uols..
ni ada artikel pasal tontonan persembahan sepahtu kat youtube..
walaupun paling tinggi shiro..
tapi paling banyak sepahtu..
dari 10 video..sepahtu 5...
Kumpulan Shiro Ungguli Carta 10 Video MLM 2013 di YouTube!
Walaupun program Maharaja Lawak Mega 2013 telah pun berakhir, video-video persembahan para peserta sehingga kini masih ditonton para peminat di laman rasmi YouTube Astro Gempak. Bagi tahun 2013, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol telah menerima tontonan paling tinggi dengan 1,464,205 menerusi persembahan mereka di minggu kelima. Selain Shiro, persembahan kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan Rahim berada di tangga kedua menerusi persembahan mereka di minggu ketujuh dengan 1,315, 800 penonton. Selain itu, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke turut tersenarai berada di tempat kellima dalam top 10 video Maharaja Lawak Mega di Youtube menerusi persembahan mereka di minggu kesebelas dengan 835,508. Jika dilihat kepada purata paling ramai menonton video MLM 2013 di Youtube, kumpulan Sepahtu membuktikan persembahan mereka menjadi pilihan peminat di MLM 2013 selepas lima video persembahan mereka berada di Top 10 Video MLM 2013 diikuti kumpulan Shiro dengan 3 video dan masing-masing video dari MLM Kerusi Panas 2013 dan kumpulan Jambu. Berikut adalah kedudukan Carta 10 Maharaja Lawak Mega 2013 di laman YouTube:
Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 5 - Persembahan Shiro 1,459,465 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 7 - Persembahan Sepahtu 1,315,800 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 4 - Persembahan Sepahtu 1,068,484 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 6 - Persembahan Shiro 901,729 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 11 - Persembahan Jambu 835,508 Maharaja Lawak Mega 2013 - Kerusi Panas 819,673 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 10 - Persembahan Sepahtu 784,960 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 5 - Persembahan Sepahtu 741,453 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 9 - Persembahan Sepahtu 733,021 Maharaja Lawak Mega 2013 - Minggu 7 - Persembahan Shiro 723,878
|