|
[Tempatan]
Pesawat MH17 Terhempas V3 : Ketua pemberontak sudah hubungi Malaysia #1
[Copy link]
|
|
bluemenx posted on 20-7-2014 12:51 AM
Helah Israel Hapuskan Palestin
Bila pesawat kena tembak dalam keadaan camni, yang paling rugi ialah pemisah, kedua Russia. Yang paling untung......Korang agak jela sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 20-7-2014 01:07 AM
Takde ke sapa leh jawab napa paspot boleh dikumpul sedangkan pakaian habis terbakar
Paspot masih ...
Paspot salu org simpan dlm beg or handbang or clutch ... Jadi benda2 kecik ne selamat sikit kalau apa2. Ada banyak benda yg protect dye .. Cth kain baju or buku2 lain .. |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 20-7-2014 01:11 AM
Bila pesawat kena tembak dalam keadaan camni, yang paling rugi ialah pemisah, kedua Russia. Yang p ...
Russia untung dpt jual senjata SAM tu ... Saty dunia dah tgk hasil nya .. Hahah |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 20-7-2014 01:12 AM
Paspot salu org simpan dlm beg or handbang or clutch ... Jadi benda2 kecik ne selamat sikit kalau ...
Handbag pun tah mana mana ko |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 posted on 20-7-2014 12:50 AM
tak semua pemimpin negara Afrika tu sengal..
tgk mcm Nelson Mandela. akhirnya menjadi sanjungan d ...
nelson madela mmg pemimpin dunia yg disegani, masa meninggal xkira kawan atau lawan sume pay respect....
kalau xsilap nelson mandela nie pun kawan baik msia jugak (to be specific, tun m & lim kok wing)... msia tlg dia masa south africa punya 1st democratic election....
|
|
|
|
|
|
|
|
RE: Pesawat MH17 (Amsterdam-KL) Terhempas V3 : Pasukan Malaysia tiba di Ukraine #1 [Modify]
mesmerize posted on 20-7-2014 01:03 AM
yg sebenonyer Ukraine yang tembak kan?
nak menuduh puak pemisah n russia pula..
mossad punya keje... pedajjal russia |
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Dipihak Manakah Anda??
1. Russia membiayai puak pro-russian separatist (PRS) di Ukraine.
2. PRS menyokong Russia dan Vladimir Putin.
3. Segala kelengkapan perang diperolehi dari Russia.
4. Musuh PRS adalah kerajaan Ukraine dan penyokong kerajaan Ukraine.
5. (Kononnya media antarabangsa kata) Russia yg memberi BUK (SA-11) missile system pd PRS. SA-11 pula berkeupayaan menembak sehingga 72,000 kaki. Rujuk artikel berkaitan BUK SA-11
6. Adakah Russia yg menyuruh PRS menembak MH17 semata2 utk trigger perang di rantau tersebut di antara Russia dan US (melalui pro-Ukraine)? Sedangkan Putin sendiri tidak mahu berlaku pertumpahan darah di Ukraine kerana mereka dulu asal bersaudara @ Russian juga.
7. Flight MH17 ditembak kerana sama bentuk dgn kapal terbang rasmi Putin adalah tak masuk akal semata2. Kelengkapan missile darat ke udara bukan seperti manpad atau bazooka atau "shoulder-fired missile" yg hanya guna mata dan teropong kecil, akan tetapi teknologi pengesanan adalah pelbagai merangkumi kedudukan GPS kapal terbang, kemungkinan laser guidance, by radar/satelit dan sudah tentu mempunyai teropong berkuasa tinggi dilengkapi night vision serta dikendalikan oleh keputusan dari "war room". Rujuk artikel ini yang diterbitkan pada awalnya berkenaan kenyataan media menyebut tentang Ukraine tersalah tembak pesawat.
8. Persenjataan dalam ketenteraan adalah well-managed dan terurus. Ada pengendali dan assistant pengendali. Ada pengesah dan sub-pengesah. Mustahil silap nampak bentuk kapal terbang.
9. Jadi, kes MH17 semestinya well-planned oleh pihak2 tertentu (dan mungkin bukan oleh PRS). Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa pihak yang terlibat adalah Ukraine dan US serta ejen-ejen risikan mereka. Ini kerana, tembakan tersebut amat tepat dengan hanya 1 sahaja peluru berpandu yang dilepaskan dan ini bukan kerja pemberontak yang sudah pasti tidak "well-trained" melainkan kerja-kerja ejen risikan kuasa besar yang hebat seperti negara mata helang.
10. Dalam sesi PC oleh Tiong Lai semalam, dikatakan ada 14 dari 15 syarikat penerbangan yang masih menggunakan laluan/route penerbangan yg dilalui MH17. Jadi ini bukan masalah route dan dikira selesai.
|
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 20-7-2014 01:13 AM
Russia untung dpt jual senjata SAM tu ... Saty dunia dah tgk hasil nya .. Hahah
Keberkesanan BUK dah lama orang tau. System tu bukan baru diperkenalkan. Time aku kecik2 dah ada. Agak2 diorang nak ke buat benda yang memberi ruang pada US and the gang untuk tekan diorang. Orang bodoh pun takkan tembak pesawat awam.
|
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 20-7-2014 01:15 AM
Handbag pun tah mana mana ko
Sikit je kan paspor yg selamat tu ... Yg mana dan dorang geledah la th .. Pasport malaysia pun sekeping je jumpa(satu lagi dah xpired). Yg FA Singh tu punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnye..tiada pengakhiran..malaysia bumi bertuah..dah tak bertuah dah...hanya ada satu lg talian hayat..talian dgn Maha Pencipta... |
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 posted on 20-7-2014 12:50 AM
tak semua pemimpin negara Afrika tu sengal..
tgk mcm Nelson Mandela. akhirnya menjadi sanjungan d ...
tulis panjang tetiba xboleh posting..aiyoooo!!
apapon just nk tulis..politicians kita ada capabilities..cuma dah dok zon selesa lama sangattt.yg betol2 tak kompeten tu baiklaa bersara skang..
|
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Dipihak Manakah Anda??
11. Penduduk tempatan sudah tahu laluan atas kepala mereka dilalui oleh beratus penerbangan dalam sehari. Kenapa kapal terbang komersil pula jadi sasaran sdgkan itu perkara biasa lalui di atas kepala (jika comply pd peraturan No Fly Zone / NFZ, sila lihat di bawah berkenaan NFZ)? Dan dalam soal ni, KENAPA pula MH17 yg jadi sasaran? Kenapa bukan syarikat penerbangan yang lain? Ini bermakna MH17 adalah sasaran pihak tertentu. Pihak Drama Raja bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa MH17 dijadikan sasaran pihak tersebut kerana ini melibatkan perancangan untuk mengeluarkan Malaysia daripada hubunganbaik dengan Russia dan China. Pihak Drama Raja juga sepakat menyatakan bahawa pihak yang menjadikan MAS Airlines sebagai sasaran adalah US dan sekutu mereka dalam tujuan melancarkan kempen perang dunia terbaru ke atas kuasa besar Russia.
12. Merujuk pd flight yang sama bentuk dgn presiden Russia, MUSTAHIL dan TAK MASUK AKAL bahawa PRS yang menembak sedangkan Russia adalah pembiayai dan penyokong PRS. Putin adalah boss kpd PRS. DAN ADALAH BODOH PULA BAGI PENTADBIRAN PUTIN MENYURUH KAPAL TERBANG PRESIDEN MEREKA MASUK KE LALUAN KONFLIK YG BOLEH MEMBAHAYAKAN PRESIDEN SENDIRI.
13. (Konon dari media antarabangsa) Kotak hitam dipercayai telah dibawa ke Moscow utk siasatan. Rujuk live updates disini.
14. Jika (13) benar, adakah Russia mahu cepat2 mencari log data2 yang boleh mengkaitkan penglibatan Ukraine atau US?
15. Jika (14) benar, ada TAPI nya, iaitu kemungkinan Russia mahu menutup jejak mereka melalui log data yang disimpan dalam kotak hitam? Tapi utk apa menutup jejak jika Russia (melalui PRS) tidak terlibat?
16. Jika (13) benar, adakah kerana Russia mahu selamatkan cepat2 sebelum dimanipulasi pihak2 tertentu (diedit, modify, tambah tolak data dlm tu dsbnya).
17. No Fly Zone yang dikuatkuasakan di Ukraine pada 1 July 2014 ialah, tiada sebarang objek penerbangan di bawah ketinggian 26,000 kaki. Pada 14 July 2014, Russia menembak jatuh pesawat kargo Ukraine (AN-26) yg terbang pada ketinggian 21,000 kaki. Dan disebabkan ini, kerajaan Ukraine menaikkan had ketinggian kepada 32,000 kaki. AKAN TETAPI, MH17 TERBANG PADA KETINGGIAN 33,000 KAKI. Anda fikirkan sendiri. Rujuk sini untuk berita tentang No Fly Zone.
18. Ukraine adalah sekutu kuat US. Persenjataan sudah tentu banyak dibiayai oleh US. Rujuk artikel ini dan ini.
19. Umum mengetahui bahawa, setiap dua pihak yang sdg konflik, sentiasa ingin mencari punca atau pencetus kpd perang skala besar di antara keduanya.
20. Pencetus ini amat penting kerana ia merupakan cara permainan perang zaman moden disbbkan ramai pemerhati berbilion2 di peringkat antarabangsa. Utk kekal sbg status 'baik' dan 'penyelamat manusia', bukti cetusan diperlukan agar pihak yg kononnya baik tidak akan dipersalahkan. Perang zaman skrg juga spt mana kempen politik, mereka ingin melobi dan menunjukkan pd awam bahawa mereka "orang baik". |
|
|
|
|
|
|
|
MH17: Dipihak Manakah Anda??
21. Kemungkinan besar MH17 adalah perancangan pihak2 yg ingin mencetuskan perang skala besar. Maka, MH17 telah 'dibahankan'. Hal ini amat serupa dengan kes hilangnya MH370 pada Mac lalu dimana jalan cerita dan skrip adalah hampir sama. Cuma bezanya, MH17 terus meletup manakala MH370 lenyap daripada radar. Sedangkan, kedua-dua pihak yang terlibat secara langsung dalam isu kedua-dua pesawat ini adalah sama dari segi musuh dan kawan, iaitu musuhnya adalah blok kuasa besar kedua iaitu Russia dan China manakala kawannya adalah US dan Malaysia.
22. Antara US dan Russia, kita sudah tahu siapa yg ingin mempercepatkan perang. Sudahpasti pihak US, kerana merekalah satu-satunya negara dalam dunia yang sangat memerlukan dana kewangan bagi menampung kos ekonomi mereka yang sangat meruncing sekarang. Sedangkan kita di Malaysia walaupun banyak berhutang tetapi masih mampu untuk sustain dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi selagi bubbles dalam ekonomi masih belum meletup. Perang adalah satu bisnes yang amat menguntungkan. Kerana itu, US mahu melancarkan perang seterusnya setelah melihat isu di Syria dan Iraq tidak begitu menguntungkan mereka.
23. Kononnya dari media antarabangsa, diberitakan bhw, SA-11 kepunyaan PRS/Russia cepat2 dibawa masuk ke sempadan Russia sebaik shj kejadian MH17 berlaku. Dan dikatakan juga, salah satu missile pada SA-11 telah hilang. Persoalannya, adakah missile yg hilang tu asalnya dari missile yg menembak AN-26 atau asal dari yg menembak MH17??? Lagipun, kejadian AN-26 ditembak jatuh hanya berlaku beberapa hari sebelum kes MH17, iaitu masih baru lagi. Takkan lah pihak yg dituduh begitu bodoh tak cover missile yang hilang jika kita anggap bahawa semuanya adalah perancangan yg betul2 rapi dan no-failures.
24. Persoalan tentang kamera yang merakamkan. Bagaimana dengan cepat dan mudah pula rakaman MH17 terhempas dilakukan? Seolah2 seperti ada maklumat telah diketahui dan beberapa pak pacak sedia menunggu dgn camera masing2. Jika benar, ini semua adalah perancangan rapi utk mengheret pihak2 yg ingin dilagakan atau didakwa dengan BAHAN BUKTI sbg 'lampu hijau' utk menyerang pihak yg kononnya bertanggungjawab.
25. Security Council sedang dan akan bermesyuarat lagi, apa kata mereka? Apa mahu mereka? Apakah mereka mahu meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu Putin dan Russia? Mujur juga Putin dan Russia amat cool dalam isu ini dan tidak mudah melatah. Yang masih menjadi persoalan, setelah dua tragedi membabitkan MAS dan pesawat Boeing, mengapa masih BELUM ADA apa-apa penjelasan daripada pihak pembuat pesawat itu sendiri, iaitu syarikat Boeing???
26. Yang pasti, 'bahan' (kambing hitam) telah dipergunakan, 'boneka' telah dicari dan akan terus dicari lagi, proxy sedang bermaharajalela, dan PERANG AKHIR ZAMAN BAKAL TERCETUS. Sekiranya perang antara blok kapitalis tercetus menentang Russia, sudahpasti Iran akan terlibat sama. China akan berkecuali dalam hal ini kerana mereka telah melaksanakan dasar ekonomi tertutup. Russia dan Iran adalah dua buah negara berjiran yang amat rapat sekali dari segi ekonomi, politik, persenjataan dan sebagainya. Iran memerlukan persenjataan canggih dan juga taktikal daripada Russia. Manakala Russia pula memerlukan minyak dan bahan mentah daripada Iran. Sekiranya salah satu terlibat dalam perang, maka salah satunya juga akan diheret bersama. Dan kedua-dua buah negara tersebut juga pernah menjadi kawan baik kepada Malaysia yang mana kita sekarang ini dilihat hendak memutuskan hubungan dengan mereka dan menjalin hubungan baik pula dengan US dan sekutunya.
27. Perhatikan juga sequence serentak dibeberapa tempat yg mana andalah menjadi mata-mata bagi diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
buat ai terfikir... pihak mana yg dpt paling banyak benefits drpd tragedi ini
malaysia just can't catch a break |
|
|
|
|
|
|
|
Babai posted on 20-7-2014 01:19 AM
Keberkesanan BUK dah lama orang tau. System tu bukan baru diperkenalkan. Time aku kecik2 dah ada. ...
Ne kes tertembak ne akak rasa. Atau ada pihak ke 3 yg suka cetuskan perang dgn cara begini dan dikenali selalu guna cara begini utk mulakan perang. |
|
|
|
|
|
|
|
MelahJanda posted on 20-7-2014 01:07 AM
Takde ke sapa leh jawab napa paspot boleh dikumpul sedangkan pakaian habis terbakar
Paspot masih ...
yang passport tuh depa dah kumpul yg terabur atas ground
|
|
|
|
|
|
|
|
Dutch Clubs Pay Tribute to MH17 Airplane Crash Victims
The Royal Netherlands Football Association (KNVB) has called on all football clubs in the Netherlands to fly the national flag at half-mast this weekend.
It also asks that team members where black armbands and that one minute’s silence be observed before each match; all of this as a mark of respect and sympathy by the Dutch soccer community for relatives and friends of those who lost their lives in the air disaster over Ukraine on Thursday.
Football isn’t the only sport to show its condolences to those affected by the crash. As per the Huffington Post, Friday’s Tour de France riders marked the tragedy with a similar gesture.
Thursday’s harrowing events put football rivalries into perspective. Elsewhere, Sunderland fans on the SMB supporter message board(via Bleacher Report's Mark Patterson) have started to raise funds in honour of the two Newcastle United fans who also lost their lives in the tragedy. The whole world is still mourning those 298 victims; it’s a nice touch of remembrance by the Dutch FA and its representatives.
SOURCE
|
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga posted on 20-7-2014 01:24 AM
.
nmpknya btlaa khabar selama nie ye.... nama yg ke 187 tue sama macam nama nenek tiri najib & hisham yg pnh dimention sblm nie...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|