Darus tu dulu dlm gemilang dia jd anak murid jazebel...
La ni dia lg jd tua dr jazebel..apapun dua dua crt dia belasah jazebel
Tp nasib baik masa scene dia belasah kursyi kat kedai tu, dia ambik balik tin tu,if x mau jatuh atas kepala jazebel ku...
bersiri 3 Janji.Sering lewat ke lokasi Shahrizal Jaszle takut dianggap tak berdisiplin
MACAM-macam gelagat artis kita. Disebabkan susah bangun lambat dan pada masa tidak mahu dianggap sebagai tidak berdisiplin, pelakon berusia 24 tahun, Shahrizal Jaszle terpaksa meminta pekerja produksi menemaninya bagi memastikan dia tidak terlewat ke lokasi penggambaran pada waktu ditetapkan.
Bunyinya agak kelakar tetapi itulah hakikat yang dihadapi oleh Shahrizal atau sebelum ini dikenali sebagai Shah Jaszle. Dek kesukaran untuk tidur malam, waktunya ketika itu dihabiskan dengan bermain permainan video (video game).
Alasan susah tidur awal dan sering bangun lewat menyebabkan pelakon ini dikenali di kalangan produksi sebagai gemar datang lambat ke lokasi penggambaran.
Walaupun mengaku sukar tidur awal dan pada masa susah nak bangun cepat sehingga menjejaskan imejnya sebagai pelakon tiada disiplin, tidak ada pula usaha dan kesungguhan untuk mengatasi masalahnya itu.
Gara-gara tabiat buruknya itu menyebabkan ada produksi filem dan drama enggan mengambilnya berlakon kerana masalah disiplin yang dihadapi. Namun, dia bernasib baik dan peluangnya untuk terbabit dalam bidang lakonan masih terbuka di bawah arahan Heykal Hanifah yang menganggapnya seorang pelakon yang bagus.
“Sejak kebelakangan ini saya memang ada masalah sukar tidur malam. Kakak saya pernah memberikan pil tidur menyebabkan saya tertidur seharian, jadi saya berhenti ambil pil.” katanya ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon drama bersiri 3 Janji di Petaling Jaya, baru-baru ini.
Berasa bersalah dengan sikapnya itu, Shahrizal tidak mahu kerjayanya berkesudahan begitu saja dek kerana disiplin dan berjanji akan sentiasa mengawal masalahnya itu.
“Saya rasa bersalah dengan pelakon lain terutama senior dan tidak mahu mereka memandang sinis kepada saya, jadi saya akan cuba perbaiki disiplin saya. Bukan masalah percintaan menyebabkan jadi macam ini tetapi memang saya ada masalah sukar tidur.
“Sekarang ini bapa saya kurang sihat dan bergilir-gilir menjaganya dengan kakak di rumah, jadi ada kala saya datang lambat ke lokasi tetapi saya maklumkan kepada pengarah,” katanya.
Bagi Heykal pula, walaupun tahu Shahrizal sering datang lewat ke lokasi penggambaran, tetapi menganggap anak muda itu sebagai pelakon yang bagus dan pandai membawa watak dengan berkesan.
Tidak mahu menjejaskan perjalanan penggambaran drama terbarunya berjudul 3 Janji, babak yang membabitkan Shahrizal dijadualkan semula bagi memberi peluang kepadanya.
“Sebenarnya nama dia tidak ada dalam senarai pilihan pelakon tetapi saya yang mencadangkan namanya, walaupun ada pihak yang sukar untuk menerimanya. Dia berjanji dengan saya akan berikan yang terbaik dan tidak menimbulkan masalah. Setakat ini masih boleh dikawal dan tiada masalah dengannya,” kata Heykal.
Drama 3 Janji diterbitkan dalam 13 episod yang memulakan penggambaran sejak 25 Februari lalu itu mengisahkan percintaan antara Dalia lakonan Liyana Jasmay dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) terputus akibat kematian Khursyi yang terbabit dalam kemalangan.
Sebelum meninggal, Khursyi berjanji menjadi seorang sahabat, kekasih dan suami terbaik kepada Dalia. Selepas kematian Khursyi, Dalia bertemu pula dengan Yassin namun ketika menyambung pengajiannya, Dahlia terpikat dengan Kamil yang mempunyai wajah mirip Khursyi.