CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 29-1-2012 09:55 AM | Show all posts
Reply 602# TuntungReturn


Ha'a, betul cakap kau. Duk pum pang pum pang dalam paper jumlah kutipan zakat mana paling tinggi la apa la. Tah dibagi ke tidak lepas tu duit zakatnya kat orang2 yang memerlukan. Tah2 masuk tembolok sendiri eheheh. orang zaman sekarang ni nak cari manusia yang jujur pun payah. 1 dalam 10,000 pun belum tentu kau jumpa satu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2012 10:02 AM | Show all posts
Apa maksud penipuan ? Agreement lain tindakan lain .... cakap lain buat lain tertulis lain ....penip ...
blastoff Post at 29-1-2012 09:42


mrk sedang coba-coba meniru kelicikan yahudi menipu Tuhan. mrk menyuruh peminjam berpura2 pasang niat dari rumah utk membeli sebuah mesin ATM agar transaksi akad mencapai matlamat menipu Tuhan. Tuhan tertipu bila melihat akad yg tertulis memang menyatakan pelanggan telah membeli sebuah mesin ATM. Dan Tuhan tertipu sekali lagi bila melihat wujud juga satu akad yg menyatakan pelanggan telah menjual semula mesin ATM kpd pihak bank dlm beberapa saat selepas itu pada harga yg rendah.  dan Tuhan telah benar2 percaya bhw pelanggan memang datang ke bank dgn niat utk membeli sebuah mesin ATM!  wow!  hebat!  memang hebat kepala otak bergeliga para ustaz bank!
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 03:03 PM | Show all posts
mrk sedang coba-coba meniru kelicikan yahudi menipu Tuhan. mrk menyuruh peminjam berpura2 pasang niat dari rumah utk membeli sebuah mesin ATM agar transaksi akad mencapai matlamat menipu Tuhan. Tuhan tertipu bila melihat akad yg tertulis memang menyatakan pelanggan telah membeli sebuah mesin ATM. Dan Tuhan tertipu sekali lagi bila melihat wujud juga satu akad yg menyatakan pelanggan telah menjual semula mesin ATM kpd pihak bank dlm beberapa saat selepas itu pada harga yg rendah.  dan Tuhan telah benar2 percaya bhw pelanggan memang datang ke bank dgn niat utk membeli sebuah mesin ATM!  wow!  hebat!  memang hebat kepala otak bergeliga para ustaz bank!
tobby Post at 29-1-2012 10:02 AM

Aku memang dari mula dah nampak diorang ni bangsat.
Ada ker patut nak menipu tuhan?:@
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 03:12 PM | Show all posts
bank ni aku buat urusan online pun susah nak masuk website.:@
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:17 AM | Show all posts
semua tu dikira sbb kn nk profit lah. mana ade orang set up bank semata2 mahu nk bagi kebaj ...
thieo+ Post at 29-1-2012 01:44



Tiada Syariah dlm Taghut,
Hapus Taghut, tegaklah Syariah...
Hang tengok Emas naik mencanak nk smpi langit.
Beras, gula, gandum, etc. dok kt tanah lg.
Nk salahkn bank n kerajaan?
- baru la kita tau dok mai mana utang² Trillions tu ye...

Kalau kononnya 'Kerajaan Adil' muncul lps PRU13 nnt,
ke mana hala tuju 'subsidi'/hutang negara?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:33 AM | Show all posts
Reply 603# TuntungReturn


    aku pernah dengar khutbah jumaat pasal perbankan isle, dan aku benci subjek tu jadi topik khutbah, nak cerita pasal perbankan isle pegi bank laa, bnyak pamplet ada, tak puas hati tanya orang di kaunter
-aku nak dengar khutbah pasal akidah, pasal dosa pahala supaya takut pada allah, makin tebal iman
-khutbah pasal perbankan isle, baik aku takyah pegi sembahyang jumaat mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 01:34 AM | Show all posts
nak cari org jujur senang saja, dia tak bawak kenderaan bermotor
-sebab taknak cemarkan alam sekitar
-sesiapa cemarkan alam sekitar tu tak jujur pasal dia khianati hak allah dgn mencemarkan bumi allah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:46 AM | Show all posts
persoalannya betul ka Karim pegi bank utk beli mesin ATM? atau pun mesin ATM tu wayang jer?
tobby Post at 27-1-2012 22:15

kalau aku jadi peminjam 'islamic' ni... kalau aku dapat mesin ATM aku tak mau jual mesin ATM tu kat bank balik dlm masa yg cepat tapi aku mau caj setiap customer bank service caj setiap kali mereka pakai mesin ATM aku kalau nak keluar duit..baru masyuk beb..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 09:51 AM | Show all posts
Reply  TuntungReturn


    aku pernah dengar khutbah jumaat pasal perbankan isle, dan aku benci  ...
sekngucing Post at 30-1-2012 01:33

tu kempen pasal nak brainwash umat melayu islam pasal perbankan 'islam' tu.. mana taknya..pasal dah ramai orang islam kat malaysia ni pertikai pasal sistem bank 'islam' kat malaysia ni... susahlah nanti majlis syariah bank2 ni nak jawab...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:04 AM | Show all posts
13 kes dalam sebulan libatkan semua peringkat pengurusan


Oleh AZMAN IBRAHIM
[email protected]


KUALA LUMPUR 29 Jan. - Malaysia kini berdepan dengan masalah 'kecurian' bakat dan kemahiran yang ketara dalam industri perbankan dan kewangan Islam.

Kemelut yang berlaku kerana terdapat lebihan permintaan berbanding penawaran telah menyaksikan wujud pola gaji yang tinggi tanpa mengukur kira keupayaan sebenar individu terbabit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Datuk Dr. Adnan Alias berkata, kecurian bakat dan kemahiran itu berlaku pada semua peringkat jawatan.

Katanya, masalah kecurian bakat itu berlaku dari peringkat kerani sehinggalah ke peringkat peneraju institusi perbankan dan kewangan Islam.

''Pencurian bakat ini secara tidak langsung membuktikan graduan dan lulusan Islam kini laku di pasaran dengan ditawarkan gaji yang lumayan,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Berdasarkan perangkaan yang diperoleh IBFIM tahun lalu, di peringkat jawatan menengah, sebanyak 146 kes kecurian berlaku iaitu purata 13 kes bakat dicuri sebulan.

Negara kini mempunyai 17 buah bank Islam tempatan.

Jumlah kakitangan institusi perbankan Islam pada waktu ini adalah 11 peratus iaitu kira-kira 16,000 orang hingga 17,000 orang (tidak termasuk ejen takaful) daripada 144,000 kakitangan dalam industri perbankan dan kewangan di seluruh negara.

IBFIM menyasarkan menjelang 10 tahun akan datang, jumlah tenaga kerja dalam institusi perbankan dan kewangan Islam meningkat sehingga 24,000 orang.

Dalam kewangan Islam, terdapat empat subsektor iaitu perbankan, takaful, pasaran modal dan pengurusan kekayaan.

Adnan memberitahu, institusi perbankan dan kewangan menawarkan gaji yang terlalu tinggi bagi memancing kakitangan dari syarikat pesaing.

Katanya, penelitian IBFIM mendapati tawaran gaji minimum yang diberikan adalah peningkatan separuh gaji dari gaji asal dan maksimumnya empat kali ganda peningkatan dari gaji asal.

''Paling ketara jurang gaji yang terlalu tinggi melibatkan jawatan penasihat syariah yang berkelulusan agama Islam dan berpengetahuan tentang kewangan Islam,'' ujarnya.

Adnan menjelaskan fenomena kecurian bakat dalam institusi perbankan dan kewangan Islam berpunca daripada pertumbuhan negara yang pesat.

Katanya, sumbangan industri kewangan Islam terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah lebih dua peratus pada dua tahun lalu dan ia dijangka meningkat pada setiap tahun.

''Bila berkembang pesat, permintaan terhadap bakat dan kemahiran juga tinggi dan sehubungan itu ia secara tidak langsung telah mewujudkan jurang,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2012 10:28 AM | Show all posts
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


Awang Selamat


SEBUAH negara di Asia Tenggara yang gemar menawarkan bakat Malaysia untuk bekerja di negara itu ialah Singapura.

Banyak bakat-bakat rata-rata profesional yang dilahirkan oleh negara ini menyeberangi bekerja di republik itu.

Bagi Awang, kita tidak boleh salahkan republik itu. Faktor penarik mempengaruhi bakat-bakat itu untuk berkhidmat di sana.

Oleh itu, pendedahan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia, Datuk Dr. Adnan Alias yang mendakwa 13 kes bakat dalam bidang perbankan dan kewangan Islam dicuri negara lain setiap bulan adalah tidak memeranjatkan.

Bukan dalam bidang itu sahaja, banyak lagi bidang lain yang dicuri orang.

Persoalannya dalam masa kita mempunyai TalentCorp Malaysia yang ditubuhkan untuk 'mencuri' bakat-bakat dari negara luar, apakah bakat dalam negara sendiri dilupakan?

Insentif, imbuhan yang menarik, suasana kerja merupakan faktor mendorong banyak bakat-bakat profesional muda dan terlatih di negara ini melarikan diri ke negara luar.

Bagi Awang, ia mungkin merugikan negara yang telah melahirkan banyak modal insan berkualiti dalam bidang-bidang tertentu, namun kita berharap ada usaha untuk menarik mereka pulang setelah menimba ilmu dan pengalaman di negara luar.

Kita yakin TalentCorp Malaysia dapat melakukan sesuatu bagi memastikan mereka yang berhijrah ini pulang semula ke tanah air. Pastikan pangkalan data modal insan ini dilengkapi bagi menjejaki mereka kembali.

Dalam suasana dunia tanpa sempadan dan arus pesat globalisasi, fenomena curi bakat ini tidak boleh dielakkan.

AWANG - Setia dengan Utusan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 11:41 AM | Show all posts
menda biasa dalam sesuatu organisasi...kadang2 ko terer mana pon...management buat derk dgn ko...cth gaji rm4k sama jer dgn gaji member yg samdol...

bila yg terer dah keluar...pastu masuk semula...barulah organisasi pandang die as org terer..pastu offer mencanak2...hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:11 PM | Show all posts
Katanya, penelitian IBFIM mendapati tawaran gaji minimum yang diberikan adalah peningkatan separuh gaji dari gaji asal dan maksimumnya empat kali ganda peningkatan dari gaji asal.
''Paling ketara jurang gaji yang terlalu tinggi melibatkan jawatan penasihat syariah yang berkelulusan agama Islam dan berpengetahuan tentang kewangan Islam,'' ujarnya.
along3746 Post at 30-1-2012 10:04


lagi tinggi kemahiran mrk memutar-mutar akad utk menghalalkan produk lagi mahal la gaji yg dibayar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-1-2012 15:51
Tiada Syariah dlm Taghut,
Hapus Taghut, tegaklah Syariah...
Hang tengok Emas naik mencanak nk smpi langit.
Beras, gula, gandum, etc. dok kt tanah lg.
Nk salahkn bank n kerajaan?
- baru la kita tau dok mai mana utang² Trillions tu ye...

Kalau kononnya 'Kerajaan Adil' muncul lps PRU13 nnt,
ke mana hala tuju 'subsidi'/hutang negara?Dzulqarnain Post at 30-1-2012 01:17


Apa jadi kalau scenario ni berlaku  ....... selepas Nik Aziz dah tak jadi mursyidul am PAS kelak ( kerana sebab pepapunla ) maka Harun Din ganti tempat dia .... lepas tu tup tup PR dapat perintah M'sia lalu lantik dia sebagai menteri kewangan jeng jeng jeng  ........

....pasti semua dealings yang haram dia nak halalkan dengan cara yang sama yang dia guna untuk perbankan Islam khan khan khan ..... akan muncul lah sport toto dan yang sewaktu dengannya yang di tukar jadi nama ala-ala arob gittew lepas tu pasang niat siap-siap dari rumah kata nak gi sedekah duit untuk sukan toto   ( dah nama pun sport kan ) untuk buat kebajikan kalau menang kelak .

Meriah laa M'sia dengan segala maknenek produk islamik , semua pakat-pakat perasan alim sebab boleh cari yang islamik sebagai alternatif walaupun untuk perkara yang jelas haram belaka-belaka .

Lagi rancak aktiviti menukar hukum Allah kerana otak dia lagi ligat berpusing  , almaklumlah lebih kuasa yang dia pegang so lagi hebat laa putarbelitnya yang nescaya lebih merapu meraban dari yang dia dah nasihatkan pada perbankan isle tu semua .

Penyokong2 PAS tak kesah ke kalau scenario ni berlaku ? Whuisshh tak boleh bayang , ngerinyaa . Tapi aku tengok depa relax aje harun din dapat kedudukan penting dalam PAS ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 03:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-1-2012 15:48
lagi tinggi kemahiran mrk memutar-mutar akad utk menghalalkan produk lagi mahal la gaji yg dibay ...
tobby Post at 30-1-2012 13:11


silap haribulan akan terbina Universiti Halalan Toyyiban , cabang pengajian antaranya Ikhtiar Menipu Tuhan dan Ikhtiar Menghalau Jinsetan   dengan penekanan khusus kat "ikhtiar" tuh bagi mengasah kemahiran memutarbelit hukum Tuhan ..... kalau harun din jadi mursyidul am PAS dan dapat kuasa dalam pentadbiran kerajaan M'sia maka tak mustahil akan wujud Universiti cenggini !
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by Dzulqarnain at 31-1-2012 00:53
Apa jadi kalau scenario ni berlaku  ....... selepas Nik Aziz dah tak jadi mursyidul am PAS kelak ...
blastoff Post at 30-1-2012 15:03



Sblm nk andai², tanya dulu:
'PAS' tu sendiri ada 'syariah compliance' or logo 'halal' JAKIM ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 07:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by tobby at 30-1-2012 19:11
silap haribulan akan terbina Universiti Halalan Toyyiban  , cabang pengajian antaranya Ikhtiar Menipu Tuhan
blastoff Post at 30-1-2012 15:41


contoh lain kaedah menipu Tuhan ialah amalan cina buta dlm masyarakat melayu. walhal nabi tak pernah ajar benda ni, dan tiada langsung dlm ajaran islam suruh buat cina buta. tapi almaklum manusia ni kreatif dlm putar belit. utk menghalalkan perkahwinan kali kedua selepas menyesal mentalak tiga sang isteri, apa yg mrk buat ialah mengupah orang ketiga (selalunya si bodoh2 alang) utk kawin dgn bekas bini dia, lepas tu keesokannya menjatuhkan talak ke atas perempuan tu supaya boleh berkahwin semula dgn bekas lakinya.  walhal perkahwinan & akad nikah si bodoh alang dgn bekas bininya tu hanyalah satu kepura-puraan & sekadar mempermain2kan ibadah perkahwinan.  mungkin perbankan isle mendapat idea dari trick menipu cina buta ni.     lepas ni boleh la buat universiti cina buta utk supply juruakad & pak sanggup-pak sanggup.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:03 PM | Show all posts
Sblm nk andai², tanya dulu:
'PAS' tu sendiri ada 'syariah compliance' or logo 'halal' JAKIM ke?Dzulqarnain Post at 30-1-2012 18:21


parti mana pun tak dak ..... semua taghut belaka-belaka , tapi memanjang memdabik dada menyatakan depalah yang menegakkan syiar Islam ke hulu ke hilir , padahal amalan dosa-dosa besar cepat aje depa pulun buat kiri kanan .
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:15 PM | Show all posts
contoh lain kaedah menipu Tuhan ialah amalan cina buta dlm masyarakat melayu. walhal nabi tak pe ...
tobby Post at 30-1-2012 19:10


Depa lupa malaikat-malaikat dok tulis semua amalan dan tindakan depa in detail satu satu yang terang dan yang tersembunyi  , bukan hanya agreement dan akad saja malaikat kira .


43:80 Apakah mereka mengira, bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan-bisikan mereka? Sebenarnya (Kami mendengar), dan utusan-utusan (malaikat-malaikat) Kami selalu mencatat di sisi mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:22 PM | Show all posts
aku teringat yg depa kata kita kena sapot perbankan isle kat sini walaupun rate lagi tinggi drpd yg yahudi punya sbb modal perbankan isle kecik. Aiiik! sapa yg finance sapa ni? sapa yg jadi bank ni? aku ka bank isle? sapa lagi banyak duit? aku plak kena finance bank isle dengan rate yg tinggi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.540588 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list