CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 30-1-2012 09:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 30-1-2012 21:46
aku teringat yg depa kata kita kena sapot perbankan isle kat sini walaupun rate lagi tinggi drpd yg  ...
apam Post at 30-1-2012 21:22


masyarakat muflis merempat tak berumah berlambak-lambak kerana tak mampu bayar loan bank isle yang tinggi mencanak interestnya , tapi lena nyenyak aje staff-staff bank2 isle dan ustat2 bank tidooo tiap-tiap malam dengan puweh hati kerana dah jihad isle katanya  .... butanya hati depa tak dak perikemanusiaan langsung .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 10:03 PM | Show all posts
masyarakat muflis merempat tak berumah berlambak-lambak kerana tak mampu bayar loan bank isle ya ...
blastoff Post at 30-1-2012 21:41


ustaz bank pun teringin nak pakai merc gak.  tu yg sanggup keluarkan statement 'mahal bukan berarti menindas'. byk la tak menindas sbb tak kena batang idung sendiri. klu gi cek dgn persatuan pengguna berderet2 mangsa perbankan isle buat aduan rmh dirampas, dilelong, diblacklist, tapi masih lg berhutang dlm jumlah yg besar dgn pihak bank....walhal dah byr belas tahun.  ustaz bank pulak bersedap2 dibela dek bank.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 10:11 PM | Show all posts
Depa lupa malaikat-malaikat dok tulis semua amalan dan tindakan depa in detail satu satu yang te ...
blastoff Post at 30-1-2012 21:15


ibarat permainan akad nikah mutaah dan akad nikah misyar yg jd kontraversi tak lama dulu. akadnya nampak mcm betul tapi matlamatnya  menyeleweng & menindas wanita atas nama agama. manusia memang licik memanipulasi & memutarbelit hukum agama.

BERITA LUAR NEGARA
900 anak hasil nikah misyar lelaki Saudi dan wanita Mesir terabai
16 Okt 2010

JEDDAH: Kira-kira 900 kanak-kanak yang dilahirkan hasil daripada perkahwinan wanita Mesir dengan lelaki Arab Saudi yang dikenali sebagai perkahwinan 'misfar' diabaikan bapa mereka. Demikian didedahkan seorang aktivis Mesir dalam forum pemerdagangan manusia baru-baru ini.
Berucap dalam persidangan di Mesir, Pengerusi Badan Amanah Yayasan Keamanan dan Pembangunan Maat, Encik Aiman Abu Akeel, berkata majoriti lelaki yang melawat Mesir bagi perkahwinan 'misfar' terdiri daripada rakyat Saudi, diikuti rakyat Iraq. Wanita yang dikahwini mereka pula rata-rata gadis muda.

Perkahwinan 'misfar' merujuk kepada kontrak penyatuan yang membolehkan wanita hidup bersama lelaki yang berada di negara mereka dalam tempoh tertentu. Wanita itu selalunya diceraikan dalam jangka waktu singkat dari seminggu hingga sebulan, lapor akhbar Mesir Al-Yaum Al Sabi.
Berucap dalam forum sama, penganjur program antipemerdagangan gadis Mesir, Encik Azza Al-Jazaar, berkata gadis muda yang terbabit dengan perkahwinan 'misfar' tidak tahu mereka dilayan seperti barang dagangan.

Bapa mereka dibayar 4,000 pound Mesir ($910) supaya mengahwinkan anak mereka dan kebanyakan yang menjadi mangsa adalah gadis di bawah usia 16 tahun. Statistik menunjukkan sesetengah perkahwinan 'misfar' bertahan kurang daripada sebulan, manakala 90 peratus lelaki Saudi meninggalkan anak yang lahir hasil daripada perkahwinan 'misfar'.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 10:13 PM | Show all posts
nikah misyar = pelacuran atas nama isle.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 10:18 PM | Show all posts
"Apa2 masaalah dunia dan akhirat ni, kita jumpa ulama'. Mereka lah yang paling arif. Semua masaalah bolih selesai jika kita bertanya ulama' "
Antara intisari ceramah (baca tukang propaganda PAS) di masjid2.

P/S Rupa2nya penyelesaiaannya ialah bagaimana nak menipu Tuhan. Neraka lah tempat ko.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:10 AM | Show all posts
"Apa2 masaalah dunia dan akhirat ni, kita jumpa ulama'. Mereka lah yang paling arif. Semua masaalah  ...
batu kikir Post at 30-1-2012 22:18


tak kira PAS or Umno.

berdagang mengikut prinsip agama atau berdagang mempergunakan agama?
"Namun kita wajar berhati-hati, jika terleka kita akan tergelincir menjadi mempolitikkan agama. Seperti berniaga berdasarkan prinsip Islam memang diperintahkan. Namun berhati-hati, jangan sampai memperniagakan Islam." - DrMAZA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2012 12:56 AM | Show all posts
Memberi pinjaman bkn lah urusniaga...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 01:44 AM | Show all posts
Reply  TuntungReturn


    aku pernah dengar khutbah jumaat pasal perbankan isle, dan aku benci  ...
sekngucing Post at 30-1-2012 01:33



    ang ingt isle ni cite pasal akidah ja ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2012 02:27 AM | Show all posts
Memberi pinjaman bkn lah urusniaga...
Dzulqarnain Post at 31-1-2012 00:56



    memberi pinjaman dlm arti kata semangat islamiah ialah membantu org lain yg dlm kesusahan. dlm dunia kapitalis mrk takkan dpt terima konsep ni, or konsep baitulmal.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 02:36 AM | Show all posts
memberi pinjaman dlm arti kata semangat islamiah ialah membantu org lain yg dlm kesusahan. ...
tobby Post at 31-1-2012 02:27



Tlh lama lah hilang Islam di dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 10:56 AM | Show all posts
Dah 26 pages dah thread nie, jadi apa kesimpulanya?
Adakah kesimpulannya,
1)  Bank Islam cekik darah dan bukan betul2 islamic  akhirnya moh gi bank bukan Islam.
2) Jangan buat loan dengan mana mana bank?


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 11:30 AM | Show all posts
1 & 2 = 2 X 5
Asal namanya Bank,
Daging yg haram ttp haram,
wlpn disembelih dgn nama Allah.

Tp, ade yg guna pendekatan 'darurat'?
Apa yg 'darurat' ye?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:24 PM | Show all posts
sekadar contoh...........


Public Bank Bhd posts 3.6% increase in net profit


PETALING JAYA: Public Bank Bhd posted a 3.6% year-on-year increase in net profit to RM877mil for its fourth quarter ended Dec 31, 2011, and cited the improved performance as mainly due to higher net interest and net income from its Islamic banking business.

However, the bank told Bursa Malaysia that that this was partially offset by higher other operating expenses and higher loan impairment allowance on higher loan growth achieved.

Revenue for the quarter under review grew 11.8% year-on-year to RM3.3bil.

For its full financial year (FY11), the bank recorded a 14.3% year-on-year increase in net profit to RM3.48bil.

Revenue grew 15.6% year-on-year to RM12.76bil in FY11.

The bank said during FY11, it recorded improved earnings mainly due to higher net interest and net income from Islamic banking business by RM464.6mil (8.6%) and higher net fee and commission income by RM87.1mil (8.4%).

This was driven by continued strong loans and customer deposits growth.

from : biz.thestar.com.my

---------------------------------------------------------------------------------------------------

bisnes melonjak antara sbb net income from Islamic banking katanya....ni mesti sbb interest for Islamic package yg tinggi ataupun byk org2 muflis dan harta2 dirampas??

pd aku Islamic banking Malaysian version are suckkkkkkk.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2012 02:38 PM | Show all posts
Mahu tarik pelanggan bukan Islam

GEORGE TOWN 30 Jan. - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) akan memberi tumpuan terhadap meningkatkan bilangan pelanggan bukan Islam sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan pasaran produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang semakin menarik perhatian masyarakat bukan Islam di Eropah.

Pengerusinya Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abdul Majid berkata, tiada salahnya orang bukan Islam menggunakan perkhidmatan dan produk sistem perbankan Islam. Jika dilihat di peringkat antarabangsa, mereka mula menunjukkan minat untuk menggunakan sistem perbankan Islam.

"Sistem perbankan Islam menawarkan perkhidmatan lebih menarik berbanding yang disediakan bank konvensional. Sebagai contoh, khidmat pajak gadai Islam Ar-Rahnu, yang lebih selamat dan adil jika dibandingkan dengan sistem pajak gadai lain," katanya selepas merasmikan cawangan Bank Muamalat Lebuh Pantai di sini hari ini.

Katanya, intrepretasi dan penggunaan terma yang tepat dan betul bagi sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam sistem perbankan Islam juga merupakan elemen penting bagi menarik minat orang bukan Islam terhadap sistem itu.

"Mungkin orang bukan Islam agak keliru dengan terma dalam bahasa Arab yang digunakan dalam perbankan Islam, mungkin terma itu perlu diterjemahkan ke bahasa mudah seperti contoh Ar-Rahnu ditukar ke pajak gadai Islam.

Mohd. Munir berkata, setakat ini peratusan pelanggan bukan Islam yang menggunakan perkhidmatan di Bank Muamalat sebanyak 20 peratus bagi segmen pendeposit dan 40 untuk segmen kewangan.

Beliau berkata, bilangan pelanggan bukan Islam yang menggunakan sistem perbankan Islam di Malaysia masih rendah, termasuk di Bank Muamalat, berikutan pandangan mereka bahawa sistem itu hanya untuk orang Islam saja.

Bank Muamalat kini mempunyai 56 cawangan di seluruh negara selepas 13 tahun beroperasi.

Sementara itu, bank berkenaan turut menyampaikan sumbangan berupa bantuan kewangan kepada 10 surau dan masjid dengan setiap satu menerima RM5,000 bagi untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

Selain itu, Tabung Mawaddah Bank Muamalat turut menyalurkan sumbangan RM50,400 kepada Madrasah Tahfizul Quranul Karim Baitul Irfan untuk membeli kelengkapan asrama manakala Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah menerima RM50,000 untuk elaun guru dan pelajar. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:19 PM | Show all posts
aku menyampah bila aku tanya detail pakai islamic financing ni last2 orang bank yg aku tanya cakap, ko pilih la, ko nak yang halal atau yang haram?

cam pundekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 03:45 PM | Show all posts
Beliau berkata, bilangan pelanggan bukan Islam yang menggunakan sistem perbankan Islam di Malaysia masih rendah, termasuk di Bank Muamalat, berikutan pandangan mereka bahawa sistem itu hanya untuk orang Islam saja.

along3746 Post at 31-1-2012 14:38

bukan sebab tu jugak..rata2 kawan2 bukan islam cakap caj perbankan islam ni menguntungkan bank je..lebih baik dia pilih konvesional... satu lagi..macam mana orang islam tak ambik islamic banking product ni...cam abg aku masa buat loan kat maybank..di paksanya abg aku ambik islamic loan dari konvesional walaupun abg aku nak buat housing loan konvesional... macam2 cara dia buat agar abg aku terpedaya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 12:33 AM | Show all posts
Bank jual lot tanah ni pada saya harga RM74,500 yang mana akan dibayar secara beransur-ansur selama 84 bulan dan kemudian saya jual balik tanah tersebut pada bank syariah pada harga RM50,000 tunai. Oleh dengan itu, bank beri saya RM50,000 sekarang, nanti saya bayar ansuran selama 84 bulan.

Dalam hati saya memberontak "kau tunjuk geran fotostat, jual tanah (kononnya) kat aku rm74,500, aku kena jual balik dekat bank (jual paksa) pada harga RM50,000 sahaja. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tanah apa aku jual agaknya? Tanah lombong ke apa? Dalam sekelip mata, value tanah drop RM24,500!  
tobby Post at 27-1-2012 10:22 PM


Setahu aku, tanah ada hantu dan berpuaka saje yang turun harga dalam sekelip mata macam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 12:40 AM | Show all posts
....dan,
lebih tepat lagi bank tersebut sebagai contohnya telah menjual sebidang tanah kosong di sekitar Mont Kiara kepada peminjam dengan harga 3 juta.
Peminjam ini kena jual semula tanah di Mont Kiara tadi kepada bank yang sama pada harga 1.5 juta sahaja.






Gila apa urusan jual beli kat Mont Kiara cenggini.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:08 AM | Show all posts
Dah 26 pages dah thread nie, jadi apa kesimpulanya?
Adakah kesimpulannya,
1)  Bank Islam cekik darah dan bukan betul2 islamic  akhirnya moh gi bank bukan Islam.
2) Jangan buat loan dengan mana mana bank?
naga_mas Post at 31-1-2012 10:56


kita sebagai pengguna & golongan bawahan apa yg boleh buat ialah kita pilih yg paling kurang menjerat leher kita. klu perbankan isle rate dia lagi rendah maka no harm kita pilih. pusing kot mana pun golongan pemodal ni adalah kapitalis bank yg mengikut sistem bank dunia hari ni. dan yg menentukan perjalanan sistem bank di dunia hari ni adalah mrk yg memegang kuasa dunia pd hari ini. spt yg Hishamudin Rais tulis tu - siapa dia Wall Street, Rumah Putih, Bank Dunia whatever.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:33 AM | Show all posts
aku menyampah bila aku tanya detail pakai islamic financing ni last2 orang bank yg aku tanya cakap,  ...
BlueHand Post at 31-1-2012 15:19


loan officer tu nanti sua agreement housing loan isle dgn mengatakan "ko nak masuk syorga ke neraka? nak masuk syorga sign yg islamik punya. ayam dah sembelih mesti la mahal. mahal sikit takpa".

p/s: pegawai bank tu kerja dgn bank milik Tan Sri Dr Teh Hong Piow.  {:4_502:} {:4_500:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.195441 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list