yer ker....tell me sikit.....main kotor cammana tue???
ColbyRaikkonen Post at 22-11-2010 15:48
Malaysia terlepas emas gara-gara taktik kotor China SKUAD pelayaran negara terlepas dua pingat emas Sukan Asia 2010 ekoran taktik kotor tuan rumah, China . Semalam, skuad pelayaran negara hampir menambah koleksi emas kepada kontinjen Malaysia dalam acaraDinghy Optimist lelaki dan Double Handed Dinghy 420 wanita. Namun mereka terpaksa akur dengan taktik kotor China yang 'menekan' jurisupaya tidak menerima bantahan daripada tujuh negara lain berikutan kesalahanyang dilakukan pelayar tuan rumah. Menurut pengurus skuad pelayaran negara, Mohd. Affendy Abdullah, dalam dua acara tersebut, pelayar China didakwa menghalang laluanperahu pelayar negara dan menggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap, sekaligus melanggar peraturan pertandingan antarabangsa. "Oleh kerana tiupan angin tidak terlalu kuat, makapelayar China telahmenggunakan kemudi (pendayung) terlalu kerap. "Malah ada suatu ketika, mereka juga telah menghalangperahu pelayar kita, jadi mereka melakukan dua kesalahan dalam perlumbaan. "Kesalahan ini amat jelas sekali, ada tujuh negaratermasuk kita telah mengemukakan bantahan, jadi ini bermakna bukan Malaysiasaja yang sedar tentang taktik kotor China . "Tetapi saya tidak tahu mengapa juri menolak bantahanyang dikemukakan itu. Jelas sekali China menghasut juri-juri dan memberi tekanan ke atas mereka supaya tidak menerimabantahan tersebut," kata Affendy semalam Berikutan insiden itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengandua pingat perak menerusi Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Dinghy Optimistlelaki) dan pasangan Khairunnisa Mohd. Affendy-Norashikin Mohamad Sayed (DoubleHanded Dinghy 420 wanita). "Jika bantahan ini diterima, sudah pasti kita akanmendapat dua pingat emas," katanya. |