Aduhhh... teringinnyaa nak makan kuih Akok tuuuu..
aduhla.. tambah lagi skg peknen 5 bulan ni.. jadik mengidammm koo..
puncanya.. bulan Mei tu hari adik bongsu menikah mek kelate, oghe pengkalan chepa... jadiknye pegile mengantar adik menikah nun di kelate nun..
pastu derang bagi le satu bekas kuih2 tradisi kelate gamaknye.. ada kuih akok, cek mek molek, jala mas, dan yg mcm biji nangka tu.. among all, i really like the taste of this akok.. w/pun rupa kuih ni tak semenggah sgt..
tp tak sempat nak merasa banyak2.. abih tu skg dok teringattt je le.
bila la nak pi kelantan semula niii.. lagi le minyak dah naik ni.. tak larat nak travel jejauh selatan ke pantai timur nun..
Originally posted by Kacip_Fatimah at 1-7-2008 12:05 PM
alahai maisya...
semalam baru dok tgk resepi kuih kaswi nie..
dok cadang2 gak nak buat..sebab tgk bahan simple ja..
maisya guna resepi yg mana satu?
maisya guna resepi DianaA tapi dah ubah sikit sebab nak buat rasa pandan. Tak sure resepi dah ada ke tak kat sini sebab ambik kat blog Chetam
nie resepi asalnya
KUIH KASWI sumbangan Diana
Bahan-bahan
500 gm tepung gandum
400 gm gula melaka
200 gm gula pasir
125 gm tepung ubi
1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
1000 ml air
Cara Menyediakan
Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan. Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.
Tuangkan kedalam acuan yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam
nie dah dimodified...buat separuh dari adunan yg atas tu
KASWI PANDAN
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh air kapur
500 ml air
Beberapa helai daun pandan
Cara Menyediakan
Masak gula pasir dengan separuh dari jumlah air. Masak hingga gulanya larut. Tapis dan sejukkan. Kisar lebihan air dengan beberapa helai daun pandan. Tapiskan. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, kapur dan air pandan hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi. Tapis adunan jika berketul-ketul.
Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak(lebih kurang 15-20 minit). Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih. Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam.
kuih kaswi pandan ikut resepi maisya.........tapi yg imma buat ni rasa2nya mcn keras sikit.boleh sapa2 bgtau sebab apa jadi keras tak..maybe imma kukus lama sangat....
Originally posted by imma3 at 17-7-2008 04:00 PM
kuih kaswi pandan ikut resepi maisya.........tapi yg imma buat ni rasa2nya mcn keras sikit.boleh sapa2 bgtau sebab apa jadi keras tak..maybe imma kukus lama sangat....
http://i81.photobucket.com ...
nampak cam lembut je....mmm...pasai apa ye...,imma kukus berapa lama? selalunya kalau maisya lama sgt kukus, atas dia akan jadik kering bila dah sejuk....air kapur tu bubuh pekat ke?...kot-kot terlebih kapur ke..
maybe air kapur kot pasal imma memang bubuh air kapur tu pekat........err air kapur tu memang kena bancuh bg cair ka.........tak pa next time imma try buat lg sekali....thanks maisya
Originally posted by Lloni at 29-11-2007 11:45 PM
http://img.photobucket.com/albums/v329/lloni/PA100039.jpg
akok asli .....beli di kedai Salor Kota Bharu.
Lioni...salam
Terliur betul tenguk kueh Tepung Boko tu....boleh bagi resepi tak?
Macam ala kueh bingka ubi lembik dlm daun pisang jual kat Trengganu..yang nie npknya tepung ngn gula merah aje....tak pernah jumpa sebelum nie....
Ini namanya kueh Asam Gumpal - kuih Tradisi orang Trengganu may be Kelantan jugak.Kita memang gemar kueh nie dan ini gambar asam gumpal yang kita buat baru-baru nie..jamu kat abang dan kakak kita sekali. Kakak ipar kita orang perak yg first time makan pun kata sedap dan mintak resepinya sekali.
[ Last edited by mrs.yatie at 18-7-2008 10:39 AM ]
Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau
1 cawan gula
Cara:
1. Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
2. Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
5. Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
6. Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
7. Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
8. Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
9. Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
10. Sejukkan dan hidangkan
[ Last edited by hanieliza at 18-7-2008 08:28 PM ]
Hannan sorry lambat masuk tadi. Sebenarnya kita buat asam gumpal nie tak yah resepi pun.Janji ada bahan utamanya iaitu :
1) Kacang Hijau , gula merah dan gula putih- Rebus sampai empuk dan kering lepas tu letakkan gula merah dan gula putih agak-agaklah manisnya.
2) Sagu biji rendamkan sebentar dan toskan dan jirus air dgn air yg baru mendidih.
3)Kepalkan sagu tekan letakkan inti kacang hijau yang digentel bulat dulu dan pastikan kacang hijau dibalut dgn sagu sekelilingnya. Susunkan dlm loyang dan kukus hingga masak .
Untuk Kuahnya:
1)Santan pekat (Didihkan atas api kemudian bubuh bhn dibwh)
2)Sedikit gula dan garam (klu nak manis lebihkan gula)
3)sedikit halba
4)Halia dan bawang merah yang dihiris halus.
Kita buat main agak2 je tapi jadi jugak. Lain kali kita nak sukat dan
beri resepi yang standard.
Hannan, I rasa resepi kak Liza nie blh ikut semua bahan sama je,
siap dgn sukatan lagi...terima kasih kak Liza...dah tlg berikan resepi.
*** Note: Kuih ni yg menyebabkan dia enak ialah aroma bau Halbanya itu......
best....tapi husband kita org negeri dia hairan dlm kuah manis ada letak bawang merah dan halia....I tak kata apa...cuma jwb...kita orang trengganu....biasalah mesti nak manis.
Kak Liza...terima kasih kerana dah tempekkan resepi tu.
Kita klu buat pakai hentam je tak pernah bersukat kdg sepeket sagu dan sekilo kacang hijau kita masak semua. Cuma masalahnya bila tak sukat kadang inti kacang terlebih dan kdg sagu pulak terlebih..
Lain kali kita nak pakai resepi kak Lizalah kalau ada yang tanya.
Bolehkan?
Originally posted by hanieliza at 18-7-2008 06:52 PM
http://www.filehive.com/files/080718/Asam-Gumpal.jpg
ASAM GUMPAL
Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
...
akak, nk tanya. kalo xde inti sedap x nk makan? lagi satu umah xde kukus la, ingat nk guna kuali letak air n then letak periuk lam tu. nk kukus guna kaedah tu
Originally posted by Aimienajwa at 24-7-2008 01:00 PM
akak, nk tanya. kalo xde inti sedap x nk makan? lagi satu umah xde kukus la, ingat nk guna kuali letak air n then letak periuk lam tu. nk kukus guna kaedah tu
boleh saja gunakan kuali yg dimasukkan air sebagai steamer/kukusan..