CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: novelloverzz

Peristiwa Dunia, Mitos & Sejarah

[Copy link]
Post time 21-11-2013 04:21 PM | Show all posts
Nov 21, 1976:
Rocky premieres



                On this day in 1976, Rocky, starring Sylvester Stallone as the underdog prizefighter Rocky Balboa, debuts in New York City. The movie, which opened in theaters across the United States on December 3, 1976, was a huge box-office hit and received 10 Academy Award nominations, including Best Actor and Best Original Screenplay for the then-little known Stallone. Rocky ultimately took home three Oscars, including one for Best Picture, and made Stallone one of the biggest stars in Hollywood.


Sylvester Stallone was born on July 6, 1946, in New York City. By the early 1970s, he had begun his professional acting career, appearing in off-Broadway shows and bit movie roles. Frustrated by his lack of success, Stallone started penning screenplays, including The Lords of Flatbush (1974), in which he co-starred with another relatively unknown young actor named Henry Winkler. Stallone's career was transformed after the success of his next screenplay, Rocky, in which he insisted on playing the lead. Produced on a shoestring budget, the film told the story of Rocky Balboa, a small-time, down-on-his-luck Philadelphia boxer who works as a debt collector for a loan shark before getting a shot at the world heavyweight championship. Rocky includes such memorable lines as "Yo, Adrian!" (directed at Rocky's love interest, played by Talia Shire) and "You're gonna eat lightning, you're gonna crap thunder," as well as the now-iconic scene in which Rocky takes a training run up and down the steps of the Philadelphia Museum of Art as the movie's theme song, "Gonna Fly Now," plays. Stallone went on to write and star in five more Rocky movies: Rocky II (1979), Rocky III (1982), Rocky IV (1985), Rocky V (1990) and Rocky Balboa (2006).


Stallone struck Hollywood movie-franchise gold a second time playing the action-hero John Rambo, a troubled ex-Green Beret and Vietnam War vet.  Stallone portrayed Rambo in First Blood (1982), Rambo: First Blood Part II (1985), Rambo III (1988) and Rambo (2008).


In addition to the Rocky and Rambo movies, Stallone's long list of film credits includes Rhinestone (1984) with Dolly Parton; Tango & Cash (1989), with Kurt Russell; Cliffhanger (1993), with John Lithgow and Janine Turner; and Cop Land (1997), with Harvey Keitel and Ray Liotta. Stallone made his directorial debut with Paradise Alley (1978) and has also helmed several of the Rocky and Rambo films.

source: http://www.history.com/this-day-in-history/rocky-premieres

            



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 03:52 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 22-11-1917

Badan-badan Sukarela memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan masyarakat yang berdisiplin dan mengamalkan budaya kerja-kerja sukarela. Badan-badan ini telah lama bergiat, terutama di sekolah-sekolah, salah satu daripada badan tersebut ialah Persatuan Pandu Putri Malaysia. Persatuan Pandu Putri telah ditubuhkan pada 22 November 1917, oleh sekumpulan sukarelawan British yang diketuai oleh Cik Gertrude Ballard di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur bertujuan mendedahkan kanak-kanak kepada suatu pertubuhan sukarela. Persatuan Pandu Putri telah berkembang dengan pesat. Persatuan ini telah didaftarkan dengan rasminya di Ibu Pejabat Pandu Putri di Calcutta, India pada 22 November 1917. Sayap persatuan ini terus berkembang dengan penubuhan Pasukan Kadet pada 1926 dan Renjer pada 1925 di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sejak didaftarkan Persatuan Pandu Putri telah mendapat pengiktirafan Kerajaan di mana pada tahun 1928 Kerajaan telah memperuntukan RM2000.00 setahun untuk kegiatan pergerakan ini di Malaya. Persatuan Pandu Putri Malaysia telah berkembang pesat sejak negara mencapai kemerdekaan. Keahlian telah bertambah dari setahun ke setahun dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Penglibatan persatuan ini memainkan peranan penting dalam mendidik golongan remaja menjadi warganegara yang bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:34 AM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 23-11-1987

Proton Saga merupakan kereta nasional yang pertama dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 1985. Semenjak mula diperkenalkan sehingga sekarang, ianya telah menjadi kenderaan yang digemari oleh semua golongan masyarakat Malaysia. Untuk meluaskan lagi pasaran kereta proton ke peringkat antarabangsa maka pada hari ini 23 November 1987, Pengerusi Perusahaan Otomobil Nasional, Tan Sri Jamil Jan dan Pengerusi Proton Cars (UK) Ltd., Encik David Alan Brown telah menandatangani perjanjian pengedaran kereta Nasional Proton Saga ke United Kingdom, Eire, The Isle of Man dan The Channel Islands. Pada pelancaran awal Proton Saga ke United Kingdom yang dijangka pada bulan Januari 1989, Proton Cars (UK) Ltd akan mengimport 5000 unit saga setahun dan bilangan ini akan ditambah kepada 14000 unit pada akhir tahun kelima. Dalam ucapannya selepas menandatangani perjanjian tersebut Tan Sri Jamil Jan telah berkata, bahawa usaha-usaha yang dibuat ini adalah merupakan satu peluang untuk Malaysia memajukan industri yang berasaskan kejuruteraan. Katanya lagi, selain daripada memberikan lebih banyak peluang kepada industri tempatan mengeluarkan komponen bagi kegunaan saga, ia juga akan dapat menawarkan peluang pekerjaan selain dari meluaskan industri kejuruteraan tempatan. Kereta Proton Saga yang akan dieksport ke United Kingdom ialah dalam dua bentuk model dan enam variasi (Sedan dan Sport Sedan). Kereta-kereta tersebut akan diubahsuai untuk mematuhi piawaian keselamatan dan kawalan gas buangan selain dari pemasangan tali keledar di bahagian belakang, reka bentuk lampu dan komponen `trim’ serta sistem kawalan enjen. Sesungguhnya perjanjian pada hari ini akan memberi laluan kepada Malaysia untuk meluaskan lagi perdagangan antarabangsanya. Di samping itu diharapkan program eksport Proton Saga ke United Kingdom yang menguntungkan ini, akan mendapat sokongan, kerjasama dan dedikasi semua pihak yang terlibat supaya kejayaan akan terhasil dengan jayanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:35 AM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 23-11-1959

Usaha untuk mengembangkan perniagaan dan perubahan di kalangan orang-orang Melayu adalah salah satu usaha yang bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di negara ini. Selain daripada itu usaha ini juga untuk mengurangkan pergantungan hidup semata-mata dalam bidang pertanian yang dipusakai dari turun temurun. Pada hari ini 23 November 1959, sebuah syarikat bas Melayu di ibu kota, Sri Jaya Transport Company Limited telah membeli dan mengambilalih sebuah syarikat pengangkutan Inggeris General Transport Company. Syarikat General Transport adalah sebuah syarikat yang besar dan telah beroperasi selama 24 tahun di ibu kota. Sementara Syarikat Sri Jaya Transport pula sebuah syarikat yang baru ditubuhkan kira-kira 22 bulan yang lalu. Pembelian syarikat ini mendapat sokongan kerajaan iaitu di bawah Kementerian Pengangkutan. Ini kerana galakkan sentiasa diberikan oleh kerajaan kepada syarikat-syarikat Melayu untuk menceburkan diri dalam bidang pengangkutan. Pembelian ini telah diumumkan serentak oleh Kementerian Pengangkutan dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sri Jaya Company, Raja Haji Sahar Shah. Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya mengenai pembelian ini menyatakan bahawa ini adalah langkah tegas ke arah perlaksanaan dasar Kerajaan untuk membuka peluang yang lebih luas kepada orang-orang Melayu memasuki lapangan perusahaan pengangkutan jalan raya. Memandangkan Sri Jaya Company adalah syarikat yang seratus peratus dimiliki oleh orang Melayu langkah ini membawa erti yang besar di mana syarikat ini akan menguasai satu perusahaan yang besar. Dengan pembelian ini Syarikat Sri Jaya Company telah menambahkan modalnya daripada RM500 000 kepada RM5 juta dalam bulan Jun tahun ini. Pekerja-pekerjanya juga turut bertambah kepada 750 orang. Syarikat ini juga akan menjual saham-saham syarikatnya kepada orang-orang Melayu yang menjadi rakyat persekutuan tidak lama lagi. Dengan pembelian Syarikat Pengangkutan Inggeris ini Sri Jaya Company telah menjadi syarikat pengangkutan Melayu yang terbesar di persekutuan ketika itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 11:38 AM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 23-11-1876

Tuanku Antah telah mendapat pengiktirafan sah sebagai Yam Tuan Sri Menanti pada hari ini 23 November 1876, apabila satu perjanjian  telah ditandatangani pada hari ini di antara Tuanku Antah dengan Penghulu- penghulu Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir.  Dalam perjanjian itu penghulu-penghulu luak menyatakan ikrar taat setia serta memperakukan kedudukan Tuanku Antah sebagai Yam Tuan Sri Menanti. Pergolakan bermula apabila Yamtuan Imam iaitu Yamtuan Sri Menanti mangkat pada tahun 1869.  Perebutan kuasa di kalangan anak-anak Raja untuk menaiki takhta bermula Yamtuan Imam meninggalkan seorang putera, Tengku Ahmad Tunggal yang seharusnya mewarisi takhta tersebut. Disebabkan perangainya kurang disenangi, maka Orang-orang Besar Negeri yang terdiri daripada Dato'-dato' Penghulu Luak dan Orang Empat Istana enggan melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan. Sebaliknya mereka telah melantik Tuanku Antah menjadi Yamtuan Sri Menanti pada tahun 1872. Perlantikan ini menimbulkan kemarahan Tengku Ahmad Tunggal. Beliau meminta bantuan Dato' Kelana Putera Sungai Ujong iaitu Syed Abdul Rahman atau Syed Aman yang juga menentang perlantikan tersebut supaya memerangi Yamtuan Antah dan berjanji sekiranya beliau berjaya menjadi Yamtuan Sri Menanti salah seorang anak Syed Abdul Rahman akan dilantik menjadi Yamtuan Muda Rembau.2 Dato' Kelana sememangnya berbaik-baik dengan Inggeris yang sudah lama bertapak di Melaka. Beliau telah memohon bantuan Inggeris untuk menyerang Sri Menanti. Pada tahun 1874, berlakulah peperangan sengit di antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal yang mendapat bantuan tentera daripada Dato' Kelana Sungai Ujong dan Inggeris di Melaka. Peperangan ini dikenali dengan 'Perang Bukit Putus'. Yamtuan Antah dikalahkan dan melarikan diri ke Johor serta mengadap Sultan Johor, meminta Sultan Johor memberitahu Inggeris untuk membantunya. Sultan Johor menasihatkan Yamtuan Antah menyampaikan sendiri hasrat itu kepada Gabenor Negeri-negeri Selat Frederick Aloysius Weld di Singapura. Atas desakan Sultan Johor, Gabenor Negeri-negeri Selat bersetuju untuk mendamaikan perbalahan di antara Yamtuan Antah dengan Tengku Ahmad Tunggal dan Dato' Kelana Sungai Ujong. Perdamaian ini adalah dengan syarat Sungai Ujong, Rembau dan Jelebu diasingkan pemerintahannya dari Yamtuan Sri Menanti. Pada hari ini dalam tahun 1876, dengan disaksikan oleh Gabenor Inggeris Negeri-negeri Selat, perjanjian ini telah ditandatangani oleh penghulu-penghulu Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Melalui perjanjian ini mereka mengakui dan mengesahkan Yamtuan  Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti. Dengan perjanjian ini tamatlah perang saudara di Negeri Sembilan dan penjajah Inggeris berjaya selangkah lagi dalam usahanya menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu

Pada hari ini dalam tahun 1876, satu perjanjian telah ditandatangani antara Tuanku Antah dengan Penghulu-penghulu Luak Johol, Inas, Ulu Muar, Jempol, Terachi dan Gunung Pasir. Dalam perjanjian tersebut Penghulu-penghulu Luak telah menyatakan ikrar taat setia serta memperakukan kedudukan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti adalah sah. Apabila Yamtuan Imam iaitu Yamtuan Sri Menanti mangkat pada tahun 1869, telah berlaku perebutan kuasa di kalangan anak-anak Raja untuk menaiki takhta. Yamtuan Imam meninggalkan seorang putera, Tengku Ahmad Tunggal yang  seharusnya mewarisi takhta tersebut. Disebabkan perangainya kurang disenangi, Dato-dato  Penghulu Luak dan Orang Empat Istana enggan melantik Tengku Ahmad Tunggal sebagai Yamtuan. Sebaliknya, mereka telah melantik Tuanku Antah menjadi Yamtuan Sri Menanti. Walau bagaimanapun,  satu peperangan sengit yang  dikenali sebagai 'Perang Bukit Putus' telah berlaku. Yamtuan Antah telah dikalahkan dan melarikan diri ke Johor. Melalui perjanjian tersebut, mereka mengakui dan mengesahkan Yamtuan  Antah sebagai Yamtuan Sri Menanti. Sesungguhnya, perjanjian tersebut telah menamatkan perang saudara di Negeri Sembilan dan penjajah Inggeris berjaya selangkah lagi dalam usahanya menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas negeri-negeri Melayu.

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1876,  satu  perjanjian  telah  ditandatangani  oleh  penghulu-penghulu  Luak  Johol,  Inas,  Ulu  Muar,  Jempol,  Terachi  dan  Gunung  Pasir  dengan  Tuanku  Antah.  Perjanjian  yang   ditandatangani  ini  telah  disaksikan  oleh  Gabenor  Inggeris  Negeri-Negeri  Selat,  merupakan  ikrar  taat  setia  yang  mengakui  dan  mengesahkan  kedudukan  Yamtuan  Antah  sebagai  Yamtuan  Sri  Menanti  yang  sah.  Melalui  perjanjian  ini  juga  perang  saudara  di  Negeri  Sembilan  dapat  ditamatkan.  Peperangan  yang  telah  meletus  sejak  tahun  1874  ini  berlaku  di  antara  Yamtuan  Antah  dengan  Tengku  Ahmad  Tunggal  iaitu  pewaris  tahkta  sebenar  selepas  Yamtuan Iman iaitu Yamtuan Sri Menanti yang mangkat  pada  tahun  1869.  Disebabkan  perangainya  yang  kurang  disenangi  Tengku  Ahmad  Tunggal  tidak  dilantik  sebagai  Yamtuan  Sri  Menanti,  sebaliknya  Tuanku  Antah  telah  dilantik  pada  tahun  1872.  Berikutan  itu  Tengku  Ahmad  Tunggal  telah  meminta  bantuan  Dato’  Kelana  Putera  Sungai  Ujong  yang  telah  meminta  pertolongan Inggeris  untuk  menyerang  Sri  Menanti.  Perang  yang  dikenali  sebagai  ‘Perang  Bukit  Putus’  ini  telah  menyaksikan  Yamtuan  Antah  dikalahkan  dan  melarikan  diri  ke  Johor.  Di  Johor  Yamtuan  Antah  telah  meminta  bantuan  Sultan  Johor  yang  akhirnya  telah  berjaya  mendesak  Inggeris  untuk  mengadakan  perjanjian  yang  dimeterai  pada  hari  ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2013 10:35 AM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 25-11-1920

Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

Almarhum Tuanku Syed Harun Putra Ibni Almarhum RB Syed Hassan Jamalullail (25 November 1920 - 16 April 2000) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga.

Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 25 November 1920, Seri Paduka Baginda Raja Perlis menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan meneruskan persekolahan baginda di Penang Free School. Ketika berusia 18 tahun, baginda memulakan kerjaya sebagai anggota Perkhidmatan Awam pada tahun 1938.

Pada tahun 1940, Baginda dilantik sebagai Majistret di Kangar dan kemudian ditukarkan ke Kuala Lumpur pada 1941 selepas meletusnya Perang Dunia Kedua. Baginda berkahwin dengan Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail pada 1941 dan dikurniakan dengan lima putera dan lima puteri.

Baginda menaiki takhta kerajaan negeri Perlis pada 4 Disember 1945 tetapi disebabkan oleh Perang Dunia Kedua, baginda tidak ditabalkan sehingga 12 Mac 1949. Baginda Tuanku Syed Putra ialah raja yang paling lama memerintah di Perlis, dan pada 4 Disember 1995, baginda meraikan Jubli Emas selepas memerintah selama setengah abad di Perlis. Ketika berusia 40 tahun, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketiga dan memerintah negara sebagai Yang di-Pertuan Agong dan 21 September 1960 hingga 20 September 1965. Baginda juga menjadi Kolonel Yang di-Pertua Pasukan Renjer Diraja Malaysia. Pada 1971, baginda turut dilantik sebagai Canselor Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Baginda mangkat pada 16 April 2000.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2013 10:40 AM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 25 November 1833

Gempa bumi Sumatera 1833 adalah gempa bumi yang terjadi pada 25 November 1833 di lepas pantai barat Sumatera sekitar pukul 22.00 WIB dengan perkiraan kekuatan 8,8 sampai 9,2 Mw. Gempa ini disebabkan pecahnya segmen palung Sumatera sepanjang 1.000 km di tenggara area yang mengalami hal yang sama pada Gempa bumi Samudra Hindia 2004.

Gempa ini kemudian memicu terjadinya tsunami yang menerjang pesisir barat Sumatera dengan wilayah terdekat dari pusat gempa adalah Pariaman hingga Bengkulu. Tsunami juga menyebabkan kerusakan parah di Maladewa, Sri Lanka, dan Seychelles. Selain itu, tsunami juga dilaporkan mencapai Australia bagian utara, Teluk Benggala, dan Thailand meskipun dalam intensitas kecil. Besarnya gempa ini telah diestimasi dengan menggunakan catatan pengangkatan microatoll karang. Namun bencana ini tidak terdokumentasi dengan baik sehingga tidak diketahui dengan pasti dampak dan korbannya.

Sebelumnya pada tahun 1797, juga terjadi gempa bumi berkekuatan 8,5 sampai 8,7 Skala Richter yang juga menimbulkan tsunami di pesisir Sumatera Barat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 02:07 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 26-11-1818

Pada hari ini dalam tahun 1818, Perjanjian Persahabatan telah ditandatangani antara Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang Sultan Abdul Rahman, Yamtuan Muda Raja Jaafar dan Laksamana Wolterback bagi pihak pemerintah Belanda di Melaka. Perjanjian tersebut bertujuan untuk mewujudkan semula perhubungan persahabatan di antara kedua-dua kerajaan sebelum Melaka diserahkan kembali oleh Inggeris kepada Belanda. Melalui perjanjian tersebut, kerajaan Belanda mengakui bahawa Sultan Abdul Rahman adalah Sultan bagi kerajaan Johor-Riau-Lingga dan Pahang. Perjanjian persahabatan tersebut dibuat setelah Inggeris, melalui wakilnya William Farquhar yang memberitahu Sultan Abdul Rahman bahawa Belanda akan datang menyerang dan seterusnya telah memujuk Raja Jaafar supaya membuat perjanjian dengan Inggeris. Walau bagaimanapun, Inggeris telah menyerahkan semula Melaka kepada Belanda. Pemerintah Belanda di Melaka juga telah menolak semua tuntutan Inggeris. Yamtuan Muda Raja Jaafar telah menyatakan rasa kesalnya kerana menandatangani perjanjian dengan Inggeris itu lalu mencadangkan supaya satu perjanjian baru dibuat antara kerajaan Riau-Lingga dengan Belanda. Tujuan perjanjian tersebut adalah untuk menjamin keselamatan Riau-Lingga. Sesungguhnya, perjanjian Johor-Riau dan Belanda yang  ditandatangani telah dapat menghapuskan rasa curiga di antara kedua-dua belah pihak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2013 02:07 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 26-11-1956

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1956,  Ketua  Menteri  Persekutuan  Tanah  Melayu,  Y.T.M Tunku  Abdul  Rahman  Putra  Al-Haj  telah  merasmikan  Kursus  Pemakanan  yang  dianjurkan  oleh  Institut  Penyelidikan  Perubatan (IMR),  Kuala  Lumpur.  Turut  sama  pada  majlis  tersebut  ialah  Menteri  Kesihatan  dan  Kebajikan  Masyarakat,  Encik  Leong  Yew  Koh.  Dalam  ucapan  perasmiannya  Tunku  Abdul  Rahman  menyatakan  bahawa  taraf  kesihatan  rakyat  dalam  negara  amat  dititikberatkan  oleh  kerajaan  di  saat-saat  menjelang  kemerdekaan.  Tunku  juga  menegaskan  peri  pentingnya  mempunyai  rakyat  yang  sihat,  agar  dapat  membantu  membangunkan  negara  yang  bakal  mencapai  kemerdekaan.   Kursus  yang  berlangsung  selama  lima  hari  ini  telah  dihadiri  oleh  pegawai –pegawai  tempatan  ini  bertujuan  untuk  memberi  kesedaran  dan  kefahaman  mendalam  berkaitan  dengan  masalah  kekurangan  zat  makanan  yang  dihadapi  oleh  negara  pada  ketika  itu.  Selain  daripada  itu  kursus  ini  juga  diharapkan  akan  dapat  mewujudkan  kerjasama  antara  Jabatan  Kerajaan  dan  badan-badan  sukarela  bagi  memajukan  bidang  ini.   Sesungguhnya  kursus yang  pertama  kali  diadakan  ini  telah  membuka  laluan  kepada  anggota  masyarakat  dan  penjawat  awam  untuk  memanfaatkan  ilmu  kesihatan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 03:49 PM | Show all posts
TODAY IN HISTORY - Archaeologists Enter Tomb Of King Tut

In Egypt's Valley of the Kings, British archaeologists Howard Carter and Lord Carnarvon become the first souls to enter King Tutankhamen's tomb in more than 3,000 years. Tutankhamen's sealed burial chambers were miraculously intact, and inside was a collection of several thousand priceless objects, including a gold coffin containing the mummy of the teenage king.

When Carter first arrived in Egypt, in 1891, most of the ancient Egyptian tombs had been discovered, and the majority of these had been hopelessly plundered by tomb raiders over the millennia. However, Carter was a brilliant excavator, and in the first years of the 20th century he discovered the tombs of Queen Hatshepsut and King Thutmose IV. Around 1907, he became associated with the Earl of Carnarvon, a collector of antiquities who commissioned Carter to supervise excavations in the Valley of the Kings. By 1913, most experts felt there was nothing in the Valley left to be uncovered. Carter, however, persisted in his efforts, convinced that the tomb of the little-known King Tutankhamen might still be found.

King Tutankhamen was enthroned in 1333 B.C. when he was still a child. He died a decade later at the age of 18 and thus made only a faint impression on the history of ancient Egypt. In the 13th century B.C., Tutankhamen and the other "Amarna" kings were publicly condemned, and most records of them were destroyed--including the location of Tutankhamen's tomb. A century later, in the 12th century B.C., workers building a tomb for Ramses VI inadvertently covered Tutankhamen's tomb with a deep layer of chips, further protecting it from future discovery.

After World War I, Carter began an intensive search for Tutankhamen's tomb and on November 4, 1922, discovered a step leading to its entrance. Lord Carnarvon rushed to Egypt, and on November 23 they broke through a mud-brick door, revealing the passageway that led to Tutankhamen's tomb. There was evidence that robbers had entered the structure at some point, and the archaeologists feared they had discovered yet another pillaged tomb. However, on November 26 they broke through another door, and Carter leaned in with a candle to take a look. Behind him, Lord Carnarvon asked, "Can you see anything?" Carter replied, "Yes, wonderful things."

It was the antechamber of Tutankhamen's tomb, and it was gloriously untouched. The dusty floor still showed the footprints of the tomb builders who left the room more than 3,000 years before. Apparently, the robbers who had broken into Tutankhamen's tomb had done so soon after it was completed and were caught before moving into the interior chambers and causing serious damage.

Thus began a monumental excavation process in which Carter carefully explored the four-room tomb over several years, uncovering an incredible collection of several thousand objects. In addition to numerous pieces of jewelry and gold, there was statuary, furniture, clothes, a chariot, weapons, and numerous other objects that shed a brilliant light on the culture and history of ancient Egypt. The most splendid find was a stone sarcophagus containing three coffins nested within each other. Inside the final coffin, made out of solid gold, was the mummified body of the boy-king Tutankhamen, preserved for 3,200 years. Most of these treasures are now housed in the Cairo Museum.

Source : History Channel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2013 03:50 PM | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH - Perjanjian Kerjasama Dua-Hala Malaysia Romania Di Tandatangani

Pada hari ini dalam tahun 1982, tiga perjanjian untuk mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia-Romania telah ditandatangani di Bangunan Parlimen. Perjanjian-perjanjian tersebut ialah Perjanjian Jaminan Pelaburan, Perjanjian mengelakkan Cukai Dua Kali dan Perjanjian Perkhidmatan Udara. Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafie telah menandatangani bagi pihak Malaysia dan Romania telah diwakili oleh Timbalan Perdana Menterinya, Encik Ion Nocolae. Turut hadir menyaksikan majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed dan Presiden Romania, Encik Nocolae Ceausescu. Perjanjian yang ditandatangani itu merupakan hasil dari rundingan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Romania yang bersetuju untuk menambahkan hasil eksport antara dua negara tersebut, di samping menggalakkan projek usahasama di bidang perindustrian. Persetujuan juga dicapai bagi membolehkan lebih banyak keluaran Malaysia seperti getah, minyak sawit dan sebagainya dieksport ke Romania, manakala negara tersebut pula mengeksport baja, jentera dan keluaran pertanian. Hasil dari persetujuan tersebut, didapati imbangan perdagangan kedua negara lebih menguntungkan Malaysia. Dianggarkan negara ini akan mengeksport sejumlah $45 juta di mana 80% darinya ialah keluaran getah. Manakala Romania pula hanya mengeksport $30 juta, 50% darinya baja. Perjanjian kerjasama dua hala yang ditandatangani oleh Malaysia-Romania pada hari ini dalam tahun 1982, sesungguhnya dapat memberi peluang kepada Malaysia untuk meluaskan pasaran ke negara luar.

Sumber : Arkib Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:39 PM | Show all posts
HARI INI DALAM SEJARAH - Pengisytiharan Asia Tenggara Sebagai Kawasan Aman, Bebas Dan Berkecuali (ZOPFAN)

Pada hari ini dalam tahun 1971, Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussein telah mengisytiharkan Asia Tenggara sebagai Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) semasa merasmikan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN diperkenalkan kerana berlaku kekacauan politik di Indochina pada tahun 1960an dan 1970an serta penglibatan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Republik Rakyat China dalam konflik Indochina. Konsep ZOPFAN telah mendapat sokongan moral daripada negara-negara seperti Kesatuan Eropah, Republik Rakyat China, Pakistan, Romania, Yugoslavia, Somalia, Korea Utara, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat, Pergerakan Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin ASEAN, iaitu Tun Abdul Razak bin Hussein (Malaysia), Adam Malik (Indonesia), Narcisco Ramos (Filipina), Thanat Khoman (Thailand) dan S. Rajaratnam (Singapura) yang memilih strategi diplomatik bagi mencapai konsep ZOPFAN telah menjamin kemajuan ekonomi dan kestabilan Asia Tenggara

Sumber : Arkib Negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:39 PM | Show all posts
TODAY IN HISTORY - Pope Urban II Orders First Crusade

On November 27, 1095, Pope Urban II makes perhaps the most influential speech of the Middle Ages, giving rise to the Crusades by calling all Christians in Europe to war against Muslims in order to reclaim the Holy Land, with a cry of "Deus vult!" or "God wills it!"

Born Odo of Lagery in 1042, Urban was a protege of the great reformer Pope Gregory VII. Like Gregory, he made internal reform his main focus, railing against simony (the selling of church offices) and other clerical abuses prevalent during the Middle Ages. Urban showed himself to be an adept and powerful cleric, and when he was elected pope in 1088, he applied his statecraft to weakening support for his rivals, notably Clement III.

By the end of the 11th century, the Holy Land—the area now commonly referred to as the Middle East—had become a point of conflict for European Christians. Since the 6th century, Christians frequently made pilgrimages to the birthplace of their religion, but when the Seljuk Turks took control of Jerusalem, Christians were barred from the Holy City. When the Turks then threatened to invade the Byzantine Empire and take Constantinople, Byzantine Emperor Alexius I made a special appeal to Urban for help. This was not the first appeal of its kind, but it came at an important time for Urban. Wanting to reinforce the power of the papacy, Urban seized the opportunity to unite Christian Europe under him as he fought to take back the Holy Land from the Turks.

At the Council of Clermont, in France, at which several hundred clerics and noblemen gathered, Urban delivered a rousing speech summoning rich and poor alike to stop their in-fighting and embark on a righteous war to help their fellow Christians in the East and take back Jerusalem. Urban denigrated the Muslims, exaggerating stories of their anti-Christian acts, and promised absolution and remission of sins for all who died in the service of Christ.

Urban's war cry caught fire, mobilizing clerics to drum up support throughout Europe for the crusade against the Muslims. All told, between 60,000 and 100,000 people responded to Urban's call to march on Jerusalem. Not all who responded did so out of piety: European nobles were tempted by the prospect of increased land holdings and riches to be gained from the conquest. These nobles were responsible for the death of a great many innocents both on the way to and in the Holy Land, absorbing the riches and estates of those they conveniently deemed opponents to their cause. Adding to the death toll was the inexperience and lack of discipline of the Christian peasants against the trained, professional armies of the Muslims. As a result, the Christians were initially beaten back, and only through sheer force of numbers were they eventually able to triumph.

Urban died in 1099, two weeks after the fall of Jerusalem but before news of the Christian victory made it back to Europe. His was the first of seven major military campaigns fought over the next two centuries known as the Crusades, the bloody repercussions of which are still felt today. Urban was beatified by the Roman Catholic Church in 1881.

Source : History Channel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 01:52 PM | Show all posts
Dec 1, 1990:        

Chunnel  makes breakthrough



                Shortly after 11 a.m. on December 1, 1990, 132 feet below the English Channel, workers drill an opening the size of a car through a wall of rock. This was no ordinary hole--it connected the two ends of an underwater tunnel linking Great Britain with the European mainland for the first time in more than 8,000 years.
The Channel Tunnel, or "Chunnel," was not a new idea. It had been suggested to Napoleon Bonaparte, in fact, as early as 1802. It wasn't until the late 20th century, though, that the necessary technology was developed. In 1986, Britain and France signed a treaty authorizing the construction of a tunnel running between Folkestone, England, and Calais, France.
Over the next four years, nearly 13,000 workers dug 95 miles of tunnels at an average depth of 150 feet (45 meters) below sea level. Eight million cubic meters of soil were removed, at a rate of some 2,400 tons per hour. The completed Chunnel would have three interconnected tubes, including one rail track in each direction and one service tunnel. The price? A whopping $15 billion.
After workers drilled that final hole on December 1, 1990, they exchanged French and British flags and toasted each other with champagne. Final construction took four more years, and the Channel Tunnel finally opened for passenger service on May 6, 1994, with Britain's Queen Elizabeth II and France's President Francois Mitterrand on hand in Calais for the inaugural run. A company called Eurotunnel won the 55-year concession to operate the Chunnel, which is the crucial stretch of the Eurostar high-speed rail link between London and Paris. The regular shuttle train through the tunnel runs 31 miles in total--23 of those underwater--and takes 20 minutes, with an additional 15-minute loop to turn the train around. The Chunnel is the second-longest rail tunnel in the world, after the Seikan Tunnel in Japan.

credit to: http://www.history.com/this-day-in-history

            
                                                

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 02:03 PM | Show all posts
PERASMIAN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR

Pada hari ini dalam tahun 2008,  Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin  yang kini dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar  di Bukit Chagar, Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail Al Haj. Kompleks ini melambangkan   era moden dalam pengurusan Kastam, Imigresen dan Kuarantin di pintu masuk negara bagi selatan tanah air. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah  bin Haji Ahmad Badawi ; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Bangunan  ini menempatkan   dua puluh satu agensi  terdiri daripada pelbagai Jabatan Kerajaan Perseketuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, agensi swasta dan Jabatan Imigresen bertindak sebagai Ketua Agensi di bangunan ini yang bertanggung jawab menyelaras operasi serta pengurusan bangunan. Bangunan  ini juga memainkan peranan penting dalam melicinkan rangkaian pengangkutan antara  antara Johor dan Singapura di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi di selatan tanah air. Dianggarkan bilangan pengunjung melalui bangunan ini akan mencecah seramai  sembilan juta orang setahun. Bangunan ini bukan sekadar satu usaha pembangunan tetapi juga satu symbol penting yang melambangkan kemajuan serta potensi wilayah ini yang juga merupakan pintu masuk yang moden, cekap dan indah yang akan memberikan satu gambaran kepada setiap pengunjung dan pelabur dari luar .



credit to: arkib negara


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 03:17 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 01-12-2008

Pada hari ini dalam tahun 2008,  Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin  yang kini dikenali sebagai Bangunan Sultan Iskandar  di Bukit Chagar, Johor Bahru dirasmikan oleh DYMM Sultan Iskandar Ibni Al Marhum Sultan Ismail Al Haj. Kompleks ini melambangkan   era moden dalam pengurusan Kastam, Imigresen dan Kuarantin di pintu masuk negara bagi selatan tanah air. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah  bin Haji Ahmad Badawi ; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Bangunan  ini menempatkan   dua puluh satu agensi  terdiri daripada pelbagai Jabatan Kerajaan Perseketuan, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, agensi swasta dan Jabatan Imigresen bertindak sebagai Ketua Agensi di bangunan ini yang bertanggung jawab menyelaras operasi serta pengurusan bangunan. Bangunan  ini juga memainkan peranan penting dalam melicinkan rangkaian pengangkutan antara  antara Johor dan Singapura di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi di selatan tanah air. Dianggarkan bilangan pengunjung melalui bangunan ini akan mencecah seramai  sembilan juta orang setahun. Bangunan ini bukan sekadar satu usaha pembangunan tetapi juga satu symbol penting yang melambangkan kemajuan serta potensi wilayah ini yang juga merupakan pintu masuk yang moden, cekap dan indah yang akan memberikan satu gambaran kepada setiap pengunjung dan pelabur dari luar .

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2013 03:17 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 01-12-1978

Kegiatan dakwah untuk menegakkan agama Islam sentiasa dialu-alukan. Berbagai cara dilakukan demi meninggikan syiar agama. Pada hari ini 1 Disember 1978, Perdana Menteri, Datuk Hussien Onn telah melancarkan Bulan Dakwah Islamiah. Majlis pelancaran telah diadakan di Dewan Bankuasi, Bangunan Parlimen dan disiarkan secara langsung ke seluruh negara oleh RTM. Seramai kira-kira 2000 jemputan termasuk Menteri Kabinet dan Ketua-ketua Diplomat asing yang beragama Islam hadir di majlis tersebut. Bulan Dakwah Islamiah dilancarkan pada hari ini bersempena dengan sambutan hari pertama tahun Hijrah dan hari terakhir kurun ke 14.  Umat Islam akan memulakan tahun baru Hijrah serta memulakan kurun ke 15 Hijrah dengan sambutan Bulan Dakwah Islamiah. Semasa berucap di majlis pelancaran ini Perdana Menteri Datuk Hussien Onn menjelaskan tujuan-tujuan Bulan Dakwah Islamiah di adakan iaitu antara lain ialah:-

bagi meningkatkan persefahaman dan perpaduan di kalangan umat Islam supaya memahami dan mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya.            
meningkatkan kesedaran umat Islam untuk melaksanakan tugas dakwah dengan melakukan segala kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Menurut Perdana Menteri lagi umat Islam perlu lebih prihatin dan menghayati peraturan hidup Islam bagi menjamin kemajuan diri dan negara terutama dalam menghadapi dugaan dan cabaran abad ke 15 Hijrah. Beliau juga mengingatkan badan-badan dakwah dan para pendakwah supaya menjalankan seruan mereka dengan cara yang benar-benar dikehendaki oleh Islam dan jangan sekali-kali menggunakan kekerasan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam. Sambutan Bulan Dakwah yang dilancarkan pada hari ini di ibu negara telah juga dilancarkan serentak ke seluruh negara kecuali di Pahang dan Kedah. Dengan Pelancaran Bulan ini umat Islam di seru agar kembali kepada ajaran Islam dan menghayatinya bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan yang lebih baik di abad yang akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 03:18 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 01-12-1944

Apabila Jepun menakluki keseluruhan Tanah Melayu pada awal 1942, Kerajaan British telah berusaha menawan balik Tanah Melayu daripada Jepun. Salah satu daripada pasukan yang terkenal pada masa itu ialah Air Force 136. Ianya merupakan gabungan daripada askar yang dilatih oleh Pegawai British bagi menawan semula Tanah Melayu daripada Jepun. Usaha-usaha pasukan Air Force 136 mendaratkan askar ke Tanah Melayu dijalankan dengan pelbagai cara dan tempat. Usaha-usaha mendaratkan askar ini mengalami kesukaran takut diserang hendap oleh tentera Jepun. Setelah dua kali gagal, percubaan kali ketiga mendarat dijalankan pada 1 Disember 1944. Dengan menaiki kapal terbang Liberator Mark VI dari India telah membuat penerbangan rendah seorang demi seorang pejuang-pejuang gerila telah digugurkan di kawasan yang dikenali kemudiannya dengan nama Padang Chermin. Peranan dan tanggungjawab pasukan ini telah banyak memainkan peranan yang penting dalam menawan semula Tanah Melayu daripada tangan Jepun. Pasukan ini semakin lama semakin meluas dan mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat di Persekutuan Tanah Melayu. Usaha-usaha yang dijalankan ini telah banyak memberi kesedaran kepada rakyat untuk menentang pihak Jepun serta memberi latihan dan pengalaman di dalam bidang ketenteraan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 03:20 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 01-12-1957

Pada  hari  ini  dalam  tahun 1957,   Pejabat  Rekod  Awam  telah ditubuhkan  dengan rasminya.  Penubuhan ini  adalah  hasil daripada Laporan  Jawatankuasa  Mengenai Pemeliharaan  dan  Pemusnahan Rekod  Rasmi dan  syor  yang dikemukakan  oleh seorang  Pakar Arkib dari  Public  Record  Office, London.  Pada  peringkat awal penubuhan peranan  dan  tanggungjawabnya  terhad  kepada  pengurusan  fail-fail  rasmi  kerajaan.   Mulai  tahun  1963,  nama  Pejabat  Rekod  telah  ditukar  kepada  Arkib  Negara  iaitu  selaras  dengan  penggunaan  nama  tersebut  di  peringkat  antarabangsa.   Pada  tahun  1966,  Akta  Arkib  Negara  44/1966  telah  diluluskan oleh  Parlimen  bagi  meluaskan  peranan  dan  tanggungjawab  Arkib  Negara  iaitu  mengumpul,  memelihara  dan  membolehkan  rekod-rekod  awam  yang  terdapat  dalam  simpanannya  dirujuk  oleh  orang  ramai.   Seawal  penubuhannya  Arkib  Negara  telah  diletakkan  di bawah  tanggungjawab  Jabatan  Perdana  Menteri  dan  memulakan  operasinya  bertempat di  Dewan  Tuanku  Abdul  Rahman,  Kuala Lumpur,  kemudiannya  berpindah  ke  Jalan Raja  dan  seterusnya  ke  Bangunan  Persekutuan,  Petaling  Jaya,  pada  tahun 1961. Pada  1 Disember  1982,  DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-7 telah  merasmikan  bangunan baru  Arkib  Negara  yang  terletak  di  Jalan  Duta,  Kuala  Lumpur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2013 03:21 PM | Show all posts
Tarikh Peristiwa pada 01-12-1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, Bank Simpanan Nasional telah ditubuhkan sebagai badan berkanun di bawah Akta Bank Simpanan Nasional. Mulai daripada tarikh tersebut, Bank Simpanan Nasional telah mengambil alih tugas-tugas dan tanggungjawab Bank Simpanan Pejabat Pos yang mengendalikan urusan penyimpanan dan pengeluaran wang simpanan. Walau  bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional masih lagi menggunakan pejabat-pejabat pos di seluruh negara untuk menjalankan semua urusannya. Semasa ditubuhkan, Bank Simpanan Nasional telah menawarkan enam jenis akaun iaitu akaun diri sendiri, rendah umur, bersama, amanah, am dan bersekutu. Selain daripada itu, terdapat tiga skim simpanan yang telah diperkenalkan iaitu skim simpanan murid-murid sekolah, skim simpanan ahli-ahli tentera dan skim simpanan kumpulan. Semua jenis akaun dan skim yang disediakan adalah untuk menggalakkan penyimpan menyimpan dengan tetap dan mudah. Sesungguhnya, penubuhan Bank Simpanan Nasional telah dapat menggalakkan lagi peluang-peluang penyimpanan oleh penduduk bandar dan luar Bandar. Secara tidak langsung, ianya membantu ke arah menegakkan kedudukan ekonomi bukan sahaja rakyat tetapi juga membantu Kerajaan dalam pembangunan negara.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 1.057530 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list