut2....sikit2, ngok...ngok....

lawak amir & lagu anak tupai sesuai utk persembahan pentas budak2 tadika...si amir pun ada hati gak buat lawak lucah masa dgn senapang mainan dia tu...tapi org tak gelak....geng2 kelate jer gelak sikit2...

jihan masa first out!, musical tu dia ok....lawa jihan menari dgn suara tak merdu di atu...hua...hua...hua....kira suara ina naim sedap sikit arr dari jihan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:31 AM | Show all posts
tag line man belon jadik bahan jozan + nabil berlawak.....sape punyer? man belon punyer....huaaa...hua.....(kaki terkangkang2 sikit)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by greydove at 10-3-2009 10:31
tag line man belon jadik bahan jozan + nabil berlawak.....sape punyer? man belon punyer....huaaa...hua.....(kaki terkangkang2 sikit)


memang kelakar aku tgk jozan ngn nabil.....rindu la nak tgk dorg lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 04:28 PM | Show all posts
Masuk ni, dah dekat 18 kali aku ulang-ulang tgk Sepah Final..
tetap aku maintain ketawa bahak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2009 06:48 PM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 7-3-2009 08:02
aku rasa astro kena buat rancangan khas untuk sepah.. sbb aku rasakan jika digilap dgn betul.. sepah boleh menggantikan senario dgn idea-idea yang lebih fresh

Yes.. sbb senario dah mcm takde idea.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2009 10:12 PM | Show all posts
senario dh kirer otai...
setraf dah dgn pelawak2 lamer...
skrg pelawak2 baru plak
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 08:03 AM | Show all posts
sorryla sbb terlambat mengucapkan TAHNIAH kpd pemenang......

aku pun  suka SEPAH menang......

sib baik I'm sorry tak menang....kalau tak aku pun tak percaya dah RL.......cam Adlin

tp utk final ari tu.....mmg Amir buat lawak bodo sungguh.....tak tahu nak kata apa.....terkedu jap.....

paling kurindui........telatah JOZAN..... diaorg mmg salute........antara pengacara yg bagus.....satu ari nnt kalau perangai elok, tak kekwat.....mungkin akan sebaris dgn Aznil..........I miss U JOZAn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 10:41 AM | Show all posts
Zaibo undur diri jadi juri sebelum penonton bosan

Oleh ZIEMAN



Zaibo bersyukur diberi peluang selama dua musim untuk menjadi juri Raja Lawak.

TIDAK seperti sesetengah selebriti yang tidak tahu di mana titik nokhta itu berakhir dan bila masa yang sesuai untuk 'angkat kaki' sebelum jemu menguasai penonton, ketua Juri Gelanggang Raja Lawak musim ketiga, Zaibo bulat hati tidak akan menerima tugas sebagai juri untuk tahun yang ketiga, seandainya ditawarkan lagi tahun hadapan.

Seperti kata orang tua-tua, berhenti sebelum kenyang, Zaibo juga sependapat begitu.

"Biarlah kita putus suap, janji kita jangan terlalu kenyang. Nanti makruh dan mudarat," jelas pelawak terkenal kelahiran Padang Besar, Perlis ini sarat berhemah.

Dan apapun respon positif yang diterimanya dari peminat program Raja Lawak, Zaibo bersyukur sekurang-kurangnya dia diberi peluang menjadi juri selama dua musim.

"Cukuplah dua musim saja saya jadi juri. Saya tidak mahu penonton bosan dengan saya. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau di musim yang pertama orang mungkin suka tengok kita.

"Tahun kedua, kita semakin selesa. Tapi bila masuk tahun ketiga, orang sudah boleh mencari kelemahan kita kerana semua orang punya kelemahan. "Eloklah saya berhenti setakat ini saja sementara rapo saya masih elok lagi," kata Zaibo yang mengesyorkan teman-teman seperjuangannya seperti Abon, Sabri Yunus dan Kartina Aziz untuk mengambil alih tugas juri untuk musim berikutnya.

Gelanggang Raja Lawak musim ketiga melabuhkan tirainya minggu lalu dan bagi Zaibo, prestasi program pada musim ini dirasakan lebih meriah berbanding dengan musim lalu.

Kata pelakon teater berusia 53 tahun ini, kemeriahan yang dirasai di dalam Dewan Sivik MPPJ hari Jumaat lalu, sudah cukup membuktikan yang program ini mendapat tempat di hati penonton. "Walaupun musim ini kita tidak dapat mencungkil bakat seperti Nabil, enthusiasmsemangat yang ditunjukkan oleh penonton setiap minggu tambahan pula di gelanggang akhir cukup memberangsangkan. Sesiapa yang berada di dalam Dewan Sivik PJ akan faham apa yang saya maksudkan. "Begitu gamat sorakan dan sokongan yang ditunjukkan. Bagi saya ini satu petanda baik walaupun saya berharap pihak Astro dapat memperbaikki kelemahan yang ada dalam program ini," kata Zaibo. Kata Zaibo, kalau boleh format yang digunapakai oleh Akademi Fantasia diserapkan dalam Raja Lawak di mana, misalnya, semua peserta diberi pendedahan tentang seni persembahan, lakonan dan penulisan skrip secara rambang, selama 1 minggu sekurang-kurangnya. "Ibarat satu crash course. Kita harus sedar semua peserta yang masuk Raja Lawak datang dari latarbelakang yang berbeza. Ada yang tidak pernah terdedah pada dunia pentas pun. "Mungkin pihak Astro dapat kerjasama dengan pihak ASWARA untuk memberi peserta Raja Lawak asas lakonan. Kita kena faham ada peserta yang masuk Raja Lawak kerana mereka rasa mereka berbakat, ada yang masuk kerana tuntutan glamor.

"Dan ada tu, tak layak naik tangga pentas pun tetapi disebabkan keyakinan diri yang tinggi, mereka berada di atas pentas," kata pelakon teater yang disegani ini. "Kita tidak dapat membantu mereka seandainya mereka diserap bulat-bulat terus ke gelanggang dan harapkan juri jemputan untuk membantu atau memberi tip kepada mereka," kata pelawak, pengacara dan pelakon handal ini. Mungkin ramai yang tidak faham kriteria untuk menjadi seorang pelawak. Tiga perkara wajib perlu ada iaitu: bijak kumpul bahan, mengolah bahan dan mempersembahkan bahan itu. "Ketiga-tiga aspek ini hanya boleh dikutip apabila seseorang itu dapat menimba pengalaman dan ilmu dari penulisan skrip (cara mendapat pengalaman samada dari pengalaman sendiri atau pengamatan seharian), seni lakon atau persembahan dan bagaimana seseorang itu mengolah bahan yang ada padanya. "Setidak-tidaknya seorang peserta perlu ada basic knowledge tentang semua ini. Bila asas ini dicampur dengan bakat yang mereka ada, barulah persembahan mereka kukuh," jelas Zaibo yang akan dapat dilihat dalam 13 episod drama 'Aca Dan Atok' yang diinspirasikan dari kisah kartunis Ujang dari majalah Gila-gila. Ada orang mengatakan lawak tidak dapat diajar. "They say, you either have it or not....Samada seseorang itu berbakat atau tidak. Tapi kalau ada bakat tapi tak ada dorongan atau sokongan yang betul pun tak jadi juga," terang Zaibo yang kini sibuk membuat 'voice-over' untuk program masaknya 'Pelik Tapi Sedap' yang akan ke udara di RTM1 pada bulan Mei ini. Setelah dua musim Zaibo memegang amanah sebagai juri, kata pelakon yang dibesarkan di Alor Setar, Kedah ini, "sepatutnya tugas juri untuk memberi panduan kepada penonton peserta mana yang lebih berbakat."

"Tapi nampaknya tak jalan juga. Itu kata kita. Pengundi pula mungkin beranggapan, duit aku, aku punya sukalah siapa aku nak undi..." Senario inilah yang banyak membantutkan sentimen juri yang seperti hilang semangat bila peserta yang tidak layak diundi sampai ke peringkat akhir.. "Semua itu akan terpahat dalam otak saya sampai bila-bila. Bila tirai Raja Lawak dilabuhkan, inilah antara kenangan manis yang akan buat saya tersenyum...melihat telatah peserta dan pengundi," jelas pelawak yang masih bujang ini penuh makna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2009 10:43 AM | Show all posts
Kritikan melampau Shamsul



SHAMSUL Ghau Ghau sewaktu menjadi juri pada pertandingan akhir Raja Lawak musim ketiga baru-baru ini.

JUJURNYA, Papa memang bukan peminat setia rancangan Raja Lawak tetapi Papa memang puji pihak Astro kerana mengambil inisiatif untuk mengadakan rancangan seperti itu.

Ini kerana setidak-tidaknya ia mampu mencari pelawak pelapis di negara ini yang Papa lihat masih lagi kurang. Yelah, sampai bila kita nak harapkan muka pelawak yang sama je muncul di kaca televisyen mahupun filem.

Malam Jumaat lalu, Papa berkesempatan menonton pertandingan akhir Raja Lawak musim ketiga. Papa tidak sempat untuk ke Dewan Sivik tetapi sekadar menonton di rumah bersama teman-teman rapat yang lain.

Papa memang suka apabila kumpulan Sepah di angkat sebagai juara kerana Papa lihat lawak dan jenaka yang mereka tampilkan mempunyai mesej dan isi yang boleh diterima.

Takdelah asyik-asyik buat lawak merapu dan memualkan seperti sesetengah pelawak kita.

Bukanlah Papa nak mempertikaikan keputusan tetapi Papa agak terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila salah seorang juri tetapnya, Shamsul Azhar atau Shamsul Ghau Ghau yang agak melampau memberikan komennya.

Ada ke patut dia boleh mengeluarkan kata-kata dan menyamakan persembahan salah seorang peserta pada malam itu dengan najis mughallazah atau najis berat yakni setaraf dengan anjing dan babi.

Memang melampau sungguh komen Shamsul itu dan langsung tidak boleh diterima. Bukan tidak boleh mengkritik mahupun memberikan pandangan, tetapi biarlah bertempat dan beralas.

Rasanya Adlin Aman Ramlie yang terkenal sebelum ini dengan kritikan pedasnya pun tidak pernah melakukan sedemikian rupa.

Harap pihak Astro mengambil berat tentang perkara ini dan teguran ini juga adalah untuk Shamsul agar tidak mengulangi perkara yang sama di masa hadapan.

Kita sebagai manusia ada air muka dan harga diri yang perlu dipelihara dan tidak seharusnya kita sesama insan mengatakan sebegitu rupa. Jadi fikir-fikirkanlah kalau perkara itu terjadi kepada diri atau keluarga kita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.624455 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list