|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
Speku Jumaat part 2...
Di Pejabat Asmara.
Selamat Kembali Julia. Rakan setugas meraikan sekembal ...
sellie003 Post at 24-12-2010 11:48 
hai...main suap2 kek pulak....nak sket... |
|
|
|
|
|
|
|
hadoi dlm dilema nih..mlm nih nk tngk TDEI, ASK pn ada gak..tngk TDEI dulu..pas tu half way br tngk ...
marchie Post at 24-12-2010 12:13 
ce skodeng lagih...ada tu depa red carpet sesama nanti ......ha ha ha ....eh sapa FT? Faizal Tahir? |
|
|
|
|
|
|
|
ce skodeng lagih...ada tu depa red carpet sesama nanti ......ha ha ha ....eh sapa FT? Faiz ...
Zammy Post at 24-12-2010 12:19 
zammy, mcm x de jer red carpet..mana tau ada lalu SJ ngan MF ker, FE ngan gaya tema~ Glamour +Klasik ..pas tu FT ada lak perform..huhhh..really make my day lahhh ini malam....
yupp, FT~ Faizal Tahir... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 601# Zammy
Nah sebijik... suap sendiri takdanya Julia nak suapkan ko pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Zammy
Nah sebijik... suap sendiri takdanya Julia nak suapkan ko pulak...
sellie003 Post at 24-12-2010 12:33 
shedapneyr sellie  |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Speku Jumaat part 3....
Masing2 kembali menjalankan tugas seperti biasa. Sedang Julia tekun menyiapkan tugasan seorang despatch memanggil2 namanya. Julia mengangkat tangan. Sebakul jambangan mawar merah jambu dihantar kepadanya.
Despatch: Cik, sila tandatangan.
Julia: Hmm…yea.. (Julia menurunkan tandatangan). Terima kasih.
Despatch: Sama2. Kemudian berlalu pergi.
Semua rakan setugas mengerumuni tempat duduk Julia.
Aisha: Wow, siapakah gerangan yang menghantar jambangan mawar ni?
Julia melihat sekeping kad dibalik jambangan tersebut & dibacanya.
“Kepada Puteri Jelita Yang Baru Bangun Dari Beradu,
Semoga Menjalani Hari-Hari Yang Indah Selalu”.
Haiza: Hai, putera mana yang mengejutkan puteri dari beradu ni.
Julia tersenyum berbunga2. Ini mesti En. Asmara. Suka sangat buat surprise kat aku.
Julia: Ok la kawan2ku semua, saya nak buat part time jadi tea lady hari ini. So excuse me please.
Semua rakan2 setugas Julia bersorak: Uu…. Tea lady En. Asmara. Dengan kopi kasih sayangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
eh..eh..MF x gi lh ASK mlm nih....dia nk shooting kot..so SJ sorang jer ...sapa nk teman..? FE..? hmmmm..in my dream..SJ and FT.. |
|
|
|
|
|
|
|
Speku Petang Jumaat Part 4.... Enjoy Your Feeling. Adios.....
Julia memasuki bilik Asmara sambil ditangan kanannya menatang kopi kasih sayang. Asmara pada mulanya tekun menyemak fail agak tersentak dengan kemunculan Julia. Kala itu dilihat betapa anggun & menawannya Julia hingga menggegar hati Asmara. Dengan penuh sopan Julia menghidangkan kopi tersebut di atas meja Asmara.
Asmara: Untuk saya ke?
Julia membisik dalam hati. Aik dah aku bawa kopi letak kat depan ni mestila untuk dia.
Julia: Err… silakan En. Asmara.
Bismillah, Asmara tanpa lengah terus meneguk kopi itu sekali hirup. Julia terkebil2 melihatnya.
Getus hati Julia: Ya Allah, tak panas ke? (Julia menakup mulutnya sambil membayangkan lidah Asmara mungkin tebal kot).
Julia: Err… En. Asmara tak panas sangat ke kopi tu?
Asmara tercengang sambil merasa lidahnya. Patut la pijar.
Julia: Nanti En. Asmara saya ambilkan ais.
Pantas Julia menuju ke pantry & mengambil seketul ais di peti ais mini. Kemudian Julia menyuruh Asmara mengulum ais tersebut bagi meredakan lidahnya yang pijar.
Julia: Macam mana En. Asmara okey ke? Julia menjelirkan sedikit lidahnya.
Asmara tersenyum menahan ketawa sambil membuat isyarat tangan. Okey. Julia senyum tersipu2. Ish aku ni asyik buat malu saja. Getus hati kecil Julia kelucuan.
Julia: En. Asmara terima kasih dengan jambangan bunga mawar tu.
Asmara: Haa… bunga yang hari tu ke? Bukan ke awak dah ucapkan sebelum ini.
Julia terasa sedikit pelik: Tapi jambangan encik tu ada bakulkan?
Asmara: Seingat saya bakul buah saya bagi kat awak kan?
Julia semakin pelik. Ah sudah, siapa pula yang kirim bunga tu kat aku. Takkan Haikal kot?
Julia: Takpe la En. Asmara, saya minta diri dulu. Kalau ada apa2 just call saya aje.
Asmara: Ok, kalau ada apa2 saya call awak aje .
Asmara mengenyitkan mata kepada Julia. Gulp... silap kata, Julia tergamam kemudian tertunduk malu. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambungan Speku Jumaat part 3....
Masing2 kembali menjalankan tugas seperti biasa. Sedang Julia t ...
sellie003 Post at 24-12-2010 12:37 
cececececece...dan dan kopi kasih sayang{:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Speku Petang Jumaat Part 4.... Enjoy Your Feeling. Adios.....
Julia memasuki bilik Asmara sa ...
sellie003 Post at 24-12-2010 14:05 
adoi...termalu la pulak  |
|
|
|
|
|
|
|
chaiyoook tria!!! pes time aku suke tria
NazilaSK Post at 24-12-2010 12:57 
saya tak puas hati watak Tria kat Asmara 1, ni nak sedapkan hati je  |
|
|
|
|
|
|
|
Ni adalah cilok idea mrs bean yang pasal CH tu, tapi ideanya takla sehebat mrs.bean, hari ni baru sempat taip... korang jangan bayangkan tragedi bas tu pulak ye...takde kena mengena.
CH part 1
“Da, kau rasa kawin tu best tak?”
“Oi Ha, kau tanya soalan apa ni?”
“Aku rasa macam bestlah”
“Mana kau tau best?”
“Semalam aku mimpi aku kahwin”
“Mimpi semua best”
“alah, kalau kahwin kan ada orang sayang, ada orang take care, ada baby comel2, huuuuu seronoknya” Zaliha yang sedang berbaring menelentang meletakkan notanya ke dada, mukanya berpaling kearah kawannya yang kusyuk membaca
“Ko ni dah buang tebiat ke Ha?” Wooda yang masih tekun menatap nota sambil meniarap membalas
“Lagi-lagi kalau dapat laki hensem kan, awww tak kuar rumah aku”
“Sah sewel!”
“Heeee” Zaliha senyum menyeringai seraya menunjukkan giginya yang putih itu
“Kau ni kanapa Ha? Nak kata mengidam, tak pregnant pulak aku tengok”
“Aku teringin nak kawin”
“Ya Allah, Zaliha, boleh tak kau bawa mengucap? Ko ingat kawin tu yang seronok-seronok je ke? Banyak tanggungjawab tau tak?” Wooda mula memalingkan mukanya pada Zaliha di sebelah
“Heeeeeeeee” Zaliha tersengeh lebih lebar
“baru kena masak, kemas rumah, sidai baju, mop sana sini, basuh berak anak dah menggelupur, itu belum bab jaga hati mak mentua dengan ipar duai lagi” Wooda mula membebel melihat perangai Zaliha
“ye aku tahu”
“habis tu?”
“Three” balas Zaliya sambil menunjukkan peace di tangan
“Ko ni suka memain kan? Dah habis baca ke chapter 15 tu? Esok test sayang oii”
“Kalau aku dah kawin, tak payah aku susah2 nak kena baca chapter 15 ni kan? Huh! Penatlah, dah setengah sejam dah aku dok ngulang ayat yang sama dari tadi, tak boleh focus” Zaliha mengeluh sambil mengira2 berapa page lagi yang perlu di baca
“Ko tu bukan tak boleh focus, ko je yang taknak focus kan? Asik teringat nak kawin je…” Wooda malas melayan, dia sendiri pun sudah tak boleh focus dengan nota yang di pegangnya
Dang! Dang! Dang! Dang!Dang! Punyi pintu di ketuk dari luar
“Oii! Robohla pintu bilik kitorang ni kang, nak masuk, masuk je lah tak yah nak dung dang dung dang” Zaliha menjerit dari dalam
Pintu sedikit terkuak dan terjegol kepala seseorang yang mereka kenali
“Aku dah agak dah, mesti budak tak cukup vitamin ni”ketuk pintu gaya transfomers kau sorang je kat asrama nih” perli Zaliha
“Apehal kau datang bilik kitorang ni Zura? Nak belagak ngan kitorang ko dah habis baca chapter 15 ke?”Wooda memerli rakan sekelasnya itu
“Ko ni tak baik tau tuduh aku yang bukan-bukan, lebih baik ko tanya aku ni sihat ke, dah makan ke belum? Buat-buat air ke untuk tetamu korang nihah” selamba Zura duduk bersila di tengah antara Wooda dan Zaliya
“Banyak la kau punya tetamu, bukan kau ke yang habiskan laksa pasar malam aku tadi? Konfem2 kau dah makan, ni nak apa nih? Suruh teman pegi toilet ke?” Marah wooda, agendanya untuk menghabiskan chapter 15 malam itu asik terganggu dengan kerenah kawan-kawanya itu
“Bukan3…ni tengok ni...jeng jeng jeng… jom jom jom” Zura mengangkat kedua belah keningnya beberapa kali
“Amende nih? Soalan bocor ke?” Zaliha yang eksaited terus bangun dari pembaringannya di lantai dan meluru mendapatkan kertas yang dipegang Zura.
“Heh! Ko nih, bacalah…meh sini aku bacakan” Zura merampas kembali kertas tersebut
“Rombongan Aspuri Ar-Raudhah ke Cameron Highlands 27-28 December”
“Mana ko dapat nih? Ko curik dari notice board asrama ke?” Zaliha bertanya
“Isyy, bukan curik, pinjamlah. Kejap ladi aku pegi la tampal balik.” Zura membela diri
“Hmmm… kira curik la tu, tanpa kebenaran…” Zaliha malas melayan
“Jom la weh, kita g sana” pujuk Zura lagi
“Ko ni cam tak pernah pegi pulak” Wooda mencelah
“Alah, pegi beramai-ramai baru syok!”
“Syok kau! Ni chapter 15 aku ni dari tadi asik baca ayat yang sama je ni hah” Wooda mula berang
“Nak tak weh? Aku, Zila, korang bedua…nanti aku chopkan tempat, 30 hengget je… alah janganlah kemut,,,jomlah jomlah”
“Ko nak wat pe pegi sana? Beli kobis?” Wooda mem’fire’ Zura
“Alah, bukan nak beli sangat pun, kita tangkap2 gambar kenangan, amik udara sejuk, segarkan kepala otak yang stress nihah”
“Yelah2 kitorang pegi, dengan syarat…” Zaliha mula mengangkat keningnya gaya Zaina Zain
“Syarat? Eh, nak pegi menggedik pun ada syarat? Syarat apa? Ko nak tuang kelas esok ke? Nak suh aku signkan kedatangan yeh?” Zura mula bingung.
“Eh ko nih… aku bukan jahat macam ko” balas Zaliha
“Habis tu?”
“Ko jawab soalan aku ni, jujur tau, ayat mesti skema macam ala2 ko nak jawab test esok…”
“ok” Ringkas Zura membalas
“ko rasa kawin tu best tak?” tanya Zaliha
“Hmmm…dia buat dah perangai meroyan dia tuh” Wooda sekadar menyampuk, namun mata masih tak lekang dari nota yang di pegangnya.
“Apa? Kawin? Ok, ko nak jawapan jujur kan…mestilah kawin best, melengkapkan separuh iman, dapat masuk syurga…macam surga cinta”
“hehehe…suka aku dengan jawapan kau, thanks Zura, oi Wooda, aku dah dapat satu undi” Zaliha cuba berlagak di hadapan Wooda
Wooda mencebik
“Dahlah aku blah dulu, nak pegi book CH, konfem tau kita berempat pergi…” seraya memegang tombol pintu Zura menambah “by the way, just nak share ngan korang yang aku dah abis baca chap 15… hehehe”
“Cess…belagak!” Serentak kedua-dua2 roomate itu membaling bantal ke arah Zura, tapi pintu terlebih dahulu dapat di tutup dan terdengar gelak besar dari luar.
p/s: stress kerja make me really miss my uni life... eh lupa pulak...Zaliha tu korang bayangkan Zaliya versi memori terpadam...motippp saya letak nama Zaliha?...errmm sebab pagi2 lagi saya dengar lagu Aduh Saliha...ehhhhh...korang jangan nyanyi lagu tu pulak, takde kena mengena...hahahaha   |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 613# nuwuwuda
i follow .... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 617# nuwuwuda
wah...hebat jugak .... |
|
|
|
|
|
|
| |
|