|
Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]
[Copy link]
|
|
Reply 614# nuwuwuda
mai...secawan ...{:1_144:} |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 612# sellie003
jgn lupa share kat kite sama....adios |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 606# sellie003
nak jugak.....nak jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 608# sellie003
tgh x ke.....
 |
|
|
|
|
|
|
|
CH part 2
“Leha, kau tak nak beli barang ke? Strawberry ke? Kea farm ni tempat last shopping tau, nanti jangan menyesal." Wooda bertanya
“Taknaklah” balas Zaliha
“Taknaklah, taknaklah, nanti kau jangan mintak aku punya. Kalau kau mintak aku flying kick karang” Wooda mengusik
“Adoi, flying kiss dah la weh” Zaliha bergurau
“Eh, tu Zura ngan Zila, ya Allah korang, berbundut2 korang shopping, kata nak amik gambar je.” Zalia menegur rakannya yang terkengkeng-kengkeng membawa plastic besar pelbagai muatan.
“Aku tak boleh tahan la weh, geram…segar bugar je semua” Zila menjawab
“Eh jomlah, kejap lagi bas nak bergerak” Zura menyampuk
“Err, eh korang, korang pegi dululah, aku nak cari bunga kejaplah” Balas Zaliha
“Bunga… laaa…tadi taknak beli?” Wooda merasa pelik dengan rakannya yang sorang tu.
“Tengok, yang lain2 semua dah dalam bas dah tu, ha tu pakcik bas pun dah naik dah tu.” Kata Zura sambil matanya kearah bas yang membawa mereka ke sini.
“Alah, korang naiklah dulu, aku kejap je, aku bukan bawak barang cam korang” Tambah Zaliha lagi
“Yelah2, cepat sikit, nanti kitorang cakap ngan pakcik bas tu suh tunggu kau” Zila memberi kebenaran pada Zaliha
“Ok, thanks Zila.”
Sampai di gerai2 yang menjual bunga…
“Auntie, ini bunga putih punya kira macam mana?” Zaliha bertanya
“Hayya adik, itu putih punya sudah habis maa”
“Eh ni yang banyak dalam baldi ni?” Zaliha menunjukkan ros putih yang berada tidak jauh darinya
“Hayya, ini sudah booking maa. Itu baru tadi ada itu olang suma putih, adik ambiklah ini merah ada, kuning ada, ini putih carnation pun ada ini, manyak cantik.” Nyonya tersebut cuba bermanis mulut untuk menjual bunga yang lain.
“Ala, takkan satu pun tak de Auntie? Bunga kat tempat Auntie ni je yang saya berkenan. Auntie, boleh la…alaa boleh la auntie, bas saya dah nak gerak tu…” pujuk Zaliha
“Soli la adik, sudah book maa.”
Telefon bimbit Zaliha berbunyi “Leha oiii, nak kena tinggal bas ke? Cepat2, dari hujung talian Zura menjerit”
“Err…kejap!” Zaliha menjerit dari talian sebelah sini.
“Takpe lah auntie, kirim salam dekat orang yang book bunga ni ye auntie, bye.”
Sepantas angin Zaliha berlari kea rah bas yang menanti. Tiba-tiba…”BUK” Entah bagimana bahunya terlanggar lelaki yang sedang menongkah arus lariannya. Zaliha jatuh melutut…sambil memegang lutut yang sakit, Zaliha merasakan kepalanya pening sedikit. Entah kenapa mindanya terimbas sesuatu…
“Awak suka bunga?”
“Suka”
“Awak suka bunga apa?”
“Bunga ros putih”
“Adik, adik ok ke? Maafkan saya.” Suara itu membawanya kembali kealam nyata.
Zaliha mendongak kearah lelaki yang bertanya. Sekejapan lelaki itu melopong memandang Zaliha…mereka berdua berpandangan sesama sendiri, waktu bagaikan terhenti, suasana pasar tidak lagi kedengaran, hanya detak jantung sahaja yang masih berfungsi. masing-masing seperti dikejutkan dengan kejutan yang maha dasyat namun tiada kata yang terluah.
“Eh, alamak, bas!!! Encik, maafkan saya ye.” Zaliha yang tersedar secepat kilat bangun dan berlari menaiki bas. Tanpa menunggu lebih lanjut, bas pun meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
“Kau jatuh ke tadi?” Wooda yang duduk di sebelah bertanya simpati
“Weh, malu weh” Zaliya yang masih malu menutup mukanya dengan bagpac yang diriba
“Macammana kau boleh jatuh?” Zila pula megambil berat
“Entah, jodoh kot…hahaha” Zaliha melawak
“Ngeng la kau nih” Wooda yang simpati dari tadi terus tak jadi simpati
“Bas ni cepat sangat la…Mamat tu dahla hensem, tak sempat aku nak minta nombor telefon” Zaliha menyampaikan rasa tidak puas hati, matanya menjeling tingkap bas mengintai lelaki yang melanggarnya tadi, namun kelibatnya tiada.
“Hensem kau! kalau tertinggal bas tadi…” Wooda membalas
“Alah, kalau tertinggal bas boleh aku mintak mamat tu tumpangkan…hahahaha” Zaliha pun tak mahu kalah
“Ye lah tu, tengok2 kau nangis kat sini sorang2, apek stoberi jugak yang pungut hantar kau balik.” Zura menambah
“Apa-apa jelah. Weh, dah senget dah tudung aku mamat hensem tu buat” Zaliha membetul-betulkan tudungnya yang keronyok sana sini
“Senget tudung tak ape, jangan senget kepala sudah” Wooda buat-buat tambah lauk dan mereka berempat tertawa riuh di dalam bas.
Sementara itu di celah-celah kesibukan Kea Farm, Asmara hanya mampu memandang dengan lirikan mata ke arah gadis yang berlari meninggalkanya. Nafasnya mendesah terasa seperti tersekat di kerongkong. Jantungnya seperti berhenti mengepam darah. Langkah menjadi kaku. Antara sedar dengan tidak, antara percaya atau tidak airmata melorot ke pipi. Banyak mata yang mula curiga memandangnya. Asmara baru tersedar, sudah lama dia berdiri seperti patung di situ. Sudah lama bas yang di naiki oleh gadis entah-siapa-nama itu berlalu pergi. Dia mengutip semula bungkusan plastic yang terjatuh di lantai, setongkol jagung terkeluar dari plastic itu. Asmara mengutip dan memasukkannya semula ke dalam plastic. Kenangan lama terimbas kembali.
“Sedap?” Asmara bertanya
“Sedap…pandai la awak masak” Zaliya memuji
“Belajar dengan nenek la” Asmara merendah diri
“apa nama resepi dia?”
“bubur jagung madu”
“ow, lepas tu dah boleh makan ke ni?”
“Awak duduklah dulu, nanti saya ambilkan”
“Saya pun nak belajar masak dengan nenek jugaklah”
“Nenek siapa?”
“Nenek awaklah”
“Eiii…tak malu, nak tumpang nenek orang”
Sebuah cubitan hinggap di perut Asmara
“Takkan…takkan… tak…tak mungkin Zaliya, mesti pelanduk dua serupa.”Asmara menggelengkan kepala sambil bermonolog seraya berjalan meneruskan tujuannya yang tergendala sebentar tadi.
“Hai adik, ini you punya bunga kasi angkat. Tadi adik perempuan yang jatuh tu sudah mau bili, tapi saya tada kasi woo… saya cakap ini semua adik sudah book.”
“Oh yang berlanggar dengan saya tadi tu ke? Err berapa semua nyonya?”
“Oh ini ros putih manyak susah jaga, tapi adik kasi angkat enam puloh lah haa…Adik mahu kasi siapa ha?”
‘Sendiri pakai la Nya’
‘Oww… eh lupa la, itu perempuan kata, kalau you angkat ini bunga dia kata…salam…salam”
“Dia kirim salam? Dia kenal saya ke Nya?” Asmara tersenyum sinis sambil mengerutkan keningnya
“Ha itulah, haiiya, saya tada tawu woo…haa, ini lu angkat duit baki, terima kasihlah haa”
“Terima kasih Nya.” |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 625# nuwuwuda
best2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ni adalah cilok idea mrs bean yang pasal CH tu, tapi ideanya takla sehebat mrs.bean, hari ni baru se ...
nuwuwuda Post at 24-12-2010 14:59 
wuda i confused, ni citer Zaliya zmn bila?...zaman msk koleh kaaaa....ooo camtu ka pompuan buranganzzzz ek kt kolej?....tak abis bljar nak kawin jerk..... |
|
|
|
|
|
|
|
CH part 3
“Ala cayang-cayang cicit unyang ni, dah mandi wangi wangi ni,” Nenek Gen berlagu-lagu menimang Adam
Adam tersengeh girang di timang moyangnya, menampakkan dua batang gigi yang baru tumbuh.
“Ha tu tengok tu, AYAM…sebut AAAA…YAM, cepat sebut AAAAA…YAM” Nenek general menunjukkan seekor ayam jantan yang cuba mendekati pangkin yang di duduki mereka.
“Yaaa…yah…” sebut Adam
“Bukan ayah la Adam…sebut lagi…AAA..YAM, AAA…YAM” Nenek general cuba mengajar lagi
“Yaaaa…yaaaah” Sebut Adam lagi
“ayah takde la sayang, ayah keje jauh, esok ayah balik ye… malam ni tido dengan unyang lagi ye sayang, jangan degil-degil, nanti unyang babab dia karang”
Adam yang tidak faham, masih ketawa girang dengan ulah moyangnya.
Tidak lama kemudian sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah, nenek general merasa hairan dengan kedatangan kereta tersebut.
Selepas memarkir kereta, terpacul Asmara keluar dari kereta itu. Asmara mengambil barang dari tempat duduk belakang dan menghampiri kedua-dua nenek dan anaknya itu.
“Eh Asmara, kata balik esok pagi? Kenapa balik awal ni?”
“Rindu dekat Adam lah nek”
“Habis tu, kerja kat sana macammana?”
“Tak pe nek, kerja dah setel awal, cuma saya tak jadi lah nak pergi dinner dengan diorang tu malam ni, saya dah wakilkan staff saya dah. Malam ni, saya nak dinner dengan nenek dan Adam…” Asmara mencubit pipi Adam yang berada di pangkuan neneknya.
“Meh sayang ayah, meh dekat ayah”
Dengan cepat Adam memaut tangan yang dihulur ayahnya.
“Adam rindu ayah ye” pipi Adam di cium berkali-kali
“Anak kau dari tadi dok sebut yayah…yayah…rindu la tu…mana pernah kau tinggalkan dia lama-lama” balas nenek sambil tersenyum
“Anak ayah ni memang macam tu… manja” Asmara mencubit pipi Adam lagi
“Ni apa yang kau beli banyak-banyak ni?” nenek membuka plastic yang diletakkan Asmara di pangkin sebentar tadi
“Jagung nek, nanti nenek buat bubur ye nek…rindu nak makan bubur jagung nenek”
“Hmm yelah…ni apa pulak?...Ya Allah, Asmara…apesal kau beli bunga ros banyak-banyak ni? Kau nak mandi bunga ke? banyaknyaaaaaaaaa”
“saja je nek, untuk nenek…”
“Saja? Beli untuk aku buat apa? ape pasal kau beli kaler putih je…beli la warna warni sikit, ceria la sikit, ini pucat je?”
“Bunga ros putih kan wangi”
“Yelah wangi…kalau campur-campur pun tak salah…ni dah macam bunga untuk orang mati je…”
“Oklah, lain kali saya beli warna warni ye nek?”
“Hmm, dahlah bawak Adam masuk…dah nak maghrib dah ni” Nenek mengarah Asmara seraya melangkah untuk masuk ke rumah membawa barang-barang yang Asmara beli.
Asmara memejamkan mata, menghela nafas di rengkungan…memang tidak mudah untuk melenyapkan sesuatu yang indah.
“Awak suka bunga?”
“Suka”
“Awak suka bunga apa?”
“Bunga ros putih”
Hatinya melirih… |
|
|
|
|
|
|
|
wuda i confused, ni citer Zaliya zmn bila?...zaman msk koleh kaaaa....ooo camtu ka pompuan ...
Zammy Post at 24-12-2010 16:18 
ni zaman dah sihat tapi tak hengat... zaliya kan belum abis belajar lagi...dia sambung balik...hanya rekaan semata2 zammy  |
|
|
|
|
|
|
|
CH part 2
“Leha, kau tak nak beli barang ke? Strawberry ke? Kea farm ni tempat last shopping tau ...
nuwuwuda Post at 24-12-2010 15:34 
wahhhh....rajin nampak.....tak mengira ker arini? sila sambung lagi mlm ni ai dah bz...... |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh....rajin nampak.....tak mengira ker arini? sila sambung lagi mlm ni ai dah bz......
Zammy Post at 24-12-2010 16:25 
hari ni nak rehat kejap. lepak kat sini sebelum nak fly esok...kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
mana yg lain? cuti xmas kaaa?..............nak balik ujan lak.....baguih le u ni wuda, speku la lagi ujan2 ni beh...layannnnnn
ko nak terbang kemana? blk kg? wah brp ari coti?...nak ikut leh....eheks.... |
|
|
|
|
|
|
|
CH part 4
“Adaaaam, caaaak…Baaaaaaaa, caaaak Baaaaaaa”
Adam terkekek-kekek ketawa melihat ulah ayahnya…
“Meh sini meh, meh dekat ayah sayang meh”
“Huarrrrrgh” Adam menguap
“anak ayah dah mengantuk ye?”
“kejap, ayah buat susu dulu ye…jom ayah dukung…cepat, cepat, cepat, sayang ayah…”Asmara memberi galakkan kepada anaknya supaya mendapatinya.
Adam merangkak menghulurkan tangan pada ayahnya untuk di dokong
Sampai di dapur…
“Ok, Adam dok bawah kejap ye, ayah nak buat susu ni” sambil melepaskan Adam dari dokongannya ke bawah
“Hek…hek…hek…” Adam mula merengek
“Kejap la sayang” Asmara memujuk Adam sambil tangannya lancar memuat susu
“hek…hek…hek…huwaaaa….” Tangisan Adam mula kedengaran
“kejap la Adam, kan ayah tengah buat susu Adam ni…”
“Huwaa….huwaaaa…huwaaa….”
Ok, dah siap dah, ala cayang-cayang ayah….cedihnye dia…nah nah nah…amik cucu ni…upah Adam tunggu ayah ye… dah dah dah…jangan nangis lagi…jom tido jom” Asmara mendokong Adam kembali dan cuba memujuk sambil mengelap airmata Adam.
Sampai di bilik, Asmara meletakkan Adam di atas katil berhampiran dengan dinding supaya Adam tidak berisiko untuk jatuh. Asmara berbaring di sebelah Adam mula menepuk-nepuk Adam. Tidak lama kemudian, Adam terlena berputingkan botol susu di sebelah ayahnya.
Asmara mula mengelamun…masih teringat peristiwa Kea Farm.
“Macam Zaliya, tapi Nampak lebih muda…dan…err…err…bertudung pula, pelanduk dua serupa ke?”
Asmara membuka beg kerja di sebelahnya katilnya. dia mengambil sesuatu. Buku yang hampir lusuh itu di belek-belek lagi. Tanpa membaca, Asmara telahpun hafal nama buku di tangannya itu ‘Nama-nama Indah untuk bayi dalam Islam”. Ya, itulah buku kenangan manisnya bersama Zaliya…Asmara menyelak buku itu…terlihat tulisan Zaliya…dalam ingatannya masih segar adegan pujuk memujuk mereka di malam itu. Kenangan yang indah untuk diingati, namun hatinya terasa pedih. Buku kembali di tutup.
Asmara berbaring di sebelah Adam yang tertidur lena. Dia menyelak kembali buku yang ditutup tadi. Secebis kertas yang terselit dalam buku itu terjatuh ke mukanya. Walaupun kerap kali membacanya, Asmara masih tidak mampu menahan airmata. Entah untuk kali yang ke berapa dia membaca.
Dear White Rose,
Saya balik lambat hari ini. Nanti awak makan dulu.
Truly,
Sunflower
Itulah nota terakhir darinya sebelum Zaliya kemalangan di langgar lari. Di bawahnya, Zaliya membalas. Hatinya kuat meneka, Zaliya membalas tulisannya sebelum kemalangan itu berlaku.
Dear Sunflower,
Orchid!
Truly,
White Rose
Hati Asmara semakin pedih.
“Maaf awak, sampai sekarang saya masih tak dapat tunaikan wasiat awak lagi, saya tak mampu tanpa awak”
Lalu, pen diambil dan Asmara menulis pada ruang kosong di belakang kertas itu.
Dear White Rose,
Daisy…Daisy…Daisy…
Faithfully,
Sunflower
Asmara menangis hiba bertemankan Adam yang terlena di buai mimpi indah. Hatinya merindu.
p/s: maksud nota tu kejap lagi eh... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nuwuwuda at 24-12-2010 18:22
CH-end-
memori indah Asmara-Zaliya
Dari tangga rumah nenek, Zaliya dapat melihat Asmara sedang tekun mengerjakan sesuatu di bawah pohon mempelam yang rendang. Asmara yang sedang tekun tidak perasan isterinya itu sedang menghampirinya.
“Tanam pokok ke awak?”
“Eh, Zaliya, kenapa turun tak panggil saya. Karang jatuh pulak.” Asmara terkocoh-kocoh meninggalkan pekerjaannya sambil memapah Zaliya ke pangkin yang berdekatan
“Asmara, saya ni bukan nya sakit, saya mengandung je, jangan risaulah. Ermm… awak tengah buat apa tu?”
“Saya tengah alihkan pokok bunga nenek ni ha, pokok dia dah makin besar, macam tak sesuai pulak duduk dalam pasu kecik tu.”
“Oh, pokok bunga kertas eh?”
“Taklah, Bougainvillea” Asmara mengusik
“Ceh, samalah tu”
“Awak suka bunga?” tanya Asmara sambil menyambung kerja-kerjanya yang terbengkalai tadi
“Suka”
“Awak suka bunga apa?’
“Bunga ros putih”
“Ros kan ada banyak warna, kenapa awak pilih putih?”
“Saya suka semua warna, tapi paling istimewa, ros putih. Sebab dalam banyak-banyak warna, ros putih yang paling wangi, lagipun warna dia suci. Itu sebab saya suka”
“Owh, tapi rumah nenek ni tak ada bunga ros, dulu ada, tapi dah mati dan, ros ni susah nak jaga sikit.’
“Owh, macam tu. Setiap bunga ada maksud dia tersendiri kan?”
“Maksud tersendiri?” Asmara menoleh ke arah isterinya
“A’ah. Kalau ros bermaksud cinta, orkid pulak bermaksud goodluck, manakala daisy maksudnya rindu awak, kalau sunflower pulak ada banyak maksud samaada mencintai kamu sangat mendalam ataupun harapan.”
“Wah, hebat awak ni. Mana awak tahu, ke awak kelentong saya ni?”
“Heh, ini betul-betullah. Saya baca dari internet.”
“Yelah-yelah, saya percaya awak. Saya dah siap ni. Nak pegi basuh tangan kejap ye. Awak nak makan tebu?”
“Makan tebu? Minum air tebu ke?” Zaliya kehairanan.
“Bukanlah…makan tebu, ha tulah orang bandar tak tahu. Jom kita pegi mancing kat parit depan tu sambil makan tebu.” Balas Asmara
“Jom-jom, macam soronok je bunyiknya.” Zaliya eksaited
p/s: ok, sampai sini saja. mungkin dah tak sambung lagi dah cerita ini.
saya nak ke langkawi, babai. jumpa tahun depan! ow, sebelum lupa... maksud bunga2 ni saya ambil dari sini http://www.angelflorist.com.my/home/flower_meaning.php
kalau diorang tipu, saya pun tipu la ek... |
|
|
|
|
|
|
|
CH-end-
memori indah Asmara-Zaliya
Dari tangga rumah nenek, Zaliya dapat melihat Asmara sedang ...
nuwuwuda Post at 24-12-2010 18:05 
wuda....wuda.....you are so sweet. Lebih sweet dari bubur yg aku makan ni  |
|
|
|
|
|
|
|
aku mcm nampak FE jalan ngan si Nazim aka Raziq kat red carpet laaa.... |
|
|
|
|
|
|
|
shazzzzzzzzzzz......................kt anugerah skrin............hensemnye....... |
|
|
|
|
|
|
| |
|