|
ambok posted on 20-6-2013 07:32 PM
hari ni pun menang , harap2 layak la ke semi & final...dah lama tak tengok dia kat tv
[/td][/tr ...
esok wang shixian lwn wang yihan kan .....
harap2 dorang lawan betul2 dan bukan LYB tentukan sape yg menang ....
aku tak caya lansung yu yang/wang xioli leh kalah ngan cheng shu/budak baru tu last week ...
ni mesti LYB nak naikkan ranking WD baru tu ....
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 20-6-2013 07:36 PM
[/td][/tr]
[/table][/td][/tr]
[/table]
tinggal la chong weifeng sorang2 ....
1st n 2nd round lawan junior india ...
esok baru jumpa lawan sebenar ...boonsak ponsana .... good luck!
|
|
|
|
|
|
|
|
h@i posted on 20-6-2013 09:45 PM
habis melingkup semua wakil malaysia tinggal sorang je chong wei feng ke suku akhir terbuka singapur ...
tak buat apa ...dok goyang2 kaki je
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 20-6-2013 07:32 PM
hari ni pun menang , harap2 layak la ke semi & final...dah lama tak tengok dia kat tv
[/td][/tr ...
tahniah tahniah...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 20-6-2013 11:08 PM
sampai ati wawa tak tau ..dah beberapa bulan dah ....
tak sedar lansung kehilangan dia yea ...
hahahaha... nmpk sgt tak peduli kan... nak tepek gmbr pon rasa mcm tak ikhlas aje... tu yg tak kuar tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
kayla posted on 20-6-2013 11:16 PM
tak buat apa ...dok goyang2 kaki je
memasing goyang kaki sambil main fon... pastu gelak2... borak2... minum2... puuiihhhhhhh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Gesa Kim Her bertanggungjawab
Oleh Mohd Hilmie Hussin
Kuala Lumpur: Pemain paling senior badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menggesa ketua jurulatih beregu Tan Kim Her menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab menangani masalah prestasi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
Pemain nombor satu dunia yang ditemui selepas majlis pengumuman pelantikannya sebagai Duta Gere di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yakin masih ada masa untuk gandingan itu bangkit di Kejohanan Dunia di Guangzhou, China pada Ogos.
“Saya baik dengan Kien Keat dan kami sering bercerita, malah saya sering bertanya kepadanya mengenai masalah yang mereka hadapi. Ketua jurulatih mesti buat keputusan betul, begitu juga BAM (Persatuan Badminton Malaysia).
“Saya kasihankan Paulus (Firman) apabila dipersalahkan kerana beliau baru dilantik dan tidak mampu berbuat apa-apa selain tidak tahu situasi sebenar dihadapi Kien Keat-Boon Heong sebelum ini,” kata Chong Wei.
Meskipun Kien Keat sering dilabel bermasalah, Chong Wei yakin masih ada ruang untuk Kien Keat-Boon Heong mengatasi segala kemelut membabitkan mereka.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
|
|
|
|
|
|
|
|
Source : Berita Harian 21/06/2013
Usah lepas tangan: Chong Wei
Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan, Lee Chong Wei mahu ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her ‘usah lepas tangan’ berhubung masalah yang menimpa pasangan utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong selepas mereka kini berdepan misi getir menjelang Kejohanan Dunia di Guangzhou, China Ogos ini.
“Biarpun Kien Keat-Boon Heong berlatih dengan Paulus Firman (jurulatih beregu lelaki) tetapi kasihan dengan dia kerana baru saja tiba di sini (Malaysia) dan tidak tahu apa masalah sebenar Kien Keat-Boon Heong.
“Jadi, Kim Her perlu memainkan peranan terutama dalam membuat keputusan hal membabitkan Kien Keat-Boon Heong.
“BAM (Persatuan Badminton Malaysia) juga perlu membuat sesuatu bagi menyelesaikan masalah Kien Keat-Boon Heong. Jika tidak, saya berani cakap Kien Keat-Boon Heong akan ‘terus hanyut’.
Fokus gelaran dunia
“Jika ia berlaku, kita akan terus ketinggalan kerana saya tidak nampak ada pemain negara yang lain boleh menggantikan Kien Keat-Boon Heong. Mungkin kita ada Goh V Shem-Lim Khim Wah tapi mereka belum sampai tahap tertinggi lagi.
“Saya katakan kepada Kien Keat-Boon Heong, apa yang sudah lepas, lupakan saja sebaliknya fokus dengan Kejohanan Dunia yang bakal menentukan hala tuju mereka sebagai pasangan beregu,” kata Chong Wei ketika ditemui selepas pelantikannya sebagai duta produk kunci dan keselamatan rumah, Gere semalam.
Masalah disiplin
Kien Keat-Boon Heong dunia dikecam hebat berikutan prestasi hambar mereka terutama ketika kempen Piala Sudirman bulan lalu yang membawa kepada pendedahan punca mereka gagal menghasilkan keputusan cemerlang apabila mempunyai masalah disiplin dan berjudi.
Beregu nombor tiga dunia itu tidak mempunyai pilihan selain mara sekurang-kurangnya ke final di Guangzhou jika tidak mahu gandingan mereka dipisahkan seperti mana sasaran yang diletakkan BAM.
Dalam pada itu, Chong Wei yang juga pemain nombor satu dunia turut mahu BAM mengkaji semula apakah punca menyebabkan pemain beregu negara sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang dalam kejohanan disertai.
“Semua orang tahu pemain beregu kita sudah lama tidak menghasilkan keputusan cemerlang. Kita memiliki juara remaja dunia dalam acara beregu tetapi sampai sekarang kita tidak dapat lihat keputusan yang baik daripada mereka.
“Apakah punca sebenar kegagalan ini dan BAM perlu lihat ini semua sama ada masalah ini berlaku daripada jurulatih atau program latihan,” kata Chong Wei. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei Feng tak macam Chong Wei Lee |
|
|
|
|
|
|
|
wow! indon menang 3 title
malaysia? nan hado.. |
|
|
|
|
|
|
|
List of Grand Prix and Grand Prix Gold Winners
List of Super Series and Super Series Premier Winners (not including Singapore Open Super Series)
Terima kasih Lee Chong Wei
Last edited by Al-Andalus on 24-6-2013 10:22 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Al-Andalus posted on 24-6-2013 09:23 PM
List of Grand Prix and Grand Prix Gold Winners
Bendera warna merah banyak sungguh
|
|
|
|
|
|
|
|
haiku posted on 25-6-2013 11:12 PM
Bendera warna merah banyak sungguh
Harus ada negara yang bisa patahkan dominasi China supaya bulutangkis lebih menarik
|
|
|
|
|
|
|
|
tommy sugiarto , juara singapore SS
aku minat cara dia main, jenis attacking , menarik untuk ditonton ...dari segi prestasi semasa, prestasi beliau lebih baik dari prestasi 2 pemain kita, liew daren & Chong Wei Feng
aku ramal dia bakal mengisi ranking top 5 dunia ,
nak ramal beliau boleh ganti tempat taufik hidayat suatu hari nanti, terlampau awal ....kerana pemain seperti taufik, Lee Chong Wei, Lin dan ....mereka adalah pemain yg berbakat istimewa , tidak akan ada ramai pemain yang akan dapat mencapai tahap tertinggi seperti mereka semua ... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zulfadli tinggalkan KLRC
Zulfadli Zulkifli
KUALA LUMPUR - Pernah dilabel sebagai calon pengganti Datuk Lee Chong Wei, bekas juara remaja dunia, Zulfadli Zulkifli bagaimanapun sedang melalui detik paling mencabar dalam kariernya apabila tidak lagi bernaung di bawah kelab yang telah membiayainya sejak enam tahun lalu, KLRC.
Tiada karakter untuk menjadi juara dan gagal menunjukkan prestasi baik, menjadi sebab utama kelab profesional itu menamatkan kerjasamanya Zulfadli.
Sudahlah masih terumbang-ambing untuk mengukuhkan kedudukan di pentas senior, Zulfadli kini mempunyai sumber kewangan terhad untuk meneruskan perjuangan, malah bapa yang juga jurulatihnya, Zulkifli Sidek mendedahkan, ada ketikanya pemain berusia 20 tahun itu terpaksa mengeluarkan wang daripada simpanan sendiri untuk bertanding di luar negara.
Selain mengeluarkan wang kocek sendiri, dia juga menerima bantuan kewangan daripada penaja peralatannya, Forza Denmark, selain sedikit sumbangan daripada penaja yang enggan didedahkan.
"Sebenarnya kami tidak pernah mengikat kontrak rasmi dengan KLRC selama ini, ia hanya perjanjian lisan antara saya, Zulfadli dan Datuk Seri Andrew Kam (Presiden KLRC). Beliau sebelum ini memberitahu akan membiayai karier Zulfadli sehingga Sukan Olimpik 2016 (Rio).
"Tetapi seperti yang saya kata, ia hanya perjanjian lisan. Dua minggu lalu, Andrew memanggil kami untuk memaklumkan bahawa KLRC tidak akan lagi membiayai karier Zulfadli. Katanya, prestasi Zulfadli tidak bagus kerana kerap kalah di peringkat awal setiap kali beraksi dalam kejohanan besar, malah katanya Zulfadli juga tidak boleh jadi juara.
"Saya cuba menjelaskan bahawa ini adalah perkara normal buat pemain yang sedang mengukuhkan kariernya. Memang di peringkat awal akan ada proses pembelajaran dan saya sedang berusaha mempertingkatkan Zulfadli. Untuk mencapai kejayaan bukan mudah, ia proses yang mengambil masa, jadi kami memerlukan masa.
"Apa pun, saya berterima kasih kepada KLRC kerana membantu kerjaya Zulfadli selama ini. Sejak anak saya berusia 14 tahun lagi mereka telah banyak membantunya hingga membolehkan dia muncul juara remaja dunia. Biarpun tidak dapat membiayai Zulfadli sampai Sukan Olimpik 2016, namun sumbangan mereka selama ini amat kami hargai," kata Zulkifli.
Sehingga kini, Zulfadli masih gagal memenuhi pengharapan yang tinggi sejak melakar sejarah muncul perseorangan lelaki Malaysia pertama merangkul kejuaraan remaja dunia di Taiwan pada 2011.
Kerap dibelenggu kecederaan antara yang menjadi penghalang terbesar pemain itu untuk menunjukkan kemajuan yang pantas, malah ada sesetengah pihak melihat keadaan fizikal pemain kelahiran Amerika Syarikat itu yang 'lembik' antara sebab mengapa dia sering ditimpa kecederaan.
Begitupun Zulkifli yakin, anaknya masih berada di landasan yang betul biarpun perjalanan kariernya mungkin tidak sepantas yang diharapkan, dan jika ada satu-satunya perkara yang mampu menghalangnya daripada melangkah jauh, ia tidak bukan adalah isu kewangan.
"Kami masih mencari penaja dan harap ada yang tampil untuk membantu, tetapi buat masa ini, perancangan yang telah saya rangka sepanjang tahun ini tidak akan terjejas hanya kerana KLRC tidak lagi membiayai karier anak saya. Forza ada menolong sedikit daripada segi kewangan, begitu juga dengan satu penaja yang tidak dapat saya dedahkan buat sementara waktu," katanya.
"Tetapi sudah tentu ia tidak mencukupi dan ada ketikanya, Zulfadli terpaksa keluarkan sendiri simpanannya untuk pergi ke sesuatu kejohanan. Memang keadaan tidak begitu bagus, namun sekurang-kurangnya ini akan menjadikan anak saya lebih cekal dalam perjuangannya, dia kini sedar bukan mudah hendak berjaya kerana kejayaan memerlukan banyak pengorbanan," ujar Zulkifli lagi.
pernah tengok beliau beraksi di stadium beberapa kali , beliau ada skil yang agak bagus, namun diakui kekuatan fizikalnya tidak selari dengan skilnya yang bagus,
kelemahan fizikal pemain malaysia bukan satu rahsia lagi, mungkin pemain kita 'manja' ...berbanding rakyat china dan korea yang dikhabarkan wajib menyertai tentera sejak dari bangku sekolah lagi....sudah tentu fizikal mereka lebih kuat berbanding kita...
pemain muda kita perlu diajar kerap ke gym sejak dari tingkatan 1 lagi , ini sangat penting dalam sukan moden , selain mengamalkan sains sukan secara menyeluruh termasuk dari segi permakanan seimbang
macam rashid kata hari tu, dia dah cuba tingkatkan keupayaan kekuatan fizikal pemain wanita, tetapi bila disuruh kerap ke gym, mereka mudah injured....kerana mereka dimanjakan sejak awal....cuba dah jadi rutin sejak awal....mesti takde masalah
ada terbaca di BCDF, ada yg kata Lin Dan tidak akan meninggalkan gym walaupun sehari, di hari perkahwinan beliau pun , beliau masih tidak meninggalkan latihan gym
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 26-6-2013 08:32 AM
Zulfadli tinggalkan KLRC
Sangat disayangkan
Zulfadli memang punya skill yang bagus. Saya rasa fizikal dia juga cukup bagus
Dia hanya merasa terbebani kerana sangat dihebohkan-hebohkan sebagai pengganti LCW. Kenapa BAM tak tarik dia saja? Saya rasa bila dibina oleh pelatih yang bagus, prestasi dia bakal lebih bagus lagi
Sekarang bila ikut kejohan, dia harus guna sebagian wang dia Last edited by Al-Andalus on 26-6-2013 01:07 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
ambok posted on 26-6-2013 08:18 AM
tommy sugiarto , juara singapore SS
aku minat cara dia main, jenis attacking , menarik untuk ...
I think takkan ada pemain sekarang yang boleh samai record Taufik Hidayat. Ketika usia dia masih under 20, dia sudah ranking 1 dunia
So, Tommy hanya bisa menjadi the next Hendrawan, bukan LCW, Lin Dan, apalagi Taufik Hidayat.
Hendrawan sudah sejak lama jadi juru latih di Malaysia Last edited by Al-Andalus on 26-6-2013 01:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Arif Abdul Latif mengundurkan diri dari BAM. Pada akaun facebook dia menulis status "goodbye BAM"
|
|
|
|
|
|
|
| |
|