CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[Merged]All About Kisah Seram Highway/Jalan Plaza Tol

  [Copy link]
Post time 27-6-2008 06:52 PM | Show all posts
amirhamzah11 ... gamba dah dpt blom.. kami nak tgk nih!! tak sabo.
usahakan la yek.. thanks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2008 02:04 AM | Show all posts

Reply #325 cassiopeia's post

cepat la share...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 07:16 PM | Show all posts
pelbagai pengalaman korang...

aku so far Alhamdulillah...x de lagi pengalaman mistik kat jalan raya
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2008 07:20 PM | Show all posts

Reply #317 erin_78's post

laku ke kedai yg scary gitu...?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 10:46 AM | Show all posts
Masa tu ayah mertua sakit tenat di hospital.  Adik ipar yg jaga siang malam.  Kadang2 je balik rumah nak bersihkan diri dll.  Rumah kosong sebab yg lain semua dah berhijrah. Adik-beradik lain jaga gilir-gilir bila dapat cuti.

Malam tu dia balik ke rumah.  Dah mandi-manda, masak nasi dan lauk-pauk untuk bekalan, jam dah tunjukkan pukul 2 pagi.  Dia tak sampai hati nak tinggalkan ayah lama-lama, so dia keluar lagi nak ke hospital.  Adik ipar ni baru berusia awal 20an, wajahnya ayu, ramai lelaki termasuk laki orang tergila-gila kat dia.  Dia drive gunakan kereta Volvo 250 kepunyaan ayah mertua, berwarna putih.

Adik ipar terpaksa melalui dalam 20 km jalan sunyi (kiri kanan pokok getah), takde lampu jalan, takde kenderaan lain, takde rumah orang lansgung.  Sib baik kubur pun takde.

Baru pertengahan jalan, dari jauh dia ternampak satu kereta berenti kat tepi jalan.  Dah dekat, dia ternampak seorang lelaki tengah duduk mencangkung kat tepi jalan, macam tengah tunggu seseorang. Bonet enjin kereta terbuka.

Dgn curiosity yg tinggi dan simpati yg menebal, dia terus terlupa pesan semua orang tentang keselamatan dirinya.  Adik ipar aku pun berenti kat depan lelaki tu dan buka tingkap kereta.  Kenapa bang, tanyanya.

Lelaki yg tengah mencangkung tu berdiri, terkejut.  Mukanya terus berubah, pucat tak berdarah.  Dengan mata terbeliak, dan suara yg menggigil, dia menggeleng-geleng kepala sambil berkata, tak .... tak ... tak ada apa-apa, tak apa, tak apa.

Adik ipar aku mulanya pun terkejut, apahal mamat ni.  Pastu macam baru tersedar dari realiti, dia tersenyum, ok ok .. saya pergi dulu.  So zoom dia pergi meninggalkan mamat yg tengah ketakutan tu.

Cerita mamat tu terus menjadi bahan lawak kitaorang sekeluarga.  Sian dia.  Entah-entah tengah demam tak kebah-kebah.  Dalam masa yg sama, habis adik iparku kena leter sebab berani sangat keluar sorang2 pagi buta macam tu. Pastu berani-berani pulak tegur lelaki kat tepi jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 11:06 AM | Show all posts

Reply #329 Maxx's post

ramai gak yg mkn. kat situ..sbb masakan dia boleh thn sedap pastu banyak..area kaw. kg. kan..aku klu balik kg je mesti order je ngan dia..byr tak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2008 04:41 PM | Show all posts

Reply #330 aurorae's post

mamat tu ingat adik ipar ko tu hantu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2008 09:37 PM | Show all posts
ye ler kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2008 10:26 PM | Show all posts

Reply #330 aurorae's post

adik ipar ko tu dah berpunye ke skrg ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 09:48 AM | Show all posts
DSD
Originally posted by apalancut at 27-6-2008 18:52
amirhamzah11 ... gamba dah dpt blom.. kami nak tgk nih!! tak sabo.
usahakan la yek.. thanks


ALEMAK.
saba leerr....
aku xberkesempatan balik taiping laaa
da lama xjumpak member aku
insyaallah nnati aku letak gamba tu untuk korang
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by Maxx at 30-6-2008 04:41 PM
mamat tu ingat adik ipar ko tu hantu?


Rasanya begitulah.  Adik ipar aku ni putih melepak kulitnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 11:51 AM | Show all posts
Originally posted by ocho at 30-6-2008 10:26 PM
adik ipar ko tu dah berpunye ke skrg ?


Lupa nak bagitau ini peristiwa 6 tahun yg lalu.  Current status = isteri orang
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 12:18 PM | Show all posts
Originally posted by darlingangel at 9-6-2008 04:40 AM
assalamualaikum.. tumpang tanya.. siapa tinggal area Pontian, dan selalu ulang alik ke JB?

citer ni dah lama tapi lately makin menjadik jadik.. area Kangkar Pulai..

katanya sekarang makin ...



EMPANGAN AIR SINGAPORE TU...

dekat sangat dengan simpang masuk ke kawasan rumah aku.   Tepi tu ada banglo lama, mungkin zaman British punya.  Nampak sunyi je, tapi rumput sentiasa bertrim.  Tahun lepas ada accident maut dekat2 situ.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:12 PM | Show all posts

Reply #284 bacteria82's post

lebuhraya yg dari putrajaya ke KL tu?
aku selalu sangaaaat la lalu situ. aku study kat cyber, umah kat KL. slalu gak balik lewat2 after midnght dlm kul 2-3 pagi.pernah 4 pagi aku drive sorang2. mmg sunyi. tapi alhamdulillah la tade paper.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2008 04:40 PM | Show all posts

Reply #337 aurorae's post

aisey mannn .. !!! .. heheheh ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2008 01:05 AM | Show all posts

Reply #338 aurorae's post

banglo lama tu nampak seram tapi terbela...selalu tak miss pandang banglo tu kalau nak pi JB ...jalan kangkar pulai sebelum sampai highway kat UTM tu , jalannya berliku2...kalau malam memang seram sebab kana kiri hutan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2008 05:01 PM | Show all posts
senyap je topik ni..
dh sebulan dh..
takde sape yg nk share citer ker?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 09:05 AM | Show all posts
Originally posted by chemote at 26-6-2008 03:26 PM



ko ingat tak location tempat tu kat ner? area jelapang ke?



dia kata kat area pagoh...pagoh tu kat johor dekat ngan muar
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 10:13 AM | Show all posts
ocho free sikit hari ni .. so . . terjumpa satu blog nih ..
kedit to blogger:
http://5sal13.blogspot.com/2008/ ... ndang-belakang.html

inilah jalan penghubung dari Bagan Serai ke Selama melalui Alor Pongsu, Tebing Tinggi dan Kubu Gajah, Aku sering kali melalui jalan ini setiap kali aku pulang dari Selekoh ke Selama untuk bertemu isteriku. namun begitu atas nasihat sahabatku Muaz, aku sekarang sudah tidak berani lagi untuk melalui jalan ini pada waktu malam kerana jalan ini agak misteri dan menyeramkan. sebelum ini aku tidak mengetahui kisah di sebalik jalan ini dan aku pulak tidak kisah untuk melalui jalan ini pada waktu malam, menurut Muaz, pada sekitar pukul 10 malam dan ke atas, orang sudah mengetahui akan kisah disebalik jalan ini tidak akan melalui jalan ini pada sekitar waktu terbut. ini kerana sudah banyak kisah yang berlaku terhadap mereka melalui jalan ini pada waktu tersebut. antaranya ialah :-

Satu kes yang aku dengar dari Ayahku mengenai kegemparan kisah peniaga ikan keli yang melalui jalan ini pada suatu malam, menurut kisah yang diceritakan oleh ayahku, peniaga ikan keli tersebut melalui jalan itu pada waktu malam dalam keadaan hujan lebat, ketika dalam perjalanan, mereka menemui sebuah rumah yang siap diterangi dengan cahaya lampu, niat mereka untuk tumpang berteduh di ruang garaj rumah tersbut sebelum meneruskan perjalanan, dalam menunggu hujan berhenti, mereka yang keletihan itu akhirnya tertidur di kawasan rumah itu. apa yang menggemparkan mereka pada keesokkan paginya setelah mereka terjaga dari tidur, mereka mendapati mereka sebenarnya tidak tidur dan berada di rumah yang mereka berada semalam, sebaliknya mereka berdua tergantung di atas dahan pokok yang besar di tepi jalan, kesemua ikan keli yang mereka bawa telah hilang dan ada yang mati seperti di jamah oleh binatang. (ayahku menceritakan hal ini sebaik sahaja aku membuka cerita yang dibawakan oleh Muaz)

Satu lagi kisah ialah di kawasan jalan ini (merujuk kepada foto di bawah), jalan ini sering kali mengalami banjir sekiranya hujan turun berpanjangan di sekitar kawasan ini. berhampiran jalan ini terdapat satu selekoh tajam. Di sinilah sekiranya nasib anda tidak baik, anda akan akan pulang bersama-sama Pontianak atau langsuir yang akan menumpang kereta atau motorsikal anda dari belakang, itulah orang di sini cakap, sekiranya melalui jalan ini, sekiranya tiba-tiba bulu tengkuk anda meremang, buatlah sesuatu seperti membaca ayatul kursi ke atau membaca surah 4 kul ke dan jangan sekali-kali memandang cermin pandang belakang anda kerana jika bernasib baik anda akan pasti terlihat sesuatu berada di belakang tempat duduk anda. kebanyakkan kes kemalangan yang berlaku di sini adalah berpunca dari kejadian tersebut.

dari pengalaman aku, memang aku akui, ada beberapa tempat di sekitar jalan ini yang aku rasai seperti pelik dan amat menyeramkan. memang tidak hairan sekiranya jalan ini begitu lapang dan sunyi apabila malam, (lihat sahaja foto di atas, betapa lapangnya jalan ini tanpa sebarang kenderaan lain)Tapi Alhamdulillah, setiap kali aku pulang ke rumah dan bersama anak kecilku, tiada pula aku lihat Iqah mengamuk atau merengek seperti di ganggu, ini kerana kereta yang aku naiki di dendangkan dengan bacaan mp3 ayat-ayat suci Al-quran untuk halua telingaku disepanjang perjalanan aku yang lalui dalam jarak sejauh begini.
Namun kita tidak seharusnya rasa takut dari gangguan begini kerana mereka juga di jadikan oleh Allah, bukanlah kita tidak perlu takut itu bermakna kita boleh takbur untuk bercakap besar, cuma tinggal lagi, kita harus berwaspada dengan golongan sebegini, kerana mereka adalah musuh yang nyata bagi kita...Atas nasihat orang yang berpengalaman di sini, Berdua lebih baik jika melalui jalan di sini. tapi pastikan juga berdua itu bukan berdua untuk tujuan yang tidak baik..lebih afdal jika beramai-ramai...Pastikan juga kaset atau cd Al-Quran juga perlu disediakan di dalam kereta anda, spare ajer tak guna kalau tidak di mainkan, kerana Iblis dan Syaitan tidak mampu menahan kepanasan dari mendengar dendangan Bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran ini. selebihnya kita berserah kepada Kekuasaan Allah... Wallahhuaqlam..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2008 11:04 AM | Show all posts
seremnyer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.538102 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list