|
Reply #654 sirri_khafi's post
salam
sepatutnya
atau FITRAH KEJADIAN
tetapi manusia amat bodoh kerna merasakan dirinya serba cukup
mereka bergolong-golong
dan masing2 megah dgn pegangan masing2
sedangkan
HANYA KEPADANYALAH DIKEMBALIKAN SEGALA URUSAN
DAN AKAN DIBERITAKAN APA YANG KAMU PERSELISIHKAN DULU. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #655 eastrun's post
East, saya tak minat nak sambung hal2 personal macam ni sebab tu saya dah PM awak. Lagipun nanti menyusahkan mod yg bertugas kerana menarik perhatiannya untuk mencantas post2 yg tak berkaitan. Rasanya dah clear kot yg awak salah orang, kalau nak sambung soal siasat boleh sambung kat thread sembang/borak okay
Originally posted by orangbesi at 17-7-2008 09:20 AM
tetapi manusia amat bodoh kerna merasakan dirinya serba cukup
mereka bergolong-golong
dan masing2 megah dgn pegangan masing2
sedangkan
HANYA KEPADANYALAH DIKEMBALIKAN SEGALA URUSAN
DAN AKAN DIBERITAKAN APA YANG KAMU PERSELISIHKAN DULU
Betul tu.... tapi berila penjelasan sikit.....
Mungkin yang bergolong-golong tu awak refer kepada ayat ni?:
Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (Surah Aali Imraan: 105)
Justeru kita dilarang bercerai-berai seperti Yahudi dan Nasrani. Namun kita kena bangun untuk menyatu-padukan ummah melalui perintah Allah sebelum ayat di atas:
Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Aali Imraan: 104)
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Surah Aali Imraan: 110)
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya (Surah Luqmaan: 17) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 Laxamana.'s post
Salam,
Pasal Tabligh ni bole saya mencelah memberi syor dan pandangan saya.
Perkataan tabligh ni adalah sebutan kita di Malaysia. Ia boleh digelar Jamaah Dahwah, boleh di sebut Jemaah Solat. Tapi niatnya hanya satu, semata-mata untuk mengingatkan dirinya sendiri dan juga orang islam lain tentang orang Islam yang ditakrifkan sebagai Muslim yang beriman.
Tabligh ini ini membantu ramai manusia di dunia ini mengenali Islam secara mendalam. Bercerita pasal Iman, bagaimana hendak meningkatkan iman. Bila iman kita tinggi dan mantap, segala apa yang Allah suruh kita buat dan segala yang Allah larang kita tinggalkan.
Contoh yang boleh saya berikan. Kalau kita hendak pergi ke pejabat, kita menaiki kereta, moto, LRT dan ada yang berjalan kaki. Ini semua kita kategorikan sebagai Alat atau Mekanisma untuk kita pergi kesesuatu tempat.
Berbalik kepada persoalan Tabligh ni, ia juga sebagai satu alat untuk berdakwah yang diilhamkan olah Allah SWT kepada umat manusia zaman ini untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Alat untuk berdakwah ini akan membawa kita dekat dengan Allah dan jaminannya adalah Syurga. Selain tabligh sebagai alat berdakwah, ada juga alat lain yang ada pada zaman ini seperti apa yang di gunakan oleh Allahyarham Ahmed Deedad. Beliau menggunakan pendekatan berdebat sebagai alat untuk berdakwah. Macam kumpulan nasyid, mereka menggunakan suara yang merdu sebagai alat berdakwah dan banyak lagi yang kita tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini perlu penjelasan yang terperinci.
Pada pandangan saya, sebagai seorang jemaah dakwah, tanggungjawap dunia pasti ditunaikan dulu untuk menjamin kesejahteraan di akhirat.
Sebelum seseorang jemaah keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan, isteri mereka perlu menghadiri bayan masturat dahulu. Didalam bayan tersebut mereka akan diterangkan banyak kebaikan tentang agama. Salah satunya adalah ganjaran seorang isteri yang meredhai suaminya keluar kejalan Allah. 1 ganjaran yang suami dapat, isterinya akan mendpat 2 ganjaran. Kalau 10 ganjaran? kalau 100 ganjaran. Sama2 kita renongkan.
Perlu juga kita faham tentang kenapa 3 hari, kenapa 40 hari,....?
3 hari (72) kita keluar ke jalan Allah. Selama 72 jam kita didalam suasana agama. Masyaallah, outcome nya memang besar. Perubahan ketara. Mengikut kajian ulamak, manusia boleh terpengaruh dengan alam sekelilingnya selama lebih daripada 72 jam.
Aktiviti selama 24 jam (sehari). Masyaallah, tidak akan kita dapat di tempat lain kecuali di dalam masjid.
(Kalau nak tau boleh keluar 3 hari)
Keluar melawat saudara seislam dari rumah-ke rumah.?
Kalau kita lihat pada mata kasar, memang kerja ni memalukan. Tetapi, perlu kita tahu dan sedar, itu lah klimex nya jemaah tabligh. Ganjaran yang besar yang diterima dari Allah SWT sekiranya kita ziarah saudara seislam kita dan sama2 berbincang tentang agama. Niat yang penting sekali. Kalau ziarah semata2 kerana Allah, maka tugasnya begitu ringan sekali. Dari ganjaran dan pahala Allah itu lah yang memutihkan hati manusia dan seterusnya Allah campakkan nur hidayah dihatinya. Bila hidayah dah turun dan masuk kedalam hati kita, senanglah kita hendak berbuat perkara yang di suruh oleh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarangnya.
Tips satu lagi:
Cuba teropong sedikit keluarga ahli2 jemaah tabligh yang dah berkecimpung dengan jemaah dakwah ni sekian lama, isterinya menutup aurat, anaknya al-hafiz, ustaz, orang alim.
Fikir-fikirkan
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by teknisen at 18-7-2008 06:18 PM
Tips satu lagi:
Cuba teropong sedikit keluarga ahli2 jemaah tabligh yang dahberkecimpung dengan jemaah dakwah ni sekian lama, isterinya menutupaurat, anaknya al-hafiz, ustaz, orang alim.
Fikir-fikirkan
Wassalam
Tak juga....ada juga yang jadi artis...cuba tengok Ning Baizura... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #660 eastrun's post
kebanyakkan nya tak begitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #657 mnm77's post
salam
tak kisah le pada sesiapa pun
sekiranya mereka masih mahu bergolong-golong
sedangkan SEPATUTNYA - adalah UMAT YANG SATU
sebagaimana saudara boleh perhatikan sendiri atas bumi ini
dan mungkin jugak dr hADITH NABI:
UMATNYA BERPECAH KPD 73 GOLONGAN
sebagaimana perpecahan UMAT terdahulu
***org yg mengaku islam bersatu keeeee????????????
tetapi org ISLAM memang BERSATU |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #662 orangbesi's post
tak faham la...boleh ke kita melihat seseorang itu hampir dengan Tuhan berdasarkan amatan luar? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #662 orangbesi\ catat
BERKIAS2 .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #663 eastrun's post
Pada pendapat saya, jarang2 atau mingkin tiada kita lihat seorang ustaz yang pergi ke pasar, ke Mid Valley pakai subang, seluar jin koyak rabak, rambut punk. Tiadakita lihat seorang penagih dadah pakai jubbah pak arab dengan dengan serban pak lebai dan dahi ada 2 titik hitam tanda kuat sembahyang melainkan hanya yang berpura-pura.
Pada zaman Nabi SAW, baginda SAW boleh melihat seseorang Ilslam yang munafik yang berpura-pura islam dengan seorang Muslim.
Tolong tambah.
TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #663 eastrun's post
Jawapan kepada soalan eastrun tu, eastrun sendiri boleh jawap.
Ambik contoh senanglah.
Kalau seseorang datang dekat dengan eastrun dan terus tampar muka eastrun sekuat hati.
Apa eastrun rasa?
Harap boleh menjawap. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 19-7-2008 12:49
Tak juga....ada juga yang jadi artis...cuba tengok Ning Baizura...
Sam anak kepada Nuh.
Isteri kpd Lut...
Bapa kpd Ibrahim
Habil/Qabil anak kpd Adam.
Ini semuer nya adalah DUGAAN Allah swt dan utk kita mengambil IKHTIBAR mengenai nya.
SESUNGGUHnya, IMAN bukan lah WARISAN.
Ia adalah PILIHAN Allah swt.
Maka, kita hendak lah banyak2 BERDOA agar diri kita, anak bini dan sedara mara di PILIH olih Allah swt utk menjadi oghang yg berIMAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #667 niceghost2005's post
Betul la tu...Iman bukan warisan, maka tidak semestinya, bapa alim ke, tabligh ke, anak pun akan jadi macam tu...skrg budak tudung labuh, pakai kupiah pun belum tentu imannya mantap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #666 teknisen's post
orang tu datang kat saya sebab saya ada buat salah kat dia ka atau tak ada apa2 sebab...
Kalau tak ada apa2 sebab, maka saya jadi marah, kalau ada sebab, saya akan marah juga, kemudian muhasabah balik diri ni...sambil2 cari jalan nak memperbaiki diri yang selalunya membuat salah yang berulang-ulang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #669 eastrun's post
Maksud saya, kesakitan atas sebab tamparan itu. Sakit tu tak nampak kan? tapi kita boleh rasa kesakitan. Juga Eastrun pun tak dapat nak melakarkan atau melukis kesakitan itu. Conteks nya dengan iman kita ialah segala perkara yang kita tak nampak sepert termaktub dalam rukun iman.
Itu lah maksudnya kita perlu mendekati Allah SWT dan Allah ada bersama kita bila kita mengingatinya. Allah SWT tak nampak didunia ini secara lahiriahnya tetapi Allah wujud dan orang yang beriman kepada Allah akan dapat merasa kehadiran Allah. Sebab itu orang beriman, dia lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang walaupun tiada orang nampak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedang berusaha ke arah itu!
Walaupun blm tertarik utk keluar 3h / 3 bulan dll..sy tgh berazam utk bersembahyang 5 waktu berjema'ah di mana azan diazankan.
Kdg2 rasa syahdu setiap kali melngkah masuk ke mesjid. Lagi2 yg bersaiz besar tetapi jema'ahnya tak ramai. Rasa mcm menyerah diri kita kepada Nya di rumahNya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by edmundo at 24-7-2008 02:27 PM
Sedang berusaha ke arah itu!
Walaupun blm tertarik utk keluar 3h / 3 bulan dll..sy tgh berazam utk bersembahyang 5 waktu berjema'ah di mana azan diazankan.
Kdg2 rasa syahdu setiap kali mel ...
Antara tugas jamaah tabligh ialah menyeru orang ramai untuk solat berjamaah di Masjid. Tetapi maklum sajalah, tarikan dunia menjadikan manusia malas mengunjungi rumah Allah. Hampir setiap rumah telah diketuk, ajak solat dan meramaikan solat jamaah. Jadi tuan bolehlah join sekali mungkin dengan kata2 tuan lembut hati mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
tabligh maksudnya kita gunakan masa, diri dan harta kita untuk agama allah. jemaah tabligh ni adalah menyampaikan dakwah iaitu tugas yg hanya dijalankan oleh umat nabi saw tidak spt umat terdahulu.tugasnya menyampaikan dakwah,mengajak org lain kpd jln allah.ramai yg salah anggap kpd jemaah tabligh, disebabkan adenya mereka ini maka kalimah La Ila ha Ilallah tersebar ke seluruh dunia. ramai yg tidak faham dgn JT kerana menganggap mereka sbg satu pertubuhan,mereka bukan pertubuhan islam ttp kerja dakwah dan tabligh sebernarnya wajib kpd uamat nabi akhir zaman utk kembangkn islam.Saya pada mula nya tidak berapa menyukai puak tabligh,tetapi setelah mengikuti usrah alhamdulillah,allah bg saya kefahaman untuk amalkn kalimah syahadah dan beramal dgn sunnah rasullullah.
kpd Kaum muslimin n muslimat harap jgn ade salah tanggap terhadap JT |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #673 asy223's post
tidaklah kepada JT, tetapi kepada individu JT yang bermasalah yang menjadi duri dalam daging tu...saya kagum juga dengan orang tabligh ni...duit tak banyak...tak kaya macammana pun, but still rela berkorban semata-mata nak keluar negara menyertai perhimpunan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #673 asy223's post
Salam asy223,
Alhamdulillah, asy223 telah dipilih Allah dan Allah telah campakkan hidayah kedalam hatiasy223.
Hanya orang terpilih sahaja yang di turunkan Allah hidayah.
Ulama kata, seseorang yang di dalam lubuk hati mereka ada rasa simpati, walaupun pun sedikit dan walaupun dia seorang samseng, insyaallah, orang macam ini ada peluang untuk mendapat hidayah Allah SWT.
Kejayaan manusia hanya pada agama. Maksud kejayaan ini ialah kejayaan dunia dan akhirat.
Pada setiap malam minggu, diantara sembahyang maghrib dan isyak, mejoriti di seluruh Malaysia jemaah mengadakan malam markas dan ramai yang berhajat nak beriktikaf di masjid pada malam itu dan berpeluang untuk sembahyang tahjud pada 2/3 malam. Ulama kata pada malam itu dikatakan semua Alim Ulama, Maulana turut sama sembahyang malam spt tahjud, tasbih, taubat, witir dsb. Mereka berdoa untuk semua jemaah yang bangun sembahyang malam. Jadi saranan mereka malam tersebut adalah sesuai untuk kita yang berhajat, bermasalah dunia untuk bangun bersembahyang malam. Itu salah satu option selain malam lailatuqadar.
Wallahhu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|