|
MEDIA HIBURAN 04- 10 Oktober 2009
![](http://i695.photobucket.com/albums/vv315/srisaujana4/IMG_0001-26.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 20-11-2009 13:12
Zul kesal fitnah kahwin dua
Oleh Zubir Mohd Yunus
Berita Harian Online
![](http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20091108205555/mainpix1.jpg)
Bekas penyanyi kumpulan 2 By 2 nafi nikahi gadis belasan tahun
PASANGAN suami isteri, Zul dan Isma tidak pernah lekang dihimpit kontroversi dan gosip liar. Sejak zaman Zul bersama kumpulan lamanya, 2 By 2, dia pernah digosip mempunyai skandal dengan seorang artis popular, namun cerita itu berlalu begitu saja apabila Zul tidak lagi bergelar artis apabila terbabit dengan kerja di sebalik tabir.
Namun, sebaik saja Isma dinobatkan sebagai finalis Akademi Fantasia 7 (AF7), gosip liar terus menghantui kehidupan Zul apabila dia dikatakan berkahwin lagi dengan seorang gadis belasan tahun, anak sulung kepada pemimpin pertubuhan dakwah yang juga kenalan rapat Zul sekeluarga. Cerita seumpamanya terus menjadi bualan di internet, lebih-lebih lagi ketika pasangan suami isteri itu menyertai Sehati Berdansa musim ke-3 (SB3) ini.
Justeru, peluang mendekati Zul dan Isma ketika kedua-duanya baru selesai menjalani latihan tarian di studio milik Raja SMS, Mawi di MW Entertainment di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Selasa lalu, berjaya menyelami hati pasangan suami isteri ini yang ternyata begitu kecewa dengan gosip berkenaan, sekali gus menganggap fitnah yang dilemparkan itu adalah perbuatan segelintir pihak yang tidak senang dengan kebahagiaan dikecapi mereka selama ini.
![](http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Variasi/20091108205555/mainpix2.jpg)
Zul dan Isma ketika menjalani latihan Sehati berdansa untuk program Astro.
Cerita ini bermula sejak zaman 2 By 2 lagi, kononnya saya ada perhubungan sulit dengan artis popular. Jadi, sebagai isteri, pastinya Isma terasa hati. Saya cakap yang benar kepada Isma, memang perkara itu tak pernah berlaku. Saya tak suka melatah, lama kelamaan cerita seumpamanya senyap begitu saja apabila saya menyertai SRC dan bekerja di belakang tabir.
“Tak lama kemudian apabila Isma menyertai AF7, macam-macam cerita negatif timbul apabila saya sering muncul di kaca TV. Cerita kononnya saya kahwin dua mula tersebar di internet! Saya akui, sebelum Isma, memang saya pernah berkahwin, bercerai, namun perkahwinan dengan Isma adalah perkahwinan kedua, bukan berkahwin dua. Namun, menerusi perkahwinan pertama, tak ada anak, dengan Isma, baru dikurniakan lima anak.
“Cerita atau gosip itu kembali senyap apabila saya tidak memberikan sebarang reaksi. Kini, apabila saya dan Isma menyertai SB3, gosip yang sama diperkatakan semula, kononnya saya berkahwin muda! Saya tak melatah, Isma pun faham. Gosip yang mengatakan saya kahwin lagi dengan anak pemimpin pertubuhan dakwah itu, memang tak masuk akal, mengarut!,” katanya.
Zul akui dia dan isterinya memang mengenali keluarga pemimpin pertubuhan itu kerana dia sendiri seorang anggota pertubuhan terbabit. Cuma sekarang, katanya, apabila gosip berkenaan tersebar, dia tak pasti siapa yang empunya kerja menyebarkan fitnah itu dan tidak menolak kemungkinan ada pihak dengki pada dirinya.
“Sememangnya saya tak faham kenapa dalam kelompok masyarakat kita, mereka suka benar melihat golongan artis bercerai berai. Orang bercakap, artis kahwin, bila lagi nak bercerai? Kenapa perlu berfikiran begitu? Mereka sewajarnya berfikir, saya dan Isma dah lima orang anak. Saya bersama Isma ketika ini sentiasa berfikir, macam mana nak cari duit, membahagiakan keluarga dan membesarkan serta memberi pendidikan sempurna kepada anak-anak.
“Saya tak faham, kenapa orang kita suka sangat mendoakan benda yang tak baik berlaku dalam kehidupan artis. Saya harap, pemikiran orang kita berubahlah, berilah peluang kepada suami isteri di luar sana, bukan saja kepada pasangan artis, sedikit ruang untuk mereka memperbaiki kelemahan,” katanya.
Zul juga berharap, selepas ini janganlah diperkatakan lagi perkara negatif mengenai rumah tangganya dan Isma kerana mereka sedang hidup bahagia.
“Kasihanilah kami... kami dah ada lima anak. Berilah kami ruang mencari rezeki. Apabila rumah tangga kami diperkatakan orang, saya sedih. Saya pun nak jaga perasaan Isma. Memang jiwa kacau apabila memikirkan gosip seumpama ini. Saya faham, tak semua orang suka kita. Berilah kami ruang hidup bahagia.
“Kini, dalam masa terdekat, tumpuan kami adalah terhadap SB3, mudah-mudahan cerita negatif ini tidak mengganggu fokus kami, insya-Allah,” katanya.
Isma dah tak kuasa nak jawab!
BAGI Isma, sebagai suaminya yang sudah hidup bersama lebih 11 tahun lalu apabila berkahwin pada 16 April 1998, beliau meletakkan kepercayaan tinggi pada Zul kerana sudah mengenal hati budi lelaki itu.
“Saya kenal siapa Zul. Saya juga kenal seisi keluarga ketua pertubuhan dakwah berkenaan. Kami memang rapat. Seperkara lagi, saya percaya dengan Zul. Justeru, apabila gosip seumpamanya tersebar, saya tak rasa apa-apa. Namun, tekanan hanya datang apabila orang sekeliling kerap bertanya, betulkah Zul kahwin seorang lagi? Sampai satu peringkat, saya tak kuasa nak menjawab!
“Pun begitu, apa yang berlaku ini saya anggap satu cabaran apabila terbabit secara langsung dalam industri hiburan. Saya belajar berdasarkan pengalaman, Zul sendiri lebih awal terbabit dalam bidang seni, begitu juga dengan adik, Tomok, terbabit dalam bidang yang sama,” katanya.
Isma akui, setakat ini, dirinya masih boleh berdepan dengan gosip, namun ketika ini juga dia perlu bijak untuk menjaga diri kerana statusnya sebagai isteri orang.
“Sehingga saat ini, saya tak tahu apa sebenarnya motif gosip berkenaan disebarkan. Saya dan Zul yang melayari rumah tangga kami, jadi apabila ada orang luar yang masuk campur, rasanya tak adil. Kalau diizinkan Tuhan, saya mengharapkan rumah tangga kami berkekalan sehingga ke akhir hayat.
“Saya tak nak disebabkan bila dah jadi artis, kerana gosip, ia boleh mengganggu keharmonian rumah tangga yang sudah terjalin sekian lama. Seboleh-bolehnya saya tak mahu adanya gosip seumpama ini. Saya tak mahu fikiran anak-anak terganggu. Apabila mereka ke sekolah, kawan-kawan dan cikgu bertanya.
“Apa yang nak diberitahu di sini, saya bahagia bersama suami. Saya sayang Zul. Fokus utama saya pastinya kepada keluarga, keduanya terhadap karier seni yang baru saja nak bermula. Saya tak mahu gosip tak berasas ini mengganggu kehidupan. Kepada mereka yang menyebarkan fitnah ini, saya doakan yang terbaik untuk mereka.
“Janganlah cuba meruntuhkan kebahagiaan kami suami isteri. Saya sedar, kami tak berupaya tutup mulut orang. Apa saja orang cakap, saya sentiasa di sisi Zul, saya tak akan melatah,” katanya.
Info Zul & Isma
NAMA PENUH ZUL: Zulkefli Majid (37 tahun)
NAMA PENUH ISMA: Ismaliza Ismail (30 tahun)
TARIKH NIKAH: 16 April 1998
ANAK-ANAK: Muhammad Haiqal Aiman, 11; Muhammad Haiqal Aydiel, 10; Seri Aida Merlissa, 8; Seri Ayreen Merlynda, 6 dan Seri Adryana Mercella, setahun tujuh bulan
KERJAYA ZUL: Pengurus A&R Suria Records Sdn Bhd dan komposer
KERJAYA ISMA: Bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), kini bernaung di bawah pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB)
PROJEK TERBARU: Menyertai program realiti, Sehati Berdansa musim ke-3 (SB3), kini disiarkan menerusi Astro Ria
BADAN AMAL DIWAKILI: Persatuan Klef Bibir & Lelangit Malaysia (Clapam) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rorine at 20-11-2009 20:57
Isma ...........Afalhamdulilah sukses malam ni...terima kasih yg datang menyokong k,istimewa skali sbb adik2 AF7 sudi datang,Sokongan padu dari IFC dan semua sangat2 Isma hargai..jgn lupa utk mengundi k Taip DANSA10 ISMA KE 32999...undian anda semua memberi laluan kepada isma utk ke peringkat seterusnya..........terima kasih..kita berhibur sambil beramal ..'SENYUM'..semoga Tomok,Hafiz dan akim berjaya ke final AJL...luv u all.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by srisaujana at 20-11-2009 23:06
BERITA TERKINI
![](http://media3.mit.net.my/astro/media/shared/sehatiberdansa/highlights/images/LAN_9013_1119200912811.JPG)
Isma & Zul Setanding Penari Professional
Latihan demi latihan telah dilakukan oleh setiap pasangan selebriti Sehati Berdansa untuk memastikan tarian mereka mendapat markah yang tinggi. Akan tetapi untuk minggu ini dengan bertemakan tarian Latin, setiap pasangan pasti menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Seperti biasa, penasihat tarian Sehati Berdansa Farah Sulaiman membuat pemeriksaan terhadap setiap pasangan untuk memberi komen.
Bagi pasangan Isma dan Zul, Farah menyatakan mereka boleh di kategorikan sebagai penari yang profesional kerana tarian mereka sangat bagus apatah lagi mereka layak untuk memasuki pertandingan salsa di masa hadapan. Tidak kurang juga hebatnya dengan pasangan Didie dan Sham, pasangan ini diberi pujian kerana koreografi mereka sangat cantik dan bagus. Cuma tumpuan lebih perlu diberikan kepada ekspresi muka ketika menari.
Bagaimana pula dengan Oshin dan Firdaus? Minggu ini mereka sangat tertekan untuk menari Latin kerana dikatakan langkah tarian ini susah untuk diikuti. Mereka harus lebih gigih menari untuk dapat terus kekal dalam Sehati Berdansa. Pasangan Sein dan Nana pula lain ceritanya minggu ini. Dari minggu-minggu sebelumnya, Nana sering mendapat teguran kerana selalu pandang ke lantai ketika menari. Tetapi minggu ini mereka menerima teguran kerana tidak mengeluarkan tenaga mereka sepenuhnya.
Apa pula cerita dengan pasangan lain? Dapatkah mereka menjalani latihan dengan sempurna tanpa ada sebarang tekanan? Untuk mengetahui cerita sepenuhnya tontonilah Detik Sehati Berdansa di Astro Ria (saluran 104) malam ini jam 9.00 malam. Serta jangan lepaskan peluang untuk bersembang bersama personaliti Sehati Berdansa di Butang R ( Astro Ria).
Selain itu nasib pasangan selebriti menjadi fokus utama. Teruskan mengundi pasangan selebriti anda dan bantulah mereka memberi sumbangan kepada badan-badan amal yang diwakili. Undian anda amatlah diperlukan untuk memastikan mereka kekal beraksi di minggu-minggu seterusnya. Teruskan mengundi disamping terus membantu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Taip DANSA ISMA Atau DANSA<3/5/10> ISMA Untuk (3/5/10 Undian)ke 32999
(Contoh: DANSA5 Isma Ke 32999)
Talian Tetap: Dail 13721/ 13723/ 13725/ 13730 Untuk 1/ 3 /5 /10 Undian & Tekan 5
Tekan Butang R Di Astro Ria, Pilih ISMA |
|
|
|
|
|
|
|
DANSA10 ISMA......DANSA10 ISMA.......DANSA10 ISMA.....DANSA10 ISMA to 32999 |
|
|
|
|
|
|
|
11-Dec-2009 | Oleh: Thani Hasbullah
SB3: Isma & Zul Nafi Guna Bomoh!
Taken From: murai.Com
![](http://media.mit.net.my/photo/59/12112009_ismabomoh(a).jpg)
KUALA LUMPUR, 11 DISEMBER 2009: Pasangan Sehati Berdansa 3 (SB3), Isma & Zul, menafikan sekeras-kerasnya mereka menggunakan khidmat bomoh untuk mempertahankan kedudukan serta aura mereka dalam pertandingan realiti itu sekali gus menarik pengundi.
Bercakap kepada murai.com.my semalam, Zul dan Isma kesal gosip itu semakin menular dan tidak tahu siapakah yang bertanggungjawab menyebarkannya.
Mereka menjelaskan gosip tersebut tiba-tiba menimpanya selepas salah satu pasangan lain mendakwa ternampak benda ganjil dan terasa pelik ketika pasangan itu berlatih.
"Saya difahamkan cerita itu timbul selepas satu pasangan yang telah tersingkir kononnya nampak sesuatu yang ganjil ketika sesi latihan. Dia mendakwa ada ternampak nenek tua dan bilik latihan menjadi gelap. Dia mendakwa kejadian itu akhirnya membuatkan dia terlupa langkah tarian dan mula bercerita kepada pasangan lain.
"Kami kesal kerana gosip itu telah tersebar di akhbar dan peminat mula menuduh kami puncanya melalui komen-komen tidak berasas di dalam internet.
"Hairan kenapa kami pula dituduh bermain bomoh dan ilmu hitam sedangkan ini adalah pertandingan untuk mencari dana kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Gosip ini kami sudah dengar ketika minggu ke-3 dan ke-4 pertandingan ini lagi.
"Kami harap hentikanlah tuduh menuduh ini dan jangan bercakap tanpa bukti yang sahih," kata Zul atau Zulkefli Majid, 37.
Menurut Isma, 30, pula beliau menganggap gosip sedemikian dalah tindakan orang yang tidak bertanggungjawab yang sengaja ingin mengganggu konsentrasi mereka.
"Mereka telah membuat fitnah yang tidak berasas. Bagi Isma, gosip ini mengarut dan paling kelakar didengar setakat ini. Tapi kami langsung tidak menghiraukannya kerana kami mempunyai misi yang lebih penting iaitu melakukan persembahan yang terbaik pada setiap minggu," kata Isma.
Isma dan Zul yang kini berjaya bertahan hingga minggu ke-8, turut menjelaskan mereka tidak meletakkan keyakinan yang tinggi untuk sampai ke peringkat final. Apa yang penting bagi mereka ialah memberikan persembahan yang terbaik pada setiap minggu.
Isma & Zul juga bersama 4 pasangan lain iaitu Oshin & Firdaus, Sazzy Falak & Nazril Idrus, Dira & Ash serta Syed Hussein & Noor Diyana kini meneruskan saingan dalam pentas SB3. |
|
|
|
|
|
|
| |
|