CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V171'

 Close [Copy link]
Post time 15-12-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan rasa mengantuk.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 03:37 PM | Show all posts
Agrobank institusi kewangan peruncitan Islam terbaik dunia

oleh NORSHAHZURA MAT ZUKI   15 Disember 2022    02:18pm






Pengerusi IRBA, Dr Humayon Dar (kiri) menyampaikan anugerah kepada Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) dan Mohamad Taufik (kiri) pada majlis Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.




AGROBANK dinobatkan sebagai penerima Anugerah Institusi Kewangan Pembangunan Peruncitan Islam Terbaik Dunia atau “Best Islamic Retail Development Finance Institution in the World 2022 Award” di Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, anugerah itu membuktikan kemuncak perjalanan transformasi Agrobank sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh sejak tahun 2015.

Menurutnya, anugerah terbabit akan mendorong bank itu untuk terus memenuhi permintaan dan keperluan pasaran yang semakin meningkat.

“Sebagai sebuah institusi perbankan Islam tempatan, Agrobank berbesar hati untuk menerima pengiktirafan antarabangsa yang berprestij ini.

“Kejayaan ini juga merupakan testimoni terhadap keupayaan kami dalam menyediakan produk-produk serta perkhidmatan perbankan Islam yang terbaik, terutamanya bagi produk-produk peruncitan berasaskan syariah, termasuk bagi segmen perusahaan kecil dan sederhana, dan pembiayaan mikro, kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Agrobank akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah bank Islam yang disegani yang menyokong visi Malaysia dalam menjadi hab ekonomi Islam global.

Ketua Pegawai Strategi Agrobank, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria dan lebih 50 pemain industri perkhidmatan kewangan runcit Islam terbaik dari seluruh dunia turut hadir ke majlis anugerah tersebut.

Anugerah berprestij itu memberi pengiktirafan kepada individu dan institusi yang telah menunjukkan komitmen besar dan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan, pertumbuhan da kejayaan kepada perbankan peruncitan Islam


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 03:49 PM | Show all posts
cuaca masih mendung
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:36 PM | Show all posts
dah azan asar     
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2022 04:43 PM | Show all posts
Kes demam denggi turun 3.3 peratus - Dr Noor Hisham

15 Disember 2022  04:19pm






Dr Noor Hisham




PUTRAJAYA - Jumlah kes denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 iaitu dari 4 hingga 10 Dis menunjukkan penurunan 3.3 peratus atau 1,871 kes berbanding 1,935 kes pada minggu sebelumnya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, lima kematian akibat komplikasi demam denggi berlaku pada ME-49 melibatkan dua kes di Perak dan masing-masing satu kes di Selangor, Johor dan Sarawak.

Dalam satu kenyataan pada Khamis mengenai situasi demam denggi di Malaysia, Dr Noor Hisham berkata, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah 60,110 kes berbanding 24,589 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 144.5 peratus.

Dr Noor Hisham berkata, 44 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.

Selangor mencatatkan angka tertinggi kes iaitu 902 kes, diikuti Sabah (241), Kuala Lumpur dan Putrajaya (188) dan Johor (172),” katanya.

Katanya, 55 lokaliti titik panas dilaporkan pada minggu ini berbanding 53 lokaliti titik panas pada minggu sebelumnya dengan 26 lokaliti titik panas berada di Selangor, Sabah (21), Kuala Lumpur dan Putrajaya (lima) dan Pulau Pinang (tiga).

Menurutnya survelan chikungunya pula merekodkan 32 kes pada ME ke-49 dengan 23 kes di Pulau Pinang, tujuh di Selangor dan masing-masing satu kes di Kedah dan Pahang dengan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 763 kes. - Bernama



Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 04:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 04:51 PM | Show all posts
TH nasihat jangan percaya berita palsu surat tawaran

Oleh Azhar Shahrulnizam - Disember 15, 2022 @ 4:05pm    [email protected]




Bakal Jemaah dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH. - Foto fail NSTP




KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai, berita tular di media sosial mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji, syarat kelayakan bakal haji dan juga kriteria pemeriksaan kesihatan.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata berita itu menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan TH menerima banyak pertanyaan berkenaannya.

"Bakal Jemaah dinasihatkan untuk menunggu pengumuman rasmi status ibadah haji tahun ini daripada TH. Pengumuman akan dilakukan sebaik sahaja jumlah kuota, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaannya diputuskan oleh Kerajaan Arab Saudi.

"TH akan memaklumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpilih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi platform komunikasi rasmi TH kelak.

"Selepas tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my atau memuat naik aplikasi ThiJARI bagi menyemak dan menjawab tawaran haji yang dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Saleh turut memaklumkan, TH sedang menganjurkan kursus asas haji selama 13 minggu bermula 25 November lalu sehingga 17 Februari hadapan.

"Kursus ini adalah sebagai persediaan melengkapkan bakal haji dengan ilmu pengetahuan berkaitan ibadat haji serta mendapat gambaran suasana terkini di tanah suci. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919," katanya.

Terdahulu, media melaporkan terdapat pesanan yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp, bakal haji boleh menyemak rayuan untuk menunaikan haji bermula 23 Disember ini tetapi sudah dinafikan oleh TH.





Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 15-12-2022 09:56 AM
haha mmg pun. ramai yg tak move on lps pru.
takat ni klu spank reply kt ci tak kena tegur lg eh dgn ...

Pernah jugak sekali dua tapi tak pernah jadi saka ikut merata la..
kaka pernah kena dengan dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:49 PM | Show all posts
Edited by sfhzuraz at 15-12-2022 06:50 PM

Bekalan telur ayam di lima negeri meruncing


BERNAMA



Seorang pekerja di sebuah pasaraya menyusun bekalan telur putih hari ini. FOTO BERNAMA



Kuala Lumpur: Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan itu ketika ini.

Di PERAK, tinjauan Bernama di sebuah pasar raya segar di Bandar Meru Raya, Ipoh mendapati berlaku pengurangan stok telur ayam sehingga tiada bekalan mahupun simpanan di premis itu manakala beberapa kedai runcit pula boleh didapati dalam kuantiti amat sedikit.

Seorang pekerja kedai runcit Muliadi Abdul Jalil, 32, berkata, kekurangan bekalan telur berlaku sejak kira-kira tiga bulan lepas apabila premis berkenaan sebelum ini pernah menerima bekalan telur sebanyak 60 papan, tetapi kini hanya memperoleh separuh daripada tempahan atau lebih sedikit akibat ketiadaan stok.

Menurut seorang lagi pekerja kedai runcit Fikri Abdul Rahman, 23, premis itu juga hanya memperoleh separuh bekalan telur iaitu hanya kira-kira 60 papan berbanding 150 papan sebelum ini.

Di PULAU PINANG, pengusaha kedai makan di Bandar Perda, Azhar Basirun, 59, berkata beliau perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 60 biji telur ayam setiap hari untuk perniagaannya, namun terpaksa membeli di beberapa kedai runcit berikutan peniaga mengehadkan pembelian 10 biji sahaja untuk seorang.

Pengguna Muhammad Haris Omar, 42, turut mengakui bekalan telur ayam terhad dan harganya agak mahal berbanding kebiasaan, justeru beliau berharap masalah itu dapat diselesaikan segera oleh pihak berkuasa kerana telur antara sumber makanan yang murah untuk keluarga B40.

Bagi seorang peniaga telur ayam di pasar di Kepala Batas, Amirul Muizz, 45, beliau sendiri mendapat bekalan yang sedikit iaitu kurang separuh daripada biasa dan kadangkala tiada langsung telur ayam yang dihantar oleh pemborong kepadanya.

Di KELANTAN, tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya menunjukkan tiada bekalan telur ayam seperti kebiasaannya di rak-rak jualan, sebaliknya masih digantikan dengan bekalan telur 'omega' dan telur putih.
Pekerja pasar raya di Bandar Baru, Hassan Basri, 27, berkata, bekalan telur putih dan omega baru tiba di tempat kerja beliau hari ini dan dijangka habis hari ini juga.

Selain itu, pengusaha bakeri Nadia Bustamam, 34, berkata, ketiadaan bekalan telur ayam biasa sebelum ini menjejaskan operasi perniagaannya kerana terdapat beberapa jenis kek tidak boleh menggunakan telur lain.

Sementara itu di SELANGOR, tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati bekalan telur sukar diperoleh sejak beberapa bulan lalu terutama di kawasan yang jauh dari bandar.

Suri rumah Rosliza Abdul Samad, 40, berkata ketiadaan bekalan sumber protein itu membuatkannya terpaksa pergi ke pasar raya lebih jauh dari kawasan penempatan selain terpaksa membeli telur jenis omega yang jauh lebih mahal kerana susah untuk mendapatkan telur biasa.

Di MELAKA, peniaga nasi lemak Muhammad Ismail Sulaiman, 40, dari Klebang Pengkalan Rama berkata beliau sudah beberapa kali berdepan kesukaran mendapatkan bekalan telur sehingga menjejaskan jualannya.

"Kadang-kadang saya terpaksa mencari di lebih lima premis untuk membeli telur ayam dan terdapat juga kedai runcit atau pasar raya yang mengehadkan jualan bagi setiap pembeli.

"Selain bekalan, pilihan gred telur yang dijual kebanyakan gred B dan harganya lebih mahal... namun tiada pilihan," katanya.

Selain itu, Tan Hock Seng, 34, dari Bachang mengakui turut berhadapan situasi sama berikutan telur ayam di kedai runcit berhampiran rumahnya sering kehabisan bekalan dan ada kalanya hanya boleh dibeli pada hari tertentu.


Disiarkan pada: Disember 15, 2022 @ 5:53pm





Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 06:49 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 15-12-2022 06:24 PM
Pernah jugak sekali dua tapi tak pernah jadi saka ikut merata la..
kaka pernah kena dengan dia ke ...

tak penah kena. selalu baca je dia bahan kan poremer lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 07:11 PM | Show all posts
dah azan maghrib
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 07:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:13 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 13-12-2022 01:26 AM
kaka pun jenis simple. bukan jenis melawa.

nov suka pakai 2 piece
x suka mcm bdk2 skrg ootd
pakai 3, 4 lapis bj
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:14 PM | Show all posts
sfhzuraz replied at 13-12-2022 01:29 AM
yg nov pun...
pi senyum lg kenapa
ha kan bini dia dah buat muka

ha bab ni kaka kn tny akak mira
nov jns mudah tersenyum
bkn sengaja

klu nov knl mmg nov akan senyum
itu klu ade function klg yg kn bwk family nov x suka join

bini2 x sng ddk tgk nov
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2022 08:15 PM | Show all posts
ade kolig bgtau ade bini yg x prnh jmp in person
mtk nk tgk pic nov dlm fb
kiranya ade function kampeni diorg up pic dlm tu
nov rs diorg ade kelab bini2 laki yg keje situ
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:16 PM | Show all posts
klu x mcm mn yg lain tau kewujudan nov
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:16 PM | Show all posts
yg abg td tu laki bini keje
diorg kan x de anak
sbb tu bini dia rs insecure
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2022 08:17 PM | Show all posts
agak2 la nk risau pun
laki hensem ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.190672 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list