CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

Awan Dania 2 [setiap Isnin, 10 pm, Astro Ria]

[Copy link]
Post time 2-9-2009 05:34 PM | Show all posts
holla!~ dah lama tak update kat sini. nak tepek pics yg aku sempat snap masa lepak kat set Awan Dania isnin hari tu.
enjoy da pics!!

p.s : ni bukan official photos ek, saja suka2 shoot je masa lepak ngn diorang ni. also some pics diorang tgh shooting.


Dania is back with Firefly y'all!!








She's gonna rock your nights again! hehehe~


Reading her script while waiting for her scene..


Fifi (Irma Hasmie) pun masih ada lagi! yayy~











Season II is back with 13 episodes.. n akan disambung ke season III~

ada pics lain lagi.. akan ditempek kemudian. for now, enjoy!!

http://www.facebook.com/scha.alyahya
http://www.facebook.com/AwanDaniaOfficial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 06:02 PM | Show all posts
641# avrilizana

aik... firefly ngan air asia sama ke?
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 06:48 PM | Show all posts
tak sama..firefly under mas..kat subang airport tu..main office dia..airasia kat lcct..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 07:05 PM | Show all posts
643# asyura_85

laaaaa... kalu mcm tu, musim ke 2 AD ni, konon2 Dania dah pindah keja la ni kan.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:36 PM | Show all posts
yeap.. Dania is with Firefly now.. no more Air Asia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:28 PM | Show all posts
yeap.. Dania is with Firefly now.. no more Air Asia.
avrilizana Post at 2-9-2009 20:36


avril... sori off topic jap...special request... leh tak masuk kat thread remy ishak fc.... nak tanya something la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2009 09:53 PM | Show all posts
ok ok..... jap
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 08:29 AM | Show all posts
Watak2 baru dalam Awan Dania 2


Jehan Miskin


Fizo Omar


Wanny Mustahfah (dia ada berlakon dlm Qalesya)


Aida Aris

dannnnnnnnn...

ini sapa? cuba teka





http://www.facebook.com/AwanDaniaOfficial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 10:42 PM | Show all posts
Dengarnya...: Tarik diri selepas beriya-iya nak berlakonOleh Normah Becok
DRAMA Awan Dania musim kedua sedang rancak menjalani penggambaran ketika ini. Masih menggunakan pengarah yang sama iaitu Azizi Chunk. Beberapa pelakon musim terdahulu dikekalkan seperti Scha Alyahya dan Irma Hasmie. Macam Cik Normah beritahu sebelum ini, Remy Ishak, Ummi Nazeera dan beberapa orang lagi pelakon asal tidak bersama kali ini.

Mungkin ada peminat drama berlatarkan di sebuah syarikat penerbangan ini akan berasa lain sebab ramai pelakon asal tak ada. Tak apalah. Cik Normah dapat tahu beberapa pelakon lain dipanggil untuk beberapa kekosongan. Antaranya, Fizo Omar yang akan watak juruterbang bernama Remy.

Cik Normah dapat tahu, Nasha Aziz yang turut berlakon drama terbabit musim pertama juga mengesahkan untuk sama-sama terbabit bagi siri lanjutan. Cik Normah diberitahu, pelakon ini sendiri mengakui akan terbabit sama. Tapi teman Cik Normah, Lara Kirana Manja beritahu sehari sebelum Nasha memulakan penggambaran, model tinggi lampai itu tiba-tiba tak jadi berlakon.

Cik Normah kurang pasti kenapa jadi begitu. Nak tahu, tanyalah Nasha sendiri. Alih-alih watak itu digantikan kekasih Aida Aris. Kiranya, kisah ini konti macam cerita di atas apabila pelakon pilihan pertama tak dapat berlakon, maka dicarinya pengganti (pilihan kedua).

Kalau ada yang ingat, ketika drama ini bersiaran musim lalu, watak Nasha Aziz sebagai ketua pramugari pun tiba-tiba dimatikan dan digantikan dengan Vanidah Imran. Cik Normah dapat tahu, Nasha tiba-tiba hilang sebab pengarahnya (Azizi Chunk) suka meleret-leret ketika mengarah, hingga terbabas daripada tempoh yang ditetapkan.

Dalam hal ini, bagus juga Nasha bertindak sedemikian sebab ia jelas menampakkan sisi profesionalisme. Tapi apa pula kaedahnya, apabila Nasha mula memberitahu akan berlakon drama ini bagi musim kedua tetapi tiba-tiba tarik diri pula? Macam-macam. Oh ya... kali ini latar syarikat penerbangan untuk drama ini juga sudah bertukar daripada Air Asia ke Firefly.

Credit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 03:09 AM | Show all posts
minat scha ke? meh masok thread ni

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=386858&

ada byk pics Scha dlm tu
avrilizana Post at 27-8-2009 11:35 AM


yap..
tersgt minat tgk minah ni berlakon..
ada karisma tersendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 09:30 AM | Show all posts
alaaa..knp remy xde...x suka la jehan & fizo...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 03:49 PM | Show all posts
Awan Dania 2 akan di tayangkan pada 28/09/2009 di ASTRO Ria.. pd peminat2 Scha Alyahya jgn lupa.. hehehe. Beraya dengan Dania! =D

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 12:43 AM | Show all posts
tq jedep tlg edit tajuk thread
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 06:43 AM | Show all posts
alaaa..knp remy xde...x suka la jehan & fizo...
dealova04 Post at 10-9-2009 09:30 AM

yaaa..lagi ok ada remy kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 08:37 AM | Show all posts
takde remy?

uwaa...x tgk la gamaknye..x menat jehan & fizo
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 11:08 AM | Show all posts


Jangan lupa guys.. 28/09/09 ni premiere Awan Dania 2 !

Selamat hari raya aidilfitri semua!

*photo captured n edited by me ;)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2009 12:05 PM | Show all posts
takde remy?

uwaa...x tgk la gamaknye..x menat jehan & fizo
fa_stellar Post at 11-9-2009 08:37



kannnnnnn... tak minat jehan la... trus tak rasa bkobar-kobar nak tgk AD2 ni... tp aku try tgk la demi Scha. :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 03:51 AM | Show all posts
Opening montage Awan Dania season 2
http://www.facebook.com/video/video.php?v=140025938074

Jangan lupa temujanji dengan Dania pada 28 September 2009 (Isnin), Astro RIA (ch104), 10pm

be a fan of Awan Dania at http://www.facebook.com/AwanDaniaOfficial
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 07:39 PM | Show all posts
lantak pi lah remy takda ganti ngan jehan ke hapa...janji si scha ada...so layannnn
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2009 01:20 AM | Show all posts
Post Last Edit by avrilizana at 28-9-2009 01:22

Awan Dania bakal difilemkan?


AZIZI (kiri) dan Khairul Mizan (kanan) bersama tiga pelakon Awan Dania musim kedua, Delaila, Scha dan Jehan Miskin.

Ambil kesempatan ketika drama ini sedang popular
FILEM yang diangkat daripada siri televisyen bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan. Amalan menjadikan siri televisyen popular sebagai filem sudah dipraktikkan sejak berdekad lama, terutama di Hollywood.

Judul seperti Dukes of Hazzard, Charlie’s Angels, Batman, The Adams Family, Alvin and the Chipmunks, The Avengers, Wild Wild West, The X-Files, Star Trek dan Starsky and Hutch ialah antara filem popular yang dibuat berdasarkan siri TV terkenal.

Di Malaysia sendiri, amalan serupa mula kelihatan pada dekad 90-an apabila produser Yusof Haslam mengangkat siri popular Gerak Khas ke layar perak. Baru-baru ini, filem Kami the Movie dan Dunia Baru the Movie turut menemui penonton di pawagam. Tidak mustahil amalan itu akan lebih berkembang apabila lebih banyak siri tempatan mendapat tempat di hati peminat sejak akhir-akhir ini.

Pada majlis sidang akhbar kemunculan siri Awan Dania musim kedua baru-baru ini, pengarahnya, Azizi Chunk Adnan (yang pernah menghasilkan filem Antoo Fighter dan Kapoww!!!) turut melahirkan kemungkinan siri terbabit diangkat ke filem, mengenangkan populariti yang diraihnya bukan calang-calang.

"Elok juga jika Awan Dania dijadikan sebuah filem pula, pada ketika siri ini hangat di kalangan peminat. Namun, semua itu belum ada hitam putihnya walaupun kami pernah membincangkan idea berkenaan.



"Jika ia dijadikan filem, tentulah gaya penceritaan dan kisah dipaparkan nanti mempunyai sedikit perbezaan dengan apa yang disaksikan di kaca TV. Konsepnya sudah pasti berlainan," ujar Azizi yang nyata gembira dengan sambutan diberikan penonton kepada siri lakonan Scha Al-Yahya itu.

Pada musim pertama, Awan Dania berjaya mencuri perhatian 750,000 penonton pada setiap minggu, menjadikannya antara program paling popular di saluran Astro Ria.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, idea menjadikan Awan Dania sebagai filem tentulah dialu-alukan. Apatah lagi Astro turut mempunyai syarikat produksi mereka sendiri, yang tentu mampu memberikan sokongan terbaik seandainya projek itu menjadi kenyataan.

Begitupun, harapannya semoga siri berkenaan yang kini memasuki musim kedua akan terus mendapat sambutan memberangsangkan daripada penonton Ria. Sambutan yang baik pula membolehkan siri berkenaan terus disambung ke musim-musim seterusnya.

"Kami tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap berapa jumlah penonton untuk musim ini. Cuma kami berharap, menerusi siri ini, penonton akan mendapat gambaran jelas mengenai saluran Astro Ria, yang cuba memberikan persembahan hiburan terbaik buat pelanggannya.

"Pada masa yang sama, sudah tentulah kami mengharapkan musim kedua ini berupaya mencatat kejayaan serupa atau lebih baik daripada Awan Dania musim pertama. Soal populariti memang kami titik beratkan, tetapi kualiti program itu sendiri pastinya lebih kami utamakan," ujar Khairul Mizan.

Azizi pula menambah, cabaran yang besar menantinya tatkala siri itu diputuskan untuk disambung ke musim berikutnya.

"Sudah pastilah peminat mengharapkan sebuah cerita yang lebih baik pada kali ini. Atas alasan itu, pengarah, penulis serta pengarah kreatif projek ini berkumpul dan mengerah otak bagaimana untuk mencantikkan lagi kisahnya. Jadi, kami memutuskan untuk tidak hanya memfokuskan kepada kisah cinta, sebaliknya musim kedua ini turut mempunyai sub plot membabitkan kerjaya, keluarga dan rakan-rakan Dania," ujar Azizi.

Katanya, Awan Dania sebuah siri yang bersifat santai atau ‘light and easy’, hiburan yang sesuai untuk penonton sebaik saja mereka pulang dari tempat kerja.

Kali ini, Dania bertukar tempat kerja kerana menghormati persahabatannya dengan Hana. Di tempat baru, dia dikelilingi rakan yang baru juga, di samping berdepan kerenah seorang jejaka kaya, Benjy, yang menagih cintanya.

Awan Dania musim kedua menemui penonton Astro Ria mulai Isnin, 28 September, jam 10 malam.

Selain Scha, turut menjayakan siri ini ialah Irma Hasmie, Mustafa Kamal, Fizo Omar, Jehan Miskin, Aida Aris, Yasmin Khanif, Wany Mustafa, Eyta Mahmud, Enny Ridwan dan Delaila.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064822 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list